Hai semua. Kalau sebelum ni, saya ada berkongsi tentang entri perjalanan saya memohon belajar di luar negara dengan menggunakan khidmat Tedvisory (dulu dikenali sebagai GEN Education) kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman belajar di luar negara iaitu di Birmingham City University yang terletak di bandar kedua terbesar di dalam United Kingdom, iaitu di Birmingham.
Throwback hari saya graduate disana =) |
Bahasa
Inggeris yang melibatkan ‘British accent’
Acapkali
kita menonton filem berbahasa Inggeris, ada juga filem yang diterbitkan dari
negara Britain seperti Harry Potter. Kalau dengar British accent dalam mana-mana movie dari UK ni, tak lah rasa susah sangat
nak faham. Pada saya, lebih kepada ‘mild’.
Macam bunyi orang London bercakap. Tapi, untuk Birmingham, rata-rata mereka
menggunakan Brummies accent, yang
mana bagi saya susah sikit saya nak adapt.
Saya masih ingat ketika awal-awal sampai di Birmingham
International Airport. Waktu tu nak ambil teksi ke rumah sewa. Sepatah
perkataan pun saya susah nak faham apa yang pemandu teksi tu cakap, walaupun
lah di Malaysia, kita guna juga kan Bahasa Inggeris. Masa belajar di UiTM pun
medium bahasa dalam Bahasa Inggeris termasuk untuk presentation. Tapi tula, terpinga-pinga saya dibuatnya. *ketawa
teringat kembali nostalgia lama*. Sewaktu kelas bermula juga saya berasa amat
takut. Sebabnya, saya tak faham langsung apa yang lecturer dan pelajar lain bincangkan. Saya ada rasa takut, ada rasa
rendah diri. Bila fikir balik, kadang saya pun tak tahu macam mana saya boleh
lalui semua tu tapi sebab masa tu fikir kita ni bawah tajaan, tak boleh patah
balik, kena habiskan belajar. Saya hadap juga.
Zaman muda ye ranggi berseluar merah. =) |
Untuk
pengetahuan, Birmingham ialah bandar kedua terbesar di England selepas London,
namun kos sara hidup di Birmingham lebih murah, sekitar 25% kurang berbanding
London.
Selain itu,
kedudukan Birmingham sangat strategik kerana boleh dikatakan terletak pada
kedudukan yang tengah-tengah dalam England. Jadi sangat mudah nak kemana-mana
bandar lain. Boleh buat perjalanan balik hari sahaja pun tak apa ke bandar lain
seperti Manchester, Sheffield, Cambridge. Pengangkutan awam pun sangat efisyen
dan tepat pada masa. So far, tak
pernah lagi saya sesat nak kemana-mana selagi boleh akses ke pengangkutan awam
mereka.
Tanda merah tu kedudukan Birmingham dalam England. |
Kepelbagaian Bangsa
Birmingham
ialah satu bandar yang multiracial, sangat diverse. Selepas
saya banyak kali ke bandar dan perasan
tentang kepelbagaian bangsa di sana, saya ada buat studies
sikit pasal sejarah di Birmingham barulah saya faham kenapa keadaannya begitu.
Untuk
pengetahuan, ketika zaman selepas perang dunia kedua, Birmingham membangun
menjadi tempat perindustrian. Ramai pekerja dari negara luar diserap untuk
bekerja dan akhirnya mereka menetap, berkahwin, beranak-pinak di bandar ini dan
menjadi warganegara Britain. Kini, Birmingham menempatkan lebih 65,000 pelajar dan menjadi salah satu bandar di England yang moden, diverse dan berkembang dengan pesat. Penduduk
di bandar ini juga mencecah lebih dari sejuta penduduk dengan 40% daripada
populasi itu terdiri daripada mereka yang berumur 25 tahun dan kebawah.
Salah satu benda yang nak kena biasakan waktu tu
ialah duit syiling mereka. Serius mula-mula pening kepala.
Okay, kepelbagaian
bangsa hanyalah permulaan dari banyak perkara yang membuatkan saya mengalami ‘culture shock’. Ini adalah situasi
normal, lama-kelamaan kita akan biasa. Jadi sekarang saya nak kongsi pula
pengalaman saya menjadi pelajar postgraduate di Birmingham City
University.
Untuk pengetahuan
kalian, setiap fakulti mempunyai kordinator atau admin untuk membantu urusan
yang berkaitan dengan fakulti masing-masing. Ini termasuklah jabatan kemasukan
pelajar antarabangsa yang akan memproses permohonan dari pelajar selain dari
United Kingdom, International Student Society atau Student Union
yang ditubuhkan untuk menyambut kedatangan pelajar antarabangsa, menganjurkan
acara untuk pelajar, dan menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada
pelajar antarabangsa.
Saya terima banyak sangat soalan berkaitan “Adakah khidmat dari Tedvisory ni perlu kita bayar?”. Iya, secara logiknya, macam tak boleh hadam kalau kata tak perlu bayar. Tapi itulah hakikatnya. Selama saya menggunakan khidmat mereka, memang saya tak buat apa-apa pembayaran. Tapi syaratnya, kalian haruslah menggunakan khidmat mereka dari awal sebelum nak memohon tu. Secara personal, sangat jimatkan masa saya (memandangkan ketika itu saya bekerja), dan tidak memeningkan kepala sebab apa-apa hal pun, saya akan dihubungi terlebih dahulu.
Studies Approach
Sejujurnya saya rasa bersyukur. Sebab Birmingham City University (BCU) , seperti yang pernah disarankan oleh Joanne (dari Tedvisory) menepati kemahuan saya dari segi pembelajaran. Iya, sudah tentu sistem pembelajaran di BCU berbeza dengan ketika saya belajar di UiTM kan. Sebab itulah saya memilih untuk belajar di luar negara. Saya nak merasai sendiri perbezaan itu. Antara perbezaan yang saya boleh nilai ialah :
1) Menjadi seorang International Student.
Dah tentu saya tak merasai menjadi pelajar
antarabangsa di Malaysia kerana saya adalah orang lokal, bukan? Tapi di BCU, international students dijaga oleh
pengendali atau admin. Bermaksud, ada wakil yang menjaga pelajar-pelajar international. Terutamanya dari segi
pendaftaran. Kalau kita ada apa-apa masalah dari segi pembelajaran pun mereka
sangat membantu la. So far dari segi nak mendapatkan advice atau pertolongan, sangat mudah nak berurusan dengan pihak
fakulti.
Akak yang menjaga international student di fakulti architecture. Dia baik sangat.
2. Studio
Okay, kalau ada yang dari studio-based course macam senibina, town planning ke, kita dah biasa kan ada studio waktu belajar. Studio ni bukanlah studio rakaman. Tetapi studio tempat kita buat kerja. Di UiTM, setiap student boleh chop workstation sendiri. Satu student satu workstation. Lepas tu terpulang nak hias macam mana, nak susun letak apa kat situ. Kadang-kadang siap bawah meja pun dijadikan ruang untuk tidur sebab kita buat kerja. Kadang kita buat kerja sampai lewat malam hingga pagi. Kadang-kadang sampai tidur bawah meja kan? Jadual subjek masa belajar di UiTM agak padat. Setiap hari akan ada kelas kadang sampai petang. Jadi hanya malam je yang kita dapat buat assignment & projek melibatkan design, bukan? Berbeza pula dengan di BCU. Di sana, kita ada studio. Tapi, bukan untuk dijadikan tempat perseorangan. Studio tu kongsi dengan batch lain seperti junior. Sebagai contoh, jika kelas batch saya guna hari Selasa untuk kelas, hari Rabu ada batch lain pula yang akan guna. Jadi biasanya studio di BCU ni, kita just datang bawa buku nota dan laptop sahaja. Kalau perlu bawa model pun boleh bawa. Tak boleh tinggal-tinggal barang. Bagi saya, jadual juga tidak begitu padat. Dalam seminggu, dalam 2-3 hari sahaja yang ada kelas. Selebihnya digunakan untuk meyiapkan projek. Sebab itu, saya tengok para pelajar ni ada masa yang digunakan dengan lebih efisien. Cara belajar di BCU ni, membuatkan kita lebih berdikari, berdisiplin dan kena ada integrity tinggi. Semua benda kena buat sendiri dan takde istilah spoon-feed. Selain itu, pemarkahan juga sangat strict. Takde markah kesian. Jadi itu membuatkan kita nak usaha bersungguh-sungguh.
3. Pensyarah
yang berpengalaman.
Sepanjang saya belajar di BCU, jujurnya lah, saya
tak pernah dapat pensyarah yang betul-betul muda sekitar 20-an atau 30-an.
Rata-rata berumur 40-an ke atas. Apa yang menarik bagi saya, kesemua lecturer
yang pernah mengajar saya semasa di BCU, mereka pernah ada pengalaman di dalam
industri. Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka juga mempunyai firma arkitek
sendiri. Ada yang terletak di London, jadi mereka akan datang ke BCU jika ada
kelas. Dapat gain knowledge dari
pensyarah yang ada pengalaman dalam industri ni memang satu kelebihan. Ada rasa
nak belajar dengan serius, jangan main-main. Nanti malu la kita ni duta kecil
Malaysia kan.
4. Fasiliti
Okay ni salah satu perkara yang paling saya suka di
bangunan fakulti Birmingham
School of Architecture and Design Saya paling suka bengkel di sana. Ini adalah salah satu
perkara yang saya dapati, sangat berbeza peluang yang saya dapat berbanding
jika belajar di Malaysia. Bengkel ini dipenuhi dengan mesin-mesin. Ada mesin
potong kayu, ketam kayu, mesin moulding, alat-alatan seperti drill dan
macam-macam lah lagi. Kiranya bengkel yang lengkap dengan peralatan untuk
menghasilkan kerja pelajar melibatkan projek. Iyalah, ini kan fakulti art & design juga. Konsepnya, kena booking dulu ya kalau nak chop meja untuk buat kerja-kerja
pertukangan. Untuk mesin yang lebih ‘heavy
duty’, ada pekerja yang mengendali. Mereka sangat berpengalaman dan sangatlah
membantu. Kita pelajar ni dianggap macam adik-adik yang perlu dibantu. Haha.
Antara memori yang saya masih ingat ialah ketika berada di bengkel untuk
siapkan kerja. Pengendali mesin di sana sangatlah peramah dan mereka boleh
ingat muka-muka yang rajin buat kerja di bengkel. Ni antara memori indah dalam
hidup saya yang takkan saya lupakan.
Lepas masukkan plastik ni dalam mesin, dipanaskan, mencair, ia akan terbentuk macam ni. Haa, mestilah sis teruja.
5. Konsep
semester
Kalau di UiTM dulu, kita lebih terbiasa dengan
konsep semester kan. Kiranya, dalam setahun ada dua semester. Tapi berbeza
dengan di UK. Pembelajaran bermula sekitar bulan September. Ikut term. Winter term, Autumn, Summer. Untuk pelajar Postgraduate
adalah sekitar 12 bulan iaitu dari September hingga September tahun berikutnya
. adalah dikira sebagai pembelajaran 1 tahun.
Setiap term ada cuti sekejap. Kecuali cuti summer (hujung Mei hingga hujung
Ogos). Kalau belajar Master di Malaysia walaupun tempohnya
selama 2 tahun, tapi dalam 2 tahun tu dibahagi kepada 4 semester, tapi di UK,
ikut tahunan. Bermaksud ada 2 tahun. Pelajar Master in Architecture disana
dikenali sebagai 5th year atau 6th year student .1st year hingga 4th year
adalah pelajar undergraduate, degree architecture sewaktu di
BCU.
6. Industry exposure
Salah satu sesi yang saya suka ketika belajar, kita
dibenarkan pilih dalam mana-mana firma arkitek yang tersenarai, untuk pergi
tutorial di firma arkitek tersebut. Maksudnya, kita bukan sahaja diberi peluang tutorial dengan pensyarah kita, tetapi
juga dibenarkan tutorial dengan
arkitek yang sedang praktis di firma sebenar. Haa, walaupun kecut perut lah
juga tetapi peluang macam tu mana nak dapat kan.
Salah satu
perkara yang buatkan BCU ni relevan untuk kita ialah sebab akreditasi mereka.
Untuk pelajar senibina macam saya, di UiTM dulu, course kami ada akreditasi dari RIBA (Royal Institute of British
Architects). Selain course architecture,
course yang jadi tarikan pelajar Malaysia di BCU ialah course yang
melibatkan akreditasi seperti :
- ACCA (Association
of Chartered Certified Accountants)
- BPS (British
Psychological Society)
- CIPD (Chartered
Institute of Personnel and Development)
- HCPC (Health and
Care Professions Council)
- CIMA (Chartered
Institute of Management Accountants)
- CIM (Chartered Institute of Marketing)
Pengalaman
yang saya ceritakan di atas ni adalah sangat berharga untuk saya. Suka dan duka
masa belajar semuanya membentuk jati diri saya. Dari segi pencarian kerja
selepas tamat belajar, rata-rata saya tengok kawan-kawan yang belajar luar
negara, kami dapat peluang pekerjaan kurang dari 4 bulan selepas memohon kerja.
Ramai yang mula kerja lebih awal dari saya. Saya cuti rehat dahulu selama
beberapa bulan dan apabila saya dah bersedia untuk memohon kerja, saya
bersyukur sangat-sangat sebab saya diterima bekerja selepas menghabiskan
sekitar 2 minggu sahaja untuk mencari dan memohon kerja sebelum diterima kerja.
Dalam tempoh tu saya hantar resume pada firma-firma arkitek sekitar KL dan
Selangor, saya dipanggil beberapa interview dan diterima bekerja di Subang
Jaya. Dekat dengan rumah masa tu. So
saya sangat bersyukur lah. Jadi, buat masa ni, itu sahaja lah yang boleh saya
kongsi. Mungkin kalau ada rasa kerajinan di hati dan mood, boleh saya tulis
lagi ya. Moga penulisan ni bermanfaat.
Bagi yang beragama Islam, saya yakin ini antara satu perkara yang kita sangat titik beratkan. Tapi jangan risau. Jika anda di Birmingham, lagi tak perlu risau. Percayalah cakap saya. =) |