Pages

Monday, January 13, 2014

Random UK #3 Day Trip To Shakespeare Birthplace

Peristiwa kejadian: 12 Oktober 2013

Nampak tak muka sinar kebahagiaan dapat berjalan-jalan? lalalala..

Jadi alkisahnya kali ni, aku dan Aainaa, kawan sekerja dulu masa kerja di firm arkitek. Hakak Aainaa yang chiomellz angat nih *over I kehnn* arkitek kat tempat kerja aku dulu. Kitorang memang dari dulu selalu lepak sama-sama. Masa office trip pergi Singapore dulu pun jadi room mate, fly ke UK pun sama-sama. Cuma dia study di London, aku kat Birmingham. Ada dalam 2jam juga lah kalau nak train London-Birmingham

Waktu tu, Aainaa lah datang Birmingham untuk lepak sama-sama. Memandangkan kitorang ni kan budak architecture, standard lah tu kalau busy kan. Jadi kitorang buat a day trip jelah yang memang sangat random.


Amboih omputeh celup sangat nih minum coffee sambil berjalan.Huahua..
Eh tapi kitorang putih lah jugak kan sebenarnya kan? kan? *perasannnn! cepat pengsan sekarang kawan-kawan!!*

Jadi kami decide untuk ke tempat kelahiran Shakespeare iaitu di Stratford Upon Avon. Naik train. Ada dalam sejam. Kedudukannya tengah-tengah antara Birmingham dan London. 

Anne Hathaway's tu nama isteri Shakespeare. Sama nama dengan pelakon Hollywood tu, I know. Yang cantik gila tuuu..

Kitorang sebenarnya sesat lah.. (-_-')
Tapi disebabkan kami cool *ehem* so kami pun meneruskan jelah perjalanan dengan redha dan tabah sambil menikmati pemandangan dan bangunan-bangunan English style ni kan.
Sebab tu aku suka berjalan dengan budak archi: 1) Tak banyak songeh 2) Praktikal 3) Minat sama, layan tengok bangunan & surroundings.

Comel je rumah ni especially bumbung dia. Bumbung dia macam ada jaring untuk secure shape bumbung tu. Material dia aku tak pastilah apa benda nampak macam dedaunan kering ke apa entah konfius I. Anyway, ini bukanlah Anne's Hathaway cottage tu.
Kan dah cakap sesat (-_-')

Time ni still autumn. Cantik kan?? T__T bestnyaaa! Tapi kalau kat Malaysia mesti ular naik dah ni.

 Berjalan punya berjalan jenuh juga nak mencari town centre dia. Ikut jelah signboard.

Sampailah terjumpa ini:

 Masa tu ada event apa entah meriah sangat pula. Tercengang kami sambil berjalan. Banyak games yang macam kat funfair tu.



Macam-macam bau yang sedap pula tuh!

Sepanjang jalan yang meriah ni, memang layan lah, tak sangka Stratford Upon Avon ni meriah juga. Tapi bila sampai tempat Shakespeare tuh, semua entrance kena bayar. Kalau murah takpelah juga. Ni cecah £20+
Rasa macam takpeeeelah. Lain kali saye datang lagi bila duit tabung dah penuh ya. Kaching!!

Maka, disebabkan kami tak jadi masuk tempat Shakespeare dan Anne Hathaway's Cottage tu, kami pun meneruskan perjalanan menghayati bandar Stratford Upon Avon ni. Kat sini kan, memang tempat mat salleh. Jadi, susah lah nak jumpa orang bertudung kat sini. Lainlah kalau London ke, Birmingham ke memang betul-betul diverse. Ramai je yang bertudung di dua bandar yang aku mention ni.


 Aku perasan, kalau tempat yang betul-betul mat salleh punya area kan, tempat tu selalunya bersih, memang feeling English style punya! 

Makan fish & chips sejuk-sejuk ni memang layan ye kawan-kawan..


 Waktu ni bunga masih kembang mekar.

Kat tepi Shakespeare Museum. Motif teleng kepala 45 degree? Tambah kecomelan 45% ?
Mathematic calculation manalah kau belajar ni Sophie..

Ahmoi..sila datang lagi melawat saya.  ;p

 Lawatan sambil belajar. Aku rasa kagum dengan construction bangunan ni. Sesiapa ada detail bangunan macam nih sila bagitahu aku k. Aku berminat nak study camne dia gabung kayu dengan concrete camnih. 


Ok bye lah!

5 comments:

  1. Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer.

    ReplyDelete
  2. Benda2 camni aku selalu tgk dlm gambaq je...
    Teringinnya nak merasa tgk depan mata...hehehe

    ReplyDelete
  3. ok baru tahu nama isteri shakespeare sama dgn anne hathaway..hee

    ReplyDelete
  4. Hai kak sophie..sy fatin amalina..Yg bumbung tmpat kak sophie sesat tu mcm pakai shingle roof je..cantik..

    ReplyDelete
  5. bc entri ni mcm bc novel version graphic. ada satu novel melayu: cintaku luruh di Oxford amek latar tempat one of kat stratford upon avon ni. so bole terbayang la. puas hati pas bc tgk gambar plak. haha.

    Tq Sophie :D

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.