Pages

Sunday, September 18, 2011

My [Random] Honest Thoughts #1

Hari ini aku akan bercakap pasal apa-apa yang rawak yang terlintas di minda aku.

1) Aku menulis blog bukan untuk kejar populariti. Kalau aku nak glemer mungkin aku boleh tepek banyak sikit gambar bajet comel mekap tebal bercontact lens mata besau ala-ala anak patung huih, mungkin juga akan letak banyak gambar aku dress up to kill like a fashionista which I am obviously not. Mungkin juga boleh kecoh buat entry setiap kali terjumpa artis atau artis reply tweet ke apa.Mesti orang semangat nak baca kan. Oh twitter pun aku takde sebenarnya. 

2)  Aku menulis blog tak sangka sampai 1800+ dah follower aku. Kadang-kadang bila terjumpa junior atau senior fakulti ada yang menegur "eh, you yang blogger tu kan?" hiuhiu.. sebenarnya I malu. Kadang-kadang pergi mana-mana banyak kali terselisih orang pandang semacam. Tiba-tiba dengar. "eh, macam familiar giler lah dia tu" hurm, takkanlah gua nak cakap "eh I Sophie Al-Yahya laaa..adik Scha Al-Yahya takkan tak kenal kot~" memang mintak penampar entah-entah muka aku macam makcik jual cendol kat kolej dia je kot. Tapi ada juga yang tegur bila kenal aku. Adoii, sebenarnya malu tahap gaban. 

3) Aku juga tak menulis blog untuk dapat duit. Seriously aku tak gila traffic. Aku menulis ikut mood. Aku letak je Nuffnang, tapi memang running slow lah. Tambahan pula semenjak bekerja bila penat mood tu macam kureng sikit nak menulis entri baru. Padahal banyak je benda nak diceritakan. Dah susah nak terjah balik mereka yang datang blog aku. Sorry yaa.. 

4) Sebenarnya aku tak paham dengan kawan-kawan rapat aku. Baik kawan UiTM, kawan sekolah.. Diorang selalu tiba-tiba pecah gelak bila aku cakap something. Then aku macam.. Huh? wuttahell? Aku ada buat lawak ke masalahnya?Did I said anything wrong? Then bila aku buat muka blurr lagi tambah kuat gelaknya. Demm ah. Pastu kawan sekolah aku Nisa kata "Pia..kau ni adorable lah.." (Huhhh???) Then kawan UiTM aku Laida akan cakap "Copi, kau ni comot lahhh!!"  (adorable+comot= ????)

5) Sebenarnya aku benci lelaki yang gatal. Dan lelaki yang gatal selalu tak handsome. Sentap tak baca statement aku wahai lelaki gatal yang tak handsome? Annoying tau perangai lelaki gatal macam ni. Aku kadang-kadang even diganggu laki orang. Benci kan?? Dah kahwin atau ada gf tak payah lah nak gatal sangat. Aku rela sedekahkan Mopiko untuk golongan begini.

6) Orang yang tak berapa kenal aku biasanya anggap aku seorang yang berperwatakan cool. kikikiki.. Sumpah lawak dan omaigod macam perasan giler aku ni. Orang yang betul-betul kenal aku akan tahu sebenarnya aku seorang yang..errr..errrr.. Tettt!!! iya, selenga je sebenarnya. 

7) Aku ada banyak nama panggilan. Abang-abang aku panggil aku Girl. Mama aku panggil aku kakak. Kawan sekolah ramai panggil Pia. Kawan MRSM ramai panggil Piah. Kawan UiTM ramai panggil Sophie. Kawan UiTM yang agak rapat panggil aku Copi. Setelah hampir 10 tahun, barulah dengar orang panggil nama aku dengan nama sebenar. Sofiya, iaitu di tempat kerja. How sweet. Tahu tak masud Sofiya tu apa? Sofiya= MENAWAN Jadi, motif nak bagitahu maksud nama dalam capital ber-ink merah? kahkahkah..  ;D  eii gedik jugak aku nih rupanya tiba-tiba rasa nak tampar muka sendiri.

8) Untuk setiap entri yang aku publish, pembaca terawal dari overseas mesti dari US.Dah lama aku buat kajian. aku rasa ada pembaca setia dari US yang aku tak kenal siapa tapi Hai~  *saya senyum kat awak sebab nak cakap Thank You jadi pembaca setia. Err, kalau awak lelaki awak nak dating dengan saya tak?*  Pergh baru cakap benci lelaki gatal. Ni kenapa entah aku nak jadi perempuan gatal pulak ni? Adoiii.. Jatuh standard gua!

9) Sebenarnya aku suka giler makan cendol tapi dah lama jugak aku batuk maka banyak benda kena pantang makan, jadi aku tengah kempunan nak makan cendol sebenarnya ni.Aku nak cendol pulut laa.. T___T  sob..sob..sob..

10) Sebenarnya aku nak buat post share apa yang aku buat harini, dari pagi sampai malam. Teman kawan shopping, jumpa kawan dari Iran, pergi Open house En.Salmizi, pergi Openhouse family, pergi Dengkil jumpa adik. Tapi disebabkan banyak gambar dan mesti aku akan merepek berjela-jela, makanya end up tulis entry ni. Urghh. Geram dengan diri sendiri.

*gambar yang sepatutnya ada dalam entri yang aku kata aku nak cerita tentang apa yang aku dah buat seharian tadi. Ah, terlalu menyimpang. Gara-gara kempunan cendol. Haih! salahkan cendol seperti beliau tiada perasaan. *


p/s: soalan menarik di Formspring yang belum dijawab. Soalan yang sangat cepumas. Susah betul nak jawab ni.Haih.Macam kena buat entri terus. Amacam? 

*kalau kecik sangat boleh klik kasi jelas*




30 comments:

  1. fuyohhhhhhh dia ada peminat misteri ;)

    ReplyDelete
  2. lelaki gatal sgt2lah ANNOYING!!!
    u're cool. kita di situasi yg sama. sy suka bercakap. bila sy dh bercakap2. lps tu senyap tiba2. nnti kwn2 semua gelakkn sy. kalau kwn2 sy panggil sy n sy menyahut. mesti diorg gelak. sy pun x tau ap sebabnya=="

    ReplyDelete
  3. sln tu serius cepumas! haha. ce tnye abg dia hensem x? yg gatal cik sophie xnk sbb dia mesti xhensem! hahaha

    ReplyDelete
  4. same goes 2 my friend,,,,,kawan sy pun selalu gak orang cakaap,ehh awak blogger gurl.......pehhh,,glamor gak sy tu......untungla,,,,heheheh

    ReplyDelete
  5. masing2 ada cara penulisan masing2 dlm blogkan..comel jee awok ni

    ReplyDelete
  6. lame btul tak dtg cni tgok kak sophie.. hihihi... :D

    ReplyDelete
  7. interesting random thoughts... hahaha... anyway... good luck... with whatever you're doing...

    ReplyDelete
  8. tp follower ramai dan femous juga wo. haaa

    ReplyDelete
  9. Hihi..yang last tu x tahan la. Apa lagi, cepatla berkenalan ;) :)

    ReplyDelete
  10. watla entri sal lelaki pilihan tu..betol2 nak tauhu ni.

    ReplyDelete
  11. Eh...awak la yang blogger comel yang saya jumpe hari tu kan? yerrr. Ewah semenjak jadi blogger ni, makin famous sophie ye hehehe ;D

    ReplyDelete
  12. ha..pe lagi...ce citer dalam next entry...

    ReplyDelete
  13. haiyoo.. xbleh blah statement 'abg kite suke stalk blog akak'.. ahaaaa...

    ReplyDelete
  14. Wah, ada peminat. Tanya anonymous tu abang dia handsome tak? Haha. Sophie, you mrsm mana? I teruja kalau tahu ada geng mrsm. haha

    ReplyDelete
  15. hohohoho..pe lagi kak sophie??ade org minat tuuu

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Hehehe EB baca sampai no.7 eb da senyum besau da.. Sampai ketawa pn ada.. hehehe..

    Sbb perkara tu sama mcm eb jg..
    Org x kn pcaya nama eb yg sebenar klu da tahu.. hahahaha..

    p/s: sya pn suka stalk blog Sofiya.. Harap² sya bukan org yg huduh.. hahahaha...

    ReplyDelete
  17. aida azryn: hehe.. =B

    twinkle twinkle: kan.. macam malu je nak jawab..

    azali hjsalleh: misteri ke?huhu..

    putput: kikiki..mungkin kamu juga macam saya. =)

    azie azra: hahaha.. tak hensem takpe, tp gatal tu memang tak boleh laaa.. tak suke doh.

    ReplyDelete
  18. aida azryn: hehe.. =B

    twinkle twinkle: kan.. macam malu je nak jawab..

    azali hjsalleh: misteri ke?huhu..

    putput: kikiki..mungkin kamu juga macam saya. =)

    azie azra: hahaha.. tak hensem takpe, tp gatal tu memang tak boleh laaa.. tak suke doh.

    ReplyDelete
  19. Nur Syahid: hahah. chewah. orang dah noticed.

    urzain hussain: heh. really?

    merahitujambu: a ah. semua orang ada cara masing2. huhu. comelkah? terima kasih lah. =B

    eyqasara: apelaaa awak ni lama tak jenguk I. heheh.

    shiro petta petto: thanks yaa shiro.

    ReplyDelete
  20. kura: huhu, iya kah? tak pernah beranggapan begitu.

    nick dot anis: eh yeke? terima kasih daun keladi. lain kali baca lagi.haha.

    bashtiah: berkenalan? hahaha..

    bungakopi: serius nak tahu?? ala malunya nak buat.

    ReplyDelete
  21. Faizal n Fashitah: heheh.. kita jumpa kat mana eh? kat tol Plus kan?chewah takdelah abang Odie, I taknak jadi famous pun. Kalau orang enjoy baca pun dah kira bersyukur.

    Ogosh: hahahaha...malu lah cik Ogosh. akan difikirkan..

    Cik kukumerah: itulah pasal.. honest giler statement.

    ReplyDelete
  22. eesyaheera: hehehe. masalahnya dia adalah anonymous, camane ntah nak tanye. I MRSM kuantan Paradise.

    cimot: pe lagi apa? huahua.

    EB: alaaa EB ni, janganlah macam tu. Asalkan tak gatal I suka je berkawan. hahahaha..

    ReplyDelete
  23. statement no 1 adalah statement yang terbaik.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. akak ex-mrsm mne?hehehe...saya ex-mrsm kopu :D

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.