Pages

Saturday, June 11, 2016

Kaya Jutawan Memang Umph!

Hai, Assalamualaikum.

Biasanya, kalau korang breakfast, apa makanan yang paling mudah untuk disediakan? Kalau malas masak scramble egg ke, goreng bihun ke, nasi goreng ke. Apa cara yang mudah untuk korang sediakan breakfast ya? 

Bagi aku, breakfast sangat penting. Aku memang paling tak boleh skip breakfast. Rasa macam boleh mengamuk tengahari tu or monyok ke.. *buruk perangai kan I know*. Sebenarnya kan, masa kat UK, ada satu jenis makanan ni aku selalu mengidam. Kaya spread. Yang sapu kat roti tu. Tak tahu lah kenapa kat supermarket kat UK takde. Tapi aku tak dapat juga bayangkan kalau dia jual Kaya tapi letak nama Rich. huh? Mungkin juga sebab kat UK takde pokok kelapa jadi memang susah nak ada kaya spread tu.


So masa kat Birm, aku kadang-kadang terliur je tengok sorang member ni buat business sendiri jual kaya. Homemade kaya weh. Ko hado? Tertelan-telan air liur jela aku tengok. Kawan aku ni dia sebenarnya dulu student culinary. So memang pandai lah bab-bab masak ni, tak diragui. Jadi bila dia buat homemade kaya ni, aku rasa macam tak boleh jadi ni! kena cuba jugak! 

Sebab apa, aku ni, memang jenis suka makan masakan rumah. Kureng sikit kalau makan di luar (Eh tapi sesiapa nak belanja makan tu sentiasa dialu-alukan tau.. *i iz tak malu*) Bukan apa, ada kedai makan yang OK, ada kedai makan yang KO. Maksudnya masakan dia banyak sangat letak MSG lah apa sampai sakit tekak dibuatnya. Plus, kalau homemade ni insyaAllah cara pembuatan dia jauh lebih bersih, suci dan terjamin. Tambahan pula memang orang Islam sendiri yang buat. Jadi basic pasal kesucian makanan seperti tiada bahan berunsur syubahah tu lebih diyakini lah kan.

Ha, ni lah botol kaya tu. Exclusive uolls.. Dalam glass jar. Siap seal lagi. Lepas buka dikehendaki tutup balik botol dan simpan dalam peti sejuk..





Info yang anda perlu tahu:

1. Harga sebotol RM8 untuk 200ml. Kalau ambil lebih 10 botol ada harga special.

2. Produk ni takde bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan, jadi kena selalu letak dalam fridge. Boleh tahan 1-3 bulan. Kalau rasa tak tahu bila nak makan, letak dalam freezer terus pun boleh.

3. Based di Kota Damansara. Boleh COD di area sekitar Shah Alam, Subang, Damansara.

4. Boleh jadi agent kalau berminat tapi kena bincang dulu berapa kuantiti. Sebabnya, Kaya Jutawan ni homemade jadi buat pun manual je.

5. Ada discount bagi bilangan 10 ke atas. Atau kadang-kadang ada harga runtuh.

Untuk sebarang update, boleh ke page Kaya Jutawan di facebook. Jangan lupa like/follow:


Yuniqueculinaire


haaa, selain jual kaya, Yuniqueculinaire pun ada jual makanan lain. Nak tahu silalah terjah page beliau ya. Baru-baru ni ada Popia Cheese Volcano pulak. & beliau juga rajin share resipi makanan yang best-best. Tak rugi follow.





Sangat mudah especially kalau time nak sahur tak sempat masak. Kalau nak pergi kerja tak sempat prepare. Dijamin sedap!



No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.