Pages

Wednesday, December 15, 2010

Tentang Asep dan Nana

Assalamualaikum.

Seperti yang aku pernah janjikan dalam diri aku, aku harus buat satu post khas untuk Asep dan Nana. Siapa mereka ni? Mereka ialah sahabat baik aku di studio. Kenapa baik dengan aku? Sebab mereka duduk belakang aku aje kat studio nun. Mereka ni pasangan tunang. Aku baru kenal setahun aje tapi memang dah ngam habis lah. Aku rasa mereka ni macam abang dengan akak aku. Sebab tua 2 tahun dari aku dan banyak pengalaman hidup dah berbanding aku.



Aku tergerak hati untuk buat post ni khas untuk kamu betul-betul faham erti cinta. Cewahhhh!!! (malu nyahhh!!).
Kalau kamu nak tahu, untuk sampai tahap mereka kahwin bukan senang beb. Aku pun tak pasti aku sendiri mampu bertahan ke tak kalau buat macam mereka. Aku juga tak pasti kalau kamu juga mampu bertahan.

Selepas mereka declare masa sem 3, mereka dah berjanji untuk buktikan pada mak dan ayah mereka yang mereka mampu cari duit sendiri. Mereka tak ambil PTPTN. Korang pun tahu kat betapa PTPTN tu macam penting untuk student especially yang kurang berkemampuan kan. Sejak mereka declare as couple, mereka refuse untuk pakai duit mak ayah dah. Cuma ayah Asep belikan printer saiz A3 untuk Asep. Dari situlah mereka buat bisnes printing yang membuatkan Asep mampu untuk beli lagi satu printer tak berapa lama lepas tu.

Waktu tu bukan Asep sorang aje yang bertungkus lumus buat printing. Ingat senang ke bisnes printing? Aku duduk belakang diorang pun aku rasa ketensionannya kadang-kadang. Kadang-kadang ink habis, kertas jam, printer buat hal, kadang-kadang ramai sangat customer sampai tak tidur malam especially bila budak-budak fashion atau art and design datang sebab esoknya submission. Nana pun sama, tolong Asep. Nana buat bisnes printing kat hostel. Dan memandangkan mereka dulu belajar kat branch UiTM di Perak dan studio akan tutup jam 11, Nana dan Asep akan hari-hari mengangkut printer dari studio ke hostel, dari hostel ke studio yang entah berapa tingkat kan.

Selain tu, Asep juga ada buat kerja sampingan macam buruh binaan (yang orang Indonesia buat tu), jadi mekanik, jadi pak guard. Serba boleh lah kiranya. Semuanya semata-mata nak kumpul duit dengan tujuan satu--> Nak kahwin dengan Nana. Kadang-kadang bila mereka dah kesempitan wang tu, makan magie ajelah hari-hari. Yuran belajar, expenses, bayar kereta, duit makan minum, sewa ke apa, semua duit hasil kerja keras mereka bersama.

Sepanjang aku ada dengan mereka nih, aku selalu terhibur dengan keletah dua-dua orang ni. Si Asep tuh kelakar, banyak cakap, kuat menyanyi, kadang-kadang joget atas kerusi. Dan dia suka usik Nana. Nana pulak garang. Asep tu dah berapa kali kena belasah dengan Nana. haha. Kejap-kejap aku dengar bunyi "kelepekk!!!" Haaa tahu dah, ada lah tu si Asep tu kacau Nana. Nana pulak macam kakak-kakak la dikalangan kami. Aku selalu tanya pendapat dia kalau ada masalah ke apa. Memang dia akan bagi pendapat yang bernas lah.

Sebab tu masa mereka nikah, aku yang mengalir air mata. Aku ni bab-bab touching bila happy ending memang number satu.huahua.

Hurmm..tanpa mengomel dengan lebih panjang sebab aku tahu ni pun dah panjang, Haaa silalah usha sedikit gambar dari album perkahwinan tersebut.

*ni sewatu di kedai pengantin. Asep nak tukar baju dan Nana tengah mekap."
 Sila klik 'Baca sampai habis" untuk usha gambar



 *macam bagi hint ke apa? lalalala...*

 *Ooo..secar tak langsung aku dah tahu macam mana nak pakai bulu mata palsu dan bermekap macam ni"

 *Orang nak menikah pun still nak drive. Kesian.Aku dah offer dah nak drive taw.*

 *Malam pernikahan. Kami berempat yang naik tren dari KL Sentral ke Batu Gajah. Kawan seperjuangan sejak sem 1 sampai sekarang *

 *Nana..aku tak pernah tengok kau seayu nie..wuwuwuwu..*

 *Nana, cantiknyeee kau..*

 * Nak amek berkat pengantin.*




*gambar-gambar hantaran. Unik sikit. Warna tema hitam, putih, merah*

 *Itu diaaaa..Tok kadi dah sampai dah..*

 *Asep yang yakin akan baca sekali lafaz aje.*


 *Adik Nana yang study di UK. Tak dapat balik jadi tengok akad nikah dari webcam ajela..*

 *suka perhiasan kat ceiling nih*

 *wang hantaran. Nampak tak yang bergulung-gulung tu? duit taw..*



 *SO SWEET..*

 *time ni lah aku mengalirkan air mata. T_T sebab terharu*






 *ini adalah hari esoknya, persandingan*





*Lecturer kesayangan kami semua, Encik Salmizi.*

* TAMMAT*

Kesimpulan: ni wedding paling meriah pernah aku pergi. Walaupun buat dekat rumah aje tapi aku rasa terhibur. Tak semestinya kena buat kat hotel atau dewan baru nampak grand. =)

p/s: baru sedar aku banyak baju berwarna biru rupanya. haha..

16 comments:

  1. pengantin sgt cantikk

    tp nis tetap suke tgok sophiee
    cantik~

    ReplyDelete
  2. cayalah!
    belum kawin.still belajar.sanggup tanggung diri masing masing.
    amazing!
    heh :)

    ReplyDelete
  3. oowwwhhh~ i do loooveee ur story!!... sbg seorg kaki rayau.. just yester-week.. kawan sy pown kawen jugek... like diz one.. every ceremony im in... akad nikah.. n sanding.. even pro-camera man juge dijemput utk takings pics sound... asek jumpe luuu jerk~ ahaha... just wanna say.. how true ur werd is... ape yg bt ceremony tu rase lebeyh meriah or best.. sebab we enjoy every second of the moment... we enjoy n we sincere to done thingsss~... just like besties do... am i rite??... tu sajer!! xsemestinye kene wat kt otel ke padang golf ataw taman larangan... kn??~ janji kiter participate... all will become FUN!!!

    ReplyDelete
  4. kawen buat kat rumah la best. sophie bile lagi ni? :D

    ReplyDelete
  5. bestnya bila tengok orang dah selamat berkahwin

    :)

    ReplyDelete
  6. wahhh!!! serius terharu baca... OMG.. how sweet mereka ni kan..

    ReplyDelete
  7. ni yang rasa nak kawen gak nih.. huhu

    ReplyDelete
  8. love story diaorang comel gila! :D

    ReplyDelete
  9. Tabahnye kapel ni.Kene bagi hadiah printer neyh =D

    ReplyDelete
  10. Nana: hehe..a ah, nama dahla same dgn awak.nana.

    Anisa: hehe..thanks nisa.

    Farah Amira: mmg amazing betul.

    Aku Kaki Rayau: ahaks. thanks for reading.

    ee: haha..sophie? erkk..huhu...entah ler..

    eqa: best kan...mcm suweet sgt2..

    Sophia rani: apa lagi...carilah calon cepat..hahaha..

    Amalina Jo: comel..kalau kenal diorg lg lah rase cm comel gler..

    Aishah Aziz: thanks =)

    ML: a ah kan..apesal la sophie tak terpikir..

    ReplyDelete
  11. el soraya: akak? heheehe...biarlah rahsia..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.