Pages

Tuesday, June 19, 2018

Raya Di Ho Chi Minh

Sebenarnya aku agak stuck sekarang. Hari raya keempat & aku berada di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Aku ada lagi 3  hari disini. Sebabkan aku nak mengadu tapi aku macam tak tahu nak ngadu kat sape so, akhirnya ke blog ni juga aku hambur apa yang aku rasa. (Wey kasi chanlaa, sis takde suami mahupun pakwe okey) :(

Walaupun aku ni suka travel, tapi waktu-waktu yang sepatutnya masih beraya ni aku rasa emo pula nak ikut bercuti di Vietnam dengan family aku. Sebab pada asalnya aku taknak ikut.. :( tapi aku tersepit.

Travel kali ni memang aku tak organize apa-apa, aku biarkan adik aku aje yang plan. Nampak tak betapa ignorant nya padahal kalau pape trip aku yang selalu in charge. Makanya aku macam clueless pasal Vietnam. Aku just dengar orang cakap ni tempat shopping. So bila sampai tu, bandar ni tak berapa mengujakan aku. Rasa macam pergi bandar Sungai Petani pun ada.


But sometimes i just let myself lost in space, buildings & architecture. 


Sebenarnya aku agak stress & emo. Sebab market famous yang Ben Tahn Market tu, aku rasa macam tak diberi hak untuk tanya berapa harga barang kat situ. Kalau tanya ibarat kau kena beli. Bila taknak beli, dia turunkan harga seolah paksa, kau wajib beli jugak. Bila geleng kepala, nak blah..dia tarik tangan kau. Kau rasa?? Dia yang tak letak tanda harga pastu bila tanya harga macam kena beli pulak. Aku emo gila tadi.Haritu ada member aku lelaki dia baru pergi Ho Chi Minh jugak, dia kata dia emo. Aku pun tak terasa apa la sebab tak berada di situasi dia. Tapi bila aku kat situation tu, rasa macam.. eh dia yang lelaki pun boleh emo.. apatah lagi aku yang perempuan yang lagi sensitif ni kan. Aku stress sebab jumpa few sellers yang macam rude gilaaaa!! & aku tak bolehla orang rude atau takde manner ni. Aku macam hisyhh! Geramla! Kalau masuk Ben Tahn market tu, jalan dia dahla sempit. Para penjual tu suka cuit-cuit, tarik-tarik pujuk beli.. walaupun diorang perempuan tapi still, aku tak suka diperlakukan sebegitu.
Ni dalam Ben Tahn Market. Laluan sempit kat dalam tu lebar dia ada la dalam tak sampai 3 kaki. 

Ada kejadian yang paling aku tak suka tadi. Mak aku minta aku tanyakan harga handbag kat pasar malam tu. Aku cakap kat mak aku, kalau taknak beli tak payah tanya. Tapi mak aku kata kalau camtu camane nak tahu harga bag? So aku pun tanya jela. Jadi orang tengah sampai gaduh dengan seller. Aku kata aku taknak, just nak tahu harga. Dia kata "jangan buat macam ni, runding sampai jadi la..tolongla saya, beli handbag ni."Dia tarik tangan aku sampai aku dah langkah 20 langkah pun dia masih nak jual bag tu. Sedangkan bukan aku yang nak bag tu. Mak aku just nak tahu info harga. So siang dahla dah emo. Malam pun emo. Kenapa la kena buat sis muram ni. Haih.

 Ni pula night market di luar Ben Tahn Market, yang aku rasa sangat emo dengan seller bag tadi tu. Dia macam in between kesian & menyampah. Kesian sebab dia merayu, mata dia sangat hopeful. At the same time nyampah sebab kena paksa beli.

Rasanya untuk hari pertama ni, yang buatkan aku happy ialah kopi Vietnam (yela aku coffee lover), dengan bihun sup. Pho ayam.

Macam kuey tiaw sup tapi sup dia sooo sedap! Weh at least ada benda yang membahagiakan aku walaupun beliau semangkuk kuey tiaw sup je. Thank you sup. Setiap hirupan itu membahagiakan. Gittew. By the way, ada je kedai makan halal kat sini.

And then, untuk para wanita di luar sana.. baru aku faham kenapa orang kata ni tempat shopping. Selain kain ela, banyak sangat tudung famous brand Malaysia ada kat sini. Of course la tak ori. Tapi kualiti not bad weh. Jahitan pun masih dikira kemas. Ada brand Ariani, Duck Scarves, Naelofar.



Ladies, looks familiar? 

Aku selaku bukan peminat setia Duck, tidaklah dapat nak membezakan mana satu ori & tak ori. Tapi yang aku nampak, yang ni lawa je. Kain lembut, jahitan tepi dia eyelash. 

Wah! Kegilaan apakah ini? Macam-macam brand tudung famous ada. Kecewa owner brand macam ni. But to be honest, dari segi kualiti, untuk harga kat Vietnam ni dikira murah la. Dalam RM20-30 camtu je sehelai.

Aku rasa macam boleh cam yang ni design Limited Edition Duck kan? Royal Brunei camtu kalau tak silap? Kalau silap maafla.. 

Jadi, itulah serba sedikit hari yang kulalui harini. Wah, still panjang what cerita. Tabah gila eh menaip & post entri pakai phone je cramp jari2 aku.

Doakanlah hari sis yang seterusnya akan jadi okay ya. Kalau emo sis makan kuew tiaw sup tu je. 



3 comments:

  1. Sophie, cara dorang macam kat Petaling Street je.. Tak boleh tanya harga. Kalau tanya wajib beli...

    Elok juga rasa emo, jadi ada update blog. Heheheh. Rindu pulak blog sophie ni.

    ReplyDelete
  2. salam kak sophie. boleh share sikit tak, macam mana nak sambung study kat luar negara dalam bidang arkitek ni. hee

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak sophie. Boleh tak share sikit macam mana nak sambung study kat luar negara dalam bidang ne..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.