So aku godek balik lah transkip aku dulu. Tengok balik subjek apa yang aku belajar dulu. Entah aku pun dah lupa nama subjek. Seperti kacang lupakan kulit sungguh perangai camnih.
Disebabkan aku mengaku aku malas nak taip satu-satu maka aku print screen je. Korang jangan banyak cekadak pulak nak komen kualiti gambar okeh.
Hendaklah diingatkan, batch selepas aku ada mengalamami pertukaran silibus sedikit seperti kena tambah third language, etc sebab waktu tu, UiTM telah naik taraf dari diploma senibina kepada Sarjana Muda Sains Senibina (B.Sc Architecture, fyi).
Gambar dibaca camni: [subject code/credit hour/subject]
Semester 1:
Note: Waktu ni wajib masuk Kesatria kecuali orang yang dah pergi PLKN
(harap maaf komander memang agak poyo pagi-pagi terjerit-jerit buat bingit telinga sambil buat muka ala bengis. Annoyed gak lah kadang-kadang tapi aku layankan je demi nak pass. No hard feelings okay komander ;p time camping korang tetap best sebenarnya. *bodek*)
Subjek Architectural Communication ni lah subjek pengenalan kepada lukisan. Dulu masa ni belajar melukis. Hand sketch. Belum masuk technical. Dulu pernah lecturer bawa taman tasik untuk lukis nature, then ada ke rumah kedai lama untuk lukis bangunan.
Semester 2:
Note: Waktu ni dah kena ambil kokurikulum. Sebab tu ada swimming. Korang bolehlah join sukan atau persatuan lain. Jangan tanya kenapa kena amek Chemistry. Sem ni belajar technical drawings.
Semester 3:
Note: Waktu sem ni, barulah betul-betul masuk subjek design.
Semester 4:
Note: Structures lebih kepada subjek yang macam student civil engineering belajar tu tapi basic jelah. Kalau nak deep sangat baik kau study civil je kan.. heheh.. Ni satu-satunya subjek kira-kira & agak macam study hukum fizik juga lah. Land surveying pulak memang masa tu kadang-kadang kena pergi fakulti land survey sebab nak guna alat-alatan nak ukur tanah.
Semester 5:
Semester 6:
Semester 7:
Semester 8:
Note: Ada dua kali industrial training yakni masa sem 7 & 8 iaitu waktu cuti sem sebelum masuk sem tersebut. Memang waktu sangat singkat. Honestly part ni aku kurang setuju sebab aku rasa practical patut buat the whole sem aje. Kalau ada post mortem tentang practical ni, aku sangat berharap industrial training tak dipisah dua malah dipanjangkan tempoh supaya student betul-betul dapat banyak input yang berkualiti. Tapi aku tak pasti juga kalau silibus baru ni industrial training dah digabungkan. Sebab silibus sebelum aku pula memang practical ni tak dipisahkan.
Sebagai persediaan pula:
1) Saya faham jika anda teruja mahupun cuak nak masuk belajar ni tapi seriously, wat lek wat peace je k. Student archi kena cool *chewaaahh!!* padahal aku yang selalu cuak.
2) Dulu kami dapat senarai barang apa yang perlu dibeli dari art shop fakulti (bukan dari lecturer) Keburukannya, bukan semua barang tu digunakan pun selama 8 sem. Cara terbaik, beli barang basic je macam pensil Faber Castell yang berbeza gred tu, pemadam, alat tulis standard biasa. Selebihnya, sepanjang tempoh pembelajaran kamu, kamu akan tahu apa yang perlu dibeli. Jangan membazir. Boleh tanya lecturer apa yang kamu perlukan nanti.
3) Selama 4 tahun belajar, walaupun takde sangat kelas belajar softwares, kamu belajar lah sendiri-sendiri. Tengok youtube pun boleh. Paling basic kamu boleh belajar ialah AutoCad, Sketch Up, dan Adobe Photoshop. Nanti dah maju sikit bolehlah godek-godek softwares lain ok. Belajar architecture sekarang, ibarat belajar graphic architecture. Zaman dulu je pakai lukis-lukis. Sekarang semua computerized.
4) Kalau ada architectural festival (ArchiFest), silalah join dengan bersemangat! Sebab ni adalah tradisi budak archi FSPU, UiTM. Honestly, kalau kamu berfikiran positif, kamu dapat rasa aktiviti bersama ni fun sebenarnya. Kalau kamu berikiran negatif, kamu akan menganggap ArchiFest ni membebankan. Bagi aku, boleh merapatkan hubungan sesama kawan 1 studio, sesama junior & senior. Tengok sekarang aku dah study kat UK mana ade archiFest bagai ni? Studio pun takde. Sedih tahu tak takde semangat studio ni!
5) Ni additional jelah memikirkan apa yang aku akan buat kalau boleh ulang balik masa. Kalau kamu ada peluang untuk buat kerja part time amek upah buat drafting kecil-kecilan seperti renovation rumah mahupun 3D, rebutlah peluang itu walaupun study memang dah busy. Sebab dengan cara itu kamu dapat membiasakan diri kamu dengan industri atau "realiti". Banyak yang kamu boleh belajar sebenarnya. Tapi ni untuk yang mampu dari segi masa jelah.
6) Berbaiklah sesama studio mates anda sebab anda akan bersama mereka selama 4 tahun. Kalau anda ada ukhwah yang kuat, sampai habis belajar pun kamu akan unite dengan ahli studio kamu. Kalau tak, ada kerugian sikit lah disitu.
p/s: Seriously pada adik-adik di luar sana, saya ni bukanlah bright student sangat pun mahupun terer ke apa. Bila dapat kata-kata macam "kak Sophie, akak sumber inspirasi saya untuk berjaya!" "Kak Sophie, saya nak jadi macam akak nanti!" Aku rasa macam heee entahla, macam malu pun ada. I'm not that superior you see..
(-_-') You guys can be much better than me, okay. Cuma kalau ada entri pasal architecture ni mostly sebab ramai yang bertanya jadi aku cuma berkongsi apa yang dah aku lalui semoga boleh jadi pembuka jalan pada pada sesetengah orang. Sebab to be honest, dulu aku takde guidance langsung pasal architecture ni, background family, kawan-kawan pun takde yang study archi. Yang aku tahu, study architecture ni memang kena kuat semangat, & jangan give up.Kalau ada time rasa nak nangis tu perkara biasa la. Kalau dah decide nak study course ni, that's it. You start your journey & never look back. The end.
Jap, student life memang sangat best =) Banyak memori untuk dikenang. So make yours a wonderful one to remember ok. Ikhlas. =)