Pages

Thursday, December 30, 2010

Monolog Dalaman Pelajar Architecture Macam Aku

Sebagai seorang lepasan pelajar senibina (architecture), sekali sekala ada perasaan nak berbicara soal architecture.


Aku tak tahu sama ada kamu tahu atau tak tahu.
Architecture pada aku..
Tough.
Memerlukan ketahanan mental dan fizikal.
Memerlukan stock nescafe atau kopi yang banyak.
Studio life.
Tidur, makan, hidup di studio.
Boleh tidur di mana-mana.Serious di mana-mana.
Aku pernah tertidur sewaktu memandu.
Yaaaa..sangat bahaya, termasuk lane sebelah yang arah bertentangan dan kena hon. Kalau aku tak terjaga sebab hon, memang terbabas dah aku.
Pernah tertidur di atas jalan sebelah sungai waktu camping Kesatria.
Boleh tidur di meja belajar berbantalkan lengan sampai pagi.
Boleh tidur nyenyak di atas lantai tanpa beralaskan tilam dan bantal.


Belajar Architecture pada aku..
Seperti menjadi doktor bangunan.
Bukan hanya bentuk yang kau perlu tahu.
Tapi structurenya ibarat tulang.
Servicesnya (air, electrical,etc) ibarat saluran darah,nadi.
Foundationnya ibarat kalau takde roboh lah bangunan. Sebab tu foundation kena korek dalam-dalam.


Architecture pada aku.
Bukan hanya design.
Ada orang pernah tanya aku "eh, korang belajar archi ada projek je kan?tak payahlah study untuk paper eh"
haptuihh! kau ingat takde subjek lain ke? DESIGN DESIGN DESIGN..
Construction, structure, architectural science, law.etc. kami kena belajar jugak.
Ada paper jugak.


Architecture pada aku.
Mungkin subjeknya tak sesusah belajar medic.
Tapi beban kerja..Susah aku nak huraikan.
Cukuplah kalau aku kata kalau di rumah sewa aku,
housemate course lain lepas balik kuliah boleh duduk rumah, sambung tengok tv.masak-masak, sembang-sembang gosip segala.
Tapi aku, balik, siapkan diri, ke studio. design. pikir design, lukis-lukis, masuk dalam software. Entah, kadang-kadang tidur pun tak sempat. Itu baru subjek Design, belum lagi pikir subjek lain yang ada assignment jugak.
Bila tutorial dengan lecturer, tak lulus konsep, hampa.
Bila hampa.tidur berbantalkan lengan konon-konon layan blues lagi best.


Architecture pada aku..
Aku anggap diri aku kuat semangat kot.
Sebab selama 8 sem aku belajar,
dah 5,6 orang dismiss @ quit.
Dan semuanya lelaki. LELAKI.
Original batch aku ada dalam 30 orang SAHAJA.
Perempuan 10 orang. Tapi dalam 10 orang ni, tak silap aku 6 orang yang habis belajar on time.
Jadi aku sebagai perempuan rasa dah cukup bersyukur sebab aku tabah (yelah kot)
untuk hadapi semuanya.
Aku terlalu bersyukur aku lulus semua subjek selama aku belajar.
Takpe tak dapat dekan pun. Yang penting aku dapat grad on time.


Architecture pada aku.
Telah mengajar aku erti setiakawan.
Telah mengajar aku erti pengorbanan.
Telah mengajar aku erti penat yang betul-betul penat.
Telah mengajarku menjadi seorang survivor.
Telah menjadikan aku seorang yang berdikari
Telah menjadikan aku bukan seperti gadis tipikal.
Mungkin menjadikan aku tak kuat merungut.Tak banyak songeh mungkin.
Sebab macam yang aku pernah katakan, kalau apa-apa jadi dalam hidup aku, aku layannn aje.




Architecture pada aku.
Sebenarnya ada waktunya aku hampir give up. putus asa. Hampir menyerah.
Tapi aku muhasabah diri.
Aku meletakkan kembali diri aku beberapa tahun lalu ketika aku ke temuduga sebanyak dua kali untuk masuk course ni.
Sebab aku betul-betul mahu. Aku masuk lambat satu sem berbanding kawan sebaya.
Tapi takpe. Allah Maha Besar.
Lepas SPM aku terus dapat degree, takde diploma, takde foundation, takde matrik.
Fresh from oven (SPM).


Architecture pada aku,
Ada yang pernah nasihatkan aku.
"If you can live with architecture, you are really strong" (lecturer yang cakap)
"Architects are smart people" (yekehh? mungkin bukan aku kot)
"Architects were given the talent to create spaces which can make people feel the different emotions in each atmospheres" (macam, ye toilet sempit so rasa ada privasi nak berak wutsoever. Galleri-luas, tinggi,lapang so rasa tenang aje nak tengok pameran.Something like that-SPACE )


belajar architecture pada aku,
Yes, junior akan selalunya mengeluh, penat, tak larat, rasa nak give up segala.
Aku tahu sebab aku pernah laluinya.
Tapi percayalah cakap aku.
Semua itu yang akan menjadikan kau seorang survivor dalam hidup kau.
Kau takkan mudah cakap tidak pada cabaran.
Kau takkan dengan mudah diperlekehkan.
Walau pada luaran kau mungkin seorang yang lemah lembut,
tapi hakikatnya kau tabah. Lebih tabah dari yang kau kenali diri kau.
Setitis air mata tak mungkin mengalir.
Tapi sebenarnya aku dah sebesen gak la.

So kesimpulannya,
Kalau orang tanya architecture tu senang tak?
Aku akan honestly senyum dan cakap "try lah kalau nak tahu.."
Ok aku pentipu. Aku akan honestly cakap "tak"
Kalau kau rasa kau seorang perempuan yang pentingkan penjagaan diri yang rapi 24 jam,
Membelek muka setiap kali nampak cermin.atau setiap 10 minit nak belek muka.
berserta beauty sleep cukup 8 jam setiap hari,
dan sentiasa mengharapkan orang lain untuk kerja-kerja berat,
Then architecture bukanlah untuk kau.




Nota kecil hari Ini :


Ok, aku tujukan entri ni khas buat yang mungkin junior aku, mungkin yang ada cita-cita nak jadi arkitek, yang nak belajar course ni ke. Yelah, aku jarang sikit nak cerita pasal Architecture. So siapa yang ada cita-cita sama macam aku ni, bersedia ajelah dan layan ajelah. Pandai-pandai lah pilih kawan sewaktu belajar. Kawan bukan untuk kau rasa bangga berkawan sebab dia cantik ke apa. Tapi kawan yang sama-sama bersama kau di waktu susah dan senang. Kawan untuk sama-sama rasa penat dan apabila dapat tidur akan mengalirkan air liur basi dan berdengkur. Hahahaaahahahahaahahahahahahah.. Sumpah buruk perangai.

p/s: teringat bila dah habis projek, akibat dah biasa hidup busy, jadi tak tahu nak buat apa. Aku dan geng aku baring di rumah sewa dekat dengan dinding. Kaki akan dinaikkan 90 darjah ke atas kat dinding. Tangan dua-dua di belakang kepala. Sambil termenung tak tahu nak buat apa. Then tergelak. Entah apa yang kelakar tapi bagi kami kelakar sebab macam mati akal tak tahu nak buat apa.

p/s/s: aku tahu ni entri panjang. Aku tak tujukan pada yang tak berminat nak baca.  =B

17 comments:

  1. betul2. i also went through the same thing., tgk budak course lain senang je kan.. boleh berharap j la bila nk hbis azab blajar aki ni. hehe

    ReplyDelete
  2. betol betol betol !!!! dla pernah alami ape yg sophie alami..sebab blaja archi la dla jd gian nescafe..serius penat blaja archi, serius x ckp tido..serius xde ms nak layan cite..jd burung hantu mlm2 sbb nak siapakn design..rindu lak saat2 itu sophie..dla rs sophie lg tough dr dla kot..congrats dear :)

    ReplyDelete
  3. Agree every words and every line kat post ni! Suka! :D

    Good luck eh kak sophie. Akk mmg tabah ;D

    ReplyDelete
  4. loike this entry damn much
    skang aku tahu apa itu architecture
    tak pernah tahu sebab xde member and kerabat family amek archi

    btw, good luck kak
    u are very strong
    :)

    ReplyDelete
  5. Huhu.Dunia belajar dgn dunia kerja sgtlah lain!If u're tough during ur study life insya-Allah u'll survive during working life.

    Architecture is not only DESIGN DESIGN DESIGN..
    But DESIGN= Solving Problems = Helping People to have a better home & shelter.
    All da best..^_^

    ReplyDelete
  6. lagi lagi bile cuti, sumpah tak tau nak buat ape sebab dah biase busy =.="

    ReplyDelete
  7. Sophie, bash faham macamana bznya budak2 architecture... Abang bash pun kalau balik rumah mmg xlepak2, asyik buat kerja je... Dia slalu gak cite ada paper Design susah gila... Tahniah sophie sebab berjaya grad on time! :D

    ReplyDelete
  8. sis terus degree?! fuyooo! ni mesti spm terbaik ni pape goodluck ye sis :D

    ReplyDelete
  9. oh..tough eh??sis,,,rse nk amek sjil senibina kt kolej komuniti jew..ley bg opinion sket x??

    ReplyDelete
  10. huyy..takutnye dga...
    thnx kak..
    hope entry akak ni bole jd inspiration utk sy :)

    ReplyDelete
  11. kalau saya berjaya jadi engineer nanti, kita kerja sama2 nak. heheheheheh! lama lagi lah nak tunggu sy!

    ReplyDelete
  12. justbeah: huhu. takpe, kalau minat mmg kena sabar.

    cik EPAL: insyaAllah laaa..kalu sambung blajar.

    dLA : eh lg tough? haha..same je kot.. a ah mmg rindu bile dah habis nie.. =(

    twinkle twinkle: hekhek..yeke?? unik tu tak tahu laa..tp bg sophie agak special dan lain dari yg lain la..

    El Soraya: agree every words and every line? haha.thanks a lot. study well ya soraya.

    inipaencomot: hoho..berguna juga entry ni yer..

    airaniez wirdani : insyaAllah. sebenarnya tak bersedia lagi tp, i'll try my best no matter what =)

    hazirahamzah : tula.oii cuti gi blajar masak lah hazirah.. =p

    Bash: a ahhh..sama la.kalu Sophie balik rumah pn macam tu jgk.

    ReplyDelete
  13. Amalina Jo: a ah trus degree. eh taklah. UiTM naik taraf course archi dari diploma naik jd degree. yg degree jd master.

    Rara Farah: hurmm..yg tu kena hati2.. sbb takut takde accreditation.

    geegee: hahah.takut? xde benda laaa..dah alami mesti rasa mcam ok2 aje..

    miss sakura: kerja sama2? hahaha..boleh2.. =)

    ReplyDelete
  14. soklan yg slalu di tnye oleh 'mereka'
    nice one k.sophie~!
    bleyh print ni then wt skema jawapan utk soklan cepuk cemas itu~ Papp!! tampal kt dahi! -.-" hee =P

    -bdk yg agk owez kuar msuk studio part8 dok kacau apam n dak geng2 studio.
    "(n_n)v

    ReplyDelete
  15. ARKITEK FIRM DI KOTA BHARU
    MEMERLUKAN INDIVIDU BERKELAYAKAN DALAM BIDANG SENIBINA SEBAGAI PEMBANTU ARKITEK.
    BERKEBOLEHAN MENYEDIAKAN LUKISAN REKABENTUK DAN LUKISAN KERJA BANGUNAN.
    KEBOLEHAN KOMPUTER – MAHIR MENGGUNAKAN PERISIAN AUTOCAD, REKABENTUK 3D & GRAFIK.

    UNTUK TEMUDUGA SILA HUBUNGI 013-9330704 / 019-9396099 (NO SMS)

    ReplyDelete
  16. Kalau kau rasa kau seorang perempuan yang pentingkan penjagaan diri yang rapi 24 jam,
    Membelek muka setiap kali nampak cermin.atau setiap 10 minit nak belek muka.
    berserta beauty sleep cukup 8 jam setiap hari,
    dan sentiasa mengharapkan orang lain untuk kerja-kerja berat,
    Then architecture bukanlah untuk kau.


    huwaaa saya budak architecture jugak..saya rasa kos ni x sesuai dgn saya.. :( dah terlajak ambil
    :(

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.