Pages

Wednesday, September 7, 2011

Anak Halal VS Anak Haram

Assalamualaikum.

Seperti biasa, setiap hari aku harus pergi kerja.
Di tempat kerja, dalam team aku, boleh dikatakan aku antara yang termuda la. Bekerja dengan mereka yang lebih tua secara tak langsung buatkan aku pun boleh terjoin conversation mereka walaupun hal rumahtangga.(bukan masalah rumahtangga, hal aje..ingat aku busybody apa)

Pengalaman orang buatkan aku terfikir sejenak.

Ada rakan sekerja aku, dah kahwin dalam 7 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak. Sedih juga bila dengar dia cerita dah macam-macam ikhtiar dia dan pasangannya buat. Padahal dua-dua takda masalah, subur je. Cuma yela, mungkin belum ada rezeki.

Ada rakan sekerja aku, isterinya mengandung, tapi keguguran.
Dan tadi aku ada dengar siapa entah. Kawan kepada rakan sekerja aku ke apa, keguguran.anak kembar.

Sentap. Tersentuh hati aku. Walaupun aku belum kahwin. Tapi berada dalam environment orang-orang dah kahwin, dengar masalah susah nak dapat anak, keguguran semua ni. Aduhai.Aku pun rasa sedih ya amat. T__T lepas tu tengok diorang ni sangat suka budak-budak. Lagilah aku tersentuh hati. Betapa aku pun sangat berharap diorang nih akan dikurniakan anak cepat-cepat. Sob.sob..sob.. *kesat hingus dah meleleh ni*

Kemudian aku terfikir..
Kenapa?
Kenapa orang yang sangat nak anak, sangat deserve dapat anak, begitu sukar nak dapatkan zuriat? Sedangkan hubungan suami isteri tu sah. HALAL.

Tapi kenapa..
Pasangan durjana yang tanpa ikatan sah, sangat senang dapat anak.
Malah sangat senang buang anak. Pandai buat tak berani tanggung.
Ingat baby tu apa? Macam soft toy ke kalau taknak boleh buang-buang.

KENAPA TERGAMAK?  T_T

KENAPA TERGAMAK?  T_T

KENAPA TERGAMAK?  T_T

OH KEJAMNYAAAA!!!
*boleh pengsan aku kalau tengok depan mata betul-betul*


Baru-baru ni juga senior aku dapat baby. Baby sulung. Kelakar juga baca status dia jadi seorang ayah. Kelam kabut jadinya nak basuh berak anak la, anak demam la. Memang boleh rasa lah dia punya excited tuh.

*picture courtesy: Facebook Abang Max*
Ya Allah, kudusnya muka baby ni. Comel sangat-sangat!
Putih pulak tuh.
Fiuuu~ 
Macam mana lah orang tergamak buang bayi eh? Sesaat pun aku tak boleh faham macam mana orang boleh tergamak buang bayi. Baby comel tahu tak? Beliau dahlah innocent. Belum boleh jalan, belum boleh faham apa tengah jadi. 

Disebalik kebahagiaan orang lain menerima anak, masih ada lagi yang berterusan berusaha supaya dapat anak. Aku fikir punya fikir..

Kenapa hubungan yang HALAL susah nak dapat anak..?
Kenapa hubungan yang HARAM sangat mudah nak dapat anak..?

Kenapa Tuhan jadikan macam ni keadaannya?
Mesti ada sebab. 
Tapi aku buntu kalau nak fikir jawapannya.

Fikir.
Buntu.
Fikir.
Buntu.

Ah, call Mama terus masa  kat ofis sebab rindu Mama stay kat kampung dari hari raya haritu sebab nak jaga Opah.. Seperti biasa belum sempat aku tanya khabar dia, dia dah berleter panjang suruh jaga kesihatan, makan ikut waktu, solat jangan tinggal. Bunyi risau sebab dari sebelum raya aku tak berapa sihat. Batuk tak hilang-hilang.Suruh jumpa doktor lagi sebab antibiotik dah habis.

Dalam hati aku masa tengah dengar Mama berleter: Thanks Mama sebab tak buang Ofie masa dulu-dulu I masih baby.hiuhiu.. (walaupun Mama kata aku macam ugly duckling ah sebab paling tak comel masa baby.wakaka..hampes je)  ;p


p/s:
- Gua harap gua subur la. kekeke..
- Tunggu lagi 2 bulan, cukup 9 bulan dari Valentine's Day, aku pasti kes buang bayi akan bercambah balik di dada akhbar dan berita. 

11 comments:

  1. Allah nak beri peringatan kat kita. ish.. sedih sgt tgk baby yg kne buang mcm tu jek..

    ReplyDelete
  2. bulan 11 ni akan kedengaran la kes2 buang bayi kat berita... hasil daripada nak valentine's day tahun ni...

    ReplyDelete
  3. macam mana nak kata ya...yang takde anak nak anak, yg tak nak anak main bunag2 je...zalim sungguh!

    ReplyDelete
  4. Maybe tuhan buat macam tu supaya yang senang dapat tu insaf dan bertaubat..yang x dapat tu sentiasa berusaha dan redha dengan dugaanNYA...tapi biasala..orang punya cara handle dugaan mmg berbeza...
    anw, Selamat Hari Raya dik..

    ReplyDelete
  5. Memang sedih bila orang yang nak sangat anak tak dapat tapi yang tak nak anak pulak dapat... tapi itu semua dah rezeki masing2, dah ketentuannya macamtu kan.

    ReplyDelete
  6. kan? saye pun tak faham kenapa ade yg snggp buang baby..uhuhu..

    ReplyDelete
  7. sangat kejam kot manusia yg buang baby tu. =.="

    ReplyDelete
  8. betul3..9month after v.day msti byk kes buang baby...kesian betul..yg plg sedih tu,bkn bangsa lain yang buat bnda mcm tu..entah la..

    ReplyDelete
  9. putput: sedih =(

    cahayachenta: memang pun. menyedihkan aje.huhu.

    CT: speechless dah. macam takde otak.

    Ogosh: huhuh..tak tahulah.masih buntu.

    Bashtiah: a ah. sebab tu harap I subur. tehehe..

    ReplyDelete
  10. cik sha: sama2 lah kita tak paham.

    shaliza khairi: kejam,kejam,kejam..

    rachaell: hihi..

    hana radzi: tahu takpe, a ah kan. pelik pula.yang membuang tu bangsa sendiri. jarang dgr dari bangsa asing.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.