Entri ini telah di auto publish supaya akan di publish ketika aku sedang bekerja. (sebenarnya perlu ke aku explain?) (-_-')
Okeh, seperti yang dijanjikan, aku akan menceritakan tentang pengalaman hari kedua ketika berada di Pulau Perhentian. Ehem-ehem, agak teruja dan bakal menjeleskan sesiapa sahaja. Cewah!
Memandangkan hari pertama ialah hari merelax-relaxkan diri, maka hari kedua ialah hari untuk beriadah! Shark hunting!!! (bajet semata-mata) Dari jam 10 pagi sampai dalam 4 petang gituw. Haaa lama kan? Bayangkanlah betapa sunburnnya aku nanti.
*krisis identiti* nak jadi lanun rompak bot nelayan ke nak jadi shark hunter?
Ok takpe, nak jadi snorkeler. Sebab apakah? Sebab snorkeling like sex. Aduhhh.. Sebab aku belum amek lesen scuba jadi layak pergi snorkel sudehhh!! Harap suit je macam nak pergi scuba (suka bajet)
Oh well, TERUJAH!!! Aku rasa macam kesian orang belakang. Mesti tempias air liuw aku. Kahkah.
Ni bot girls je. Boat laki lagi satu. Tak nak share. Ni girl power. Tapi ada sorang je laki tersesat kat sini. Dah campak dalam laut kasi shark makan. ;p
Tak silap aku ni area turtle. Besar penyunya. Tapi kesian dia. Tak aman. Mat salleh asyik kejar penyu tu aje. Kesian penyu. =(
Best thing about having the ability to swim is that you could snorkel without having to wear life jacket. Ahah! Dalam giler ni. Tapi disebabkan laut ni air masin, lebih senang terapung. Plus, suit aku agak tebal.Somehow macam lebih mudah terapung. Waktu ni best giler kot. Aku teruja tengok sekawan ikan parrotfish. Sangat banyak. Aku dengan kawan aku ikut je diorang pergi makan. Lepas tu kitorang dah terlepas jauh dari bot. Uhuks.
*gambar ehsan Google* ni la Parrot Fish. Tapi aku lagi suka gelar rainbow fish. Sebab warna dia macam rainbow. Dalam banyak-banyak kali aku snorkel, ni first time aku jumpa sekawan ikan Parrot Fish. Ada dalam besar lengan lah jugak.
Lepas tu pergi Shark Point.
Misi mencari shark. Selama ni dengar je pasal shark point kat Perhentian. Kali ni betul-betul dapat tengok. Mula-mula aku nampak yang kecik aje. dalam sedepa. Aku pun berenang lah ikut shark tu. Sekali ada shark besar kat belakang shark kecik tu. Aduhhhhh.. Terus aku blah. Besar kot. Aku rasa panjang dalam 2meter. Ada dalam besar orang kot.
*Google* Ni shark kat Perhentian. Hee..Scary.
Lepas penat mencari shark, kami berhenti mandi di air tawar. Aku tak pasti nama tempat air tawar n i tapi sedap giler lah mandi kejap lepas kena air masin. Air dia sejuk dan sangatlah refreshing.
Ni bot nelayan.
Lepas mandi kejap kami ke Kampung Nelayan. Aku rasa dalam banyak-banyak area kat pulau ni, Kampung Nelayan nampak macam paling cantik lah. Cuba tengok gambar aku snap nih.
Lawa...
Lawa..
Lawa.
Lawa. View belakang la tapi.
kalau korang tak teruja tengok gambar-gambar kat sini aku tak tahulah korang ni takde nafsu ke apa. hihihi..
Lepas tu kami dibawa ke area lagi satu. Tak silap aku tempat coral la. Ada clown fish a.k.a Nemo.
Ini bukan gambar Google doh. Ini betul-betul tangkap masuk botol.
Ngeeeee =B Kita minum dulu!!!
Aku suka je snorkel tengok ikan Tapi the boys..omaigoat..Macam monkey. kikiki..
Ni aku tak sure lah nama benda kat tengah laut ni apa. Light house ke light tower entah. Tapi diorang buat panjat-panjat & terjun lah.
Gaya bebas!
Saya banyak anak ikan. Tehehehe.. Bagi ikan makan. Lagi best kalau ada camera underwater. Masalahnya aku takde lagi =,(
So dalam pukul 4 petang kami pun beransur pulang ke darat. Lepas mandi dan berehat aku dan kawan berjalan-jalan di tepi pantai usha mat salleh tough Sekadar ambil angin pantai dan menangkan hati.
Room mate sepanjang berada di Pulau Perhentian.Sebilik 3 orang. Pening layan diorang. Seorang complicated, sorang lagi confused. Bila dua-dua bergabung, aku yang stress. hahah. Tapi, sebenarnya sangatlah menceriakan hidup aku. =)
Hi! It's me again. =B
Kemudian, sementara nak tunggu malam, sebab ada BBQ, kami bertiga makan megi cup di tepi pantai. Habis tourist yang lalu lalang duk senyum-senyum je tengok kami. Macam menyedihkan sangat je rupa. Tapi kan, sebenarnya layan giler kot duduk tepi pantai sambil makan megi cup panas. Siap angin bayu menghembus-hembus. Wallaweiii..
Menyedihkan sangat ke weh makan megi cup tepi pantai hah?
Enjoy je.. =D
Nasib baik alas perut makan megi. Nak tunggu BBQ sikit punya lama sebab malam tu hujan.
*Ada gaya bini mithali tak?* hahahahahaha..
BBQ superb!! sedap! Siap belajar makan budu lagi. Haha.
Oh sangat enjoy hari kedua ni. Memang penat tapi best! Berbaloi.
Sebenarnya geng UiTM yang pergi ni geng Lifeguard. Dalam masa 2 tahun, dah tiga pulau kami pergi. Pulau Tioman, Langkawi dan Pulau Perhentian. Aku memang sayang dengan team ni. Sebab banyak sangat benda aku belajar. Lagipun lepak dengan diorang memang fun. =)
So masa dah balik ni, geng dari UIA pun ada post gambar kat fb & cakap:
Siap dijamin selamat lagi sebab ramai lifeguard. =)
Ok. habis cerita hari kedua. Hari ketiga, aku nak promote satu tempat makan yang best kat korang kat area Coral Bay ni. Yeahh. Nantikan.. Sila menanti Ecehhh. Ok bye. Aku tengah buat kerja ni (pembajet lagi)