Pages

Thursday, December 2, 2010

Sebagaimana Susah Nak Belajar Berenang, Susah Lagi Mahu Mengajarnya.

Hye. Baca tajuk. Macam apa? Macam tajuk la kan..huhu..Aku dah mengantuk sebenarnya.

Hurmmmm.. hari ni aku agak penat. Sebab jadual untuk isnin dan rabu memang sangat padat. Harini aje aku ada 3 kelas renang. Pagi, tengahari, malam. In between kena tukar baju. Ah malas betul. Tapi kalu tak tukar kang tak elok. Sejuk sangat. Sebenarnya aku tak terniat pulak nak mengajar kelas kanak-kanak. Sebab aku tak la ada pengalaman sangat nak ajar kanak-kanak. Lain sikit caranya. Tapi entah lah kenapa, ada demand pulak & aku yang kena handle kelas tu. Layan ajela. Musim cuti sekolah kan. Daripada tak berapa tahu, secara tak langsung aku pun dah belajar macam mana nak ajar kanak-kanak. 

Aku rasa, mungkin berenang ni macam salah satu punca rezeki aku kot. Aku tak pernah terfikir langsung akan pergi ke tahap ni. Cita-cita aku cuma nak jadi arkitek yang disegani je (yo ow oww je) takla, janji aku jadi arkitek dahlah. Aku mula dengan hobi aku.Swim. Simple je. Aku berenang di pool UiTM, lifeguard di situ suruh aku ambil test jadi lifeguard. Ok pass. Then suruh handle class.Ok pass. Then rasa macam nak amek license instructor, ok pass. Then dapat lebih banyak class. Ok pass.Dah kaya. Huhu.ok tipu je. 

Apa sebenarnya aku cuba nak sampaikan ialah, pada aku adalah menyedihkan jika seseorang itu refuse untuk belajar berenang hanya kerana dia pernah lemas, phobia pada air, takut dalam. Pada aku berenang itu sunnah, Rasullullah pun suruh ajar anak dengan 3 perkara. Menunggang kuda, memanah, dan berenang. Sebab semua itu umpama ilmu pertahanan diri especially ketika perang. Jadi bila aku mengajar, aku anggap itu adalah ilmu, aku ikhlas mengajar. Berenang bukan untuk saja-saja je. Berenang untuk keselamatan. Banjir-tak reti swim, lemas. Kapal karam-tak reti swim, lemas. Aeroplane crash kat laut-tak reti swim, lemas. Aku belajar swim mula-mula dulu pun dengan cara melihat bagaimana orang swim. Mungkin sedikit fast learner kot. huahua..

Aku memang bukan jenis nak marah-marah,buat muka masam , tengking-tengking bila mengajar. Duit tu aku tak kisah sangat.Duit boleh dicari. Kadang-kadang student nak belajar lebih masa aku ok je sebab dia nak belajar. Ada semangat nak belajar. Kalau sendiri taknak cuba aku memang tak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang orang berenang tepi-tepi aku ajar jelah sebab aku tengok dia nak belajar cuma tak tahu cara. Aku tak kisah. Itu semua ilmu.

Sebenarnya aku sedih. Betul tak tipu. Aku sedih bila baca paper ada berita tentang lemas. Selalu ada. Lemas sebab selamatkan kawan. Bapa lemas sebab selamatkan anak. Lemas. Lemas. Lemas. Aku sendiri lemas dengan berita macam ni. Aku rasa gagal untuk buat sesuatu pada masyarakat. Aku rasa kerajaan gagal mewujudkan kempen berenang untuk keselamatan sedangkan setiap tahun negara kita dilanda banjir.Asyik-asyik kempen jangan merokok tapi rokok dijual jugak? Mana logiknya? Yes I know, rokok=salah satu sumber ekonomi negara.


Setiap tahun kes lemas tak pernah berkurang. Tapi langkah kerajaan? NONE!  Kenapa tak jadikan renang sebagai kokurikulum atau subjek wajib di sekolah? Malu campur lelaki perempuan? Kata ni negara Islam, kenapa tak buat swimming pool asing lelaki dan perempuan? Sedangkan Perancis yang bukan negara Islam pun boleh wujudkan kolam asing lelaki dan perempuan. Kadang-kadang aku pun pelik. Malaysia=negara Islam, Berenang=sunnah nabi. Kolam di Malaysia= campur laki perempuan. Sebab tu ramai refuse untuk belajar berenang terutamanya wanita dewasa. Sebab malu. Swimming attire dahla tight kan? Tapi sekarang pun dah banyak swimsuit muslimah.  Bukan niat aku untuk memandang rendah orang lain. Cuma aku rasa kesedaran orang ramai tentang kepentingan renang adalah rendah.

Berenang memang merupakan satu bentuk sukan. Itu pada kamu. Pada aku berenang tak sama macam sukan lain. Ia lebih daripada itu.Kalau kecemasan masa naik bot nak pergi Pulau,katalah bot nak karam ni, bolehkah sukan badminton selamatkan kamu? bolehkah bowling selamatkan kamu? (seriously aku tak pandang rendah pada sukan lain sebab aku pun join sukan lain). Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?huhu..cakaplah nampak..

So adik-adik kakak-kakak abang-abang pak cik makcik yng comey lote ni, pergilah belajar berenang. Tak semestinya di pool, tapi kat sungai ke, laut ke, mana-mana lah yang sesuai. 

Nota kecil hari ini:
Aku teringin nak handle class renang bagi anak-anak yatim. Sebab aku yakin mereka takkan ada peluang untuk belajar berenang di kolam. Aku boleh jadi volunteer. yes, tanpa gaji. Cuma aku perlukan sponsor untuk pakaian renang mereka dan transportation. Itu aje. Tapi aku tak reti doh nak cari sponsor. Siapa ada idea? Atau siapa orang kaya kat sini nak sponsor? huahuaaa.. (orang kata lagi kaya lagi kedekut..)

Dalam apa-apa yang kita lakukan, hati kena ikhlas. Duit, duit jugak, hati dan niat kena betulkan dulu. Kadang-kadang rasa mudah je aku terima kelas baru.Sampai dah pack sangat jadual. Ingat nak rehat-rehat becuti sebulan dua ni. Tapi ternyata aku sentiasa gagal kalau berfikiran macam tu. Sebab ada je benda dalam kepala aku ni aku nak buat. Ada aje demand untuk swimming class sampai orang lain yang betugas di kolam  pun ada yang dah bising la jeles-jeles manja gitu sebab diorang pun nak handle class. Jadi aku terfikir mungkinkah keikhlasan dalam perkara yang kita lakukan membawa kepada murah rezeki? Untuk bulan ni mungkin aku boleh kumpul dalam RM2k atau lebih tanpa perlu bekerja hari-hari dan tak stress. Ini macam lebih banyak je berbanding kalau aku kerja kat firm nanti sebagai fresh graduate. Yaaaa,fikir-fikirkan dan selamat beramal~


21 comments:

  1. Iya sophie... Betul tu, lebih susah mengajar berenang dari belajar berenang... Ingat ikhlas. :)

    ReplyDelete
  2. nis suke niat sophie yg nak ajar anak2 yatim berenang kat kolam..

    semoga Allah mendengar.
    InsyaAllah suatu hari nanti kan..
    rezeki..

    all the best yaaa

    ReplyDelete
  3. thumbs up untuk entry ni! yana suka kak! nak btau, yana reti kuak lentang je.. heeeee.. kalau swim biasa tu kan, nanti tenggelam.. =)

    ReplyDelete
  4. nahh..entri ini.telus kan.



    my alter ego : yelah kak nak belajar berenang dah ni.

    ReplyDelete
  5. uncle memang dah tahu berenang sejak kecik lagi .. tapi tak tahulah tekniknya betul ke tidak. tetapi setakat ni belum lagi pernah tenggelam. hehe

    ReplyDelete
  6. argghh!!!
    ko buatkan aku nk pandai berenang cepat2..
    hahahaha

    ReplyDelete
  7. tak gheti berenang. huwahhwuahuwhauwhua. kal0 lolly lemas, s0phie selamatkan l0lly eh ? harharhar.

    yang, ada pers0nal fb tak ?

    ReplyDelete
  8. sophie..kite teringin nak belajar swim..seronok la kalau dapat swim..bule ajar kite? hehe...

    ReplyDelete
  9. echah sokong niat nak mengajar ank yatim tu dear...hope adelah yang sponsor ..

    ReplyDelete
  10. bagus lah sophie neh...;-) good gurl...

    ReplyDelete
  11. wahhhh baik gila sis , goodluck oke! :D

    ReplyDelete
  12. cyg..wat la terapi air untuk kanak2 istimewa... :)

    cikmas x pandai berenang..best nye kalo pandai mcm kamu.. :)

    ReplyDelete
  13. Bash: betul la Bash. kita berdua kena ingat benda tuh taw!

    Anisa: thanks dear.doa2kan lah ok..

    liyanaaziz: takpe, jangan pernah putus apa dik..

    ryann: hahah kakak ryann.. o go go kak!!! don't give up!! (^_^)V

    miss lolly: ade.dah bagi dah. Takpe, super sophie akan selamatkan kamu.huauha..

    Farhana fbulous: boleh ajeee.. =) janji kena dengan time table sophie.

    echah mahsuri: huhu.harap2 jugee..

    honeybunny: huhu..good girl? =B =B =B (gigi rabbit dah keluar)

    Amalina Jo: Baik? huhu..makasih.. time baik baik la..time rasa nak kenakan org pun keluar gak tanduk nih.muahaha..

    cikmas: bukanlah taknak.. cuma utk org biasa pun susah nak handle..inikan pula yg istimewa..kalau sy dilatih lebih lama mungkin boleh kot..

    ReplyDelete
  14. Sophie: macam best jer ble nadia tengok org berenang tapi sejujurnya nadia ni tak boleh lama-lama dalam air, trauma and rasa mcm nak lemas... kadang mandi gune shower pun nadia boleh gerun....huhuhu

    ReplyDelete
  15. saya sukakan air dan teringin nak belajar berenang. Seronok bila dapat main air.hehe

    ReplyDelete
  16. ajar aina berenang boleh ?

    tak reti lal..

    ReplyDelete
  17. anonymous: thanks yaaa..

    nadia: adesss..mandi kat shower boleh gerun? parah jgk tue..

    ReplyDelete
  18. saya juga suka berenang..n satu fact...berenang lagi cepat membakar kalori bebnding dengan berlari...ngee

    *asal tensen je harus carik pool tok swim..

    ReplyDelete
  19. Stuju ngn bab negara islam tu.. Tp swimming pool rata2 kebanyakannye bercampur laki n pmpn.. Why no separate?? Hehe, teremo plk.. Nice article.. Thumbs up..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.