Pages

Monday, August 6, 2012

Melaka- Ke Jonker Street dan Klebang

[AMARAN: INI ADALAH ENTRI YANG PANJANG. ALA, MACAM TAK BIASA PULAK!]

Melaka memang salah satu negeri di Semenanjung Malaysia yang menarik untuk kita pergi. Aku dari kecil dah selalu dah pergi Melaka tapi sampai sekarang kalau sesiapa ajak pergi Melaka aku nak aje pergi lagi. Heheh. Kali ni aku pegi dengan besties aku dari sekolah menengah dulu.

Kami menginap di budget hotel. Place 2 Stay ni masih baru. Terletak di Kota Syahbandar. Satu bilik satu malam dapatlah RM68. Banyak aje lagi budget hotel di Melaka ni. Nak dapat yang lagi murah pun banyak. Tapi kebanyakannya tandas terletak di luar bilik. You know, macam style duduk hostel tuh. So sebab tu kami pilih Place 2 Stay.

Destinasi kami yang pertama selepas check-in adalah untuk ke Jonker Street. Jonker Street ni menarik. Rasa macam bukan kat Malaysia lah kalau jalan sepanjang Jonker Street nih! *over gila Sophie ni!!*


Kalau pergi Melaka ni ada sikit lah feeling macam pergi Pulau Pinang. Pulau Pinang tu negeri kelahiran & tempat membesar I taw u'olls. Tapi kenapa Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP?! *hentak meja!!!*.
Ok, dah dah. Ini bukan blog politik. Syhhhh.. Sambung cerita...

Kalau korang orang luar, harap maklum, tak payahlah tercari-cari mesin masukkan duit syiling ketika nak parking yer. Kat area Bandaraya Melaka ni pakai kupon. Kalau luar dari bandaraya aku pun tak tahu pakai syiling ke tak. Orang Melaka silalah beri info ye. Terima kasih.

Kalau korang pergi Jonker Street, aku highly suggest korang pergi kedai "Jonker 88". Restoran Baba Nyonya. Try lah asam laksa. Aku bukanlah peminat asam laksa tapi bila sekali terkena rasa nak lagi. T__T
Kau letak dadah apeee aunty?? 

Jangan lupa try cendol dia sekali. Agak lain. Ais dia lagi halus macam salji 
(macamlah aku pernah tengok salji..huahua..hiperbola je keje..)

BFF from school till now. Dulu, bestfriends aku ni dua-dua free hair. Sekarang dah bertudung. Alhamdulillah..sejuk mata bakal husband korang *tiba-tiba* 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. I lah tu yang suka hati lepas kenyang tu. Harharhar..
Cendol salji kan.ahaks!

Mula-mula Nisa beli belon air tu tau. Aku macam "What?? motif beli??"
Haih tapi sekali kau tengok jelah siapa yang semangat nak meniup-niup belon ituh!

Lepas makan kami berjalan sekejap di Jonker Street. Tak berapa ramai orang sebab weekdays. Hari Khamis kan.

Siapa lahir tahun naga? Jiwa harus macam naga! 

Oh ye kepada anak-anak dara bawah jagaan mak ayah tu kalau keluar jangan lupa report kat mak, dah sampai ke apa. Ni candid from Amar. Dalam masa yang sama kitorang tiga-tiga contact parents. Aww~ kantoi anak manje keww? Tak, tak, ini tanggungjawab namanya. ;)
Saje nak tunjuk korang aku ni anak yang baik. Naik sikit saham. Muahaha..

Walaupun sakan berjalan tapi kami kena simpan sedikit tenaga untuk petang nanti! Sebelum tu, pergi Melaka ni WAJIB cuba coconut shake yer kawan-kawan. Kami  beli yang di Klebang.

U'olls, panjang tau nak beratur walaupun weekdays. Bayangkan weekend? 

Coconut shake ni dia blend dengan vanilla ice cream. Memang masyuk bila minum ketika cuaca tengah panas. Hurm, rupanya agak terliur berbicara soal ini ketika di bulan puasa yer. (-_-')

Kami ke Klebang untuk bermain layang-layang. Disebabkan I ni orang bandar yang tak pernah main layang-layang (nampak sangat zaman kanak-kanak kau tak best Sophie! Dulu main Lego dengan Lassy dengan roller blade je keje) jadi aku pun nak lah mencuba bermain layang-layang.

Tidakkah anda nampak betapa panasnya cuaca ketika itu? Terima kasih lah sebab menambah ke-sunburn-an muka I yang baru pulang dari Redang.

Walau bagaimanapun, aku berbangga dengan diri aku. Sebab walaupun pertama kali bermain layang-layang, aku berjaya menaikkan beliau tinggi pada percubaan pertama! woahhhh! Teruja gilaaaa ok kawan-kawan! Senang aje main, seperti mengaplikasi hukum Fizik dalam permainan layang-layang. 
(Hukum Fizik? pun boleyhhh!) 

Suka gambar ni.=)

 
Bermain sampai dah nak senja. Tunggu matahari terbenam. Feeling sunset gituh.


Wee~ nama layang-layang Amiera= Jericho. Masalahnya perlu ke dia letak nama kat layang-layang?
;p Sorry Mira terkutuk kau. 

The three musketeers.

Pergi mana-mana pun kalau happy mesti nak tangkap gambar melompat. Kenapa entah.

Malam tu, kami makan di Alai ikan bakar. Macam-macam kami ambil. Kalau makan ikan bakar kat Klang atau di Umbai, Melaka aku rasa mesti kena mahal dalam RM200. Sekali makan kat Alai ni cuma kena RM98 aje. Terkejut we'ollz noq~ 4 orang makan & ada 6 jenis hidangan.

Memang best pergi Melaka dengan kawan-kawan mahupun keluarga! Asalkan tahu apa nak dibuat pergi Melaka. Ada orang pergi bercuti tapi duduk dalam hotel aje. Serius tak paham. (-_-')

11 comments:

  1. Melaka is awesome! Dulu farah A-level setahun kat MMU, Melaka. Time tu amat chubby sbb melaka full of makanan yang sedap2 belaka. Kedai Jonker 88, tempat lepak kalau teringin asam pedas tahap gaban!(tu dia..mengidam kalah ibu mengandung gitu!). Waa pantai klebang makin cantik lak. Dulu asal weekend, picnic tepi laut! Tapi idok le mengetest main layang-layang... (harhar patutnya Mira senang nak melayang! Kidding mira :p)

    ReplyDelete
  2. melaka mmg best! makanan sedap sedap

    ReplyDelete
  3. Born and brought up in Penang? which part?? pulau ke seberang? I am a pure penangite!! tapi seberang la. area pulau mmg tak pandai. hehe. :p

    ReplyDelete
  4. bestnyeee dpt jln2 ngn BFF :)
    btw, nuru pon penah pg jonker walk..view die cntek kn..best kalo nk shoot ehehehe

    ReplyDelete
  5. haaaa teringinya minum coconut shake tuh :D

    ReplyDelete
  6. rindunya nak pegi melaka..
    lama dh x pegi
    last time pegi sana tahun 2009 kot!

    penah mkn ikan bakar kat alai..
    okay la not bad.
    tp ase umbai mcm lg best kot.
    dh lama x mkn.. sobssss!

    asam pedas is a must kalau pegi melaka kn..
    nanti lya nk try mkn kat tempat tu.

    thx ya!

    ReplyDelete
  7. sabtu lepas pekena ikan bakar kat alai. terbaikkk. hehehe. pastu jalan2 kat jonker street ni ha.

    ReplyDelete
  8. Rindu nak makan asam pedas.. ADUI..
    Mana nak cari ni..

    ReplyDelete
  9. Farah Zainal:
    Melaka memang awesome la walaupun panas kan. & yeahh, bukan sahaja melaka malah Malaysia ni memang banyak makanan best2..

    Anisa Hang Tuah:
    Tahu takpe... =B

    Anissazira Mahmod:
    hey u orang Melaka ehhh..

    Amirah:
    Jeng..jeng..jeng.. misteri tak? misteri lah sangat. been brought up in both area. Mainland dgn seberang.. =)

    nuruashia:
    Best3!!! Jonker memang epik kot..

    Suzie Jusoh:
    YOU SHOULD TRY!!!!!!

    Azalia HjSalleh:
    Yeke umbai lg best? tak dapat beza. seafood rasa macam sama je..hehehe.
    tp lya dah selalu makan kt tempat best2 kan..

    J.Syazwana:
    Waaahhh.. sama sehh agenda kita!!! sep!!

    EB: Kalau nak yg terbaik memang kena datang melaka laaaa.. =)

    ReplyDelete
  10. Aku tak sedap tang nie ........... Tapi kenapa Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP?! *hentak meja!!!*.

    Di bawah ini adalah fakta ( bermakna benarlah tu....)

    Sebelum DAP perintah + campur PKR dan PAS, sebelum tu sape perintah yek.....

    Ketua Menterinya Koh Tsu Koon dari parti gerakan + Umno dan MIC.

    Masa Koh Tsu Koon ketua Menteri,( bukan org Melayu pun ) Peruntukan utk Majlis ugama Islam adalah 3 juta sahaja.

    Tetapi masa Lim Guan Eng perintah, peruntukan utk Majlis ugama Islam sekarang adalah 30 juta, itulah DAP yg dikatakan tak elok tu ......

    Jangan termakan propaganda Umno yg dah nak mampos tu......





    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.