Hari terakhir aku di pejabat ialah pada 29 Jun yang lepas. Sedih tapi taklah menangis pula. hihi.. Sayu lah jugak sebenarnya. Tapi takpe, never say goodbye..say we'll meet again next time. =)
Aku teringat masa awal-awal masuk kerja, aku rasa macam blank gila. Mungkin sebab tak rasa ready nak bekerja kot. (mak aku paksa cari kerja) kahkah.. So aku macam amek masa lah nak biasakan diri dengan alam pekerjaan. Tapi bila dah ok, rasa happy lah pulak kan pergi kerja. Disebabkan aku rasa aku ni teruk sangat skill aku masa awal-awal kerja dulu & selalu lah juga diketawakan..Sobs.. jadi aku telah meletakkan dua matlamat yang aku harus capai kalau aku nak berhenti kerja nanti. iaitu:
1) Harus belajar dan mantapkan skill.
2) Kalau berhenti nanti harus dalam keadaan happy dan dihormati, bukan sebab kena pecat ke apa.huhu..
So aku rasa aku dah mencapai dua matlamat aku. Yeayyy! happy..
So nak share gambar-gambar. Gambar baju merah masa second last day. Gambar berbaju biru masa last day. hehe..
Gambar pertama haruslah mereka yang sangat penting bagi aku. Aku duduk antara Abang Man dengan Irma. Diorang laaa yang banyak sangat-sangat ajar aku dari zero sampai lah aku ok-ok jela.taklah terer sangat.hekhek.. Aku selalu kena buli beli goreng pisang woh. Tapi takpe, sebab aku kan memang suka jalan-jalan. Motip sangat nak gi curi tulang.hiuhiu... (pakai iMac tak reti nak flip gambar.Jadi mirror.Sebab tu tulisan pun terbalik.Abaikan..)
Second last day pergi makan masakan India. Lepas tu layu je mata. Buat kerja pun dah tak nampak drawings. huhu..
Juju-Syazana-Me-Aainaa.
With abe-abe and akak arkitek.
Project Team.
bila lah nak siap projek ni..
Bergambar dengan bos. Tengok, siap pakai baju sedondon lagi. Amek berkat nak jadi arkitek.
Diorang handle projek lain. Tapi geng la dengan diorang.hehe..
Last day hari Jumaat. So makan bersama gegirls jela sebab yang laki pergi semayang Jumaat. Makan kat Tupai-tupai, KL. Sodappp!
wuwuwuw..Buli orang.. Nak lenyek pipi I pakai roller kertas. T__T
Bergambar dengan Abang Daim dengan Fazi. Diorang ni jaga bahagian plotter machine dengan printing. Tengok dua-dua kepala botak, brutal woh..kalau salah printing kena marah..sobss..teringat dulu-dulu masa baru masuk aku set salah paper, kena marah. Bila cakap sorry abang Daim kata "apa sorry-sorry?" Huuu..garangnyee T__T Tapi baguslah company ni ada dua orang yang sangat berkaliber jaga bahagian plotter machine ni. Kurang sikit membazir sebab elakkan salah printing.Bab-bab gulung drawings, lipat melipat & seangkatan dengannya bagi diorang je handle.
Dan diorang ni memang sempoiii & kelakar!
Janji sama-sama nak pakai baju office warna biru =)
Clockwise dari kiri :Kak Anne-Aaina-Nadim-Zaza-Sherin-Me-Irma
Dari kiri atas:
Kak Mas (cleaner office.Suka kacau dia kat pantry. ;p),
Fouzi (korang mesti tak tahu arkitek ni sebenarnya dulu kartunis Ujang a.k.a Lempeng. Oops, sorry Fouzi, terkecoh kat orang. Oh dia single.nak ngorat boleh aje.LOL).
Zaza (receptionist office merangkap wife Abang Man)
Dari kiri bawah : Nadim (anak Kak Anne, secretary boss), Bien & Jeff (rekan sekerja berasal dari Filipina), Aainaa & Nadim again.
With Amanda, Sherin, Irma, Kak Anne, Chee Foong, half Laily. Wan Lin, Sher Rin, Stephanie, & lastly Alphonsus (my apak tiri kesayangan..hehe..suka kacau dia.)
And lastly, ni lah pun sesi fotografi terakhir hari itu. Bergambar bersama abe-abe kesayangan yang satu projek dengan aku. Jimmy & Ali. Diorang macam cikgu la. Lagi dua orang sifu kesayangan ialah Irma dengan Abang Man (yang dalam gambar first sekali)
Pada semua yang dah curahkan ilmu pada saya walau sekecil zarah pun, terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. =')
Sooo..berakhirlah entri untuk kali ini. Tengok balik gambar-gambar ni rasa macam rindunyaaa suasana kat office. Tahu tak perasaan bila dah terbiasa dengan rutin harian & orang-orang yang kau jumpa seharian. Kebanyakan team mate aku ni sporting & kelakar. Sehari kalau tak gelak memang tak sah. Hurmm..Pengalaman kat sini memang priceless. Kalau aku tak sambung belajar memang aku lama sikit kot kat sini. Tapi aku KENA sambung belajar..
Aku ada visi 10 tahun yang aku nak capai.. (^__^)V
p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan korang.. jom kita pergi tadarus Al-Quran dengan tarawih!!!