Pages

Thursday, January 26, 2012

Review Filem "Sumpahan Kum Kum"

Hai semua!
Tadi aku pergi tengok wayang dengan bestfriend dari zaman sekolah. Biasanya movie Melayu selalu menghampakan aku. Filem Melayu terakhir aku tengok kat wayang adalah Misteri Jalan Lama. Serius, bosan giler rasa macam nak keluar panggung walaupun Afdlin Shauki yang punya cerita.Hee! rasa nak tumbuk perut comel Afdlin!  Haih. Disebabkan selalu kecewa dengan filem Melayu, maka aku buat study sikit lah sebelum menonton filem Sumpahan Kum Kum ni.

Oh, harini 26 Januari 2012, hari mula tayangan. Aku decide nak tengok pun sebab baca review orang yang pergi Pra tonton filem seram ni. Kalau tengok poster filem ni, aku rasa macam naah, macam tak best jek.*hah nampak sangat design poster sangat memainkan peranan penting dalam filem ok!!* Tapi review orang lain kata seram gilewww.. So aku pun nak tengok lah. Lalu memaksa bestfriend aku join. Dan menge-chup nak duduk tengah awal-awal lagi. Huahua..

Sinopsis *aku karang sendiri ni! semangat gila demi kum kum..* (semangat sebab kalau aku copy paste je macam baca surat khabar pulak kan)

*saje letak besar-besar kasi korang takut.huahua*




Mengisahkan tentang satu keluarga ni. Ada mak nama Mak Tom (lakonan Lidyawati), anak lelaki nama Adi (lakonan Fezrul Khan), si adik nama Shima, (Wawa Zainal), bini Adi bernama Nurul dan anak mereka Tini. Yang jadi hantu tu nama Mila *bukan Mila AF tau!* 


Cerita dia macam ni, Mak Tom ni sakit, lepas tu dia mati K.O. Mayat dia berulat. Sebenarnya dia ni ala-ala bomoh la sebab tu mati camtuh. Yang wujud hantu ni sebab Mila ni,dia buruk sebab banyak jerawat ke bintik-bintik apa entah.Makanya dia nak cantikkan muka dia pergilah jumpa Mak Tom untuk pakai susuk macam tulah. So masa Mak Tom ni masih hidup dia tolong Mila cantikkan diri. Tapi Mila ni dia langgar pantang. Sebab ramai puji dia cantik, dia tak sabar lah nak tengok cermin. Lepas dia tengok cermin, muka dia jadi lagi hodoh. Lepas tu jumpa Mak Tom balik sebab nak repair muka dia. Syaratnya, Mila kena minum darah 9 orang gadis sunti. 


Mila yang mungkin agak desperate ni menjadikan anak Mak Tom si Shima sebagai mangsa pertama. Dia bunuh anak Mak Tom. OMG!!.. tergamak dia bunuh anak orang yang tolong dia cantik? Ok lepas tu Mak Tom ni nak balas dendam, dia bunuh si Mila. Mila pun sempat jegilkan mata sebelum K.O dan bersumpah akan hapuskan gadis sunti keturunan Mak Tom selama beberapa keturunan. Lepas dia mati tula banyak gangguan berlaku di kampung tu. 


Anak Adi, Tini yang berumur 11 tahun tak pernah jumpa Mak Tom. Bini Adi ingat Mak Tom bencikan Tini. Tapi sebenarnya Mak Tom nak selamatkan cucu dia dari hantu Mila. Jadi dapat kah Tini diselamatkan? Jeng..jeng..jeng.. *boleh je kan bagi sinopsis tergantung macam ni?selebihnya korang tengok sendiri*  ;p

Ok habis sinopsis sekarang aku nak bagitahu sikit sebanyak persoalan dalam hati aku pasal filem ni yang kadang-kadang rasa macam kurang logika.

1) Kenapa Mila, nak bunuh Shima, takde ke orang lain dia nak bunuh? Memang cari nahas la bunuh anak bomoh yang dah tolong dia. Pelik.

2) Kenapa tagline hantu tu "Assalamualaikum kum kum.." (eh scary pulak type camnih malam-malam nih)  diguna masa Shima dalam toilet. setahu aku waktu tu Mila belum jadi hantu kenapa ada bunyi hantu tuh?Kalau nak bunuh diam-diam janganlah bagi salam kum kum tu kan..

3) Motif Adi nak jalan kat kubur malam-malam sensorang?

4) Kenapa Nurul, (bini Adi) dah nampak ada hantu perempuan kat seat belakang kereta dia tapi dia boleh terkejut sekejap aje. Lepas tu rileks balik padahal anak dia asyik duk sebut-sebut pasal Kak Mila nak ikut balik KL.

5) Setiap kali Adi & Nurul kena kacau, asyik terkejut berpeluh-peluh aje. Bukannya nak baca apa-apa doa ke ayat Qursi ke. Mungkin dia takut sangat kot kan.. *eh tapi tengok ending mungkin paham kot kenapa*

6) Tension kenapa Nurul berani nak buka pintu masa dia kurungkan diri dia dengan Tini dalam bilik padahal dah tahu hantu dah masuk dalam rumah. Berani gila. Aku pulak yang stress and cakap "jangan bukak laaa, hantu ada lagiiii!!"

7) Lepas semuanya selesai, mayat Mila dah ditemui dan dikebumikan, ada satu part tu roh Mat Tom menjelma berpakaian seba putih lagi suci beriman padahal sebelum tu dia jadi pocong muka buruk.Tanda kelegaan kah lepas semuanya selesai dan cucu dia selamat? *eh terbagitahu ending pulak padahal tadi suruh tengok sendiri*. Aku cuma rasa, apa relevannya, dia mati mayat berulat mungkin sebab yela, jadi bomoh, lepas cucu selamat roh dia jadi suci putih nampak beriman? Apakah?? Apa kena mengena dengan cucu selamat dengan dosa dan keimanan?

Jalan cerita agak ok la. Tak begitu menghampakan macam phew~ Misteri Old Road? Cuma cerita hantu Melayu ni dah boleh agak dah bila hantu nak keluar. Bila sound effect makin kuat, hantu takde. Bila keadaan sunyi, barulah hantu keluar. Takpun, bila pandang depan hantu takde, eh sekali rupanya hantu kat belakang daa.. So dalam 5 bintang, aku bagi 3.5 bintang lah kat movie ni. hehe. boleh ke potong bintang jadi setengah?
Plus, kalau sesiapa pernah tengok filem seram Khurafat, bagi aku Khurafat lagi seram. Tapi Sumpahan Kum Kum ni pun boleh layan lah jugak seram dia.

p/s: Masa tengok filem ni, ada ke patut kawan aku kat sebelah aku ni, kalau terkejut nak jerit, jerit jela AaaaaaAAAAaaaa~ camtu. Ni dia jerit nama aku. PiaaaAAAAAAaaa~!!!!! bila dia menjerit aku pun terkejut sampai terjerit sekali. Lepas tu kena gelak dengan orang lain. Malu jek. Glemer nama I dalam panggung. Ada satu part pulak, bila hantu semakin rakus keluar, aku kan duduk tengah, eye level lagi dengan skrin, aku takde menyendeng kat kawan aku konon layan sangat. Tapi makin lama aku menyandar makin ke bawah..ke bawah..tanda cuak gak la.Kawan aku tegur "weh apesal kau makin rendah ni?" heheh.. sajew. 


teringat zaman belajar dulu tengok movie citer hantu jugak. Kawan aku terkejut sampai pop corn tertumpah kat orang depan. Tumpah atas kepala lelaki botak. & dia kutip pop corn atas kepala dia. ahahaha.Malu jek. 


Sorry Miera, gambar paling clear sayangnya muka kau terpotong sikit. Eh, balasan jerit nama aku dalam panggung dan digelakkan orang.kahkah! 



10 comments:

  1. err..takmau la pergi tengok..tak berapa sgt dgn cite seram ni..kang termimpi2..;p

    ReplyDelete
  2. aha, Keramat lagi seram tapi jalan cite dia foul...cam Kum Kum ni jalan cite dia better dan syok tengok Fezrul tu berbanding Zul Handyblack tu..haha...

    anyway, jemput baca review di Kakiwayang.com ...

    ReplyDelete
  3. wuwuwuwuuuu! tak sabar nak tgk movie ni...kalau tunggu dwld best gak.hihi



    #follow:)

    ReplyDelete
  4. wuyohhh beraninya tengok wyg cerita hantu. hahahaha :D

    ReplyDelete
  5. aku rasa filem seram ni kebanyakkannya mesti tak logik. banyak. dah lama tak tengok wayang.

    ReplyDelete
  6. saya tak suka cerita hantu...membuatkan kita jadi lagi penakut adalah...

    p/s:kak sophie,,,jom join contest sy n oh daus ni,,,

    http://cobaltchloride.blogspot.com/2012/02/happy-faces-contest-by-captkeon-alhan.html

    ReplyDelete
  7. hantu yg femes ketika ku masih kecil.. lepas ni cite hantu susu pulak eh.. Salam Maulidur Rasul.. =)

    ReplyDelete
  8. wah copy dah tengok.. nak gi tengok jugak la.. kalu tengok di TV biasa nikmatnya kurenggg..hu hu

    ReplyDelete
  9. cik sha: eh mestii tengok ni..muahaha..

    kakiwayang: keramat? jalan cerita dia mcm mengarut kan?huhu.

    laskar pelangi: dah ada dalam youtube dah pun..hehe..

    J.syazwana: berani laaa..nama pun duduk tengah2..hahaha

    Hanaahmad: memang pun. kalau logik bermaksud x bolehlah buat cerita hantu.huhu.

    ReplyDelete
  10. capt. keon alhan: betul tu dik.mak akak pn tak suke.. thanks jemput..ngeee..tak tahu sempat join ke x ni..

    Pondok Usang: hantu susu? Gulp~ salam maulidur rasul juga =)

    ayu jamal: hahahaha..agak laaa..nak tengok kena lah feel kan..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.