Pages

Friday, October 25, 2013

[Kronologi Part 4] Penipu Muncul Kembali- Ellyna Ahmad

Heartless. Crap.
Orang biasa mungkin akan menangis lah baca. Tapi email ni terlalu banyak drama. Aku ni pula disebalik keprihatinan yang tinggi tapi memang hati batu sikit kalau korang belum tahu lagi la.

-Fillet O-Fish habis kat McD in London? Are you like f***ing serious to me yang fillet O-Fish boleh habis kat London? Plus que almost an hour? ingat beratur beli makanan kat mcD sini macam kat Malaysia ke apa. FYI, ni bukan first time drama Iman nak makan something then tiba-tiba something bad happened then ah, macam Hindustan sangatlah untuk aku generate dalam otak aku.

-Apa Iman ni, takkanlah kawan-kawan dia cuma kitorang je? Twitter friend? Tak pernah jumpa? Mana kawan-kawan (real friends) dia yang lain?

-Korang tahu, everytime aku borak dengan Lyn dalam whatsapp, aku rasa macam aku borak dengan Iman. They have the similar language, the way they type etc. SAMA. Dan, lagi memberangsangkan bila email Iqbal ni ditulis dengan sangat detail, siap bagitahu tulis waktu 4PM waktu UK. Hellooo.. ada aku pernah cerita kalau aku post entri aku taip pukul berapa waktu UK? To me email ni macam dia try hard to convince us pasal all the details. 

-Bila tengok language si penulis email ni, wow.. bukan calang-calang orang la boleh tulis macam ni penuh emosi with no short forms?. Scriptwriter berpengalaman je boleh. Eh.? Scriptwriter? Lyn? 
So yeah.. Menguatkan lagi firasat aku yang Lyn memang mastermind. Dia lah Iman, dialah Iqbal. Aku tak puas hati selagi aku belum dapat jawapan. Konklusinya, aku harus ke hospital sendiri. Lagipun memang aku nak ke London pun.

Ni masa Iman tak sedarkan diri. Sebelum dapat email from Iqbal. Aku perasan bila group whatsapp diam je, mula lah Iman tak sedarkan diri. Nak attention aku rasa. So ada satu time tu Iman tak sedarkan diri lagi. Bila aku nak datang, ini jawab Iqbal.

Nampak tak betapa taknak aku datang? Weh setahu aku la, orang sakit ni..kalau kita datang lawat dia suka. Macam bagi semangat kan.. Dari sini lah group CSI tu ditubuhkan sebab yang lain kat Malaysia dah bau dah tiap kali aku nak datang lawat je, Iman tiba-tiba sedar. Aku bukan apa, aku ni ikhlas nak melawat orang sakit. Aku pernah merasa kehilangan bestfriend kot. So aku taknak la rasa ralat sebab tak jumpa kan?


Aku ada kelas hari Rabu, so aku bagitahu Iman aku akan datang London lawat dia hari Khamis sampai Jumaat sebab Sabtu aku ada field trip the whole day so by Friday evening memang dah kena ada kat rumah. Guess what? Hari Rabu Iman diam..whatsapp aku tak dibuka langsung. Then iqbal inform yang Iman tak sedarkan diri. Expected lah. Sebab aku nak datang kan? Kalau Iman tak sedar takda gunanya aku datang melawat kan? Memang aku expect Iman akan tak sedar diri lagi. 

So aku saja tanya Iqbal.


Apa-apa hal pun, aku memang akan tetap ke London sebab aku nak setelkan hal yang tak munasabah ni cepat. Plus aku memang ada hal lain nak buat di London.Jadi masa dalam train aku whatsapp kawan aku yang adik beradik dia semua sekolah Sri Aman. Sebab katanya Iman, dia sekolah Sri Aman dulu. Aku tunjuk gambar Iman. Katanya No, dia tak pernah cam siapa perempuan ni. Eventhough kalau lain batch pun mesti akan cam kan? Helooo.. perempuan cantik with mixed blood features? Is that too hard to identify or remember? Lagipun sekolah perempuan kan semangat assabiyah dia kuat sikit kan? Walaupun aku rasa stupid gila aku layan hal ni, tapi aku rasa aku tak boleh ignore juga kalau tak entah siapa pula bakal jadi mangsa. 

Dan aku berusaha tanya Iqbal apa no ward Iman. Sebab sebelum ni masa tanya Iman, dia ambil masa terlalu lama nak jawab dia di ward mana. Ehem, tengah Google ke? So aku memang tahu Iman di Wiltshaw ward level 2. Iman yang bagitahu. 





So waktu Iqbal reply "No, no news still" tu..Dia ambil masa yang terlalu lama untuk reply. Dahla tak menjawab persoalan Iman kat ward berapa. Biasanya laju je dia reply ibarat all the time dia alert sebab katanya dia takda no UK kan. Masa tu Iman tak sedarkan diri more than 30 hours. Lama kan? At the same time, other CSI agent time tu tanya something kat Lyn tapi dia pun tak reply. You see, Iqbal & Lyn tak reply dalam masa yang sama? & reply dalam waktu yang hampir sama. Korang rasa sebab apa? Haaa..
Sebab waktu tu Lyn tengah tengok wayang. Dia post gambar tiket wayang siap ada timing kat twitter. Thanks, menyenangkan kerja penyiasatan. So memang waktu yang diorang tak reply tu adalah waktu movie Insidious 2 sedang ditayangkan. 

Waktu di hospital, aku tengok, wah cantiknya hospital ni. Royal kan.cewah. So aku terus pergi ward yang Iman cakap ni. Sebelum aku tanya reception, aku usha dulu ward hospital ni camne? sama tak dengan apa yang Iqbal/Iman post. Guess what? Nothing in common at all. Lepas tu aku tanya receptionist. Tanyakan no ward kawan aku Iman ni. Aku bagi nama penuh la tu siap surname & tarikh lahir.  Staf dia tak jumpa. Pastu aku berlakon la sikit buat muka sedih. "It can't be wrong. Can you please check all the list names in this hospital?" Maka staf pun dengan semangatnya nak tolong, check list nama semua ward. Dan takde sorang pun nama Illana Imani Abdul Rashid. Atau birthday sama dia. So ni memang menconfirmkan lagi lah Iman tu memang tak pernah jejak kaki pun kat hospital tu. Plus, location dia kat facebook yang everytime dia post akan keluar dia post from South Kensington, semua tu boleh edit la setting dia. 

So malam Khamis tu Iqbal post kat twitter yang Iman dah sedar. Mungkin dia ingat aku dah balik Birm ke apa so aku tweet dia balik tanya then aku boleh lah lawat Iman if dia dah sedar? Guess what Iqbal inbox me:


Plus, "Iman" tahu yang aku takkan lama di London sebab ada field trip hari Sabtu. Nampak tak permainan dia kat situ? Time aku nak datang melawat la dia tak sedar 32 jam kan? Reported by other CSI agents, ni lah paling lama Iman tak sedarkan diri. Sebab aku nak datang melawat lah kot.

Then aku rasa persoalan ni semakin lama semakin terungkai. Bagi aku, Iman, Iqbal, & Lyn adalah orang yang sama. Lyn yang manipulate. 

Dan sebab Lyn pernah macam cuak sebab ada orang post link entri Hazrey ni.
Kalau baca blog Hazrey ni memang sama lah gaya Fida Nicole dengan Iman. Painter, study oversea, sakit kronik, etc.


Facebook Iman.




Aku ingatkan sampai sini jelah aku siasat. Rupanya belum habis lagi.. Arghh! Kritikal betul otak aku time ni. Benci betul.

So apa penemuan seterusnya? 




2 comments:

  1. boleh ek edit yg location via mobile tu? tak tau plak hehe. menarik baca kesah ni weh hihi walaupun aku tak pernah perasan pon dorg ni kat twitter. hihi

    ReplyDelete
  2. dah lama tak main twitter. hm..makin menarik cerita ni Sophie

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.