Pages

Thursday, September 9, 2010

Mari Pakai Tudung Seminit!

Salam semua kepada readers tak kira dari ceruk mana anda berada. Serta kawan-kawanku sendiri yang rajin berkunjung dan tak pernah berkunjung sebelum ini. (ooooOo..aku ingatkan korang tak tahu aku ada belog tapi sebenarnya korang rajin singgah eh.Bila kita jumpa nak bukak cerita pasal entri-entri aku la eh...) Anyway,tetap trimasss!!

So harini aku nak bercakap tentang tudung seminit. Kenapa seminit? Sebab memang ekspress! Tak sampai seminit dah siap pakai. Alaaa..tudung sarung tu.Yang kain cotton tu. Aku teruja beb! Sebab first time beli tudung macam ni. Selalunya kalau beli selendang mesti nak kena lilit-lilit. Payahhh..amek masa.Aku punya lifestyle pulak selalu rushing sana sini.Mana sempat beb nak melilit-lilit, nak kasi kemas lagi,pin sana sini. (aku tahu,nak cantik memang perlukan pengorbanan kan? kikiki..) Dengan halaju aku berjalan 50km/jam mesti terbang-terbang dah kan selendang lilitan aku tuh. Arhhh,takde masa lah..

Haaa..jadi aku nak tunjuk tudung seminit yang aku beli di kedai Bellamar di Seksyen 7 dekat dengan Wisma Jakel.(dpan kedai Upin Ipin)Lain kali aku nak beli lagi.Banyak-banyk warna sikit. Harga RM20 (apakah aku promosi tanpa dapat komisyen apa-apa dari Bellamar ni?? huh takpe,pahala di bulan Ramadhan.aku sedekah)---> kalau tak poyo memang tak sah.hihihi..

Jeng jengggg..ha ni lah dia tudung seminit tu. Chop, tudung seminit tu bukan brand dia seperti Tudung Seminit (dalam kata nama khas tu dengan sebutan ala-ala Yusof Taiyyyooooob) atau macam Tudung Ekin ke apa. Ni ialah tudung seminit (kata nama am) ok,paham tak?

Aku nak bagitahu lagi, aku rasa tudung ni bukan sahaja ekspress,malahan pula nampak kemas.Kalau nak beriadah ke atau nak buat aktiviti santai memang sesuai lah! ok,dah habis.



eh chop! masa ni keluar dengan adik aku ,tengok wayang.Waktu dalam panggung sebelum orang ramai datang sempat snap gambar dengan adik. Gelap kan jadi gambar tak clear.

Cuba zoom kat gigi dan mata aku.Macam vampire tak? Tiba-tiba gigi aku macam ada taring panjang.kikiki..dengan mata macam tuh.Aiyooo! Mentang-mentanglah pergi tengok Vampire Sucks.



Nota Kecil Hari Ini :
Tak perlu lah tengok cerita Vampire Suks tu yer tawan-tawan. Aku memang tahu cerita tu annoying (tengok trailer dah tahu)tapi sebab adik nak tengok aku temankan ajelaaa (ceh alasannnn.). Lepas tuh dia nak bambu-bambu pulak tak suka cerita tuh.Hahahaha...(tulaaa,sebenarnya mak aku marah sebab gi tengok wayang time bulan puasa..lalalala..)

5 comments:

  1. wahhh...memg bestkn pakai tudg seminit....sng jadi...sophie cntk~~

    ReplyDelete
  2. hihi..mmg sng pki tdg syria ni..tp kebanyakan lelaki xsuke tgk perempuan pki tdg cni..stress kan

    ReplyDelete
  3. mmg senang.
    kak sophie..
    camne akk buat header blog 2?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.