Pages

Sunday, December 20, 2015

Lepas Gian!

Memang rezeki aku lah kan. Baru-baru ni kan aku ada current wish list yang salah satunya aku nak brewed coffee. Lepastu semalam kak ipar aku datang dengan anak-anak buah then ajak lepak minum-minum & makan ringan. Eh! Apa lagi, mestilah aku ajak dia mengopi. Semangat google coffee shop apa dekat dengan rumah. AM PM coffee shop kat USJ 21, Subang Jaya. Sedap la makanan dia. & bila dapat cappucino ni aku rasa macam pehhhh.. Lepas gian! Faham tak perasaan yang kau dah lama nak, tapi kau saje la try coffee style Malaysia cam White Town Coffee, nescafe la Ali Cafe la tapi semua tak masuk dengan tekak dan perut kau. Semua tak rasa coffee yang aku nak, semua rasa macam instant coffee yang tak original. Dia macam kau makan gula-gula Kopiko feeling dia, just perasa coffee camtu je feeling dia.. Urgh! Stressnya. Aku tak sangka pulak boleh addicted bila balik dari UK. Sebab aku ingatkan maybe aku cuma perlukan coffee masa study je kot so aku takde lah bawa balik coffee maker pula. Hm, nampaknya kena ada coffee maker sendiri lepas ni. Eh tak mampu lah aku kalau nak selalu minum kopi kat cafe ni. Hipsturr sangat eh. Secawan kecil RM9.  Boleh bankrupt kalau minum hari-hari. Tapi lepas minum memang rasa macam fiuhh, ini lah rasa yang dicari-cari. Terus rasa happy. Aku wonder camni ke rasa smokers yang gian bila tak hisap rokok? 


Sebelum tu kelmarin pula aku pergi tengok movie kat GSC Berjaya Times Square. Kawan aku ajak. Sebab office dia macam sponsor screening tayangan cerita Star Wars : The Force Awakens. Dan setiap orang boleh bawa seorang teman/pasangan. Since dia takde boyfriend dia ajak lah aku.  Memandangkan aku pun agak kebosanan & memang ada teringin nak tengok wayang maka haruslah aku tidak melepaskan peluang ni kan. To be honest sebelum ni aku tak follow pun cerita Star Wars ni. Tapi bila dah tengok rasa macam eh layan pulak. Macam kena tengok ni yang lama punya. Tambahan pula buatkan aku teringat kat arwah pakcik (adik kepada ayah aku) yang meninggal beberapa tahun lepas. Teringat dia yang semangat tahu semua jalan cerita & watak-watak. Lepas tu anak buah aku yang berumur 7 tahun tu pulak memang peminat setia Star Wars & dia dah tengok yang lama punya. Dia tu memang suka robot, galaxy & space ship ke jet fighter camtu. So bila layan Star Wars ni aku dah boleh agak dah dia suka watak yang mana. Bila aku teka mana watak yang dia suka dia macam surprised gila mata terkebil-kebil & tanya macam mana aku tahu? Duhh..lawak betul dia nih. Dah dari baby aku kendong dia kot. 

So masa kat seat wayang tu, setiap seat ada diletakkan goodie bag. Dalam dia ada pop corn dengan t-shirt star wars. Eh memang excited lah kan dapat T-shirt pula. Ada lah beberapa row kerusi yang takde orang duduk. Lepas cerita habis je nampak lah few guys bangun & cepat-cepat ambil t-shirt yang takde tuan tu. Aku ingatkan pekerja GSC tapi rupanya bukan. Yelah, T-shirt Star Wars kot. Paling tak pun boleh jual balik dengan harga lagi mahal sikit kan. 




p/s: Sebenarnya nak tulis entri pasal travel. Sebab banyak tempat aku travel sebelum balik Malaysia. Aku sempat buat road trip, Europe trip second round. Merasa drive belah kiri. Pastu bila godek gambar-gambar dalam hard disc rasa macam haa banyaknya lah hai gambar-gambar ni tak tahu camne nak start. Nak pilih gambar je pun dah macam hahaaaaa banyaknyaaa ribu-ribuan! lepastu bila tengok gambar-gambar lama macam nostalgia gila melayan pastu senyum sorang-sorang lepastu eh! lain kali jelah update. Pathetic Sophie!

Di Switzerland. Berhenti sekejap sebab view cantik sangat.

2 comments:

  1. Assalam kak sophie...saya skrg dh jadi pembaca setia blog akak..best2 lah entri..kdg2 apa yg akak buat dh mcm apa yg saya nak...terutama blaja bidang archi...3 hari lepas baru pergi interview utk ambilan uitm sesi 2 ijazah sains seni bina...hopefully dpt InsyaAllah..insyaAllah dpt jejak apa yg akak dh jejak..tq

    ReplyDelete
  2. Huluq kat aku je laa tshirt stormtrooper tu...meleleh ayaq liuq ni nengok...hehehe

    Silalah rajinkan diri story cerita travel kau tu...
    Sure best. Aku suka baca cerita travel org...hehehe

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.