Pages

Saturday, April 7, 2012

Berenang Untuk Kurus. Mitos Atau Fakta?

Satu isu yang dah lama aku fikirkan. Sebab ramai orang cakap berenang boleh kuruskan badan. Rasa-rasanya tepat tak?

Aku dah berapa lama berenang tak kurus-kurus pun? eceh* tak, tak, aku tak salahkan berenang. Sebab aku sendiri bukannya atlit yang hari-hari akan berenang. Kalau hari-hari berenang mungkin lah akan kurus. Tapi, mengikut pengalaman aku, memandangkan berenang ni melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, aktiviti ni akan lebih membentuk otot badan. Macam, jadi lebih pejal (kot?) No flabby-flabby. Lean meat semata-mata. *eceh*- bergantung pada jenis badan individe juga la..

Aku banyak jugak cari bahan membaca pasal swimming untuk kurus ni. Mengikut hasil bacaan aku lah, sebenarnya macam ni, kalau kamu nak kuruskan badan dengan berenang, haruslah betul-betul berenang buat laps, bukan sekadar bermain air di pinggiran. Mengikut kawan-kawan aku yang belajar sukan, 30 minit pertama membuat aktiviti kardiovaskular hanya mampu membakar karbohidrat. Selepas 30 minit barulah lemak akan terbakar. (note: aktiviti kardiovaskular tu macam berenang, jogging, berbasikal gituh)

Tapi, yang membuatkan susah untuk kurus dengan berenang ialah..Jeng..jeng..jeng.. Masalah utama berenang: Lepas berenang selalu lapar tahap gaban. Betul tak? Lepas tu nak melantak KFC dua bucket. Haaaa.. Mana lah tak dapat nak kurus? Yeah! mengikut hasil bacaan aku, nafsu nak makan lepas berenang tu memang akan membuak-buak sekaligus membuatkan susah untuk kuruskan badan dengan cara berenang.Sebabnya tenaga kita banyak digunakan sebagai haba untuk tahan dengan suhu air masa kita berenang.Sebab tu lah lepas berenang rasa lapar gila.

So, kalau nak kurus dengan cara berenang, first kena buat laps bukan sekadar bermain air di pinggiran. Second, lepas swim jangan makan berat!Tapi sebelum swim jangan biar perut kosong. Kita perlukan tenaga untuk berenang.

Kalau orang kata swimming boleh buat badan jadi cantik, errr..aku rasa, aku agak setuju. Eh, bukan lah pulak nak kata body aku lawa doh.sumpah tak. Tapi sebab swimming akan buatkan bahu korang akan lebih terbentuk (V Shape), pinggul lebih lentik.Aww~ tapi lelaki tak lentik lah weh. Lelaki, bahu dan dada akan jadi bidang. Mungkin pondan suka lah kot kalau pinggul jadi lentik Erk!! Tapi bentuk badan juga bergantung kepada genetik kamu. So kalau genetik kamu berbadan seperti Amy Mastura berenang macam mana pun bukan mudah nak dapat body macam J.Lo. (perumpamaan yang aku sendiri kurang pasti.hihi).

Oh lagi satu berenang ni buatkan postur badan jadi tegak, takde nak bongkok-bongkok. Sangat bagus bagi mereka yang nak membaiki postur tubuh badan. Ohya, swimming pun bagi ketenangan jugak bagi aku. =)

Susah nak jumpa swimmer yang badan slim. I mean betul-betul slim kerempeng macam model. Sebab rata-rata badan swimmer biasanya toned. Aku pernah seminggu straight hari-hari berenang sebab nak kuruskan badan. Baru seminggu kawan aku tegur "eh apesal badan kau nampak kurus sikit & nampak macam keras semacam? kau swim banyak eh?" huuuu..obvious sangat ke? so memandangkan I perempuan I taknak lah jadi kakak sasa sangat. Berenang untuk kesihatan tu bolehlah dan memang sangat setuju. Dulu aku lelah teruk. Lepas aktif dengan swimming, dah susah nak kena serang lelah.

Above: Not a swimmer's body at all. 

 

Swimmers body.Nampak sasa kan? Tapi perenang tegar je ada body macam ni.Yang selalu praktis setiap hari sekurang-kurangnya 3 jam. Aku sejam je bolehlah. Seminggu sekali. Harharhar..


p/s: sekarang disebabkan selalu busy dengan kerja, aku cuma dapat berenang pada hujung minggu aje. Tujuan utama bukanlah sebab nak kuruskan badan, tu macam sampingan je. Ianya lebih kepada jaga kesihatan. Risau tau sekarang banyak penyakit melanda. So dari muda lah kena jaga kesihatan. Lepas swim memang penat, tapi esoknya rasa sangat bertenaga, sedap badan macam baru lepas diurut *hiperbola*, rasa fresh dan cergas. =) oleh itu, marilah bersukan untuk kesihatan!!! Nak belajar dengan aku pun boleh. haha. Tapi untuk girls ajelaaaa.. ;p

12 comments:

  1. saye! saye nak belajar berenang dengan awak..hehe.. :p

    ReplyDelete
  2. heee..klau i msuk air mesti x timbul2 even kepak2kan kaki semangat mcm mana pun mesti xtimbul..kehkeh. thanks for dropping by my blog :)

    ReplyDelete
  3. loh, for first 30 minutes hanya untuk carb je? huwarghhhh! kak, yana dah masuk uitm induk, cos language, bila boleh berenang renang bersama? heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. saya memang suka swimming tapi selalu rasa semput. :( hihi :P

    ReplyDelete
  5. GK skrg tgh berjinak2 dgn swimming ni...

    1st time swimming ritu memang lenguh abeh kaki2....

    ReplyDelete
  6. xnk la berenang cm gini,,nnti mira jd makin kurus hehehe

    ReplyDelete
  7. klu la ada pompuan melayu pakai cam dalam gambar tu swim kat kolam terbuka mesti bedarah hidung laki kan.. hahahaha...


    sebenarnya bernang ni memang baik untuk kesihatan pun.. kita byk perlukan tenaga time berenang tu.. sbb tu la lapar tahap gaban bila naik dari kolam.. hahhaha

    ReplyDelete
  8. aku bukan perenang olimpik azerbaijan

    ReplyDelete
  9. Brape laps utk cardio??klu swimming pool 2 pjg dlm 30m..i kene wat brape laps utk cardio sj??ke mmg kene ikot 30 minit??

    ReplyDelete
  10. yana lyana: mari =) kat uitm.

    zinnirah humaira: Kena beranikan diri. berenang=asas survival.

    Liyana Aziz: isi je borang kt uitm. kalau nak belajar dgn akak tulis nama akak kat atas borang tu..

    Yong Sofea: itu sebab kurang stamina. =) tak payah buat laju2. swim slow2 je tp continuosly.

    ReplyDelete
  11. GKSB: hehe..itu standard bg yg mula berjinak2.hehe.

    twinkle2: xpe, berenang boleh toned muscle.. kurus tak semestinya sihat =)

    adan: entahlah. aku dah biasa tengok baik laki, pompuan pakai baju swim. takde perasaan dah tgk.haha.

    anonymous: tak semestinya kira ikut laps. ikutlah kemampuan awak. berenang slow2 je tapi jangan berhenti. Try dlm 30-45 minit dulu.

    ReplyDelete
  12. Awk, sy nk blaja berenang.. sbb nk kurus.. tp xtau mcm mane

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.