Hai. Harini nak kongsi pemasangan kitchen cabinet dan wardrobe di Puncak Alam. Untuk pengetahuan, material yang digunakan pada kitchen cabinet ini adalah acrylic dan table top menggunakan quartz corak marble.
Pages
Wednesday, December 30, 2020
Pemasangan Kitchen Cabinet dan Wardrobe di Puncak Alam
Tuesday, December 8, 2020
Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri Bawah RM150,000
Gambar dari luar rumah. |
Ruang tamu yang bersambung dengan ruang dapur. "Open concept" kata klien. Untuk mudah dia pantau anak waktu dia memasak. |
Ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan juga. |
Ruang makan. |
Ruang dapur. Table top jenis konkrit dan pintu kabinet dapur jenis melamine. |
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :
www.wasap.my/601111892504
Monday, December 7, 2020
Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di USJ 1 Avenue
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengubahsuaian rumah di USJ 1 Avenue ini melibatkan rumah jenis kondominium. Rumah ini jenis subsale yang dibeli oleh klien. Tugas kami ialah untuk mengubahsuai dalaman rumah jenis kondo ini.
Skop kerja kami melibatkan :-
Ruang tamu dan TV :
Pemasangan lantai jenis vinyl SPC (ketebalan 3mm)
Pemasangan siling plaster bersama lampu jenis downlights dan kipas.
Pemasangan wainscoting
Mengecat satu rumah
Pemasangan TV console. (pintu jenis acrylic)
Pemasangan partition divider.
Mencabut cermin dinding & pemasangan wainscoting di 2 bahagian
Dapur :
Penukaran semua jubin lantai dan sebahagian jubin dinding (backsplash)
Mencabut
kabinet dapur lama, ganti kabinet dapur baru. Material dapur melibatkan
pintu jenis acrylic dan table top jenis granite.
Pemasangan siling plaster baru.
Tandas :
Pengubahsuaian tiga buah tandas. Pecahkan dan penukaran semua tiles lantai dan dinding, penukaran fittings, penukaran pintu tandas.
Pemasangan siling plaster dan lampu.
Untuk
pengetahuan, kerja-kerja ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu
selama 2 bulan setengah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dijalankan bermula 18 Mac 2020 tempoh hari. Walau bagaimanapun, kami
berbesar hati kerana projek ini telah pun berjaya siap.
Ruang tamu (Sebelum) |
Ruang TV - Sebelum |
Ruang TV - Pemasangan TV console siap |
Ruang dapur (Sebelum). Jubin lantai yang belum ditukar. Kabinet dapur juga dari pemilik rumah yang terdahulu. |
Jubin lantai yang lama dipecahkan dan diganti dengan jubin lantai baru. |
Tandas bilik master - Sebelum |
Tandas bilik master - ketika progres dan selepas siap |
Tandas kedua (sebelum dan selepas) |
Tandas ketiga - Sebelum dan selepas |
Partition divider |