Pages

Friday, June 19, 2015

Random UK #7 -Oxford

6 Jun 2015

Aku ke Oxford untuk menemui cousin aku yang datang dari Malaysia. Aku tak pernah ke Oxford. Aku pergi sorang naik train. Train dari Birmingham ke Oxford ada lah dalam 1 jam je. Aku pergi dalam keadaan hati yang gundah. Sebab? Adalah sebabnya, hidup ni memang banyak dugaan. Haha. 

Jadi berjalan berseorangan itu ibarat Me-time untuk aku. Untuk seketika, aku rasa kadang-kadang kita perlu guna semua nikmat yang kita ada sebagai mensyukuri apa yang Allah bagi kat kita instead of apa yang kita tak ada. Walaupun memang selalu pergi mana-mana berseorang, aku akui untuk ke tempat yang wajar dikatakan tempat travel ni bosan kalau pergi sorang-sorang. Bosan bagi seorang yang suka communicate dengan orang. Aku tak rasa pula aku talkative. Aku just suka communicate supaya otak aku ni berkembang. 

Jadi aku sampai di Oxford Station jam 1.43pm. Suasana yang sangat baru bagi aku. Aku ke Information Center. Aku minta maps untuk berjalan kaki sekitar City Center. Selesai bersolat, aku kaji peta itu seketika. Dan aku pun mulakan perjalanan. Untuk berjalan sekitar bandar ni tak susah. Tengok je crowd menghala mana, tengok bas utama banyak lalu jalan mana, identify mana main road dan kau jalanlah ke mana takdir membawa kau. 

Aku lapar tak makan dari pagi. Dalam train aku dah makan bekalan yang aku bawa dalam beg. Berbekalkan botol air kosong, sebotol caramel latte ASDA, buah anggur dan kek housemate aku buat sempena hari lahir aku 2 Jun lepas. Tapi aku mahukan makanan yang ada unsur daging. Tak lah semudah di Birmingham nak cari restoran ada tanda Halal. Di satu lorong ni aku nampak ada satu kedai Halal. Aku nak cari cash machine dulu sebab kat sini memang dalam dompet tak letak duit banyak-banyak. Bertentangan dengan restoran itu, ada macam pasar mini. Aku tertarik. Aku berjalan ke arah pasar mini tu. Aku tertarik dengan kasut boots yang dijual. Macam dari leather (aku memang peminat leather sebab tahan lama). Murah. £6. Tapi sebab aku tak rasa itu keperluan, jadi aku pun teruskan jalan usha barang. Ada orang jual makanan, ada jual shawl/scarf, kain ela, karpet bulu haiwan, buku terpakai. Dan perut pun berbunyi. Tak jumpa pula cash machine.

Aku kembali ke kedai makan walaupun tahu akan di charge extra sebab nak pakai debit card. (tak semua tempat kena charge kalau pakai debit card). Aku nak makanan yang murah je sebab tiket nak ke Oxford dah agak mahal bagi aku. Jadi aku beli meal 5 chicken wings with fries dengan harga £3.80. Sepatutnya £3 je. Tapi ada charge 80 pence sebab pakai debit card. Masa tu tak jumpa cash machine. Maklumlah tempat baru. Aku makan 3 chicken wing dan sedikit fries. Aku bungkus dan kembali meneruskan perjalanan. Time travel tak rasa nak makan banyak-banyak. 

Oxford memang totally berbeza dengan Birmingham. Jika di Birmingham, kau akan confuse kau di negara mat salleh ke tak sebab rata-rata yang duduk di Birm ni yang jenis kulit gelap. Pakistani, Indian, Jamaican etc tetapi mereka British. Di Oxford memang 95% mat salleh. Cuma ramai juga mat salleh dari negara Eropah lain sebab dia tak cakap English. Dia bertutur guna bahasa dia la. Tempatnya sangat bersih. Orang kata Oxford ni tempat orang pandai. Banyak orang guna basikal di sini. Cuma tak lah pula sebanyak di Amsterdam. Aku tak tahu kemana arah aku tuju. Kedai yang jual sweater dan baju/barangan Oxford University juga banyak. Aku lalu sepanjang High Street. High street mana-mana di UK ni lebih kurang je style nya. Kedai-kedai brand sama je di mana-mana. Mark & Spencer, Dabenhams, Primark, Forever 21 dan macam-macam lagi. Jadi aku tak berminat sangat, sebab entah, makin tua makin kurang nafsu shopping. Makin tua makin simple. Hahahah. Tua lah sangat. 



Aku berjalan berpandukan sign board pula sebab maps tu sekadar banyak promote suruh ambil Tour Bus je. Museum, church, etc dan aku ternampak Botanical Garden. Hah! Ini lah tempat yang dicari. Nature. Aku berjalan jauh. Penat juga ni ditambah pula matahari tengah terik. Oh, sekarang dah summer. Sambil berjalan terserempak juga dengan budak kecil bersama si ayah. Dan aku suka cara mat salleh sini layan anak diorang. Sangat,sangat bagus. Bila bercakap, selalu dia tunduk bagi eye-level dengan anaknya, selalu listen. Dan si Ayah itu angkat anaknya dan dudukkan anak dia di bahunya sambil berjalan. Aku senyum. Teringat ayah aku. Anak manja katakan sebab anak sulung perempuan lepas 3 abang.

Cousin aku kena attend convo adik kepada rakannya jadi dia ada dalam dewan sampai 4.30pm sebab tulah aku jalan-jalan dulu. Aku melintasi satu jambatan sebab ada sungai. Aku nampak orang 'punting'. Ala yang macam duduk kat sampan dan kayuh sendiri tu. Tapi sebab aku sorang kan so lupakanlah hasratmu Sophie. Aku penat. Botanical garden nampak tapi acces nak masuk ni kat mana entah. Aku duduk di kerusi bawah pohon yang besar. Penat. Minum air. Angin bertiup sedikit kencang. Rustling leaves. Bunyi yang aku rindu & suka sangat. Aku pandang dedaunan pokok tu. Berbunyi ditiup angin. Bunyi dedaunan ditiup angin adalah bunyi yang sangat mendamaikan. Aku pejam mata. "I feel like God is talking to me". kata Nehzat kawan Iranian masa di UiTM dulu sewaktu kami bersama ke Pulau Kapas. Ayat itu yang dia cakap pada aku bila dia dengar bunyi ombak. Itu yang aku rasa sekarang.





Itu lah yang aku maksudkan kita kena nikmati nikmat yang kita ada. Gunakan pancaindera yang ada. Telinga untuk mendengar bunyi alam instead of kau sumbat dengar lagu dan ignore apa yang ada di sekeliling. Mata untuk melihat indahnya langit, hijau pokok, cantiknya bunga, hebatnya si lebah dalam banyak-banyak bunga jenis ni je yang dia hinggap? mesti banyak madu kat bunga ni. Bersyukur ada mata yang tajam. Pernah terfikir what if kita rabun warna? If buta? Semua warna-warna alam yang menenangkan ni kita tak boleh tengok? Kaki untuk berjalan. Teringat aku rasa insaf masa pergi gym belakang rumah je sikit punya malas nak jalan kaki. Bila sampai tengok ada perlawanan basketball dikalangan OKU yang semuanya berkerusi roda tapi sangat semangat main basketball. Sedangkan aku boleh malas jalan kaki?? So ungrateful Sophie. Sejak haritu aku dah tak malas dah jalan kaki sebab menikmati nikmat yang aku ada. Haha.  

Sendiri. Bosan juga lah. Tapi aku bawa buku. Buku yang teman aku. Aku jumpa access masuk Botanical Garden. Student kena bayar £3.30. Kebanyakan orang dating. Ada yang bersidai baring atas rumput je. Mat salleh memang suka matahari. Aku tengok jam, ada lagi sejam untuk lepak. Aku pun cari port nak baring gak. Aku baca buku sambil baring, sambil pakai cermin mata hitam sebab silau kan menghadap langit. Oh tenangnya perasaan ini. Suasana yang sangat aku mahu lepas penat belajar. Toleh ke kiri ada pepohon kecil pula. Hmm.. nikmatnya. Alhamdulillah untuk semua ini.





Lepas seketika aku simpan balik buku dan meneruskan perjalanan. Aku tak tahu kat mana convo tu sebab diberitahu Oxford University banyak college. Cousin aku tak pula bagitahu college yang mana. Dia pun tak dapat online sebab takde wifi. Aku kembali ke high street. Duduk. Perhati dan observe keadaan sekeliling. Hari minggu, patutlah ramai dan meriah. Aku sambung makan habiskan chicken wing dan fries baki lunch tadi. Dah 5.30pm. Macam mana nak jumpa cousin aku ni? Then dapat Whatsapp dari cousin aku. Dia minta naik taxi ke rumah adik rakannya yang convo tu. Okay. Sesampai di rumah tu, happy la dapat jumpa cousin aku tapi sekejap je dapat sebab dia dah nak balik Malaysia malam tu. Sedih sebab tak dapat jalan sama-sama. Dia doktor,susah nak dapat cuti. Datang sebab nak Europe Tour maka memang macam amazing race lah dia. Ada la jumpa ahli keluarga kakak yang convo tu. Ibu dia pun ada. Aku dijamu makan nasi dengan lauk ayam masak lemak. Nasi goreng pun ada. Makanan camni nampak simple kan? Tapi bila seorang ibu yang masak dan di perantauan pula. Ya Allah nikmat sangat-sangat lah makan pun bertambah. (which aku ni jenis makan tak bertambah). 



Cousin aku kata dia kena gerak pukul 7 pm sebab nak ke airport Heathrow. Flight jam 10 macam tu. Jadi memang sekejap sangat dapat jumpa cousin aku. Sempat bergambar dalam teksi aje. Alahaiii... sedih benar lah. Jadi aku sampai train station Oxford awal. Train ticket pukul 9.20pm. Adeh, nak kena lepak dulu ni. Disebabkan sekarang ni tinggal di England menjadikan aku coffee addict, aku cari cafe. Berapa hari dah mengidam. Kena jalan lagi masuk balik dalam city center. Aku terdengar orang berborak berbahasa Melayu. Finally. Mereka berdua berbasikal. Lelaki. Malu pula nak tegur sebab diorang rancak sangat berborak. Kemudian nampak seorang lelaki macam muka Melayu. Bersama anaknya. Dia pandang aku, aku pandang dia. Kami berbalas senyuman. Entahlah, kadang-kadang ada mood nak diam je. 



Aku nampak logo cafe Pret A Manger. Dia macam ala Starbucks la. Aku beli secawan Caramel Latte. Confused sebenarnya nak apa. Aku suka Cappucino tapi teringin nak yang ada rasa caramel. Tempat tepi tingkap yang aku target nak duduk sambil sambung baca buku dah diambil orang. Aku pun naik atas. Ada hikmahnya tempat duduk diambil orang. Mula-mula perasaan aku sekadar numb je. Biasalah, hati suram. Selesai baca few pages aku pandang sekeliling. Aku amati material & construction cafe itu. 




Ternyata ni kerja refurbishment ni. Sejenis construction kayu (yang aku sampai sekarang tak pasti apa nama jenis architecture ni, aku tak rasa ni senibina Victorian or Edwardian). Suka betul aku tengok dan ambil sedikit gambar. Ada bahagian yang barangkali structure nya tak kukuh maka di support oleh structure baru yang lain. Material pun dari jenis kayu berbeza. Nampak jelas beza kayu lama dan kayu baru. 

Tertanya aku what if rumah tradisional melayu dijadikan cafe? Refurbish dengan tidak mengabaikan kualiti & nilai senibina rumah tu dan dijadikan homestay? cafe? or anything? Instead of robohkan. Disini aku terfikir nak wujudkan blog baru berbahasa Inggeris untuk aku berkongsi tentang architecture pada pandangan aku supaya dapat share secara global. Berbahasa Melayu macam agak menghadkan pembaca aku. (which, haha..nak sustain satu blog pun payah..mampu ke ni? kau kalau berangan memang no.1 kan Sophie.)



Lebih kurang jam 8.40pm aku gerak kembali ke Oxford Train Station. Kat UK ni bila hari dah nak malam, mula la keluar kutu rayau, budak-budak nakal, yang di tengah-tengah bandar terjerit-jerit, yang keluar untuk ke club atau bar. Jadi hari pun nak gelap sebab tu nak kena gerak cepat ke station risaukan keselamatan sendiri juga. 

9.20 pm. Masuk train untuk balik ke Birmingham New Street station. Satu koc dengan sekumpulan perempuan yang kecoh. Kat sini tak tahu kenapa, bila malam, orang-orang yang ada selalu pelik-pelik. Gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat, bila orang tegur dikatanya ni bukan koc silent. Rasanya tak sampai 10 minit aku duduk situ, aku tak tak tahan dengan bising itu. Aku bangun dan tukar koc. Perempuan, cantik macam mana pun, kalau kau gelak kuat-kuat macam takde adab, nampak buruk dan tak senonoh kot.

Sejam kemudian aku sampai destinasi. Kena ambil bas pula untuk sampai ke rumah. Dan Alhamdulillah sampai dengan selamat. 

What a day. 


Lagi satu jenis refurbishment. Kat sini mereka lebih suka preserve bangunan. Jadi nampak la material glass ni baru. Macam extention kepada structure old brick yang lama ni. 

p/s: Anyway, ni post yang aku dah tulis seminggu yang lepas saje perap dalam draft. Terasa janggal ke apa bila dah lama tak post entri. Selamat menyambut bulan Ramadhan semua. InsyaAllah sekarang dah free. Cuma nak pindah rumah. Oh sure penat gila pindah barang dalam bulan puasa yang 19 jam kena puasa ni.  Then balik for good target end of September. Nanti boleh lah aku cuba catch up apa benda yang ketinggalan disini dan dalam hidup aku.  















10 comments:

  1. Salam Sophie,

    Entri kali ni buatkan saya teringat kafe-kafe kat Ipoh. Kat Ipoh ada satu kafe ni, namanya "Karat". Kafe tu diubahsuai daripada rumah kayu lama jadi kafe/restoran. Sebelah kafe "Karat" ada satu lagi kafe, nama dia "Thumbs Cafe", yang tu pun dia renovate dari rumah kayu.

    ReplyDelete
  2. Wow Sophie.
    Seronok baca kau jalan2 camni...
    Nak tunggu aku punya giliran entah bila entah...haih...
    btw, 19 jam huh? Bertabahlah..

    Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa, sophie :) Tak sangka dah sampai masa sophie akan balik for good :')

    ReplyDelete
  4. salam kak sophie , saya pelajar ipg , baru masuk 22/6 yg lepas , soalan saya =
    saya dpt kos bsc senibina di uitm lapor diri pada 1/9 ni, adakah sy patut lepaskan ipg untuk kesana , atau pun akak syorkan sy stay ipg ? sbb masing2 ada kontra trsendiri , cuma nk minta pendapat org arif dalam arch, harap dpt reply asap , please sgt , tgah buntu

    ReplyDelete
  5. Stay ipg..terjamin ms dpn insyaallah..bila dh grad n keje..blh je amik master in arch..hope this will help u..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah reply Hafiz dalam email. Comment awak berbeza dengan pendapat saya. Anyhow hope dia dapat buat keputusan yang baik untuk dia.

      Delete
  6. sonok tengok org jenjalan oversea.
    harap2 ade rezeki nanti nk g oversea
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.