Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengubahsuaian rumah di USJ 1 Avenue ini melibatkan rumah jenis kondominium. Rumah ini jenis subsale yang dibeli oleh klien. Tugas kami ialah untuk mengubahsuai dalaman rumah jenis kondo ini.
Skop kerja kami melibatkan :-
Ruang tamu dan TV :
Pemasangan lantai jenis vinyl SPC (ketebalan 3mm)
Pemasangan siling plaster bersama lampu jenis downlights dan kipas.
Pemasangan wainscoting
Mengecat satu rumah
Pemasangan TV console. (pintu jenis acrylic)
Pemasangan partition divider.
Mencabut cermin dinding & pemasangan wainscoting di 2 bahagian
Dapur :
Penukaran semua jubin lantai dan sebahagian jubin dinding (backsplash)
Mencabut
kabinet dapur lama, ganti kabinet dapur baru. Material dapur melibatkan
pintu jenis acrylic dan table top jenis granite.
Pemasangan siling plaster baru.
Tandas :
Pengubahsuaian tiga buah tandas. Pecahkan dan penukaran semua tiles lantai dan dinding, penukaran fittings, penukaran pintu tandas.
Pemasangan siling plaster dan lampu.
Untuk
pengetahuan, kerja-kerja ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu
selama 2 bulan setengah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dijalankan bermula 18 Mac 2020 tempoh hari. Walau bagaimanapun, kami
berbesar hati kerana projek ini telah pun berjaya siap.
Ruang tamu (Sebelum) |
Ruang TV - Sebelum |
Ruang TV - Pemasangan TV console siap |
Ruang dapur (Sebelum). Jubin lantai yang belum ditukar. Kabinet dapur juga dari pemilik rumah yang terdahulu. |
Jubin lantai yang lama dipecahkan dan diganti dengan jubin lantai baru. |
Tandas bilik master - Sebelum |
Tandas bilik master - ketika progres dan selepas siap |
Tandas kedua (sebelum dan selepas) |
Tandas ketiga - Sebelum dan selepas |
Partition divider |
No comments:
Post a Comment
P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.
Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.