Pages

Tuesday, March 30, 2021

Pengalaman Dengan Tedvisory

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan antara post rating saya yang tertinggi ialah berkenaan cara sambung belajar overseas, jadi saya akan menulis kesinambungan tentang proses saya sambung belajar di luar negara. Secara jujurnya, walaupun saya telah menyatakan bahawa saya menggunakan servis Tedvisory (dahulu dikenali sebagai GEN Education), tetapi masih ada yang bertanya jika agent ini scam? Ada juga yang masih bertanya jika perlu membuat pembayaran kepada pihak mereka walaupun saya telah menyatakan yang tidak perlu membuat pembayaran. 

 

Bagaimana saya mengetahui tentang agent education ini? Saya tahu melalui kawan yang pernah menggunakan agent ini. Jadi, dengan penuh keberanian, saya pergi ke pejabat mereka di SS15, Subang Jaya ketika itu. Saya mengenali Joanne di situ. Waktu saya berjumpa Joanne, percayalah yang saya datang dengan pelbagai persoalan. Zero knowledge tentang universiti mana saya berminat, negara mana dan bandar mana saya berminat. Hanya terpinga-pinga dengan satu niat, nak sambung belajar. Tapi layak ke? Boleh ke? Soalan normal yang kita akan tanya bila first time nak belajar overseas. Masa tu, umur saya 24 tahun. Saya sedang bekerja sebagai Assistant Architect di firma arkitek, dah ada degree jadi mahu sambung belajar Master in Architecture.

Ini pengalaman saya sepanjang saya berurusan dengan Joanne. 

 

Accreditation

Disebabkan mungkin saya agak terpinga-pinga like I had no idea at all how to start this, Joanne banyak guide saya. Bermula dengan negara mana yang saya paling cenderung nak pergi. Untuk architecture, negara yang tersenarai yang ada LAM accreditation ialah Australia, New Zealand dan United Kingdom. Saya memang target UK. Dulu, tak fikir panjang kenapa mesti UK. Saya cuma rasa, ada perasaan nak sambung legasi ayah yang belajar di UK dan lagi satu, sebab UK ni jauh. Bila tengok peta pula, banyak negara berdekatan yang boleh pergi. (Kalau sejenis kaki travel memang akan tengok peta dulu.) Kononnya bila jauh, saya nak belajar berdikari.  Bagi saya, apabila menggunakan khidmat agent, kita akan melalui satu proses sesi soal jawab sampai agent yang bertugas yakin kearah mana kecenderungan kita. Maksud saya, lepas tahu kecenderungan saya ke arah negara UK, Joanne bimbing saya dengan bertanya beberapa soalan susulan. 

 


Pendekatan pembelajaran (studies approach)

Joanne ada bertanya saya apa saya punya expectation dalam pembelajaran senibina peringkat Master. Pada saya, agent yang bertugas ni, mereka ambil tahu dengan sistem pembelajaran universiti-universiti yang pelbagai di luar negara. Bermaksud mereka ni, bukan calang-calang lah info yang mereka ada. Rugi kalau tak guna khidmat mereka. Setiap universiti, approach mereka dalam pembelajaran adalah berbeza. Jadi, kena hati-hati sikit lah dalam pemilihan. Walaupun dah hampir lebih kurang 10 tahun berlalu, saya masih ingat apa yang saya cakap pada Joanne. Saya mahu belajar di universiti yang approach studies mereka lebih kepada teknikal dan praktikal. Bermaksud, bila saya balik Malaysia semula, apa yang saya belajar tu membolehkan saya mudah diterima kerja di Malaysia. Ini kerana, ada beberapa universiti yang saya tahu, approach mereka lebih kepada, sesuatu yang symbolic, puitis. Contohnya macam terjemah melodi lagu atau karya Shakespeare dan design satu bangunan berdasarkan karya tersebut. Something yang saya selaku orang yang logical ni susah nak brain kalau pembelajaran macam tu. Saya lebih kepada praktical. Contoh. “kawasan A ialah bandar mati kerana kawasan A adalah peninggalan perang dunia kedua. Bagaimana nak bina kembali Bandar A menjadi bandar yang hidup?”

 




Kawasan (Area)

Selain studies approach, saya difahamkan mengenai perbezaan-perbezaan di sesuatu tempat. Macam saya, disebabkan pernah meminta nasihat dari kawan yang pernah belajar di UK, saya memilih untuk belajar di bandar berbanding luar bandar atau outskirt. Ini kerana, kalau di bandar, selain kemudahannya bagus, banyak sikit entertainment seperti wayang, bowling yang ada. Mana tahu otak kita tepu kan. Dahlah nanti akan jauh dari keluarga. Kesihatan mental amatlah penting ya sepanjang belajar di luar negara kerana kita banyak bergantung pada diri sendiri untuk survival. Untuk pengetahuan, universiti yang saya pilih, iaitu Birmingham City University terletak di Birmingham. Birmingham merupakan bandar kedua terbesar di UK selepas London. Jangan tak tahu ya, Birmingham terletak di tengah-tengah UK. Ini dari segi nak berjalan-jalan pula, memang seronok juga sebab nak pergi mana-mana bandar, perjalanan tak jauh sangat. Boleh buat trip balik hari. Selain kedudukannya yang strategik, cost of living di Birmingham juga lebih rendah berbanding duduk di London. Rendah sekitar 25%. Kos yang paling terasa ada bezanya ialah dari segi tempat tinggal. Sebagai contoh, rumah yang saya tinggal dulu di Birmingham, sewa satu rumah ialah sekitar GBP550 sebulan, ada 3 bilik. Jadi bahagi la dengan housemates kan. Tapi lain dengan di London. Kos untuk seorang tinggal walaupun berkongsi rumah, mungkin mencecah GBP400-500 sebulan. Pada saya, banyak saya boleh jimat sewaktu tinggal di Birmingham. Sebab ada kawan yang belajar di Lincoln pula, cost of living juga sangat tinggi seperti di London. Jadi saya sejujurnya tak pernah menyesal memilih bandar Birmingham.

 


Untuk pengetahuan, macam ni lah rumah saya di Birmingham. Rumah ni ada 3 bilik di atas dan 1 bilik di bawah. Bilik di bawah tu kebiasaannya orang jadikan ruang tamu. Tandas ada satu sahaja di bawah.


Inilah bilik saya di Birmingham. Ok lah, ada katil Queen size. 

 


Ini ruang dapur. Kecil saja kan? Pintu di belakang saya tu pintu tandas. Kalau nak ikutkan, keadaan rumah ni bukanlah yang terbaik. Tapi sebab dapat sewa dengan harga yang murah berbanding rumah lain, jadi bersyukur sahaja lah kan. Lagipun saya difahamkan, rumah sewa ni dah turun temurun orang Malaysia menyewa disini. 



Gambar di dalam bangunan Bullring, shopping mall 



Di Birmingham sangat mudah mencari makanan halal. Selain makanan panas, di Asda (pasaraya seakan Tesco,Giant disana) ada juga bahagian makanan sejuk beku Halal. Jadi, dari segi makanan memang langsung tak risau. Jika ada makanan berbungkus, memang di sana tiada tanda halal. Tapi kita boleh baca pada ingredients dan tanda ‘vegetarian’. 

 


Ini pula hidangan seakan Nandos di sana. Memang sangat sedap. Satu hidangan ni, satu set dengan air minuman tin, sekitar GBP5 sahaja. Waktu balik dari uni atau jika ke bandar, saya suka makan di restoran Arab begini. Tak terlalu mahal. 


 

Apa yang saya nyatakan disini sedikit sebanyak saya nak beri gambaran bagaimana saya deal dengan pihak agent. Boleh dikatakan, agent akan guide dari awal permohonan hingga ke booking penerbangan. Mereka bantu dari checklist dan susunan dokumen, apa yang tak lengkap ke. Cuma kita ni sebagai bakal pelajar, harus ada rasa tanggungjawab untuk menyediakan dokumen atau perkara-perkara yang merupakan syarat yang diletakkan oleh pihak pengajian. Contohnya seperti IELTS, financial afidavit dari pihak penaja (biasiswa). Hanya kita sahaja yang dapat membantu diri sendiri, okay? Menggunakan agent hanyalah sebagai pembimbing. 

Jadi bagi sesiapa yang dalam proses nak belajar ke luar negara, mohon janganlah tanya saya soalan samada Tedvisory ni scam atau tidak, saya dah tak larat nak jawab. =)

 

Sebarang pertanyaan boleh bertanya pada : 

Joanne :

www.wasap.my/60123201763


Boleh gunakan nama saya (Sophie Al-Yahya) sebagai referal supaya agent tahu tujuan anda mungkin sama seperti saya hampir 10 tahun yang lalu.

 

1 comment:

  1. hye .nak tanya..macam mana urusan untuk cari tempat tinggal ye?kena uruskan sebelum pergi uk or dh lps sampai sana baru nak cari ye?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.