Pages

Tuesday, September 23, 2014

Sendiri

Korang, selalu berjalan kemana berseorangan?

Aku? selalu sangat.

Harap Mama tak lah risaukan aku sangat. Setiap kali aku call Mama aku, dia mesti tanya aku kat mana. Kalau kat luar, mesti tanya dengan siapa. Waktu ni aku akan rasa serba salah. Sebab kalau cakap aku tengah jalan sorang-sorang, mesti dia risau. Dan bila dia risau dan mula membebel, aku akan rasa macam hmmm.. (-__-') silap timing pulak call Mama. Orang call nak tanya khabar, dibalasnya pula dengan leteran. Sampai satu tahap aku rasa nak record je leteran mak aku untuk dijadikan alarm bangun solat Subuh. Mesti lebih berkesan daripada biasa. (tapi kadang rindu juga dengar leteran seorang ibu. Hahahah..)

Jadi di kebanyakan masa aku akan call Mama bila aku ada di rumah.
Dengan cara tu aku taklah rasa bersalah nak kena bagi reasons kenapa jalan sorang-sorang.
Sebenarnya bukan Mama aje yang suka question kenapa jalan sorang-sorang.
Orang lain pun suka bertanya. Jawapannya mudah.

Bila aku nak keluar, aku tak suka minta orang teman. Minta dan tanya tu berbeza.

Contoh:
1. Wey aku nak keluar pergi city. Teman jom!
2. Wey aku nak pergi city lah. Kau nak join?

Jadi selalunya aku prefer bagi soalan kedua. Sebab soalan pertama lebih kepada mengajak/memaksa & aku pun tak suka orang rasa kesian tengok aku pergi sorang-sorang.

Kadang-kadang ada juga terserempak dengan Malaysian. Borak-borak jap then dia macam terkejut "Eh, you jalan sorang kat sini? okay tak?"

Atau ada satu insiden aku jumpa kawan lelaki nak pass barang then dia nak teman jalan kat city sebab dia macam risau aku jalan sorang. Aww so protective I like.. Tapi pastu aku pulak rasa weird sebab kalau kau nak usha barang macam La Senza tu tak ke rasa krik krik krikkk? zzZZZZzzz...

Aku dah few years being single sebab tu selalu jalan sorang. & the thing is, I am enjoying every bit of my life while being single. Sebab bila jalan sorang aku akan ada banyak masa nak fikir pasal aku, future plan, my hopes and vision yang aku nak accomplish dalam hidup ni. Then bila single & belum ada the other half aku tak perlu fikir pasal nak jaga hati orang yang belum pasti akan jadi husband aku. Ringan beban hati, kan? Nak travel pun happy sebab belum ada commitment. Hehehe.. Lagi satu aku suka sebab bila kita kurang attach dengan orang & kebendaan, kita punya tendency untuk attach dengan Tuhan tu makin tinggi. (Yasmin Mogahed, 2012) ---> sempat acah-acah quote ala thesis. Mende kau ni Sophie suka main-main..

Teringat ada ceramah sorang prof ni, katanya bila kita sendirian di perantauan, itulah masa yang paling sesuai untuk bina jati diri, bina critical thinking gituh. Aku setuju dengan pesanan beliau.

Cuma,
aku teringat sesuatu.
Dulu masa aku study di UiTM, ada seorang pelajar perempuan international dari Iran. Dia selalu jalan sorang-sorang. Kitorang yang girls ni selalu tanya dia tak takut ke? Sebab kita as Malaysian pun tahu kadar jenayah kat Malaysia tu macam mana.
Tapi simple je dia jawab.. "God is with me.." sambil senyum..

Sekarang ni, aku lihat diri aku seperti berada di tempat dia yang dulu.. selalu jalan sendiri.. tipulah kalau aku kata aku tak takut. Kadang tu risau jugak. Tapi ayat kawan Iranian aku tu selalu berlegar-legar dalam kepala aku.

"God is with me.."

Kemudian aku pula yang senyum..

Di belakang ittuw bukan La Senza. Jangan pervert please. 

Satu benda jela yang paling tak best bila jalan sorang. Takde orang nak tangkapkan gambar ittew. Nak selfie cam weird pulak perasaan itu. Ahaks.!


6 comments:

  1. Salam sophie banyak je kawan2 akak suke jalan2 sorang n akak pun termasuk dalam kategori tu jugak dulu :) bila jalan sorang ni yang paling penting fikirkan keselamatan diri dulu macam tengok tempat tu ramai orang tak pastu bila dekat2 nak malam mesti cari tempat selamat elak dari lalu lorong2 yang takde ramai orang..memang jalan sorang2 ni kita akan jadi pemikir itu ini he he he n rase fresh jek tapi best untuk pedoman kita masa depan :) apepun take care di sana :) good luck ya :)

    ReplyDelete
  2. I really wish I have that kind of courage someday. Sekarang ni nak travel dalam Msia pun tak berani. Plus nak kemana-mana kena melalui mahkamah diraja ayahanda dan ibunda. Haha.

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan kak Sophie!!! ^^ Sayapun suka jalan sorang2 juga ^^

    ReplyDelete
  4. Hi Sophie! Sekarang dh graduate duduk rumah jarang dpt me time. Dulu selalu juga dpt jalan sorang2.. Skrg the only time untuk sorang2 ialah kalau driving ke shah alam sekali sekala.. Mmg betul.. Bila seorang diri baru kita ada byk masa fikir..

    ReplyDelete
  5. Bila jalan sengsorang tu best, sebab nak kemana lepak berapa lama
    memang totally depends on kita,
    tapi tu lah bila jalan sengsorang,
    yang tak bestnya, takde orang nak tangkapkan gambar kita.
    serius faham sangat situasi tu T.T

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sophie.. Lama tak jengah blog Sophie (sbb blog sndri pun jarang update.. Huhu) hopefully Sophie ok di sana... It's true that Allah ada dgn kita di mana2 so jgn lupa bc ayat kursi bila jln sorang2 tu... Lagi2 kat negara org.. Akak pun rindu nak jln sorang2 sbb dulu rajin explore *central market * blk matrik.. Mmg best jln sorang2 n lyn perasaan sendiri kan? So take care my dear sis.. Blk Malaysia nnti ada rezeki kita ketemu ya.. Wassalam

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.