Pages

Wednesday, December 16, 2015

Random Me #6: [Diari Birmingham]. Kosong.

[OMG. Ni draft 6 bulan lepas masa masih di UK. Haha]

Di saat aku menulis ini, aku sudah pun dikira tamat pengajian. Sekadar menunggu results. Lulus ataupun tidak.

Dan target aku untuk balik Malaysia ialah pada 30 September 2015. Aku ada lebih kurang 4 bulan sebelum aku balik. Kononnya nak pergi travel. Di saat ini, aku sebenarnya masih ragu-ragu. Apa yang aku nak capai dalam hidup sebenarnya. Acapkali aku tanya pada diri aku sendiri.

"Sofiya, kau nak jadi apa sebenarnya? Kau betul ke nak jadi arkitek? Kau nak jadi arkitek yang macam mana? Kau nak ambil part 3? Ada firm sendiri.?"  Soalan mampu atau tak aku tolak tepi dulu. Then aku tanya lagi. "Sofiya, kau nak kerja kat UK ke? Kau boleh kerja dengan mat salleh ni semua?" Aku mahu. Kalau ikut hati memang lah mahu juga cuba. Cantik sikit resume kan bila balik nanti. Tapi persoalannya mampu ke aku mengharungi hidup di negara orang ni?sendiri?

Hidup sendiri ni, banyak kena berperang dengan emosi sendiri. Ramai orang tak faham keadaan ni. Kalau cakap guna otak je mesti akan cakap "kerja lah sana, currency tinggi if bawa balik duit nanti" Memang, aku tahu tu. Cost of living di sini pun tak semahal Malaysia barangkali. Tapi yang orang susah nak faham..

Kadang-kadang bercakap pun kena pakai emosi. Kalau aku tersungkur, kalau aku ada masalah, aku takde support system. Tempat mengadu aku hanya pada yang Esa. Duduk di perantauan ni, aku tak sangka aku lagi banyak menangis berbanding masa ambil degree 4 TAHUN kat uitm dulu. Aku ni orangnya memang susah nak nangis pula tu. Kalau dah tahap nangis tu maknanya memang betul sedih lah tu. Aku sunyi hidup di perantauan walau ramai aje kawan-kawan Malaysian. Aku sunyi tanpa Mama & Walid, tanpa adik beradik aku 6 orang, tanpa kak ipar & anak-anak buah yang memeriahkan. Bila skype dengan family, melalui webcam, nampak suasana rumah pun dah rasa homey. Bila adik-adik post gambar berlatar belakang rumah pun dah rasa macam kat rumah. Bukan nak tengok sangat muka adik *kahkah* ,nak tengok gambar rumah. wawawa. Sekurang-kurangnya housemates aku ada la boyfriend ke, encik tunang nak skype or ceritakan masalah ke, mengadu apa-apa ke, share cerita ke. Diorang pun suka buat hal masing-masing je dalam bilik. Tapi aku ni? Zzzzz.. asal skype dengan family je tanya bila nak kahwin, dah ada calon ke.. Sampai rasa nak skype pun gerun sikit nak call. Memang ramai Malaysian kat sini tapi yang betul-betul rapat yang aku boleh cerita masalah yang aku boleh percaya pada dia? Takde. Ramai yang dah balik. Memang aku jenis tengok orang sebelum percayakan seseorang. Dan aku akui, aku agak susah nak rapat dengan someone melainkan orang itu ada aura yang aku boleh ngam dengannya.  Mungkin course aku busy, aku boleh abaikan perasaan sunyi itu. Tapi bila aku dah habis class? Baru seminggu free aku dah rasa nak balik Malaysia. Dah dua buah buku tebal aku habis baca, balas dendam sebab masa busy tak sempat baca buku. Aku ni memang suka membaca. Dan aku beli lagi 4 buah buku untuk dibaca dengan harga 7pound je semua. Murah kan?

Kalau orang tanya pasal pengalaman belajar di perantauan ni, banyak aku nak kongsikan kalau boleh. Suka duka, pengalaman deal dengan mat saleh, (mat saleh British ni cukup dikenali sebagai bangsa yang proud) sistem pembelajaran, macam-macam. Aku tengah kumpul semangat nak teruskan menulis blog. Sebab aku tahu ada yang menanti walau aku dah jarang sangat dah menulis.

So berbalik pada cerita aku yang ada konflik dalaman samada nak cuba kerja kat sini ke tak. Perasaan tu sangat bercampur baur. Aku nak balik. Tapi aku taknak balik. Ia masalah kecil yang besar sebenarnya. Hahah. So aku just cakap kat family aku, kalau aku TIBA-TIBA dapat suami yang bekerja kat sini barulah aku akan cuba mohon. (mohon je, belum tentu dapat). Walau hati agak kuat untuk kerja kat UK ni tapi entahlah. Malaysia tetap dihati. Walau politik sekarang memang teruk & kotor, dengan pendatang asing yang kian bercambah dan macam-macam hal di negaraku, aku masih rindu dengan suasana Malaysia. Malaysia tu, rich of culture, rich of great great foods, rich of humbleness dan macam-macam yang sukar digambarkan. Yang pasti, feels home. Mungkin nantilah akan aku compare apa beza nya. Kalau orang pernah study overseas, pasti faham apa perasaan aku ni, paling tak pun mungkin akan rasa nak kerja di luar. Tahap tekanan kerja di Malaysia memang di paras yang patut dibimbangkan.

Well anyway, ni sekadar monolog aku je. Takpe taklah monolog dalaman since korang boleh baca kan. So entahlah. Aku jiwa kacau.

p/s: Anyway aku dah pun pilih untuk balik Malaysia. Aku percaya apa-apa hal pun kita sebagai seorang Muslim kena kembali pada Dia. Bila confuse gila, aku buat istikharah. After a while, hati aku kuat rasa nak balik di saat bila masa aku kat UK, aku dah tak rasa apa. Hanya jasad yang mengharungi liku-liku hidup di perantauan. Jiwa aku bukan disitu. Feeling yang numb. Susah pulak nak jelaskan. So bila dah balik ni, hati aku rasa terisi sangat-sangat & bersyukur aku masih bernafas sampai sekarang. Hari-hari bila dapat tengok mak ayah pun dah cukup lega. Tambahan pula bila tengok anak buah sulung aku yang masa aku tinggalkan Malaysia dulu kecil lagi. Bila dia sambut aku di KLIA dan paras tinggi dia dah nak cecah bahu aku, aku peluk dia "Zain? Zain dah big boy.." Wuwuwuwu sedih gilak   T__T aku dah missed out dia punya growing moments. So sekarang everytime dia datang (mulut dia memang becok gila tahap kadang adik aku pun malas dah nak layan) tapi aku tetap paling rajin nak layan sebab aku rasa macam aku nak ada quality times dengan anak-anak buah aku sebab dah berapa tahun aku dah missed out that moments dengan diorang. Anak buah second pun si Aisyah dah makin besar & makin cheeky. Dia lahir masa aku di UK.  Masa aku balik dia malu dengan aku sebab tak kenal aku. Huwaaaa.. aku tak dapat bayangkan kalau aku tak balik Malaysia. 

Sometimes babysit diorang. Screening time boleh tengok kartun or else buat something else seperti kelas seni bersama saya. 

My love. 
Aku cakap dengan Zain "Zain, can you please don't grow up anymore?stay like this lah"
Zain: "You mean I kena kecik macam ni aje? So you nak I ni jadi macam Peter Pan lah?"
Me bursting into laugh. Dasar becok!






No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.