Pages

Tuesday, July 26, 2011

Pulau Perhentian-Day Two. Hunting Sharks.

Entri ini telah di auto publish supaya akan di publish ketika aku sedang bekerja. (sebenarnya perlu ke aku explain?) (-_-') 

Okeh, seperti yang dijanjikan, aku akan menceritakan tentang pengalaman hari kedua ketika berada di Pulau Perhentian. Ehem-ehem, agak teruja dan bakal menjeleskan sesiapa sahaja. Cewah! 
Memandangkan hari pertama ialah hari merelax-relaxkan diri, maka hari kedua ialah hari untuk beriadah! Shark hunting!!! (bajet semata-mata) Dari jam 10 pagi sampai dalam 4 petang gituw. Haaa lama kan? Bayangkanlah betapa sunburnnya aku nanti. 

*krisis identiti* nak jadi lanun rompak bot nelayan ke nak jadi shark hunter?

Ok takpe, nak jadi snorkeler. Sebab apakah? Sebab snorkeling like sex. Aduhhh.. Sebab aku belum amek lesen scuba jadi layak pergi snorkel sudehhh!! Harap suit je macam nak pergi scuba (suka bajet)


Oh well, TERUJAH!!! Aku rasa macam kesian orang belakang. Mesti tempias air liuw aku. Kahkah. 
Ni bot girls je. Boat laki lagi satu. Tak nak share. Ni girl power. Tapi ada sorang je laki tersesat kat sini. Dah campak dalam laut kasi shark makan. ;p

Tak silap aku ni area turtle. Besar penyunya. Tapi kesian dia. Tak aman. Mat salleh asyik kejar penyu tu aje. Kesian penyu. =(


Best thing about having the ability to swim is that you could snorkel without having to wear life jacket. Ahah! Dalam giler ni. Tapi disebabkan laut ni air masin, lebih senang terapung. Plus, suit aku agak tebal.Somehow macam lebih mudah terapung. Waktu ni best giler kot. Aku teruja tengok sekawan ikan parrotfish. Sangat banyak. Aku dengan kawan aku ikut je diorang pergi makan. Lepas tu kitorang dah terlepas jauh dari bot. Uhuks.

*gambar ehsan Google* ni la Parrot Fish. Tapi aku lagi suka gelar rainbow fish. Sebab warna dia macam rainbow. Dalam banyak-banyak kali aku snorkel, ni first time aku jumpa sekawan ikan Parrot Fish. Ada dalam besar lengan lah jugak.

Lepas tu pergi Shark Point.

Misi mencari shark. Selama ni dengar je pasal shark point kat Perhentian. Kali ni betul-betul dapat tengok. Mula-mula aku nampak yang kecik aje. dalam sedepa. Aku pun berenang lah ikut shark tu. Sekali ada shark besar kat belakang shark kecik tu. Aduhhhhh.. Terus aku blah. Besar kot. Aku rasa panjang dalam 2meter. Ada dalam besar orang kot.

*Google* Ni shark kat Perhentian. Hee..Scary.


Lepas penat mencari shark, kami berhenti mandi di air tawar. Aku tak pasti nama tempat air tawar n i tapi sedap giler lah mandi kejap lepas kena air masin. Air dia sejuk dan sangatlah refreshing.

Ni bot nelayan.

Lepas mandi kejap kami ke Kampung Nelayan. Aku rasa dalam banyak-banyak area kat pulau ni, Kampung Nelayan nampak macam paling cantik lah. Cuba tengok gambar aku snap nih.

Lawa...

Lawa..

Lawa.

Lawa. View belakang la tapi.


kalau korang tak teruja tengok gambar-gambar kat sini aku tak tahulah korang ni takde nafsu ke apa. hihihi..

Lepas tu kami dibawa ke area lagi satu. Tak silap aku tempat coral la. Ada clown fish a.k.a Nemo.

Ini bukan gambar Google doh. Ini betul-betul tangkap masuk botol.

Ngeeeee  =B  Kita minum dulu!!!

Aku suka je snorkel tengok ikan Tapi the boys..omaigoat..Macam monkey. kikiki..

Ni aku tak sure lah nama benda kat tengah laut ni apa. Light house ke light tower entah. Tapi diorang buat panjat-panjat & terjun lah. 

Gaya bebas!

Saya banyak anak ikan. Tehehehe.. Bagi ikan makan. Lagi best kalau ada camera underwater. Masalahnya aku takde lagi  =,(

So dalam pukul 4 petang kami pun beransur pulang ke darat. Lepas mandi dan berehat aku dan kawan berjalan-jalan di tepi pantai usha mat salleh tough Sekadar ambil angin pantai dan menangkan hati. 

 Room mate sepanjang berada di Pulau Perhentian.Sebilik 3 orang. Pening layan diorang. Seorang complicated, sorang lagi confused. Bila dua-dua bergabung, aku yang stress. hahah. Tapi, sebenarnya sangatlah menceriakan hidup aku. =)

Hi! It's me again. =B

Kemudian, sementara nak tunggu malam, sebab ada BBQ, kami bertiga makan megi cup di tepi pantai. Habis  tourist yang lalu lalang duk senyum-senyum je tengok kami. Macam menyedihkan sangat je rupa. Tapi kan, sebenarnya layan giler kot duduk tepi pantai sambil makan megi cup panas. Siap angin bayu menghembus-hembus. Wallaweiii..

Menyedihkan sangat ke weh makan megi cup tepi pantai hah?

Enjoy je..  =D

Nasib baik alas perut makan megi. Nak tunggu BBQ sikit punya lama sebab malam tu hujan. 


*Ada gaya bini mithali tak?* hahahahahaha.. 

BBQ superb!! sedap! Siap belajar makan budu lagi. Haha.

Oh sangat enjoy hari kedua ni. Memang penat tapi best! Berbaloi. 
Sebenarnya geng UiTM yang pergi ni geng Lifeguard. Dalam masa 2 tahun, dah tiga pulau kami pergi. Pulau Tioman, Langkawi dan Pulau Perhentian. Aku memang sayang dengan team ni. Sebab banyak sangat benda aku belajar. Lagipun lepak dengan diorang memang fun. =)


So masa dah balik ni, geng dari UIA pun ada post gambar kat fb & cakap: 

Siap dijamin selamat lagi sebab ramai lifeguard. =) 

Ok. habis cerita hari kedua. Hari ketiga, aku nak promote satu tempat makan yang best kat korang kat area Coral Bay ni. Yeahh. Nantikan.. Sila menanti Ecehhh. Ok bye. Aku tengah buat kerja ni (pembajet lagi)

21 comments:

  1. wah..sungguh bahagia ye berjalan melepaskan stress kerja..good Sophie..klu dah kerja mesti ada ms utk buat aktiviti lain gak..huhu

    ReplyDelete
  2. sophie..ari tu aku gi redang best gak..wah tgk perhentian pn sama best..nie yang nak gi...okie next vacation perhentian..thank for the info.....packing packing.....
    p.s...thanks sbb ajar aku berenang sepanjang aku mengaco ko jadi life guard,..hehehe..senang berenang tanpa life jacket...tpi mak aku suh gak pki..heheh tak pki skjp2 je..huhuh

    ReplyDelete
  3. wahh best gilerrr la sophie.....

    memang teringin nk p pulau perhentian ni..

    tp xtahu bila dpt p sini

    ReplyDelete
  4. AWSOME!!! sume view dy lawa gile.. ni yg jeles ni! parrot fish mmng lawa la.. nemo fish yg comel.. scary shark.. everything is awsome siz! best3!! :D

    ReplyDelete
  5. bestnye.....
    aku berazam, satu hari nanti aku akan buat ape yg ko buat ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. beruntung betul sofiya pandai berenang..

    :)

    nyway foto sgt cantik!

    ReplyDelete
  7. bestnya shopie....

    ila teringin lama dah nak g pulau perhentian..ehheh

    nanti dah kawin nak pergi la...aheheh

    ReplyDelete
  8. Uish, lighttower/lighthouse tu kalau buat lokasi video klip jiwang, sangat best tuh:P

    ReplyDelete
  9. bestnya..terasa nak bercuti tengok gambar makan megi tu. sob.

    ReplyDelete
  10. sophie ^^
    bestnye g pulau perhentian..wuuuu..nape tak bawak tim sekali..huhu..

    errr.muke jadi itam tak g sane? erm.

    heeeeeeeeee =.="

    ReplyDelete
  11. beshnye. nak tnye bpe kos ye spnjg kau g sne?

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan Sophie..
    Huuu SubhanAllah.. Mmg cantik dan indah.. Insha'Allah kalau ada kesempatan nak juga pergi sini.. Nak photoshoot... Hehehhee.. Nak mandi² nak menyelam bagai.. hehehe..

    Kim slm 'Assalamualaikum' kat cewek yg makan maggi cup tu ye.. Huu mcm da lama gle ni eb x mkn maggie.. hehehe..

    Oh ya yg tngh BBQ tu pn ada rupa bini mithali jg.. hehehe..

    Alhamdulillah nice vacation.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. airaniez wirdani:
    haaaa..memang pun kak aira. ni pun kena cari masa gak ni nak pergi. sebab sehari sebelum dah stay kat ofis sampai subuh.hahaha..

    Org lemau masuk angin:
    alaaaa..kalau dah tahu perhentian sama best, baik kau pergi yg lagi best. try pegi Mabul kat Sabah. Sebab Redang dekat sgt dgn Perhentian. Anyway, hehe..welcome =)

    GKSB:
    Haha..thanks. Kalau nak pergi, redah aje dengan kengkawan. Janji ada duit & masa.Heeee..

    Farhana Jafri:
    Thanks dear =) pergilah sana jugak. Tak rugi =B

    ReplyDelete
  14. cEro:
    hehehe.. insyaAllah cEro. Nothing is impossible. =) make your dreams come true wokehh..

    ReplyDelete
  15. eesyaheera:
    Takpe, kalau nak snorkel boleh pakai lifejacket. =)

    Amar:
    orang dah pergi baru dia nak ikut. apadaaa..

    Anisa Hang Tuah:
    Hehe.. untung =0)
    Thanks nis!!

    Ila:
    Oh sila2..Honeymoon gitu..

    Hamzah Ian:
    Hehe..best gila (^_^)V

    ReplyDelete
  16. Am:
    hehehe..Tak boleh blah ni. Pun boleyh juga bro Am. Buat story line sedih, terjun dari lighttower then ada shark makan.Ngap! Ngap! haha..

    Bungakopi:
    Uiks! Makan megi kat rumah pun boleh juga cik bungakopi. =)

    Tim Cik Kupukupu Ungu:
    Wah wah wah! Sebab ni program under team lifeguard maah.. Itam tu tak berapa sangat sebab pakai sunblock SPF 130. =)

    Hanaahmad:
    Ooo..disebabkan kitorang dapat murah giler, dalam RM200 je. =) Susah nak dapat sebenarnya. Sebab selalunya dalam RM400-500.

    ReplyDelete
  17. EB:
    Salam Ramadhan jugak EB. Ohhh..Waalakumussalam katanya. Ada eh rupa bini mithali? wakaka..mcm tak boleh blah ni. Anyway..TQ!!

    ama:
    Eh ama, janganah jeles..silalah pergi juga =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.