Pages

Saturday, August 13, 2011

Hakikat Inner Conflict- Jangan Jadi Seorang Yang Membosankan!

Assalamualaikum.

Hai semua!! Apa khabar? (^_^)
It's weekend! wajib tulis entri baru!

Ok sebenarnya aku terpanggil untuk menulis entri ni sebab aku baca entri Namee ni yang aku rasa ada kena mengena sikit lah dengan diri aku suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Chewah~

Dulu kan, aku selalu rasa rendah diri giler. Masa sekolah rendah agak pendiam. Sampai lah setiap tahun bila parents kena datang ambil report card anak, setiap tahun mesti cikgu tulis kat ruang laporan tu yang aku seorang yang pendiam. Huh! Lepas tu rasa macam malu sangat nak bergaul dengan orang ramai. Tak tahulah kenapa. Masa sekolah agama pula Ustazah tiba-tiba pilih aku jadi pengawas. Kan kat sekolah agama student kan dari sekolah kebangsaan yang berbeza. Teringat masa sekolah rendah agama aku ramai peminat (perkataan ramai tu macam agak over la sebenarnya tau.ceh!). Aku dapat surat cinta kat bawah meja. Siap ada orang mintak aku tulis biodata kat buku biodata yang dulu-dulu bebudak perempuan selalu ada tula sebab nak tunjuk kat budak-budak sekolah dia yang dia dah dapat biodata aku. Ceh tak boleh belah! Macam star padahal baru darjah 5,6 macam tu.

Walaupun begitu, aku tak pula berbangga. Sebab macam yang aku katakan tadi. Aku sangat low self esteem sebab terasa diri sangat kekurangan. Aku pun tak pasti kenapa dulu aku begitu. Padahal waktu tu ada orang kata nak jadi macam aku. Gila ah! Then ada seseorang ni yang buatkan aku macam envy sangat kat dia. Dia cantik, pandai, kulit gebu gebas, slim. Semua lah yang perempuan idam-idamkan. Sampaikan aku rasa macam nak jadi macam dia. Nak ada stail macam dia, nak senyum macam dia, nak jalan macam dia, semuanya nak jadi macam dia. Giler copy cat doe!

TAPI..
Semakin aku membesar, aku semakin matang. Tambahan pula aku ni suka baca bahan ilmiah yang berbentuk motivasi.

Bagi aku, kita adalah kita. Kita cuma ada satu aje dalam dunia ni. Kita unik. Setiap orang ada keunikan tersendiri.Setiap orang ada kecantikan dan keburukan sendiri. Cantik terlalu subjektif. Kadang-kadang ada orang cantik dan hensem, tapi personaliti dia tak menarik. atau membosankan keee.. Opps!

Kalau lah SEMUA perempuan nak jadi cantik dan gaya macam Fazura.. 
Bosan walaupun cantik..



 Kalaulah SEMUA perempuan nak jadi macam Jessica Alba. Aww~ memanglah sweet TAPI..
Bosan..

Kalau lah SEMUA perempuan nak jadi macam Megan Fox.
BOSANnya dunia nih.
Ye tak?

Maka kita haruslah ada variasi. Kepelbagaian personaliti. Barulah hidup ni ada corak sikit. Ada color gitu. Kita tak boleh tiru, atau cuba nak jadi orang lain. Itu menyalahi undang-undang peribadi kamu! (cakap macam nada lawyer sikit)

Kita kena ada?
KEPELBAGAIAN..
VARIASI..
PENERIMAAN DENGAN DIRI SENDIRI..

Yang penting, yakin dengan diri sendiri untuk berdepan dengan orang ramai. Hakikatnya aku masih seorang yang pemalu. Huahua. Tapi yang penting, muka harus slumber! Kadang-kadang kita terlalu fikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita. Hakikatnya, hello~?? Siapa lah kita ni pada mereka untuk dirfikirkan? Artis pun tak, blogger famous pun belum tentu dikenali di dunia realiti. Apa yang kita rasa orang lain fikirkan pasal kita tu, sebenarnya kadang-kadang mereka tak fikir apa pun. Kita je yang over lebih atau memerasankan diri sekejap. 

Kalau rasa hidung kita penyet, fikirlah, hidung tu yang membuatkan kamu unik, yang orang lain takde. Kalau rasa ada benda atau bahagian dalam diri kamu yang kamu tak suka, tukarkan perasaan tu jadi something yang positif. Tukarkan pada something yang kamu suka sebab benda tu takde pada orang lain. Macam, kalau kau botak, terima lah seadanya sebab bukan senang nak botak kan?  T__T   
So yeah! Setelah membaca banyak (banyaklah sangat.huhu..) buku motivasi, aku rasa macam.. Ahhh~ lupakan mahu menjadi seperti orang lain. 

Sebab AKU adalah AKU.
Aku cuma ada SATU. kan?  (^_^)V
So yeayyyy!! Aku memang unik. 


Bila ada kepelbagaian dan variasi, hidup ni akan lebih bermakna. Bermacam-macam orang yang kita boleh jumpa dan nilai. Kalau semua orang adalah sama.. BOSAN laa hidup ni.

Jadi janganlah rasa sangat-sangat rendah diri dengan diri sendiri. Tapi janganlah over confident pulak. Tampor kang! Sekadar kita tahu kita mampu berdepan dengan dunia dalam situasi yang berbeza pun cukuplah =)

*SMILE*
IKHLAS NIH.. =B

Yeahhh!!!

p/s: Eh sekarang aku dah tak pendiam doh. Dulu masa mak aku amek report card mak aku gelak aje. Mak aku kata "elehh, kat rumah bising.. kat sekolah diam. Apa lah! " 
Tapi bila bekerja, rasa macam seorang yang berbeza pula. Sebab di kebanyakan masanya aku kena fokus dengan drawings. Bila fokus, aku suka diam. Kalau aku ngantuk atau bosan, baru aku sembang dengan orang. Tapi abang sebelah aku haritu kata "Amboi, dulu kalau ngantuk ajak sembang, cakap "Bang, boraklah dengan saya, saya ngantuk ni.." Sekarang nak ajak sembang pun susah. Tengok PC je.Serius habis!" kikiki..Tergelak aku dengar abang tu komplen.






16 comments:

  1. Betul tu Sophie, mesti ada variasi barulah hidup kita ni menarik!

    ReplyDelete
  2. singgah dari kawan blogger :)

    rasanye saya kembali mcm tu la huh ish2 lepas nie kene bnyak bergaul la say ehehe

    ReplyDelete
  3. kdg2 dew jgk yg xley trima pew kekurangan diew diorg...huhu...
    n xdew spew yg perfect kat dunia nie..n must enjoy our life as a good muslim...=)

    ReplyDelete
  4. kalo sume pompuan cam megan fox ngan jesicca alba, mesti cool gile. hehehe

    ReplyDelete
  5. sama la dgn kita kak sophie..slalo rasa tak yakin even nak buat sesuatu yg kecik pon..kdg2 rasa benci bila ada perasaan mcm tue

    ReplyDelete
  6. sy pon pernah inner conflict
    sgt teruk
    masa tu umor 19
    masa tu bru dilantik jd pucuk pimpinan dlm kelas
    mula2 rasa ok,tp lama2 jd inner conflict
    rasa cm xlayak segala lah
    2 sem sy menderita
    sume kwn2 perasan
    pfffttt now bru ok sikit
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Haha.. Awak part paling unik part pipi yang chubby tu.. hahaa...

    ReplyDelete
  8. hahaha btul2!! agree with u! dunia ni bila ada bnyak ragam bru best.. be proud of urself! prnah jgak ada idola tp xsume ny ikut cm dia la.. amek yg baik je.. hik3.. love this entry! :D

    ReplyDelete
  9. aku rasa aku pon pernah jadi mcm kau. sangat low self esteem. now dah besar aku dah boleh bawak diri. cantik tu subjektif. ikut penilaian masing2. tp zmn skgni sng je nk tau laki bila ckp pasal cantik mesti cantik tang muka, fizikal. tipu ah kan bila dorg cakap cantik tu subjektif. dlm byk2 gambar. fazura plg aku suka. ekekkeke

    ReplyDelete
  10. Beauty doesn't last forever. What lies underneath it makes a person worth to be with...

    [oops, terjiwang pulak]

    On the other hand, bak kata Tweet Mr Mraz
    'To dream of the person you would like to be is to waste the person you are.'


    http://twitter.com/#!/jason_mraz/status/89755725991133185

    ReplyDelete
  11. Sophie, masa sekolah ee overconfident kot. haha. sekarang zaman universiti rasa down sikit sebab macam semua orang lagi cantik dari kita, lagi pandai. selalu rasa low self-confident

    ReplyDelete
  12. dah tak larat nak fikir sangat. penat n nanti nk nangis je. tapi skang pun masih macam tu...cuma bila datang bisikan2 tu saya cepat2 fikir benda lain. nanti nk bunuh diri.

    ReplyDelete
  13. Just be ourself because we are very unique!

    ReplyDelete
  14. Bashtiah: =) so true.

    cik Beskod: yeah betul. jangan malu2. tehehe..

    Misz haznie: =)

    Bob Merley: mesti kau seorang yg membosankan..hahah! *joking*

    Anies Anessa: Sebab tulah kena belajar yakinkan diri. Yang penting, muka harus slumber. ;p

    ReplyDelete
  15. Farah Awang:
    Banyak sangat fikir tu sampai menderita. Baru jadi pemimpin kelas ni belum pemimpin negara ni. heheh. But anyway, Alhamdulillah skrg kamu dah ok.

    AmirFX: Terima kasih. *malu*

    hanaahmad: nama pun lelaki.. =)
    kau paling suka gambar fazura? kenapa bukan aku? chewah~ ;P

    Am: Bro!!!! Really love your comment and Tweet by Mr.Mraz =) Awesomeness (^__^)

    eesyaheera:Mak aihhh.. terbalik pulak. rare case ni.

    Namee: Nameee!! Jangan bunuh diri!! nanti masuk neraka.

    putput: true =)

    ReplyDelete
  16. assalan kak.. boleh saya tahu buku motivasi ape yg kak baca?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.