Pages

Wednesday, August 1, 2012

Pulau Redang- Fun! Fun! FUN!

Seperti yang dijanjikan entri kali ni aku mahu berkongsi pengalaman snorkeling di Pulau Redang. Sebenarnya kat resort kami tinggal tak banyak batu karang. Jadi ada bot ambil kami untuk pergi check point menarik untuk melihat batu karang dan tengok ikan-ikan. 

Whose that Pokemon?! 
Me!!
Background biru. Tak sangka betul bergambar dalam air laut jadi macam ni.

Aku nasihatkan korang silalah jangan terlupa nak bawa sunblock. Kesannya sangatlah..
sangatlah..hurmmmm.."MAGNIFICENT!"

Pergi snorkeling kan naik satu bot, makanya bot tu dipenuhi pelancong dari resort yang sama dengan kami. So, daripada kami berempat je, jadilah satu group besar. Tak kenal pun sesiapa kat sini tapi disebabkan orang Malaysia kan memang peramah, so tak pasal-pasal dapat ramai kawan kat sini.hehe..

Aku yang berbaju putih. eheks.Macam bajet je tak pakai lifejacket. Tapi sebenarnya kalau boleh berenang, memakai lifejacket agak merimaskan. huhu.

Cita-cita nak amek lesen scuba diving tak kesampaian tahun ni. Ada suit je pun jadilaaa..
;'( sobs..



Ikan halus-halus ni orang kata ikan bilis. Wallahualam. Kalau betul, lain kali aku datang nak bawa jala. Weee~ best ni buat sambal!




Finding Nemo? Yeayy! dah jumpa!!! Tapi kena letak balik la. Kesian..

Sumpah geli gila ok pegang gamat. Tapi nak jugak pegang. Euwww~
Ohya, nampak tak kulit aku dah burn tuh? Iyaaaa..lain kali jangan terlupa bawa sunblock ye kawan-kawan..
T__T sia-sia setiap malam sapu losyen muka nih.

Stail habis lah tu Laida? ;p


Coral. Tapi kebanyakan coral dah banyak mati. Huhu.. Sedihnyaa.. Dulu, masa aku umur 16 tahun, masa pergi Pulau Tioman, coral cantik gilaaaa.. Banyak yang hidup, warna warni. Sekarang ni pergi mana-mana pulau pun dah tak secantik dulu. 

Tak dilupakan melompat dari bumbung bot. Huahua.. Walaupun takut dan terasa longgar lutut berdiri atas tu tapi nak jugak terjun dari situ.

Suka tengok ikan.. Rasa tenang..


Background belakang tu ikan-ikan bilis yang aku cakap tu.

Di waktu senggang selain snorkeling, main ombak dan berenang-renang, aktiviti kami di sini ialah upacara melompat dari jeti. Aku memang target kali ni pergi pulau kena lompat terjun dari jeti. Lepas ni mungkin 2 tahun tak dapat pergi pulau.huhu..



Terjun gaya bebas.

Aku dengan Teha asyik lompat aje dari jeti. Walaupun lompat banyak kali kan, tapi setiap kali nak lompat pun aku rasa macam longgar lutut gituh. Takut tapi nak buat. Takut tapi nak buat. Kesimpulannya, korang try lah buat. Tapi make sure tempat tu dalam. Kalau cetek takut patah kaki pula cecah dasar. Masa kami lompat ni, jarak dari jeti ke permukaan air lebih jauh sebab time air surut, dah petang. huhu..So lagilah jauh nak sampai ke permukaan air. Aku dapat lompat 8 kali je. 6x dari jeti. 2x dari bot.

 Ni geng yang satu trip dengan kami masa kat Pulau Redang. Diorang buat company trip. Memandangkan dalam bas banyak seat kosong, mreka dah pun offer kami pulang ke KL bersama-sama. Tapi kami terpaksa menolak dengan baik sebab dah beli tiket bas pun. Jadinya minta tumpang dari Jeti Merang ke Kuala Terengganu jelah. Tapi mereka nih memang FUN!! Duduk dalam bas senak perut asyik tergelak aje. Mungkin mereka anggap kami ni macam adik-adik kot. Bos company ni siap belanja makan tengahari lagi. Heheeee.. Tengkiuuu Tuan Haji!!!

Sempat jalan-jalan di Pasar Payang. Beli durian. Siapa tak suka durian tu memang rugi satu nikmat dunia siot..

p/s: Bila dah balik, adik-adik kutuk aku sebab kulit muka yang sangat burn.hohoho.. Pergi duty kat pool pula diperkotak-katikkan oleh lifeguard lelaki. Siottt jeww.. Dua hari lepas pergi Redang, aku berjalan ke Melaka pula. Belum baik sunburn dah pergi burn lagi kulit. Ish..ish.ish..Ok, next entri nak post picture video pergi Pulau Redang. Ada video underwater. hiuhiuuuu~ ikan banyak..

13 comments:

  1. best kan... hehehe.. teringat kenangan hampir 6tahun belajar di TRG..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantiknyaaaa gamba2 kat dalam laut tu. Never been to redang before. Should consider a family vacation to this place bila dah balik mesia nanti. thank you for sharing! :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah... serius rasa macam nak terjun jugak dalam laut cantik ciptaan Allah tu.

    nemo nemo tu comel gila sophie

    ReplyDelete
  4. awak!!
    kita tengok gambar ni rasa nak pergi belajar berenang lepas tu g scuba jugak. huuu~ sebab kita tak pandai berenang.aritu ada pergi redang. Ya Allah indahnya kat sana kan.Air membiru..sangat sangat indah.=)

    ReplyDelete
  5. bestnya pergi pulau redang... siap snorkling lagi gitu... cantik terumbu karang dan ikan2nya... done follow u dear - Noob

    ReplyDelete
  6. perghh best giler tgk..seronok je tgk ikan2 tu bejemaah jalan~

    ReplyDelete
  7. Maka, sekali lagi aku nak beritahu, aku dengki..hehehe
    Sebab aku tak pandai berenang...

    ReplyDelete
  8. miss she:
    BEST! tak dapat digambarkan dengan kata2.hehe..

    Amirah:
    Yes you REALLY SHOULD!!!! Resort ni memang sangat sesuai untuk pergi dengan family =)

    Nurdani:
    Hehe..Dani,kumpul duit then pergi aje k. Jangan pikir panjang.

    Laskar pelangi:
    Belajar la.tak rugi.. nanti senang sikit nak snorkeling. =) Indah tu memang..SANGAT INDAH.. memang rasa macam nak pergi lagi.

    Prince of Noob:
    Memang best pun Noob!! U should go someday..TQ!!

    Fyza:
    hehe..ikan berjemaah? diorang suka makan roti.

    cEro:
    untuk sekian kalinya aku nak nasihatkan..pergilah belajar berenang cEro..

    ReplyDelete
  9. miss she:
    BEST! tak dapat digambarkan dengan kata2.hehe..

    Amirah:
    Yes you REALLY SHOULD!!!! Resort ni memang sangat sesuai untuk pergi dengan family =)

    Nurdani:
    Hehe..Dani,kumpul duit then pergi aje k. Jangan pikir panjang.

    Laskar pelangi:
    Belajar la.tak rugi.. nanti senang sikit nak snorkeling. =) Indah tu memang..SANGAT INDAH.. memang rasa macam nak pergi lagi.

    Prince of Noob:
    Memang best pun Noob!! U should go someday..TQ!!

    Fyza:
    hehe..ikan berjemaah? diorang suka makan roti.

    cEro:
    untuk sekian kalinya aku nak nasihatkan..pergilah belajar berenang cEro..

    ReplyDelete
  10. rindu nak p pulau redangggggggggggggggggggggggggggggg,huwarrrrr.... paling tak tahan gamat,onie tak mampu pegang,geli,hihi

    ReplyDelete
  11. Hello! Do you κnow іf they makе any plugins to helρ with Searсh Engine Oρtimization?
    I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing ѵeгу good gaіns.
    If you know of any pleаse ѕhare. Thаnk you!


    Fееl free to surf to my ωeb page looking after your caravan

    ReplyDelete
  12. mcm mane tgkap gmbr dlm air tu?bwk kamera sndiri atau ade guide yg amikkan? tq ;)

    ReplyDelete
  13. sy pnh pg p.redang n stay kt berjaya redang resort, ms tu coral still cnteq lg ctu..tp skrg dh byk coral mati..uhuhu...law kwn2 mai saudi visa ziarah blh pg 1 daerah ats drpd madinah, yanbu nm tmpt tu...snorkling ctu mmg x hengat..coral Masyaallah lg clouful dr mlysia...try lh law ad ksmptn...sy sllu snorkeling kt pntai hasi, yanbu tu

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.