Apa rasanya menjadi seorang yang single selama 5 tahun?
Kadang-kadang orang tanya aku macam mana aku boleh single lama. Lama ke eh 5 tahun tu?
Aku sebenarnya bukanlah someone yang suka sangat ceritakan hal peribadi aku dalam blog. Cuma kadang-kadang terasa nak bercerita atau meluahkan so, alang-alang dah ada blog so taip jelah kan.
Aku ada satu masalah ni yang dia mula menjadi sesuatu yang menjengkelkan aku. Bila orang tanya aku single ke? Aku jawab ya, dan dia jadi satu kesinambungan pada soalan yang seterusnya.
Kenapa single? Tak percayalah.
Mesti kau memilih kan?
Tak baik sorok pakwe.
Kadang-kadang dia dah mula jadi soalan yang buatkan aku sedih sedikit.
Truth to be told, aku bukanlah someone yang mudah jatuh cinta, tak mudah bercinta dengan orang, tak mudah berskandal or bergatal-gatalan dengan orang. The only person (man) who used to know me well was my ex-boyfriend (yang dah pun berkahwin dengan wanita pilihannya). Jadi lepas aku putus cinta around July 2011, that feelings hurt so bad. Putus pun bukan sebab orang ketiga. Cuma, ada waktunya kita akan sedar bila kita tak sesuai bersama & teruskan bersama hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi waktu tu aku rasa, minta untuk dilepaskan sangat menyedihkan berbanding ditinggalkan. Somehow mungkin sebab aku pernah sayang, jadi aku janji dengan diri sendiri walau apa pun jadi aku akan cuba bertahan. Jadi bila aku sendiri yang minta dilepaskan, perasaan tu ibarat aku mungkir janji pada hati sendiri that I won't repeat that to any other person. Kalau aku betul bercinta pun dia akan jadi someone yang aku nampak future aku bersama dia, yakni future husband.
Sejak tu aku jadi selesa single. Orang selalu tak percaya. Mula dengan dah single setahun, then dua tahun..tiga tahun..then ehh! 5 tahun meh?? Sesetengah orang memang tak boleh hidup bersendiri lama. Dia kena attach dengan someone. Kena ada someone nak buat apa pun dalam hidup dia, kena manja-manja ke dating ke apa. Untuk aku, aku banyak muhasabah diri aku lepas putus cinta tu. Setahun lebih lepas putus tu aku terbang ke luar negara untuk sambung belajar. Course pun sibuk. Aku cuba sebaiknya untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab aku rasa macam berdosa masa bercinta sebab kita attach sangat dengan pasangan yang bukan betul jadi suami kita. Jadi kita punya dependency jadi kurang pada Allah secara tak sedar. Lagipun aku takut, sebab orang perempuan ni dia ada sifat manja dia (termasuklah aku kan, peace!!), aku takut termanja lebih pada yang belum tentu jadi husband. Lagi mudah bahasa sebenarnya aku takut mendekati zina. Honest ni. Bila pasangan berdua-duaan, kalau dah sayang, paling tak pun mustahil kau takde rasa nak terkam pasangan kau kan? Cubit-cubit pipi lah pegang-pegang tangan lah. Aku tak yakin ni dengan diri aku sebab tu aku elak. Aku ni bukan malaikat kot. Aku nak jaga maruah diri aku. Aku tak boleh brain macam mana kau panggil someone "Sayang", lepas putus, few months after that panggil orang lain "sayang" lagi, & tiap kali tukar pasangan kau panggil pasangan kau "sayang". Berapa banyak sayang kau ada dalam hidup kau ni? Tak special nya rasa. Aku nak la panggil someone tu "sayang" tapi he's the only one in my life. Aku takut juga nak bercinta sebab aku tengok sekeliling aku..
Aku melihat ramai perempuan bertudung, tapi membiarkan diri dipeluk, disentuh, diraba, dicium, dijadikan tempat melempiaskan nafsu, hilang dara. Aku jadi malu. Sebab aku pun bertudung. Somehow orang akan hilang respect pada perempuan bertudung.
Aku melihat ada antara kawan aku yang dengan selamba menayang love bite pada dada yang dibuat oleh boyfriend tapi end up kahwin dengan orang lain. Aku rasa macam nak tanya, kau malu tak sekarang?
Aku berdepan dengan kawan yang apabila pakwe dia tinggalkan dia, dia marah. Dia kata "Aku tak halalkan dia french kiss aku & raba aku!" Beristighfar aku. Apa hak kau nak halalkan atau haramkan benda yang haram ni? Bingung aku jadinya. Dunia ni memang fana.
(perkara di atas ni macam perkara normal je kan sekarang but to me they are not right)
Ya, memang aku budak Subang Jaya yang orang selalu kaitkan dengan sosial. Masa mula masuk belajar dulu pun ada budak lelaki yang ingat aku jenis clubbing sebab aku budak Subang Jaya. Hakikatnya aku consider diri aku tak mudah terjerumus dengan keadaan/orang sekeliling.
Aku jadi berhati-hati.
Ok kita zasss kejap kata-kata orang kat aku.
1)Kenapa single? Tak percayalah.
Me-Kalau aku yang ngorat kang setepek pula kena perigi cari timba. (which zaman sekarang ni, aku rasa tak valid dah perigi cari timba ni.Laki zaman sekarang tak taulah pemalu ke apa nak harap make a move first tu macam zzzZZzz..kiamat datang dulu kot) Then, sesetengah orang pulak cakap (ni diorang cakap tau bukan aku sebab aku ni noob je sebenarnya). Ada member kata maybe sebab orang takut. Sebab aku arkitek, educated, study oversea pulak tu. Rupa pun ada *hikhikhik tersedakk!* Laki senang rasa insecure. Bila aku kenang balik.. Hmm, sebab aku pernah tanya member laki yang dah lama kenal aku dari zaman sekolah, dia kata, aku lain. "Kau tak macam perempuan lain yang tipikal" Aku tanya, habis tu kau rasa laki akan insecure dengan aku? Kalau kau? "Hmm,insecure lah jugak.." And then ada few guy friends yang dengan honestnya cakap "kau ni sesuatu." atau "kau punya direction ni lain macam tak macam normal perempuan lain.." Aku sampai sekarang tak paham. So is it something good or bad? *sedih sebab tak clear* Sebab diorang ni kawan bukan my other half. Kalau my other half, maybe aku akan paksa dia duduk depan aku diam-diam, jangan lari! dan tanya "apa yang kena dan tak kenanya dengan I ni, boleh you explain secara telusnya? I need to know." Aku harap aku akan bertemu jodoh dengan someone yang nampak diri aku sebagai seorang wanita, hati aku, bukan benda-benda luaran yang duniawi sangat nih.
So kalau orang tak percaya aku single aku nak buat camne? Gasak korang lah kan? Disebabkan aku ni agak reserved lah kot, aku memang jenis tak bercerita sangat hal peribadi. kawan-kawan yang kenal aku memang pantang kalau ada gosip ura-ura kalau aku berkawan dengan mana-mana guys walaupun bukannya ada apa-apa sangat. Sometimes ada yang suka korek-korek rahsia pasal aku & talked among themselves like so funneh (kau hingat aku retiss? tak laku weh gossip pasal aku ni)Tapi diorang yang teruja sebab aku lama single so diorang excited kalau aku menuju ke arah ada pasangan tu. Which aku rasa last-last diorang bosan menunggu dan aku yang akan kena setepek "Kau ni boleh tak jangan heartless sangat Sofiya?!" Habeh tu,aku pulak yang kena? Apa salah aku sebenarnya? aku confuse. Susah bila orang rasa kita terlalu berahsia & sorokkan somebody.
2)Mesti kau memilih kan?
Haih, ni yang susah ni. Kita perempuan, kalau nak kahwin, mestilah nak cari someone yang boleh sama-sama menguatkan iman masing-masing, yang ada ciri-ciri boleh jadi ayah yang baik pada future anak-anak kita kan. Someone yang aku nak bersamanya bukan kat dunia sahaja tetapi juga di akhirat. So apa salahnya memilih sebagai life investment? Takkan nak main ceduk je mana-mana laki, kang tak pepasal dapat yang malas kerja, solat bocor, kaki pukul la tak bertanggungjawab la apa kan? Takde pulak aku memilih dalam doa aku aku mintak nak husband kaya ke, hensem ke apa. Aku ni sederhana & simple je sebenarnya. Soal hati dan perasaan ni kan, aku memang tak suka main-main. Sedih tau kalau hati terluka. Aku kan, kalau kawan yang betul-betul bestfriend, dia biasanya tahu yang aku ni jenis bukan main-main kalau bab hati & perasaan jadi diorang biasanya takkan cakap yang aku ni memilih sebab betapa diorang tahunya aku ni macam mana orangnya. Tapi yang biasanya mulut takde insurans kata aku ni memilih biasanya adalah orang/kawan biasa yang tak rapat pun. Pastu kau nak point out aku memilih without knowing me & my history?? Tambahan pula aku ada trust issue dengan lelaki yang mana aku merasakan susah sangat dah nak jumpa laki yang setia & jujur. Kalau aku cerita this chapter of my life nih maka korang haruslah sediakan tissue. So tutup that chapter sudeh.
3)Tak baik sorok pakwe.
Ni biasanya member laki lah. Especially member sekolah. Al-maklumlah sejak study archi busy manjang, gathering ke apa jarang jumpa. Tup tup mostly dah kawin. Nampak aku je tanya mana pakwe? Aku dengan muka confusenya.. "Err..takde?" "Alaa kau! Takyah nak sorok-sorok sangatlah pakwe kau". Ouch! Seperti dicucuk jarum peniti!. "Takde pakwelah untuk disorok!!" Susah betul lah. Aku asyik kena convince orang sampai kadang-kadang aku iyakan jelah.. "Ha pakwe? ooo dia busy tak dapat join." *senyum dalam hati bagai dicucuk jarum peniti.isk!* Habeh cerita. Senang.
Aku sentiasa percaya dengan rezeki datangnya daripada Allah. Ada orang kawin lagi awal itu rezeki dia. Rezeki aku maybe aku tak kahwin lagi, tapi aku enjoy hidup aku, takyah jaga orang lain lagi jaga diri sendiri sudeh, katil conqueer sorang-sorang (like tak dapat bayangkan kongsi katil?helloo my territory okay??), travel macam gila sebelum balik Malaysia. Masa tu memang tak pikir lah nak kumpul duit nak kahwin kan sebab macam hellooo? I iz nak kawin dengan sapa? or sapa nak kawin dengan I ni? Tak nampak bayang.
Lagipun the past 3 years ni tahun yang menyiksakan aku sebenarnya. Perit tapi aku telan semua. Aku paksa untuk telan because I had no choice.. Tahun lepas pun aku heartbroken. Tak bercinta tapi heartbroken. Camne tu? So tahun ni macam healing moment. Sometimes orang tak faham yang aku perlukan space sementara waktu. Cuma masalahnya, aku taktahulah kenapa dugaan sangat ni tapi kenapa? kenapa laki orang (suami orang,tunang orang,boyfriend orang) yang selalu cuba nak mendekati? Boleh tak berambus & I need my own space to breathe? Apa laki single dah pupus ke mende? Ni la dugaan aku sebenarnya. Sebab tu aku kata susah nak cari laki jujur & setia. Sometimes, yang isteri/tunang/girlfriend bukan main tagged suami/tunang/pakwe sebab anniversary la apa, dipuji melambung suami/pasangan as the best husband bla bla bla.. Tapi, wey! husband kau/tunang/bf main message dengan aku sebab dia bosan dah kenapa? Kenapa nak ajak aku keluar ni? kenapa nak wish good morning good night ni?kenapa nak attention ni?Rasa nak lempang sekor-sekor. Nak report je rasa kat bini/tunang/gf masing-masing tapi aku taknak porak-porandakan hubungan orang. So aku lah yang kena lari. Sebab aku taknak satu hari nanti, benda ni kena kat aku balik. Kalau aku ada husband & husband aku bermesra dengan perempuan lain, SEDIH GILA!. So, jangan buat kat orang. Cuba bayangkan if aku ni jenis melayan? tak ke rosak hubungan orang lain? Then sebabkan laki-laki durjana macam ni lah buatkan aku rasa ada trust issue dengan lelaki & still, orang kata aku yang memilih? Tengok sikit laki sekeliling zaman sekarang macam mana, macam mana tak memilih kan? Aku jenis senang je, kalau ada jodoh tak kemana. Kalau jodoh takde kat dunia, aku boleh duduk dengan parents aku & jaga diorang. Lagipun, hidup pun belum tentu lama mana. Mana tahu hidup tak lama, wallahualam kan.
So menjadi single selama 5 tahun ni, kalau life jenis busy cam aku ni, memang kejap je rasa masa berlalu. Aku consider diri aku still okay la. Sebab aku suka sibukkan diri sendiri. Handphone pun jenis campak-campak je, siap sometimes malas betul nak bukak whatsapp. Bila kat UK tak terasa sangat sebab masing-masing students & orang tak kan pressure kau. Cuma bila balik Malaysia ni terasa dia punya aura pressure tu. Ada satu waktu tu, aku tak tahulah ni macam Allah nak pujuk ke apa wallahualam.. Hari tu kawan baik time sekolah kahwin, seperti biasa kawan-kawan baik lain akan gather, semuanya dah kahwin dengan pasangan masing-masing. Di sebalik aku rasa laki memang ramai tak boleh percaya, I'm glad to see that my best girlfriends jumpa jodoh dengan lelaki yang baik, sangat tersentuh hati bila tengok cara suami diorang pandang diorang tu macam penuh kasih sayang. Macam alahaii suweet nya! Aku la yang excited jadi tukang tangkap gambar pasangan-pasangan yang ada sebab aku happy gila tengok diorang. Tapi bila balik, aku terasa sesuatu yang missing. (yang biasanya aku tak rasa apa-apa sebab busy tapi tetiba terasa pulak time tu). Aku tanya diri aku "Dear future husband..where are you?" Then aku baring sebab penat.Pastu aku saja bukak instagram. The first post update yang naik kat wall aku ialah dari post kawan aku, just a simple quote tapi macam halilintar dia punya menusuk kalbu tu. Quote tu tulis"
"Good things take time"
Oh mai, ini suratan kah kebetulan Ya Tuhan? *mata bergenang*
Hanya padaMu aku berserah.
dan redha.
hehehe..
p/s: Entri ni takde niat untuk apa-apa sekadar share je. If korang single lebih 10 tahun & rasa my life not that bad just, please don't say it. I don't need it at the moment. Like I said, I am just sharing. & ye, aku masih cuba memperbaiki hidup aku. Maybe aku tak pakai tudung labuh, maybe aku tak pakai baju yang labuh sangat or muslimah style sangat tapi deep down inside aku slowly sedang berubah ke arah kebaikan dari dalam, dan luaran. Siapa lah taknak masuk syurga.