Pages

Monday, November 5, 2012

Menjadi Pelajar Semula

Selepas setahun lebih aku bekerja, aku sambung belajar balik. & ya Allah, baru kerja setahun lebih aku rasa otak aku dah lemau dah nak study balik. Nasib baiklah aku sambung jugak belajar. Aku akui, sekarang dah tak macam dulu dah masa buat Part 1 senibina di UiTM. Dulu tak tidur 3 hari 3 malam pun takpe. Sekarang, dah tak kisah. Tidur tu perlu! Beauty sleep kununnya. ;p

Memilih untuk belajar di United Kingdom, bukanlah satu pilihan utama aku satu masa dulu. Dulu aku fikir nak sambung study kat UiTM jugak. Aku takut sebenarnya untuk ke luar negara sebab aku tahu, belajar architecture ni, mencabar. Nak adapt dengan environment baru pun mencabar, nak tinggal jauh dari family dan rumah home sweet home ku juga mencabar. 3 in 1 punya cabaran ni menakutkan aku.Tapi, sekejap je aku buat keputusan untuk sambung study di luar negara. Macam, serius pantas. Lepas decide, aku terus apply university, buat portfolio dengan gigihnya *kononlaa* , pergi interview, apply MARA. Shoot! Ada rezeki, dapat dan phewww~ terbanglah saya di bumi UK ni. sobs..

T__T *kalau rindu rumah aku sanggup Google Earth cari mana rumah aku okey! hakikat nih*

Aku fikir, kalau aku tak fly, hidup aku dah well-planned dah. Aku kerja di firm, weekend lepak pool, ajar swimming yang aku suka tu, duduk rumah, kalau sambung part 2 di UiTM pun aku akan still aktif dengan pool & team lifeguard.. Tapi, tu semua..comfort zone aku. Aku terlalu selesa dengan life aku membuatkan aku..huhu..mencabar diri aku sendiri untuk sambung study di UK macam ayah aku dulu-dulu. Untuk rasa sendiri pengalaman hidup di negara orang, supaya bila aku balik Malaysia, aku akan lebih confident. Dari segi, macam-macam, seperti communication skill dan bla..bla..bla..

Disebabkan aku kononnya mencabar diri aku sendiri, sekali amek kau Sophie! Unit untuk kelas design aku semua lelaki. Zasss! *rasa macam halilintar lalu depan muka aku time tu!* Kenapa?? Kenapa aku sorang je international student perempuan dalam group aku? T___T  Tak kelakar okey..

 
Ni masa presentation. Basically ni unit aku la. Nampak tak takde perempuan disini?

Unit ni dibahagi lagi dalam group kecil. Jadi aku group dengan student Full Time Year 5 lah. Gambar bawah ni ialah ahli group aku.
Yelah, aku tahulah diorang hensem. Korang jangan cakap pape. (-__-')
Aku tahu aku lucky part ni kan? 


Masa mula-mula aku masuk kelas, mestilah kecuakan aku gila babas kan. Mula-mula tu susah sangat nak faham accent diorang. Tapi sekarang dah orait lah juge. & satu benda yang aku sangat bersyukur ialah ahli group aku ni, yelaaa, kitorang semua pun baru kenal antara satu sama lain. Tapi boleh ngam lah jugak, plus diorang taklah buatkan aku rasa left out ke apa. Kalau aku kata tak faham, diorang akan explain sampai aku faham. Kalau ada apa-apa update, diorang bagitahu. Kalau pergi site, diorang tak bagi aku jalan sorang. Kalau aku jalan sorang, diorang akan catch up aku. E ehh.. suweet jugak eh diorang nih.


Alhamdulillah, kat sini, ada waktunya aku terpaksa pergi mana-mana sorang-sorang. Tapi tiap kali aku dilanda kesusahan.. ='(  ada je orang yang jadi superhero tolong aku dari A-Z  & setiap kali dibantu aku rasa macam huwaaa..  =') terharu sangat. Oh, mungkin tipsnya setiap kali keluar rumah kena baca doa minta dilindungi especially ayat Qursi. Mungkin jugak mak ayah aku kat Malaysia doa banyak-banyak untuk keselamatan aku jugak kot. =)

 Satu benda yang aku sangat rindu pasal UiTM ialah studio culture. Kat sini takde studio. Mana-mana tempat kosong kau buat jelah kerja kat situ. Lambak je semua drawings, laptop ke tanda dah mark territory kau hari itu. Muahahaha.. Keji.

 Bersama ahli group.

Walaupun takde studio, tapi satu benda yang aku kagum adalah workshop. Alat-alatan nak buat model memang tip top tip! Kalau dulu buat model manually memang lepas tu segala jenis accident di jari harus berlaku seperti lebam, kesan gam gajah lekat kat jari yang mengerikan tiba-tiba teringat cerita Saw, kesan kena blade, paper cut, wood cut, segala jenis model board cut. Huh..
Kat workshop ni banyak pakai laser cutting lah untuk pelbagai jenis material.

 Saya yang harus gagah disini demi mengharumkan nama Malaysia *sungguh patriotik!* dan membanggakan mak ayah dan keluarga yang selalu labelkan saya "si lembik". Tapi si lembik ni jugaklah sampai kat negara orang. Peace!!!  V(^__^)V

Ni bangunan The Public. Basically aku kena join project untuk bangunan ni untuk salah satu subjek kat sini. Subjek ni satu subjek yang menarik bagi aku sebab melibatkan student dengan projek sebenar. The Public Ramp punya project. Lebih kepada design interior sebenarnya. Macam, kena design bahagian tertentu supaya area tu lebih functional instead of wasted.

 Ini lah ramp dalam tu. Dalam dia memang cantik.


  
 Tak dilupakan juga, menempuh bahaya pergi site malam-malam naik basikal sebab nak amek gambar site waktu malam untuk crime studies aku. Basikal kat sini boleh bawak masuk train. Serius, memang bahaya sebab malam-malam keluarlah kutu rayau, budak-budak nakal yang buli kami ='( , geng mabuk-mabuk nak pergi party. Serik keluar malam macam ni siott. This is the last I hope.
Kat sini manede mamak 24 jam. Sebab tu malam sunyi gila. Kecuali orang nak pergi club & pub. Tu jelah lifestyle diorang. 


 
p/s: So inilah serba sedikit update pasal keadaan aku disini. Ohya, kalau korang perasan aku dah tukar layout dan header blog nih. Cumanya, yang aku menyampah tu, setiap kali update template, blog list aku mesti hilang.. Huwaaa..kena cari balik satu persatu blog yang aku nak link kat blog aku.












25 comments:

  1. salam dik.take care ya dinegeri org.bestnya berpeluang kesana. =)

    ReplyDelete
  2. sorang je perempuan dalam group. mencabar betul tu. nasib baik diorang ok dan sangat ok. hehe.

    saya suka tengok bangunan so memang teruja bila baca entri macam ni sophie :D

    berhati2 dan baca doa banyak2.

    ReplyDelete
  3. bestnya sis sophie :) pape pun goodluck . jaga diri kat tempat orang . hihi n yang paling penting update belog n upload gambar bebanyak .

    ReplyDelete
  4. seronok baca pengalaman sophie kat sana..akak doakan semoga sophie berjaya di sana..gud luck dik! jaga diri molek2 ye..insyaAllah semoga sentiasa dipelihara Allah..

    ReplyDelete
  5. pergh cantik kot bangunan The Public. hati-hati tau keluar malam2 tu..

    ReplyDelete
  6. wahh UK? good luck kak sophie! and dont forget belikan some souvenirs for me kalau balik msia nnt. hehe ;p

    ReplyDelete
  7. Keep updating sis :)
    Love to read your story~ :D

    ReplyDelete
  8. hati-hati ye sis.. insyaALLAH.. saya doakan sis semoga terhindar daripada bahaya.. * tang google earth tu kelakar.. hehee

    ReplyDelete
  9. Dear, best nye dapat beLaja kt oversea.rmai yg tringin tp xdpt..u r among the best candidates we have in Msia.

    Sya ade berangan nk smbng phd kt oversea.tp once da keje, da start commitment (umah, kete, insurans,etc.) mmg susah nk commit study (especially when require financial commitment.and lagik2 I'm getting married soon.hehe.nih faktor utama.haha.kantoi!). kLW nk appLy sponsorship pon,t'pk sape Lak nak baya umah, kete pe sume kan..

    So, have faith. study hard =)

    BTW, sya da foLLOw blog kamu. free visit/foLLow sya jugak ek
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. kene gam uhu kat jari, luka jari itu perkara biasa...huhuhu. tp best la dorang pkai laser. tak payah nak risau pasal jari. neway..all the best kak sophie. faten akn slalu ikut prkembangan kak sophie di sana. bcoz u're my ispire to take dis course. heeee~

    ReplyDelete
  11. no nice!
    moga sophie kuat kat sana =)
    x lama kan study sne..
    insyallah boleh punyer!!

    ReplyDelete
  12. waaa... mentor2.. nnt nk ikut jgak.. hehe.. gud luck !!! XD

    ReplyDelete
  13. bestnyaa Sophie dear.story bbnyak lgi psl ur experiences. Excited je rin nk bca everytime you up new entry tau =) Nak study kat sna jugakkkkkkk =)

    Tke care, bca doa bbnyak mintak perlindungan drpd Allah =)

    ReplyDelete
  14. hai kak sophie ~ :) lama tak singgah sini. maklumlah, bekas calon PMR. oh ya, dekat sana jaga diri okay. best nya pergi negara orang, teringin nak ke luar negara further study, insyaAllah aamiin ..

    lagi satu, part yang temankan pergi site tu agak lawak, haha! so sweet ~

    ReplyDelete
  15. doakan sy dn kawan dpt 'survive' 8 sem dlm course ni di UiTM S.Alam..:)
    studio kak sophie name ape ?

    ReplyDelete
  16. Sophie.. Bertuah kau dapat peluang macam ni. ;)


    Keluar dari comfort zone dan tempuh sesuatu yang lebih mencabar, Banyakkan doa, tabahkan diri. All the best Sophie!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, akak Sophie. Serius inspired bila baca blog akak. Saya bakal daftar masuk utk degree archi dekat uitm,shah alam untuk sesi 2 . tp still berbelah bahagi lagi, sebab sekarang dekat matriks. Thanks akak, for all the tips for interview and kata2 semangat dalam blog akak. Hope someday dapat achieve sampai tahap ni gak. Betulke course ni banyak pakai duit?

    ReplyDelete
  18. Sophie, I'm starting to miss you. Aih... tapi bila Sophie update, terubat la sikit. All the best ye :)
    Keep on updating us :) :) :)

    ReplyDelete
  19. Khumaera Ismail:
    Wsalam. baiklah kak. terima kasih.. rezeki.. =)

    Nurdani:
    memang mencabar. tapi layan jela.nak buat macam mana. takkanlah nak lari balik Malaysia kan.haha..Ok, thank you =)

    Najwairina:
    update blog & upload gambar bebanyak yg payah tu sebenarnya.haha..

    Shahada Fauzi:
    okey, terima kasih kak=)

    ReplyDelete
  20. Oshinz:
    orait.huhu.The Public memang cantik tp planning dalam dia agak memeningkan..

    Milah:
    Ok, insyaAllah I will try..

    Am:
    Thumbs up!

    Shizan Syafiq:
    Wahh..terima kasih. Hurmm..google earth? hakikat kot..hahahaha..

    Orket Violet:
    but it's not easy to study here.. ='( but a good experience indeed. Takpe saya sabar je.mesti ada hikmah.. Anyway, saya tak plan untuk sambung phD pun.. ;p

    Fathin Bamir:
    be strong k Fathin. Architecture mmg mencabar..

    Azalia hjsaleh:
    2 tahun. hopefully ok la. =)

    CM Hasib:
    Nak ikut gak? be prepared. =)

    ReplyDelete
  21. Rin Saharina:
    I update pun ikut mood..tu yang payah tu.haha..

    Miasaranajwa:
    Sweet?? haha..diorang risau sebab site tu banyak crime jadi. Good luck in your studies.. =)

    FauzanIbrahim:
    Okey..insyaAllah.. nama studio: Archimancer

    Yousof:
    Rezeki kot nak tengok negara orang. Tak nafikan la agak mencabar. Tapi kena gak lah sabar..

    Muhamad Aizuddin Ahmad:
    Kalau dapat UiTM Shah Alam, archi pulak tu, amek jelaa..apesal nak fikir banyak siot?? Degree kot!! stay matriks belum tentu keluar dapat peluang nak amek degree. Yer, memang banyak pakai duit. Oleh itu silalah menabung setiap hari. =)

    Teah:
    Bash, I miss u too.. Tula masalahnya tak rajin update..teruk betul perangai ni haa..

    ReplyDelete
  22. tgk gmba kak sophie baju merah tdong itam tu.. dgn master plan.. fuh.. gile.. caya la kak sophie

    ReplyDelete
  23. anonymous:
    tq..muka tu muka terpaksa tuh.haha

    ReplyDelete
  24. hey kak sophie .. i'm new here.. saya suka tengok akak punya blog..actually saya pun nak jadi macam akak..saya ni kurang berbakat.. cuma minat tu adalah..boleh ke kalau macam tu?saya teringin sangat nk jadi arkitek tapi bhgian landskap punya.. :) ..hope you can give some advice for me..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.