Pages

Thursday, March 14, 2019

Makeover Dapur dan Tandas di Shah Alam

Hai, sekadar nak berkongsi satu projek comel kami ni. Kalau nak ikutkan, biasanya kita nampak rumah flat macam tak secantik kondominium kan. Saiz pun kecil, dalam 600sqft. Tapi, kalau kita berkemampuan untuk mengubahsuai keadaan dalaman rumah, kita mesti boleh dapat suasana rumah yang selesa untuk kita duduki. Terutama sekali untuk pasangan yang baru kahwin yang belum ada keluarga yang besar. Nanti keluarga dah semakin berkembang, kalau pindah rumah, rumah yang dah renovate ni bolehlah sewakan dengan harga berpatutan kan. Sedikit highlight untuk rumah ni.

1) Penukaran semua pintu sedia ada.
2) Penukaran semua tingkap
3) Pengubahsuaian kemasan dapur & tandas.
4) Minor repairing works

Dapur
Memandangkan dapur ni saiz nya sangat comel, saya memang suggest gunakan kemasan tiles berwarna putih saiz 1’ x 2’ untuk mengelakkan ruang tersebut nampak sempit. Pada asalnya client mahukan pintu kitchen cabinet yang glossy dan tiles jenis matte. Nampak mewah sikit barangkali dengan pintu cabinet yang glossy. Tetapi, saya advice kalau nak jimat, adalah lebih baik memilih kemasan tiles yang berkilat (jauh lebih jimat) dan pintu kitchen cabinet jenis matte. Terbalikkan.



 


Tandas
Haa yang ni memang saya kuat berangan la. Saya memang suka tandas orang putih/ mat salleh. Dulu kan study kat Tanah Ratu. Saya cuba kembalikan feeling tandas di sana. Masalahnya, tandas orang putih ni jenis kering , lantai guna kemasan kayu. Tandas kat Malaysia ni basah selalu. Jadi, saya cadangkan konsep yang saya nak ketengahkan. Saya suggest untuk guna tiles yang kelihatan seperti ‘timber plank’ keluaran Whitehorse. Jadi, cara susunan pun macam susun kayu. Memang ada tiles saiz 1’ x 2’ yang kemasan dia macam kayu tapi saya nak susunan dia pun macam susun kayu. Gituhh saya punya cekadak.



Pintu
Flush door. Sebenarnya, kalau ada sesiapa yang jadi kontraktor juga, you all tahu flush door memang boleh dapat murah. Ni sekadar kita cuba meet client’s budget. Dia pun taknak solid door. Berat dan mahal. Jadi, untuk taknak nampak terlalu plain, kami gunakan kayu nyatuh sebagai frame di pintu. Ala, kayu yang orang kita suka buat wainscoting tuu. Lepas tu baru cat putih oil paint (glossy). Dengan lockset jenis lever. Sekali pandang ada macam solid door tak? Hehe. Bila dah siap, kita tolak pun takla rasa ringan sangat. Nyatuh kan jenis kayu solid.


Kekangan kat site. Sekadar berkongsi. Sebab kerja-kerja renovation biasanya lagi tricky dari bina rumah atas tanah kosong. Rumah ni memang lama.

-Rumah dibina menggunakan system IBS Jenis concrete panel. Jadi setiap dinding dia memang keras takde discount punya. Kalau jenis batu bata senang sikit nak pecah. Ada certain parts yang kita tak hack untuk plumbing & so kita expose untuk kurangkan cost. (walaupun I wish so much yang kita boleh hide beberapa benda).

-Paip sedia ada dari besi. Kalau sekarang banyak guna PVC pipe kan maka senang potong tapi paip rumah ni jenis besi dan kita tak nak box up /tutup pun bahagian paip tu jadi kita layer dengan cat anti-rust dan cat paip besi tu supaya nampak suci murni.


-Bila cuti CNY baru ni supplier banyak cuti. So kena foresee material apa yang kena beli awal-awal. Order awal pun tetap sampainya seminggu lepas CNY.

To be honest, it was a fun process. Kita bawa client pilih sendiri tiles, kita bagi advice & pendapat. Bila wet works hampir siap, kita bawa katalog/sampel untuk client dapat “REAL FEEL” warna kitchen cabinet dengan kemasan dapur yang dah siap di rumahnya sendiri. Proses dari 1-4 ni mengambil masa 14 hari.

 Antara proses yang saya enjoy nak buat. Pilih material di site untuk kitchen cabinet. Kadang-kadang kita boleh propose melalui lukisan 3D. Tapi kalau nak dapat real feel, saya suka bawa katalog, ha! match kan dengan warna tiles lantai dan dinding. Kami pilih warna table top yang serasi dengan warna lantai kelabu ni.


 
 
 


Kitchen cabinet pun dah siap pasang. Jadi saya kongsi gambar-gambar terbaru.











Ada beza upah kontraktor/tukang tanpa background designer dengan upah kontraktor dengan background designer. Kadang orang cakap tukang ni tukang tu boleh bagi murah. Kita okay je tapi bila tengok apa yang diberi memang sedih lah tengok kan. Dulu mak saya renovate rumah, bila sekarang tengok balik, sedih gila dengan pemilihan tiles, susunan fitting tandas tak ergonomic/proportionate. Nak mandi guna shower pun langgar siku dengan dinding.
Basically, I love what I do.   Kita bagi consultation sekali, & kita akan advice ikut you punya budget & give solution what kind of materials suit your budget. Beza tau orang kerja terpaksa/asal boleh dengan orang kerja ikhlas ni.Hehe. Kalau ada sesiapa perlukan khidmat macam ni, jangan malu jangan segan PM tepi. I tak makan orang lah jangan takut.

p/s: ya saya izinkan untuk share.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengubahsuaian rumah/pembinaan rumah, boleh hubungi melalui whatsapp/call:

www.wasap.my/601111892504








18 comments:

  1. Berapa budget makeover dapur tu ,cantekkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 35k untuk sekali dengan renovate dapur, tandas dan tukar tingkap. Kalau harga kitchen caqbinet je dalam 12k

      Delete
  2. Sorry komen ni tak ada kene mngena dgn entry ni ya. So i spent almost 1 hour reading your entries... bit tiring as its 3am now tapi it was exhilarating so i couldnt stop reading. Tak banyak pun baca sebab most of your entries dah macam novel pulak panjang nya. Sy kat fly fm punya site baca news krappi call dah takda kenapa sebab personally for me this teka bersama guibo sangat la crap berbanding krappi call. So i dunno how i end up to ur blog but it was awesome and glad i did. I really take delight in your writing... though i have zero idea about architecture.. archi here and there.. and yes budak subang jaya. No wonder macam kenal rupa rumah your latest project. Geng subang jaya rupa nya.. nak komen lagi tapi next time maybe. So dont stop writing anytime soon. Ill come and read again. All is well. Stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, though your comment is a bit pelik, but oh well, 3 am kot.. nak expect apa. Haha.
      Okay, do come again. Stay safe too.

      Delete
  3. Very descriptive post, I enjoyed that bit. Will there be a
    part 2?

    ReplyDelete
  4. Keep on working, great job!

    ReplyDelete
  5. Hi Sophie... suka baca entry ni.. nak tanya roughly budget utk buat laundry room kat belakang rumah (landed 24x75) dlm 6 feet extension dlm brp ribu ya? Nk buat budget utk future house insyaallah completed in 2021.

    ReplyDelete
  6. Hi Sophie..suka baca your entry.. nak tanya boleh tak Sophie beri roughly budget utk buat laundry room kat belakang rumah standard double storey house (24x75) dlm 6 feet extension?

    Nak buat budget la sbb tahu mesti puluh ribu jgk tu...hehehe..thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Starting at 30k. Tengok pada material dan nak design macam mana.

      Delete
  7. Nak tnya berapa banyak spend untuk baiki tandas?

    ReplyDelete
  8. Hi, survey² harga buat dapur sebenarnya ni hehe

    ReplyDelete
  9. hello there.Ini buat dekat area mana ye? Saya nak renovate tandas untuk ibu ayah saya. Tandas dia 2 kali besar seperti dalam tandas di atas. Agak2 berapa ye cost untuk renovation tu sebab tandas kat bilik parent saya licin. Dengan mak bapak saya yang dah tua, takut jatuh. Klang ada buat ke. Anything boleh email me at bonzaimy@gmail.com. TQ

    ReplyDelete
  10. Hi sophie, renovation apartment berkeluasan 864ft akan bermula isnin 24/8/20. Tukang rumah sudah adaṇ
    Kalau saya memerlukan khidmat konsultasi anda utk bhg tandas x 2, dapur & workarea terutama pilihan tiles adakah anda terima? Bagaimana dgn harga konsultasi anda?terima kasih

    ReplyDelete
  11. Singgah sini.. Tengah mencari tukang untuk renovate bilik air.

    ReplyDelete
  12. Nak tanya .. tila lantai dapur tu kopek tanggal atau rander simen aje?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.