Ni tajuk yang aku dapat dari someone yang request aku tulis entri pasal tajuk ni. Sebenarnya menyenangkan kerja aku nak menulis sebab kalau request camni aku tak perlu jenuh pikir sangat tajuk entri & nak citer pasal apa.
Bagi aku yang dah go through part 1 & part 2, pada pendapat aku, part 1 lagi susah. heheeee. Bukan apa, sebab kita dari lepasan SPM, terus nak adapt belajar architecture, mula dari drafting & melukis, belajar pasal ergonomic, mula belajar design. Permulaan untuk belajar benda baru memang susah. Part 2 pula, sebabkan dah ada pengalaman kerja & basic tu dah sepatutnya ada, dia jadi lagi mudah untuk proses pembelajaran tu, cumanya, dia susah sikit tu dari segi critical thinking dengan depth of studies.
Contohnya,
Masa belajar part 1, design bangunan kita tu, lebih focus pada konsep. Tak kira dengan serius sangat dari segi structure boleh lepas ke tak (kalau lecturer strict pun, takdelah payah sangat kot nak lepas, lecturer kau structural engineer ke apa?),understanding pasal construction pun masih dikira basic. Takde nak fikir sangat dari segi Mechanical & Electrical services tu mana nak locate water tank, AHU ke apa. Tak perlu nak kira dari segi fire regulation tangga kau ni lepas ke tak orang nak escape kalau berlaku kebakaran. Untuk belajar part 2 pula, design bangunan menjadi lebih serius. Kita kena comply dengan requirement dari pelbagai segi. Sebab tu aku kata depth of studies tu lebih dalam. Sebab nak prepare diri kau menjadi seorang arkitek yang mampu bekerja dalam industri. Tapi kalau pernah kerja, sepatutnya tak begitu susah la masa study part 2. Dia susah part nak memuaskan hati lecturer yang nak bagi markah tu sebenarnya dan dah tentu lah kena tengok subjek lain juga. Disebabkan aku ambil part 2 studies kat UK, jadi aku takkan huraikan sekarang ni dari segi subjek. So tolong jangan tanya aku UiTM punya part 2 camne, UPM camne, UTM camne. Tolong kurangkan sikit menyakitkan hati aku dengan soalan-soalan cenggini k.
Disebabkan aku ni jenis aci redah je, jadi dulu masa aku nak ambil part 2 aku rasa aku kurang prepare. Aku rasa macam, ah buat jelah. Tanpa bertanya secara serius pada orang yang pernah melalui proses ambil part 2. Waktu aku ambil part 2 pula dahla bukan dalam negara so aku terforgot nak tanya apa jenis-jenis cabaran & preparation aku kena buat. So disebabkan aku taknak korang buat mistake macam aku, jadi silalah hadam dengan apa yang aku nak kongsi ni.
Lepas tamat belajar part 1, ada beberapa perkara penting korang kena consider sebelum sambung study part 2.
1. Pengalaman kerja.
Bila dah tamat pengajian part 2, walaupun korang ada pengalaman kerja jadi Assistant Architect, kebanyakan firm akan tetap consider korang sebagai fresh graduate untuk position Arkitek. Melainkan skop kerja korang masa jadi AA tu macam arkitek. Handle projek ke, pergi site, masuk meeting etc, then maybe boleh nak demand gaji sikit. Takpe, aku sangat sarankan korang kerja dulu. Sebab bila bekerja, kita akan didedahkan dengan drawings projek sebenar. Kat situ lah korang akan terasa kegerunan kerja dalam bidang ni.Terasa kerdil diri ini. cewah. Memang tak sama dengan masa belajar. Sebab drawings kat firm ni lebih detail, dia punya specs untuk material, kalau lukisan untuk bomba submission pulak lain jenis, untuk tender submission pula lain. Yang korang selalu nampak kat galeri penjualan unit rumah/apartment tu, yang drawing cantik-cantik tu boleh consider lebih pada concept dan building plan. So kalau ada budak sekolah sini nak jadi arkitek sebab suka tengok layout bangunan atau model bangunan yang selalu ada kat shopping complex tu, aku just nak remind, ITU HANYALAH SURFACE. Sebab tu aku tak tahu macam mana nak explain dengan terang benderang kenapa bekerja dalam bidang ni tak seindah bangunan Zaha Hadid. It's too complex to even explain. *sigh* Doakan jela hakak Sophie terbuka hati nak cerita lebih jelas.
So berkaitan dengan pengalaman kerja ni, aku tahu ada orang dia jenis berlagak. Taknak buat detail drawings, taknak buat kerja renyah-renyah. Nak terus masuk planning & design. Dia rasa drawings camtu kerja draugtsman. Feeling dia macam "Hello, aku nak jadi arkitek bukan draughter". Tapi yang sebenarnya, penting untuk kita tahu macam mana nak buat detail drawings, construction drawings. Dari situ baru kita sebenarnya faham macam mana nak design. Benda ni akan membantu bukan sahaja masa nak study part 2, malah membantu bila nak minta kerja lepas habis part 2. Selain tu, detail & costruction drawings ni, macam one of the elements dalam architecture yang bila kau dah grad part 2, as if you are expected to master this skill already. Ini benda yang aku perasan la. Susah gak sebenarnya kalau kau dah jadi arkitek nanti kau tak reti baca detail drawings/construction drawings. Malu pun agak malu lah juga. Takde sape dah nak ajar kau buat working drawings bila kau adalah part 2 grad. Kalau ada pun tipis.
Aku bersyukur gak lah masa aku jadi AA aku banyak buat drawings, dari BP submission, bomba submission, tender submission, construction submission semua aku sempat go through. Jadi agak bagus untuk praktis. Sebab truth to be told, aku sangat lousy dalam detail/construction drawings sebelum aku bekerja. Like huduh gila kalau aku buat draughting. Dari pengalaman tu juga aku belajar baca drawing consultants macam M&E dengan structural engineer. Dari tak berapa faham how structure & construction work aku jadi semakin paham, aku boleh visualise & draw balik, sometimes even explain to other colleague kenapa dia macam ni, kenapa macam tu.. Baru relevant buku D.K.Ching tu pada aku yang masa belajar dulu aku tak faham amende buku D.K.Ching ni drawings dia ni ape seh? You see, masa aku baru masuk bekerja as fresh grad design architect, hari kedua aku dah kena masuk meeting dengan structural engineer. Aku serius tak dapat bayangkan kalau aku tak kerja dulu tapi terus sambung study part 2? Aku tak rasa aku akan faham apa issue dalam meeting tu. I won't even have confidence pun kot nak handle meeting tu.Aku tak rasa aku mampu nak discuss dengan engineer kalau aku tak faham design building tu sendiri. Tapi sebab aku dah go through (walaupun setahun je), but THEY MEAN A LOT. Lepas tu, menjadi seorang design architect ni, ada waktunya aku kena resolve planning atau apa-apa berkaitan design then aku akan pass dekat Assistant Architect atau draughtperson untuk key in benda alah yang aku dah sketch kat butter paper. Kadang-kadang ada yang datang balik tanya macam "Ni kalau wall ni ada plaster camne construction dia dengan cement screed kat floor ni? Camne nak lukis connection dia eh?" dan banyak lagi lah soalan lain yang aku sebagai design architect, i am the decision maker unless tak dapat resolve so tanya bos. Sebab tu tanggungjawab arkitek ni berat sebenarnya. Apa-apa salah, kau akan dipersoalkan sebab kau yang decide banyak benda. Boleh imagine tak kalau aku takde pengalaman kerja dulu aku pun tak tahu camne nak jawab soalan macam-macam ni. So aku dapat rasa aku sekarang kerja ni aku tak rasa susah sangat maybe sebab aku dah pernah kerja dulu. Aku jadi tahu apa yang aku buat & apa yang aku perlu buat. Cuma kadang-kadang bagi aku, setiap hari aku belajar benda baru. Setiap kali tu jugak lah aku rasa noob gila. Macam apehal aku takleh resolve ni.wuwuwuwu.. Kena marah dengan bos tu standard lah. Layan je..
Of course adalah pilihan korang kalau kerja nanti nak demand kerja macam mana. Ada orang prefer handle project instead of buat drawings. Really, up to you. Cuma kalau handle project ni, memang lepas habis part 2 kau akan handle project seumur hidup kau yang nak jadi arkitek pun so bagi aku kena pandai balance lah. Cuma kemahiran buat drawings tu agak penting untuk persediaan part 2 dan menjadi arkitek lepas habis part 2.
Aku tak berapa sarankan sebenarnya terus sambung part 2 lepas habis part 1. Tak salah nak straight je but why rush? Sambung lah part 2 dengan sedikit confident di hati. Tambahan pula, sekurang-kurangnya, bila habis part 2, kalau pernah bekerja at least setahun, cantik lah sikit resume. Korang ingat dah kerja setahun tu pun cukup ke nak minta kerja as part 2 graduate? Masa aku apply kerja baru ni pun banyak firm nak yang ada pengalaman jadi arkitek at least 2,3 tahun as architect (bukan assistant architect eh). Cuma Alhamdulillah rezeki aku sangat lah tak susah cari kerja. Sebelum nak interview tu aku banyak baca tips & tengok kat youtube pasal tips interview architecture job. Ada satu video ni, aku ingatkan tak boleh percaya. Dia kata "kerja korang masa kat school tu bagi employer macam takde apa, nonsense & don't really excite them as employer. Yang diorang nak tengok ialah hasil masa bekerja di industri." Aku ingatkan pentipu je vlogger tu, sampailah aku sendiri pergi interview. Bos aku masa nak tengok portfolio dia tanya dulu mana kerja yang aku pernah buat masa kerja kat firm lain dulu? Dengan apa-apa kerja freelance. Dia paling berminat selak real works sahaja. School work selak laju-laju macam takde nilai. Sobss.. Penat aku ambil masa buat portfolio kot. Penat aku belajar part 2. Ternyata vlogger itu tak pentipu. Dia memang cakap benda yang realiti. Sebab bos, dia nak ambil orang yang competent untuk kerja dengan dia. Setakat school project tu macam standard sangat lah budak archi semua boleh buat school project kan. So nasib baik lah kan aku pernah kerja lepas habis part 1. Kalau aku takde pengalaman kerja? Aku jangka mungkin tak mudah jugak nak dapat kerja zaman sekarang.
So apa skill yang penting untuk diserap kalau korang kerja lepas part 1?
-presentation drawings. (lebih pada skill rendering, tunjuk view cantik bangunan korang, pendek kata drawings yang cantik yang boleh jual kat client sebab detail drawings too boring right)
*Contoh amek kat Pinterest*
Ni jenis presentation drawings. Presentable. Client tengok pun suka. Ini yang mata budak-budak sekolah mudah rasa nak jadi arkitek.
-detail/construction/working drawings (lebih pada drawing CAD yang sangat detail ada gridline,spec bagai)
*Gambar ihsan google.* So ni pula contoh working drawing. Ni contoh drawing yang biasa lah kat architecture firm. Drawing macam ni yang awak adik-adik sekolah yang nak jadi arkitek, ni lah jenis complexity sebenar bila kerja dalam bidang ni, dan gambar di atas ni hanyalah projek kecik je. Kalau projek besar? Memang kadang rasa naik loya tekak tengok garisan banyak sangat.
Contoh di atas ni pula adalah drawing yang aku buat masa kerja dulu sebelum study part 2. Ini hanyalah sebahagian kecil dari overall task.
2. Architecture skill.
Korang suka atau tak suka, terima lah hakikat, architecture sekarang ialah lebih kepada digital architecture. Tahu lukis tangan je tak cukup langsung. 90% daripada kerja memang guna computer dan softwares. Jadi kalau nak sambung part 2, mantapkanlah skill software korang yakni, gunakan software yang smart. Apa yang aku maksudkan smart ialah, bila lukis 2D, dia boleh naikkan 3d terus. Belajar untuk tak tipu dalam drawings pun.Tolong jangan buat kerja gila macam aku dulu, still export 2D from AutoCad then naikkan dalam Sketch up.Bila design ada perubahan tak ke haru nak tukar 2d pastu tukar kat 3d pulak . Tak gila? Dahla ambil masa gila. Sebab masa tu aku takde confidence nak belajar software baru. Bila sekarang aku dah guna Revit, aku rasa macam nak terjun bangunan kalau tak dosa. Sebab software macam Revit, 3Dmax, rhino adalah jenis-jenis software yang smart. Tapi kalau korang tanya aku jujur, gunalah Revit sebab nak minta kerja nanti pun Revit agak in demand sekarang untuk bidang architecture okay. Go for software yang related dengan BIM model demi masa depan korang yang cerah dan gemilang terbilang. You know hakak Sophie seorang yang jujur dan nak masa depan korang cerah, bukan? Kalau korang nak buat design pelik-pelik curve melampau batas bolehlah guna 3dMax, Rhino (then connect kepada Grasshopper). Sekarang tutorial berlambak sangat kat Youtube & website. Tak payah nak tanya banyak sangat kat aku pasal software ni.
3. Hati kena kuat
Sebagaimana korang mengharungi liku-liku kehidupan sebagai budak archi masa part 1, korang akan laluinya lagi sekali untuk part 2. So kuatkan hati, jangan cepat menyerah, cari kawan yang sama-sama nak berjaya, jauhkan dari drama kawan-kawan studio yang merapu & tak penting macam cinta antara dua darjat ke cinta 5 segi ke.. This is your battlefield. It's now or never. Be more heartless, tapi jangan berlagak. Ingat Tuhan sentiasa. Sebelum crit or submission, buatlah solat sunat hajat mintak lepas semua & baca surah Yasin untuk tenangkan hatimu. Jujurnya tu antara amalan aku dulu bila nak crit atau submission.. Call mak ayah mintak diorang doakan kau. Doa ibu paling mustajab. Takkanlah aku tak cuak pulak kan dulu kena present depan mat salleh, present in British accent pulak tuh kan. Cuak tak yah nak cakap laaa.. Been there, done that. Hahaha..
4. Buat account Pinterest.
Aku malas nak cerita apa kelebihan dia. Tapi after a while lepas korang guna, mesti korang akan rasa ianya membantu. Kalau tak reti boleh tengok account Pinterest aku. Korang boleh create pin korang sendiri ikut suka korang. Boleh tengok contoh-contoh student luar negara. Tengok secara global supaya korang tak syok sendiri rasa korang punya design/presentation board paling best di alam semesta.
Find me at: https://uk.pinterest.com/sophiealyahya/
5.Jangan boros. Simpan duit.
Korang pun tahu kan course kita ni banyak pakai duit terutama sekali dari segi printing. So kalau korang bekerja lepas part 1 dan ada cita-cita nak sambung belajar part 2, jangan lupa simpan sikit duit tu. Lainlah korang tu anak orang kaya ke apa.
6. Kalau nak study overseas.
Aku tak tahu lah sekarang punya requirement untuk dapatkan funding nak sambung belajar macam mana. Aku dengar semakin susah. Tapi kalau ada cita-cita nak sambung belajar di luar negara, jagalah pointer dari awal. Kadang kan, senior ni mulut ntah pape. Ada ke patut cakap "dalam architecture ni, tak payah lah nak pulun sangat dean list, asalkan semua subject lepas tak sangkut pun dah cukup" Aku pun macam terikut-ikut dengan pemikiran tu dulu. Padahal, result yang baik tu kita kena usaha dapatkan sebab memudahkan dari segi nak sambung belajar, dan nak mintak kerja pun kadang-kadang bos nak tahu tau result kita macam mana. (macam bos aku la, dia mintak tau transkrip,haa). Kalau result kita okay, konsisten, kita bagi good impression bukan sahaja kat future school yang korang nak sambung part 2, malah kat bakal future employer juga. Dan kalau nak study oversea pun tetap, korang kena go through that interview phase with your majestic portfolio ittuw. So, buatlah yang terbaik.
Dari segi belajar architecture kat overseas pulak. Satu benda aku boleh share buat masa ni ialah macam mana nak design di negara 4 musim. Dari segi material lain & construction lain, kena ada insulation lah, double wall lah, orientation bangunan lain, memang mencabar tapi it was a good experience. Sekurang-kurangnya aku makin peka dengan architecture negara sendiri bila buat comparison.
Ni contoh drawing aku sendiri masa study part 2. This is just a small part of the building. Bahagian technology. A combination of brickwall & timber works. Masa ni susunan batu bata bonding jenis apa pun kena ambil tahu sebab negara macam England memang dia punya construction utama guna batu bata & exposed, takde cat sebab susunan tu sendiri ada aesthetic value. Tak macam negara kita, ada batu bata tapi susunan dia caca marba & tak kisah sebab nanti cover dengan lapisan plaster lepas tu painted pakai cat. Waktu ni kena ambil tahu juga jenis Flemish bond ni dia pakai foundation macam mana, etc. Banyak lah citernya. So nak share tu jela. Dia jenuh sikit nak research tapi semua tu ilmu.
p/s:So far ni jelah aku boleh share buat masa ni. "Ni jelah pun" tapi bukan main panjang lebar kot aku dah share, siap berusaha godek mana drawings lama. So kalau korang rasa entri ni berharga & membantu, boleh lah share kat sahabat handai korang yang nak ambil part 2 jugak. Kalau korang rasa nak aku ulas apa-apa pasal architecture, aku lagi senang kalau korang bagi tajuk. Hahaha. Sebab aku mana lah tahu apa yang korang nak tahu kan, so in a way, kalau korang bagi tajuk atau huraian pasal apa yang korang nak tahu tu barulah aku boleh bagi pendapat atau kongsi pengalaman. Kalau takde request aku share jelah ikut sukahati aku pasal apa-apa je termasuk yang bukan pasal architecture pun. Dah blog aku, of course lah suka hati ittew kan. Tapi nak tunggu aku update entri baru tu tahu jelah boleh berjanggut. Hehe. Ok bye. Esok kerja.
nice entry. very useful info. Sangat jeles sbnrnya dgn mereka2 yg bakal sambong part 2 ni. takde rezeki dulu skrg. mungkin sampai bila2 kot. hehe semoga entry ni berguna untuk mereka2 yg memerlukan. tapi memangla semangat kene kental nak amik architecture ni kan. but actually the hard work is really worth it... (well, at least for me hahaha)
ReplyDeletekalau rasa taknak ambil part 2, better tak payah. Lagipun bila dah kerja lama, momentum nak study tu drop. Asalkan you enjoy kerja you sekarang ok dah. =) hope all is well.
Deletebanyak tips berguna nih.. even baru nak sambung part 1.. thanks akak ^^
ReplyDeleteyou are most welcome =)
DeleteAssalamualaikum Sophie.. Terbaiklah entri ni. Hopefully adik-adik yang nak sambung Architecture baca entri ni. Nampak sisi kematangan *miss architect* sekarang. heh.. anyway, all the best ya. Akak doakan Sophie terus sukses dalam bidang ni.. Don't give up, keep it up!
ReplyDeleteWaalaikumussalam kak. Matang dah kan kan.. Thanks akak. Hopefully boleh jumpa lagi. Saya pun doakan akak sukses dalam kerjaya & rumahtangga. =)
DeleteBuat article
ReplyDeleteAndai boleh diundur masa, apa yg akak betulkan zaman belajar architecture
REALLY A GOOD ONE. InsyaAllah akan ditulis nanti.
DeleteCadangan Article : Apakah berbezaan architecture dulu dan generasi skrg, how to adapt with system
ReplyDeleteSystem apa? kalau boleh huraikan system apa tu dengan lebih jelas. Architecture dulu dengan generasi sekarang tu dari segi design architecture ke architecture studies tu..,dalam Malaysia ke secara global ke apa. Ha,tajuk saya nak kena fahamkan dulu.
DeleteCadangan Article
ReplyDeleteHow to generate critical thinking for Part 1
Thank you. Akan dipertimbangkan. Sebab saya pun nak kena critical thinking gak nak huraikan pasal hal ni.hehe.
DeleteCadangan Article
ReplyDeleteArchitecture and Partnership
Boleh huraikan lagi partnership macam mana yang dimaksudkan? like,
Delete-partnership between who? companies to companies? company to university?an architect to architect?
Cadangan Article
ReplyDeleteForm follow function / Function follow form
Good one too. Interesting topic to share.
DeleteEllyna Ahmad is back. http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1011281&extra=page%3D1
ReplyDeleteMy ex fiance, who is now a film director for commercial, also one of her victims. Now she's executing the same modus operandi to my actor friend, Pekin Ibrahim.
My thousand apologies for commenting at your blog, and it has nothing to do with your article. But I really thought you should know.
Thanks
Hello, thank you for letting me know. I have read all. & as someone who has been studying in England for few years, I can tell quite easily too that she is unreal (from many point of views). But I guess there is other 'CSI' in the forum managed to blow her cover.
DeleteAbout Pekin, *smile* why am I not surprised at all of him being the victim..
About a year ago around February 2015, I have WARNED Pekin about this lady. I sent him link of the chronologies (from my blog entries) hoping he would understand. I was kind enough to warn & remind, didn't I? (macam, jadah apa aku nak kesah pasal artis,hello??) He replied somehow but I guess he was, blur? or tak amek port. I sort of can smell Pekin will be one of the upcoming target. Why? Simple.Pekin should know exactly why.
And this is to remind all actors/actresses out there, this lady might work among you. She works in your industry. She will not stop. If you have partner/spouse, she will not care if she might get you separated. Beware. God knows how many she has conned & make you fall in love with her without even seeing her.
I used to hide/cover for artiste before, I did not mentioned the artiste's name in my previous chronology entries in lieu of respect & jaga air muka. (as requested by the artiste himself)
But then I thought, some guys should learn lesson from their bodoh-ness.
Don't be surprised, the same kind of stories will pop up in future. And I'll just enjoy seeing the next "super pandai" actors whom will fall for her. *Prepare to eat pop corn*
And to the faker, I know you have been stalking all this while. Though you said you have changed/wanted to change, but guess what, orang yang dah biasa menipu memang tak boleh hidup tanpa menipu agaknya. Dah macam makanan ruji. Menjawablah kat akhirat nanti. Moga sempat taubat.
Hi hakak sophie!
ReplyDeleteseriesly your entri x pernah xbest. suka sangat. terima kasih sebb menulis. sya bukan dak archi tapi best la dapat extra knowledge pasal archi.
peace!
Hello adik.
DeleteThank you so much. *terharu* =) Peace back yo!
Salam, nk tnya thu course perancangan bndr dn wilayah or town planning. Kos ni ade kait rapat dgn architeture jgk ke n bleh smbg master ke for course ni. Thanx 😀
ReplyDeleteberkait tapi tak sama langsung. Master in architecture (part 2) tak boleh. sebab awak tak boleh skip part 1 architecture. Unless nak master by research. Still, tak melayakkan awak jadi arkitek. Nak jadi arkitek di Malaysia kena complete Part 1 & Part 2 accredited by Lembaga Arkitek Malaysia.
DeleteWaalaikumussalam. Maths dalam archi tak tough langsung. If you mean by working lah. Just basic maths (tambah,tolak,darab,bahagi). Paling susah yang pernah saya guna pun Theorem Pythagoras (certain case melibatkan kecerunan je). Pendek kata takde apa nak dirisaukan. Chemistry pun masa sem 1 je belajar. Tak ingat dah belajar apa dik. 10 tahun dah berlalu.
ReplyDeletehello sophie.. im as AA now and experience 10 months. i dpt offer sambung master and still in dilemma. hehe after baca blog you i rasa nak kerja dulu pula...apa pendapat you
ReplyDeleteHello mira. Kalau ada intention nak sambung master & dah dapat offer pulak tu, go for it.Offer tu mungkin tak datang dah next time. Kalau kerja lepas part 1 nak sambung part 2, saya tak sarankan kerja lama-lama juga sebab momentum study tu boleh menurun bila kerja lama. A year kerja as AA ok la. 10 months tu nearly a year juga. Maximum 2 tahun (bagi saya & rakan2 lain yang sependapat)
DeleteAsalam nak tanyan....untuk part 1 and part 2 berapa tahun erhhh???Dan jugak boleh tak masa interview cakap bahasa melayu ?dan satu lagi boleh tak boleh tak kalu saya nak apply kat kktm pasir mas lepastu apply university yang ada course ni ?
ReplyDeleteHye sis, nak tanya, saya dah ambil dlm kos town planning and skrg last semester already, is it waste my time if I change my course for degree, and I do had passion in archi, so what sis think about it?
ReplyDeleteVery impressed with your posts akak. I am a graduate from architecture jugak, and semua dalam post akak betuuuul sangat. Seronok bila baca benda yang kita tak mampu nak express sendiri. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk akak :)
ReplyDelete