Pages

Tuesday, August 20, 2013

Subjek Sarjana Muda Sains Senibina UiTM & Persediaan

Aku selalu ditanya oleh adik-adik yang baru nak masuk UiTM tentang apa subjek yang perlu mereka pelajari di UiTM nanti. Kalau ikut hati, nak je cakap "kau masuk dulu pastu nanti kau belajar jelah diam-diam.." tapi sungguh berlagak statement itu. Diorang tak tahu, diorang tanya lah pada sumber yang boleh dipercayai iaitu aku, cehwah.. Nak suruh masuk website UiTM aku sendiri pun kengkadang pening gak tengok website UiTM. heheh. Sorry UiTM, tapi kau tetap dihatiku.

So aku godek balik lah transkip aku dulu. Tengok balik subjek apa yang aku belajar dulu. Entah aku pun dah lupa nama subjek. Seperti kacang lupakan kulit sungguh perangai camnih.

Disebabkan aku mengaku aku malas nak taip satu-satu maka aku print screen je. Korang jangan banyak cekadak pulak nak komen kualiti gambar okeh.

Hendaklah diingatkan, batch selepas aku ada mengalamami pertukaran silibus sedikit seperti kena tambah third language, etc sebab waktu tu, UiTM telah naik taraf dari diploma senibina kepada Sarjana Muda Sains Senibina (B.Sc Architecture, fyi).

Gambar dibaca camni: [subject code/credit hour/subject]

Semester 1:


Note: Waktu ni wajib masuk Kesatria kecuali orang yang dah pergi PLKN
 (harap maaf komander memang agak poyo pagi-pagi terjerit-jerit buat bingit telinga sambil buat muka ala bengis. Annoyed gak lah kadang-kadang tapi aku layankan je demi nak pass. No hard feelings okay komander ;p time camping korang tetap best sebenarnya. *bodek*)

Subjek Architectural Communication ni lah subjek pengenalan kepada lukisan. Dulu masa ni belajar melukis. Hand sketch. Belum masuk technical. Dulu pernah lecturer bawa taman tasik untuk lukis nature, then ada ke rumah kedai lama untuk lukis bangunan.

Semester 2:

Note: Waktu ni dah kena ambil kokurikulum. Sebab tu ada swimming. Korang bolehlah join sukan atau persatuan lain. Jangan tanya kenapa kena amek Chemistry. Sem ni belajar technical drawings.

Semester 3:
Note: Waktu sem ni, barulah betul-betul masuk subjek design. 

Semester 4:
Note: Structures lebih kepada subjek yang macam student civil engineering belajar tu tapi basic jelah. Kalau nak deep sangat baik kau study civil je kan.. heheh.. Ni satu-satunya subjek kira-kira & agak macam study hukum fizik juga lah. Land surveying pulak memang masa tu kadang-kadang kena pergi fakulti land survey sebab nak guna alat-alatan nak ukur tanah.

Semester 5:

Semester 6:
Semester 7:
Semester 8:
Note: Ada dua kali industrial training yakni masa sem 7 & 8 iaitu waktu cuti sem sebelum masuk sem tersebut. Memang waktu sangat singkat. Honestly part ni aku kurang setuju sebab aku rasa practical patut buat the whole sem aje. Kalau ada post mortem tentang practical ni, aku sangat berharap industrial training tak dipisah dua malah dipanjangkan tempoh supaya student betul-betul dapat banyak input yang berkualiti. Tapi aku tak pasti juga kalau silibus baru ni industrial training dah digabungkan. Sebab silibus sebelum aku pula memang practical ni tak dipisahkan.

Sebagai persediaan pula:

1) Saya faham jika anda teruja mahupun cuak nak masuk belajar ni tapi seriously, wat lek wat peace je k. Student archi kena cool *chewaaahh!!* padahal aku yang selalu cuak.

2) Dulu kami dapat senarai barang apa yang perlu dibeli dari art shop fakulti (bukan dari lecturer) Keburukannya, bukan semua barang tu digunakan pun selama 8 sem. Cara terbaik, beli barang basic je macam pensil Faber Castell yang berbeza gred tu, pemadam, alat tulis standard biasa. Selebihnya, sepanjang tempoh pembelajaran kamu, kamu akan tahu apa yang perlu dibeli. Jangan membazir. Boleh tanya lecturer apa yang kamu perlukan nanti.

3) Selama 4 tahun belajar, walaupun takde sangat kelas belajar softwares, kamu belajar lah sendiri-sendiri. Tengok youtube pun boleh. Paling basic kamu boleh belajar ialah AutoCad, Sketch Up, dan Adobe Photoshop. Nanti dah maju sikit bolehlah  godek-godek softwares lain ok. Belajar architecture sekarang, ibarat belajar graphic architecture. Zaman dulu je pakai lukis-lukis. Sekarang semua computerized. 

4) Kalau ada architectural festival (ArchiFest), silalah join dengan bersemangat! Sebab ni adalah tradisi budak archi FSPU, UiTM. Honestly, kalau kamu berfikiran positif, kamu dapat rasa aktiviti bersama ni fun sebenarnya. Kalau kamu berikiran negatif, kamu akan menganggap ArchiFest ni membebankan. Bagi aku, boleh merapatkan hubungan sesama kawan 1 studio, sesama junior & senior. Tengok sekarang aku dah study kat UK mana ade archiFest bagai ni? Studio pun takde. Sedih tahu tak takde semangat studio ni!

5) Ni additional jelah memikirkan apa yang aku akan buat kalau boleh ulang balik masa. Kalau kamu ada peluang untuk buat kerja part time amek upah buat drafting kecil-kecilan seperti renovation rumah mahupun 3D, rebutlah peluang itu walaupun study memang dah busy. Sebab dengan cara itu kamu dapat membiasakan diri kamu dengan industri atau "realiti". Banyak yang kamu boleh belajar sebenarnya. Tapi ni untuk yang mampu dari segi masa jelah.

6) Berbaiklah sesama studio mates anda sebab anda akan bersama mereka selama 4 tahun. Kalau anda ada ukhwah yang kuat, sampai habis belajar pun kamu akan unite dengan ahli studio kamu. Kalau tak, ada kerugian sikit lah disitu. 

p/s: Seriously pada adik-adik di luar sana, saya ni bukanlah bright student sangat pun mahupun terer ke apa. Bila dapat kata-kata macam "kak Sophie, akak sumber inspirasi saya untuk berjaya!" "Kak Sophie, saya nak jadi macam akak nanti!" Aku rasa macam heee entahla, macam malu pun ada. I'm not that superior you see.. 

(-_-') You guys can be much better than me, okay. Cuma kalau ada entri pasal architecture ni mostly sebab ramai yang bertanya jadi aku cuma berkongsi apa yang dah aku lalui semoga boleh jadi pembuka jalan pada pada sesetengah orang. Sebab to be honest, dulu aku takde guidance langsung pasal architecture ni, background family, kawan-kawan pun takde yang study archi. Yang aku tahu, study architecture ni memang kena kuat semangat, & jangan give up.Kalau ada time rasa nak nangis tu perkara biasa la. Kalau dah decide nak study course ni, that's it. You start your journey & never look back. The end.

Jap, student life memang sangat best  =) Banyak memori untuk dikenang. So make yours a wonderful one to remember ok. Ikhlas. =)













58 comments:

  1. thanks akak :)
    dh nampak dah sikit jalan tu .
    hri tu baca tips temuduga akak dan LULUS . nnt kena belanja akak ni haha :D

    btw, 1/9 ni daftar UiTM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Can u email me or reply me the ques thy ask?and biasanya berapa A spm boleh masuk

      Delete
  2. Kalau ada yang nak sambung study Law di UiTM, bolehlah tanya saya plak. Terus ke blog saya di www.faizalnizam.com :)

    p/s: takpe kan buat marketing sikit kat sini cik sophie?

    ReplyDelete
  3. Uwahh . Thank you so much kak sophie !! Disebabkan blog kak sophie saya lulus temuduga and be apart of uitm student.Love you -xoxo-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Can u email me or reply some of the ques the ask pleasee

      Delete
  4. Akak nk tanya ni . Akak. Study kat UK buat part II ke dah master ? :o

    ReplyDelete
  5. ksatria tu wajib masuk masa sem 1 je ke ? hmm , badan uniform lain takde ke ?

    ReplyDelete
  6. Utk silibus baru sume jadi ade 9 subjek:-
    1. Design Appreciation (more to arts)
    2. Design Drawing and Communication (more to technical)
    3. Basic Science (physics)
    4. Economics and Architecture
    5. Language Enrichment (English)
    6. Third Language
    7. Islam and Asian Civilization
    8. Elective Subject (boleh pilih sama ada nak masuk Photography atau Digital Communication)
    9. National Kesatria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share lagi pasal silibus baru senibina uitm??

      Delete
  7. thank for the spirit akak. sekarang sy pun bakal amik archi jugak. thanks for the info!

    ReplyDelete
  8. memang copy budak pandai, teruskan usaha dik, nanti kalau anak akak nk masuk U mmg blog ni boleh jadikan panduan

    ReplyDelete
  9. Dpt kah masok sarjana seni bina terus tnpa diploma ?

    ReplyDelete
  10. salam kak, apa beza Sarjana Muda SAINS Senibina dgn Sarjana Muda Senibina?? please answer me~

    ReplyDelete
  11. aina anuar.. uitm je yg ade sistem mcm tu.. hehe.. dr spm terus ke degree.. mcm um ngn uia..kne asasi dlu.. utm diploma dlu..
    sarjana muda sains seni bina-degree.
    sarjana muda seni bina-ala2 master laa.. skrang dh xde sarjana muda seni bina..die dh tukar kpade master of architecture..silibus sarjana muda seni bina dh xdigunakn..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum , kak . seronok baca blog kakak . sarjana muda sains senibina tu trus lompat ke pegi ijazah ? tak pyh ambik diploma ke ? abih , kalau kakak dah abih kulia nh , kakak boleh trus ambik master ? -ehehe , soalan yg sama . tak paham lagi sistem nh .

    ReplyDelete
  13. Salam, kak sophie, nak tya... program ni under UPU, pinjaman MARA, atau PTPTN atau lain2? mohon kecerahan... terima kasih...

    ReplyDelete
  14. salam, kak sophie, program ini dibawah UPU adakah menerima tajaan KPM, MARA atau PTPTN, atau lain2? mohon kecerahan... terima kasih. :)

    ReplyDelete
  15. saya tengah nak isi upu... ade la nak tanye sikit beberapa soalan... nk no whatsapp leh x sng sikit...

    ReplyDelete
  16. salam, akak nak tanya kalau nak ambik architecture ni memang kena pandai melukis or kena ada basic melukis ke? and interview nanti ada test melukis ke?

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah akak saya pon dh dpt ...terima kasih atas pertolongan akak tu...tapi saya sdg confuse nk ambil apa~~~kena buat solat istikharah..apa2 pon terima kasih kat kak sophie! =)

    ReplyDelete
  18. salam, kalau tak dapat archi ni dkt uitm, kena tunggu next year ye?

    ReplyDelete
  19. slm...
    skrg part 1 dianggap degree ke?

    ReplyDelete
  20. klu dh ada diploma nk ambik kos ni bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma nak masuk pun boleh. selalunya kalau dari poli akan masuk semester 4. waktu tu, yg dah ada diploma ni advantage yg sgt2 jauh lebih tinggi.

      Delete
  21. uishh..best lahh architecture nii..lot of thanks

    ReplyDelete
  22. salam kak sophie , nak ambil sarjana muda ni kena ada diploma dulu ke ? mohon reply em em saya nak isi borang upu tapi pening dah ni haihh

    email : aqilah.nazri@gmail.com

    tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada diploma. utk senibina uitm ni mmg terus lompat ke degree. 4 tahun pengajian. tapi tu baru part 1. tak habis lagi. kena tambah 2 tahun lagi utk master part 2. so total 6 tahun.

      Delete
    2. Tumpang Tanya, kalau saya amik diploma seni bina di politeknik adakah saya sudah dapat part 1 Dan bagaimana Pula kalau saya ingin sambung ke degree ?

      Delete
  23. Saya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..

    ReplyDelete
  24. Saya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..

    ReplyDelete
  25. Saya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..

    ReplyDelete
  26. Saya akan masuk form 6 bulan 5 ni.. cita2 saya nak jadi arkitek..saya ambil jurusan kemanusiaan..so subjek apa yg sesuai utk saya ambil bidang archi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains boleh, kemanusiaan pun boleh. make sure score gila2 nak fight dgn student matriks. lepas stpm, anda akan masuk semester 2. uitm ada 3 kampus utk menjalani program senibina. Uitm shah alam, uitm seri iskandar dan uitm sarawak

      Delete
  27. I think its abit silly quest but I dun care la. Archi ni memang kena pandai lukis ka?

    ReplyDelete
  28. Fuhhh leleh... Ak ade dip. Architecture... Nk ambil degree tp cuakkk kot... Nightmare

    ReplyDelete
  29. Aslm kak , sy skrg dlm bidang art and design utk diploma.....dak2 AD....boleh ke saya nak sabung degree dlm bidang seni bina atau seni bina dalaman......btw , skrg saya ada dpt tawaran politeknik diploma seji bina. ....mana lagi bagus , stay uitm dlm bidang Art and design atau acept diploma seni bina poli and quit uitm ? Minta pendapat....sy Teringin sgt nak buat dlm bidang seni bina atau seni bina dalaman ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum hey. Sorry but nak tanya, skrng ni awak dah smbng ke degree senibina tu? Bcs saya pun diploma art n design and nk amik degree senibina. So nak tahu pendapat awak thank you

      Delete
  30. assalam kak,saya student mechanical engineering uitm part 2..but,tbh i dont like what im learning rn cause i dont wanna become an engineer pun,i wanna be an architect tapi masa isi upu tu tak fikir panjang,so pendek cerita boleh ke kalau berhenti this course and masuk degree architecture terus?or architecture ada diploma?

    maaf bertanya idk who else to turn to

    ReplyDelete
  31. Salam sis. If saya masa sklh dlu saya ambik bidang acc tak ambik bio,fizik,chemis then tngk kelayakan. Layak mohon sarjana muda sains senibina .boleh jdi ke? Chemistry tu wajib eh?

    ReplyDelete
  32. salam..sy lepasan spm.sy lyk mmhon bidang ini.perlukah muet untuk ambik bidg ni??tq=)

    ReplyDelete
  33. hai akak sophie..saya cuma nak tanya kalau tak pandai melukis mmg x patut ke kita mohon kursus senibina ni?saya takde basic melukis tapi saya minat kat course ni..jadi patut ke saya memohon?

    ReplyDelete
  34. assalammualaikum kak sophie.saya dapat 7A1B SPM.waktu apply upu,saya buat pilihan 1 saya ijazah sarjana muda kepujian sains seni bina sebab saya minat melukis dan minat bab architecture ni.But,sekarang bila saya check keputusan sama ada saya dapat atau tak temuduga,dia ckp permohonan saya tak berjaya.saya rasa sangat down.saya dah berharap sangat.saya tertanya tanya kenapa permohonan saya tak berjaya.apa silap saya.kak sophie,saya masih ada peluang ke?mohon pendapat semua ya..

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah paham la jugak apa yang akan saya lalui selama 4 tahun nanti. 3/9 ni pendaftaran, hopefully semua berjalan dengan lancar. Thanks for the infos kak :) really really helping

    ReplyDelete
  37. Akak. Setahu saya bukan semua uitm ada course ni kan ? Boleh tk akak senaraikan uitm mana yg offer sarjana muda sains seni bina ni?

    ReplyDelete
  38. hii kak.. course ni boleh untuk lepasan spm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh! Saya ex spm 2018, alhamdulillah saya dapat course ni, Dan tarikh masuk saya 25/8/2019

      Delete
  39. Kakak amik scholatship apa?

    ReplyDelete
  40. hi kak !
    Saya budak spm promax hehe , saya dari kecik minat archi ingat kalau ada rezeki , nak amik course ni lepas spm ni , lepas tengok blog akak , saya lagi minat nak amik course ni hehe , tq kak !

    ReplyDelete
  41. Salam kak, ramai tak yg dapat first class ijazah senibina ni?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.