Pages

Friday, July 20, 2012

Momento Terakhir Di Pejabat

Hari terakhir aku di pejabat ialah pada 29 Jun yang lepas. Sedih tapi taklah menangis pula. hihi.. Sayu lah jugak sebenarnya. Tapi takpe, never say goodbye..say we'll meet again next time. =)

Aku teringat masa awal-awal masuk kerja, aku rasa macam blank gila. Mungkin sebab tak rasa ready nak bekerja kot. (mak aku paksa cari kerja) kahkah.. So aku macam amek masa lah nak biasakan diri dengan alam pekerjaan. Tapi bila dah ok, rasa happy lah pulak kan pergi kerja. Disebabkan aku rasa aku ni teruk sangat skill aku masa awal-awal kerja dulu & selalu lah juga diketawakan..Sobs.. jadi aku telah meletakkan dua matlamat yang aku harus capai kalau aku nak berhenti kerja nanti. iaitu:

1) Harus belajar dan mantapkan skill.
2) Kalau berhenti nanti harus dalam keadaan happy dan dihormati, bukan sebab kena pecat ke apa.huhu..

So aku rasa aku dah mencapai dua matlamat aku. Yeayyy! happy..

So nak share gambar-gambar. Gambar baju merah masa second last day. Gambar berbaju biru masa last day. hehe..


Gambar pertama haruslah mereka yang sangat penting bagi aku. Aku duduk antara Abang Man dengan Irma. Diorang laaa yang banyak sangat-sangat ajar aku dari zero sampai lah aku ok-ok jela.taklah terer sangat.hekhek.. Aku selalu kena buli beli goreng pisang woh. Tapi takpe, sebab aku kan memang suka jalan-jalan. Motip sangat nak gi curi tulang.hiuhiu... (pakai iMac tak reti nak flip gambar.Jadi mirror.Sebab tu tulisan pun terbalik.Abaikan..)

Second last day pergi makan masakan India. Lepas tu layu je mata. Buat kerja pun dah tak nampak drawings. huhu..

Juju-Syazana-Me-Aainaa.

 With abe-abe and akak arkitek.
Project Team.

bila lah nak siap projek ni..

Bergambar dengan bos. Tengok, siap pakai baju sedondon lagi. Amek berkat nak jadi arkitek.

Diorang handle projek lain. Tapi geng la dengan diorang.hehe..

 Last day hari Jumaat. So makan bersama gegirls jela sebab yang laki pergi semayang Jumaat. Makan kat Tupai-tupai, KL. Sodappp!

wuwuwuw..Buli orang.. Nak lenyek pipi I pakai roller kertas. T__T

 Bergambar dengan Abang Daim dengan Fazi. Diorang ni jaga bahagian plotter machine dengan printing. Tengok dua-dua kepala botak, brutal woh..kalau salah printing kena marah..sobss..teringat dulu-dulu masa baru masuk aku set salah paper, kena marah. Bila cakap sorry abang Daim kata "apa sorry-sorry?" Huuu..garangnyee T__T  Tapi baguslah company ni ada dua orang yang sangat berkaliber jaga bahagian plotter machine ni. Kurang sikit membazir sebab elakkan salah printing.Bab-bab gulung drawings, lipat melipat & seangkatan dengannya bagi diorang je handle.

 Dan diorang ni memang sempoiii & kelakar! 

 Janji sama-sama nak pakai baju office warna biru =)
Clockwise dari kiri :Kak Anne-Aaina-Nadim-Zaza-Sherin-Me-Irma


Dari kiri atas: Kak Mas (cleaner office.Suka kacau dia kat pantry. ;p), Fouzi (korang mesti tak tahu arkitek ni sebenarnya dulu kartunis Ujang a.k.a Lempeng. Oops, sorry Fouzi, terkecoh kat orang. Oh dia single.nak ngorat boleh aje.LOL). Zaza (receptionist office merangkap wife Abang Man)
Dari kiri bawah : Nadim (anak Kak Anne, secretary boss), Bien & Jeff (rekan sekerja berasal dari Filipina), Aainaa & Nadim again.


 With Amanda, Sherin, Irma, Kak Anne, Chee Foong, half Laily. Wan Lin, Sher Rin, Stephanie, & lastly Alphonsus (my apak tiri kesayangan..hehe..suka kacau dia.)

And lastly, ni lah pun sesi fotografi terakhir hari itu. Bergambar bersama abe-abe kesayangan yang satu projek dengan aku. Jimmy & Ali. Diorang macam cikgu la. Lagi dua orang sifu kesayangan ialah Irma dengan Abang Man (yang dalam gambar first sekali)

Pada semua yang dah curahkan ilmu pada saya walau sekecil zarah pun, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. =')

Sooo..berakhirlah entri untuk kali ini. Tengok balik gambar-gambar ni rasa macam rindunyaaa suasana kat office. Tahu tak perasaan bila dah terbiasa dengan rutin harian & orang-orang yang kau jumpa seharian. Kebanyakan team mate aku ni sporting & kelakar. Sehari kalau tak gelak memang tak sah. Hurmm..Pengalaman kat sini memang priceless. Kalau aku tak sambung belajar memang aku lama sikit kot kat sini. Tapi aku KENA sambung belajar..
Aku ada visi 10 tahun yang aku nak capai.. (^__^)V

p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan korang.. jom kita pergi tadarus Al-Quran dengan tarawih!!!

15 comments:

  1. bestnya tempat kerja you, happening sangat. btw, selamat berpuasa. :)

    ReplyDelete
  2. Happy Ramadhan Sophie :D
    best tempat kerja u, suasana macam ni baru best nk kerja kan..hehe :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Ramadhan chopie...:)
    Lepas ni sambut Ramadhan kat negara orang......:)

    ReplyDelete
  4. all the best after this Sophie.Seronokkan kerja?hopefully based on your experience nanti sambung study boleh jadi best student kat sana.Insya-Allah.amin...akak doakan Sophie berjaya kat sana.Nanti in the future mana tau kita boleh *bekerjasama* buat projek apa2 kan?hihi...Take care sis!

    ReplyDelete
  5. serius dapat rasa suasana meriah dekat ofis tu. dah la staf nampak sempoi, gegila. hehe.

    seronok kalau tempat kerja macam tu, kenangan terindah

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa dik.. =)

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau kat tempat kerja macam nih...hepi jer!!

    ReplyDelete
  8. Rara Nasiha:
    Bergantung pada indvividu juga macam mana dia nak lihat surrounding dia. Selamat berpuasa too! =)

    saharinasaharudin:
    Happy Ramadhan too. =)

    Zinnirah Humaira:
    Happy Ramadhan too.. =)
    Hehe.yup2..kerja memang banyak.Tapi environment sangat ok..

    Anonymous:
    heyyy..ni siapa ni?? mesti Irma or syazana..

    Airaniez Wirdani:
    Thanks a lot Kak Aira. Somehow advice akak buatkan saya stay strong. Ada terfikir juga pasal "bekerjasama" tu.hihi.. Will see u soon!!!

    ReplyDelete
  9. nurdani:
    Heheh. diri sendiri pun kena sempoi juga sebenarnya.. =) tp environment kerja sophie memang ok la..takde benda nak complaint..

    Pondok Usang:
    Salam Ramadhan abang Iwan..

    Luqman Zakaria:
    Heheheheh.. happy3.. =)

    ReplyDelete
  10. Salam kak sophie..saya fatin amalina...nk tnye..mcmane nk apply kt gdp architects ye?sy x confidentla dgn skills yg sy ade..huhi

    ReplyDelete
  11. Salam kak sophie..mcmne nk apply gdp architects ye?sy xconfidentla dgn skill yg sy ade. .

    ReplyDelete
  12. Fatin Amalina:
    Emailkan resume pada email yg diberi kat website GDP.
    Takpe, belajar je. Org xkan paksa buat benda yg awak xtahu nak buat. Kalau xtahu, tanya.

    ReplyDelete
  13. Fatin Amalina:
    Emailkan resume pada email yg diberi kat website GDP.
    Takpe, belajar je. Org xkan paksa buat benda yg awak xtahu nak buat. Kalau xtahu, tanya.

    ReplyDelete
  14. Salam kak sophie..sy fatin amalina..actually sy da kje dkt setahun..kt tmpt laen la..tp sy asyk wat drafting je..p meeting atau site pn x dpt..rase mcm x berkembang..huhu..tu yg sy nk try apply gdp..ade peluang ke nk involve in design ke?meeting ke?klu dpt panggil interview pn blom tntu sy dpt..huhu.anyway sy grad part 1 jgk,uitm perak..cadang nk sambung part 2..tp sy still nk explore dunia kje lg..tu yg sy nk try gdp

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.