Pages

Saturday, October 8, 2011

Tips Pergi Pulau

Haluuuuuu everybody!!!

Ni apa kes ni mood macam nak pergi bercuti je buat entri tips pergi pulau. Heheh. Sebenarnya sekadar nak share pengalaman memandangkan dah pergi beberapa buah pulau. Sebab aku tahu ramai juga yang tak pernah pergi pulau. Tak termasuk Pulau Pinang dan Singapura ok. Jangan nak loyar buruk disini.

So here we go!!!

Oh sebelum tu, pulau yang aku maksudkan adalah betul-betul pulau, bukan pulau maju jaya seperti Langkawi tetapi pulau yang nak dapat elektrik pun susah. & memang betul-betul macam kampung nelayan punya stail lah!!

Paling UTAMA sebelum bermula No.1: BE PRACTICAL!

Ok boleh masuk No.1 dah:

1)Pakaian
 Bawa barang yang perlu sahaja. Kalau duduk di pulau tak perlu berpakaian macam nak pergi dinner atau dating atau bling-bling kalah mak datin. Kalau nak kelihatan seperti alien boleh sahaja nak pakai sebegitu. Nak pergi pantai biasanya orang feeling ala-ala pantai gitu. Pakai pakaian yang selesa. Takde motif nak pakai sweater siang-siang. Panas doh.


yeah! silalah berseliper jepun/ flip flop aje. Girls, tolonglah jangan pakai heels di pantai. Kerana anda akan berjalan seperti penguin bila berjalan atas pasir dengan memakai heels. Eh!tapi comel juga berjalan seperti penguin kan?


2) Beg/bagasi
Kalau boleh pakai beg ala-ala backpacking. Sebab kita sedang bercakap tentang pantai. Pasir halus. Kalau kamu bawa beg ala-ala nak duduk hotel, beg beroda itu macam mana nak tarik ala-ala Easy-bag (beg sekolah zaman dulu yang famous tu) ? Melainkan korang memang check in hotel yang ada tukang angkut barang tu takpela, silakanlah angkut bag ala-ala easy bag tu. Tapi aku maksudkan macam budget travel gitu la.

aku kurang gemar bawa beg begini pergi pulau.

lebih gemar bag pack dan dry bag.

Ini pula dry bag. Biasanya mereka yang terlibat dengan sukan air selalu bawa dry bag sebab kalis air. Aku pun ada warna hijau. Senang nak bawa di tepian pantai, takdelah basah barang-barang dalam beg ni.


3) Toiletries
Barang mandi tak perlu bawak semua botol. Berat giler kot kalau nak bawa botol shampu, botol shower gel, botol conditioner, apa-apa jenis botol lah termasuk botol kicap ke. Kalau dah perempuan tu kalau boleh dengan toilet rumah sekali nak bawak. Konon nak selesa aje.hiuhiu..So belilah travel kit (kat Mydin murah giler). Then korang isi lah, satu botol satu produk. Dengan cara ini, korang dapat meringankan beban beg korang.


4) Duit
Biasanya kat pulau takde mesin ATM. Maka sebelum sampai pulau, sediakanlah cash secukupnya ok. Tambahan pula, kat pulau makanan lebih mahal. Plus, kot-kot lah korang nak kena sewa snorkeling gear ke, sewa naik bot ke apa, dah extra charge pula. 

5) Sun Block
Weyh ini penting!!!!!!!!!!!!!!!  Aku pernah pergi pulau tak pakai sunblock langsung. huhuh. Balik rumah je terus gelap giler siap berkilat cukup. Dah macam orang minyak. So, aku suggest pakai lah Sun Block jenama Sun Play ni. SPF 130. Haritu pakai kat Perhentian. Masa balik tak ramai perasan aku burn. Diorang kata macam takde beza sangat. Fiuuu~ lega. Semangat tu apply setiap kali keluar dari air laut, sapu, then mandi laut lagi, naik, sapu lagi. Kena rajin apply la. Tapi aku suka texture jenama ni. Macam air, senang serap.

Kalau tak pakai sun block sia-sia aje usaha dah berapa bulan setiap malam  sebelum tidur pakai krim Safi Balqis. Ish!! Nanti dengan hanya dua hari dah jadi hitam. Sia-sia usaha beberapa bulan tepek krim walaupun mata ngantuk separa tertutup tangan masih mampu tepek krim. *oooh, kerana diriku begitu berharga~*

6) Keselamatan
Oh ini sangat penting! Bila nak pergi pulau biasanya kena naik feri atau bot. Tapi aku tak faham lah kenapa walaupun ada lifejacket kat dalam feri/bot, tapi pemandu tak mewajibkan pakai. Siap elok berbungkus lagi dalam plastik .Malang tu kan tak berbau. Nanti tiba-tiba karam bila masa pulak nak buka bungkusan plastik tu? Gila hapa.Paling tak pun, korang alertlah kat mana kedudukan lifejacket tu. kalau apa-apa jadi, at least korang sempat grab lifejacket tu. Aku yang boleh berenang pun selalu alert dengan keselamatan ok. Sebab laut bukan boleh buat main. Kalau ombak kuat haru juga.



Diharapkan dengan tips yang tak seberapa ni dapatlah membantu korang untuk pergi pulau dengan berjaya ye. Heheh. 
Last but not least, kalau pergi pulau mestilah dengan niat bercuti kan?  So, segala apa permasalahan haruslah dibuang jauh-jauh. Hati haruslah excited maka boleh ekspresikan diri seperti dalam gambar-gambar di bawah. Haih. Muka jatuh saham aje.kikiki..




PEACE!!!!



16 comments:

  1. i see.. noted ttg ini..mekasih


    jom komen entri sy juga

    ReplyDelete
  2. wo...dah lama tak pergi pulau. last cuma pergi balik pulau. heheh.

    akanku praktiskan tips di ats. ok sunblock tu nak pergi beli sekarang!

    ReplyDelete
  3. nice tips.
    nanti ingat nak bercuti kat kuantan.
    boleh kot aplikasikan tips ni ;)

    ReplyDelete
  4. Nice inpo lah Copi... Aku pun pernah gak pergi pulau tak bawak sun block.. Balik rumah kulit dah macam udang bakar.. haha...

    ReplyDelete
  5. lama gile dah tak pergi pulau..syok kan bercuti kat pulau..

    p/s::eksaited betul gambar sopi tu..ehehe..;p

    ReplyDelete
  6. dry bag tu ingatkn sleeping bag dah.. rupa lebih kurang ^^

    *ttbe rasa nak g pulau.. aaa!

    ReplyDelete
  7. syiokkk nyee!! nice tips dear..=) pulau mmg best! yg tak best sun burn.. ahaha

    ReplyDelete
  8. Pendamba Mawar: sama-sama =)

    Putput: sila lah pergi!! best!!!

    nurdani: balik pulau?? alamak, tak kira pulau lah tu.hihi..

    azalia hjsalleh: boleh2.. pergi pantai pun okey =)

    AmirFX: thanks Amir! =) hahah.. udang kena bakar takpe lagi, warna pink..jangan mcm sate kena bakar.hitam.haha.

    Cik Sha: a ah, memang syok. Haha. muka eksaited tu perlu.. =B

    Amna:a ah,nampak macam punching bag pun ada gak sebenarnya. Oh, silalah kumpul duit dan pergi. hehe..

    Bluewendy: hahah!! totally true!!

    ReplyDelete
  9. mintak share kat blog saya yea.. nak g bercuti ni.. hiks :)

    ReplyDelete
  10. I was googling the net for a quick reminder and i found this. Good tips. Thanks for sharing. May Allah blessed you...

    ReplyDelete
  11. Saya paling suke bak jln2 nie.lg2 ke pantai huppppp

    ReplyDelete
  12. tips yang menarik..boleh masukkan dlm cheklist bercuti ni keperluan2 tu;)

    ReplyDelete
  13. hye thanks 4 the tips..saya nak tanya kalo pakai sunblock tu bole pakai di muka ke ke?n lps apply sunblock bole pkai foundation or bedak tak?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.