Pages

Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 5)

7. Internship. Kalau praktikal buleh dikira kerja tak? Hehehe.. Aku kerja di sebuah firm arkitek di Subang Jaya. Well, tak banyak yang boleh aku ceritakan sebab sekejap aje. Pendek kata kena buat detail drawing macam detail tangga, connection, buat pembetulan pada drawings,key in site dan lain-lain.Tapi buat drawing pakai software la. Firm ni besar dan cantik. Kerja pun macam orang gila. Kat sini aku selalu nampak arkitek-arkitek dia berlari-lari, terkejar-kejar angkat fon, nak jumpe client. Kalau client nak tengok drawing esok maknanya esoklah.. memang lepas tu kena bawak toiletries sekali mandi kat office. Banyak juga projek dari luar negara macam China, Jepun, Dubai. Tapi sekarang Dubai dah bankrap.hehe..

 Kat office ni boleh kira macam One Malaysia jugaklah.Sebab ada orang Melayu,Cina dan India,dan lain-lain.Lengkap.Aku kalau boleh nak cari firm macam ni nanti bila nak kerja. Bila campur,aku rasa lebih semangat untuk buat kerja.Sebab yelaaaa,malula kat kaum lain kalau malas-malas.Dahla orang Melayu selalu dikaitkan dengan sikap malas dan hasad dengki.

 
*Cantik tak office tempat aku kerja ni? Office ni ada beberapa department.Architecture,Interior Design dengan apa eh lupa pulak.sory..*



aku saja buat muka ketat padahal nak tergelak sebab mereka buat..

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 4)

5. Kerja catering.Masa ni dah kat UiTM dah. Macam mana entah aku boleh terlibat dengan kerja ni. Ada kawan yang ajak. Aku follow jela. Tengok tempat la.Kalau hotel lebih sikit bayaran. Minimum pun sehari dapat RM50. Penat weh.. Sumpah penat.. Penat gilaaa. Okey kesimpulannya memang penat la. Sebab berat tau nak angkat pinggan mangkuk dulang-dulang semua tu.Bukan dibuat dari plastic. Kaca berat tuh dengan dulang besi berat.

Seorang jaga 1 meja atau lagi teruk dua meja. Nak kena ulang alik dari belakang tempat persediaan makanan ke meja dalam dewan. Kadang-kadang tak sempat nak serve pemanis mulut pun sebab laju sengat mereka nih makan. Lepas tetamu makan kena angkat pinggan mangkuk dia.Air habis kena isi. Kalau meja dekat dengan kithen senang lagi. Kalau dapat paling hujung atau tengah-tengah? Rasa macam nak buat-buat pengsan pastu balik aje. Pendek kata kerja ni lebih sesuai untuk lelaki la. Kederat lelaki ni lebih besar.

 
*bukti nih aku kerja catering.Kat SACC Convention Centre.Kerja bersama rakan-rakan seperjuangan cari duit lebih dan pengalaman.*

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 3)


4. Lepas penat kerja kat BK dengan gaji yang tak berpatutan (fast food memang tak berpatutan kot gaji dia), aku tukar kerja. Aku kerja di kedai berhampiran.Kedai kek Bee’s Cafe..ala,yang logo dia warna ungu tu. Memang, kedai makanan buatkan aku bertambah berat badan sangat mendadak yer kawan-kawan. Yang bestnya kedai kek ni, kitchen ada tapi dah tak digunakan. Semua bun dan kek dihantar dari kilang. Tinggal angkat dan susun. Relax sikit la kerja ni.

Yang menariknya disini, kan ada jual kek, lepastu customer mesti nak tulis wish kat atas kek kan? Haaa...ingat senang ke nak tulis tu? Kena ada kemahiran taw.  Dia macam kertas bulat, kena buat bentuk kon, masukkan butter warna merah tu dan tulis dengan daya yang berbeza dengan tulis pakai pensil. Sebab kena tekan pakai ibu jari.

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 2)



3) Kerja ketiga kat Burger King,Taipan (tapi sekarang dah gulung tikar) Kerja ni memang banyak beri aku pengalaman hidup. Betol tak tipu. Dari sini aku jadi observer. Aku observe macam mana sebuah restoran makanan segera beroperasi. Penat, memang penat. Di sini aku dah nampak dah dunia luar.

Ada pekerja yang kaki clubbing, kaki perempuan,kaki lelaki, ada sugar daddy, ada mulut jahat. Ada yang baik. Ada yang dengki dengan aku sampai fitnah aku ada pape dengan manager. Tapi ramai jugak yang suka lepak dengan aku especially yang lebih tua dari aku. Mereka kata mereka senang dengan aku. Aku reti hormat orang. Ada yang kaki perempuan sampai buat aku rasa meremang pun ada. Dia cakap :


Monday, August 30, 2010

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 1)

Aku memang tak boleh duduk diam. Jangan harap aku nak duduk rumah aje selama beberapa bulan lepas SPM.  Sebab aku tak boleh hidup dengan rasa bosan. Aku taknak rasa bosan dalam hidup aku. Jadi aku cari lah kerja. Jom review apa kerja aku dah buat sebelum aku di tempat aku sekarang ni (student je pun sekarang..lagak macam dah jadi arkitek berjaya je..)


Chop! Ini entry panjang.Sebab itu aku bahagi-bahagikan walaupun aku tak pasti apa keberkesanannya..huhu.. (-_-") Sila baca dengan penuh kesabaran atau tak payah baca terus kalau memang malas.hahaha..
1)      Kerja first aku ialah di Kedai Kacamata / Optometrist. Aku jadi pembantu kat situ. Bila sampai aku kena sapu sampah, lap cermin mata yang banyak-banyak tu satu persatu (bapak banyak tahu tak?). Kedai tu kecik aje. Macam half kedai. Ade bos Cina aku, bini dia, & anak perempuan dia yang kecik lagi banyak cakap. Sesuai lah tu bile jumpe aku yang kuat bebel nih.


Dari kerja tu aku mengenal jenama-jenama spek yang ada di pasaran, dari spek untuk yang rabun hinggalah spek untuk bermacho-machoan. Rayban, Police,Bomba (ni aku tipu) Playboy ade,Playgirl takde, zero-X, Nike, macam-macam lagi.  Aku sedikit sebanyak tahu apa beza Astigmatisme dengan rabun lain, aku tahu apa itu spec yang berpolaroid, apa itu multi-focal.


Sambil aku lap-lap spec juga aku usha bentuknya, aku bayangkan spec tu sesuai untuk bentuk muka macam mana.  Pelanggan selalu beli spec yang aku promotekan berbanding yang bos promotekan.  Sebab tu bila aku dah masuk belajar pun dia still offer nak kerja part-time lagi tak dengan dia. Lagi satu, kalau aku nak beli spec  atau contact lens, bos akan bagi murah. Lagi, nak repair spec yang sikit-sikit, free. Ni lah kebaikannya kalau baik dengan majikan.


2)      Kerja kedua aku kat butik. Tapi sekejap aje lah seminggu macam tu. Ni butik bini bos optometrist tadi. Dia mintak aku jagakan kedai dia kat Summit. Sumpah kerja ni memang yang paling bosan. Sebab aku rasa baju dia tak best kot. Kuikuikui.. nak dapat inspirasi pun susah.

 

*seriously butik tu opposite giler dengan butik dalam gambar nih.hehe..*

Sunday, August 29, 2010

Tak Perlu Pakai Seksi Jika Anda Arkitek.

Okey,orang lain jangan sakit hati.hehe.. Hurm,untuk menjadi arkitek..aku target kurang dari 5 tahun aku sepatutnya dah jadi arkitek.Sekarang pun dah sem akhir.Doa-doa lah..Aminnnn.....Nanti sesiapa nak design rumah impian ke resort ke tandas ke,rumah kucing,rumah cacing ke boleh la cari I yerrr..

Tahniah! Anda Lebih Cantik Daripada Megan Fox.

Kadang-kadang aku yang perempuan ni pun rasa macam nak ternganga tengok kecantikan artis-artis hollywood nih.Ada yang cantik jelita, berwajah sexay, muka macam barbie doll. Tapi apa gunanya kalau kecantikn tu hanya plastik semata-mata? Antara yang paling ketara ialah Megan Fox.Mati-mati aku hingatkan dia super-howt. Tapiiii...hurmmm..korang nilai lah sendiri gambar sebelum dan selepas nih..

*patutla aku rasa macam tak logik aje muka dia macam perfect semacam*

Jom review lagi antara artis hollywood yang memakai khidmat pembedahan pelastik nih. Macam takde kerja je kan aku ni menggoogle search mereka nih..Hihihihihi...

*walaupun aku rasa rancangan "My New BFF" Paris Hilton nih antara rancangan yang terbodoh pernah aku tengok(padahal tengok jugak..) tapi aku tetap suka usha handbag brand Paris Hilton dan aku suka perfume Paris Hilton.

*AKU BENCI KAU EDWARD CULLEN.KAU MEROBEK HATIKU SELEPAS AKU TERLIHAT GAMBAR TERLEBIH KACAK KAU INI. T_T   *

Sekarang jom review gambar pelakon yang dah tua dan menemui kegagalan dengan pembedahan plastik mereka setelah beberapa tahun..
*cuba bayangkan jika beliau masih beraksi di dalam Baywatch. Mesti korang rasa macam nak tukar channel cepat-cepat kan?atau kalau dalam situasi sebenar orang pun nak elak dari jadi mangsa lemas*

*p/s: INI BUKAN HANTU @ BADUT SARKIS.




Nota Kecil Hari Ini :

Bersyukur aje dengan apa yang kita ada. (^_^) Tak payah stresskan diri sendiri.Gunalah cara yang lebih sihat. Ohya, tajuk entri ni untuk menyedapkan hati anda(jika anda perempuan).Lelaki nak rasa cantik pun boleyyy~  ;p

 
PEACEEEEE!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Banyak masalah, ujian Tuhan?

Kadang-kadang banyak betul masalah orang yang aku terbaca atau dengar orang bercerita. Aku kadang-kadang tak boleh terima bila orang yang ada masalah tu cakap “Nak buat macam mana, nilah dugaan untuk aku.Allah tak uji kalau dia tak sayang” Macam annoying betul alasan tu.Memang,tak dinafikan setiap dari kita ada Qada’ dan Qadarnye. Tapi bila masalah itu sebenarnya boleh dielakkan dari awal, kenapa tak elak? Bila dah teruk nak cakap tu ujian Tuhan la?Banyak cantik jelita muka kau!

Contoh 1

Perempuan yang tersangkut dengan lelaki orang. Lepas tu gundah gulana sebab bini first tak restu nak dimadukan. Kemudian kecewa bukan kepalang sampai nak bunuh diri (aku hiperbola je bab nak bunuh diri ni..)

Pendapat aku : Kalau awal-awal dah tahu orang tu suami orang, kenapa nak rapat-rapat lagi..nape nak bercinta?kamu suka ke perempuan lain rapat dengan laki kamu? Mesti tak suka kan. Tak baik kacau rumahtangga orang taw. Contoh: dulu aku ada berkawan dengan seorang laki ni.Dia masih nak kontek-kontek aku walaupun dia baru kahwin.Mintak number baru aku,alamat la. Tapi sebagai seorang perempuan,aku paham apa perasaan bini dia.Jadi aku lost contact aje dengan lelaki tu.Lagipun aku rasa tak rugi lost contact dengan orang yang ada unsur-unsur miang ni.

Contoh 2

“Saya terpregnant.Lepas bagitahu bf saya,dia tinggalkan saya dan taknak bertanggugjawab.Saya rasa malu sangat,keluarga halau saya.Sekarang saya terpaksa buang baby dalam perut ni.Hidup saya memang banyak dugaan kan..?”

Pendapat aku : Sepatutnya dari awal lagi kau fikir sedalam-dalamnya,lelaki yang sentuh kau sebelum kahwin bermaksud laki tu apa? Mestilah dia cuma mahukan seks dari kau.Lelaki yang betul-betul baik takkan sentuh kita sebelum kahwin dan tolong sama menjaga kehormatan kita.

Contoh 3

“Saya sedih sangat.Dah berapa kali dia bawak perempuan lain balik rumah.(sambil nangis-nangis).Tapi dia taknak mengaku walaupun saya ada bukti dan saksi.Tapi saya masih sayangkan dia.Saya nak go on jugak dengan dia walau apa pun jadi.Takpe,ni dugaan Tuhan”

Pendapat aku : Ada jugak orang bengap macam ni.Haisyh tepuk dahi dengan orang macam ni.Bila suruh tinggalkan taknak pulak.

Contoh 4 dan contoh seterusnya : bolehlah ditafsir sendiri berdasarkan orang sekeliling,atau baca ruangan masalah dalam akhbar,majalah dan lain-lain.


Banyak masalah yang kita boleh elakkan sebenarnya.Dalam hidup ni kita kena bijak buat percaturan.Kalau dah tahu jalan yang kita ambil tu akan membawa kepada keburukan dan permasalahan, jangan lah ikut aje. Tanpa kita sedar,kita sendiri yang wujudkan masalah pada diri kita. Lepas tu nak anggap itu dugaan Tuhan.Jangan lah begitu. Cermin dulu sikap kita,pemikiran kita,cara kita handle life kita.

Bila Dianiaya,Perlukah memaafkan?

Bila bulan Ramadhan ni aku teringat Ramadhan yang lepas.

Apa agaknya perasaan anda bila hasil kerja @ projek anda, yang anda lukis sendiri,, dengan bersengkang mata tak tidur beberapa malam,mengambil masa dalam seminggu nak disiapkan,dan  kemudian ada orang membuat onar,menjadikan lukisan-lukisan anda sebagai alas makan untuk berbuka puasa?

Yer,aku berada dalam situasi tu dulu. Aku jarang balik rumah sewa kerana aku lebih suka buat kerja di studio. Aku tak mahu kacau orang lain dengan alat-alat buat kerja yang nanti bersepah,akan mengacau budak course lain nak study.Aku concern dengan keselesaan orang lain.

Tapi bila disebalik kepenatan itu ketika aku balik rumah,aku terlihat seorang perempuan godek-godek drawings dalam kotak hak milik aku.. Aku tanya dia buat apa.Dengan innocentnya menjawab "eh,u guna ke drawings ni?si A cakap u dah tak guna dah..kitorang pakai buat alas makan untuk berbuka puasa." Apa yang mampu aku lakukan ketika itu?

.Penat,pasrah,marah,terkejut,speechless. Macam shitt! Walaupun aku dengar ramai antara mereka yang selalu dapat Anugerah Dekan,tapi aku rasakan mereka lah makhluk yang paling bodoh. Takkan tak boleh pikir nak alas pakai surat khabar lama kot?

tak pernah ada orang tanya aku lukisan tu nak guna dah ke taknak.Susah sangat ke nak tanya? Paling senang macam ni la : kalau barang tu bukan hak kau,jangan sentuh la! Aku tak kacau barang kau,kau jangan la kacau barang aku.

Dalam banyak-banyak perkara buruk yang berlaku dalam hidup aku,peristiwa ni antara yang paling terkesan dalam hati aku. Apa gunanya memaafkan jika hati tak dapat melupakan? kau ingat senang ke nak design stand alone spa? nak design food market? aku bukannya arkitek yang dalam masa seminggu boleh siapkan design.Aku masih seorang student di mana proses untuk design tu ambil masa 2,3 bulan. Dan hasil tangan aku melukis di atas kertas saiz A0 yang banyak-banyak tanpa soft copy tu KORANG BOLEH BUAT ALAS MAKAN DI BULAN RAMADHAN PULAK TU?? terbaik!Clap2~ (chop saiz A0 tu tahu besar mana? 16x saiz A4 ok..)

Tak lama lepas tu aku pindah.Housemate baru lebih selesa.Pembersih,baik,tak kecoh, concern. Tak kisah aku nak berpakaian macam mana,takkan tengok macam pelik bila aku nak bersolek sikit ke kelas.Takkan cakap "eleh,nak tarik perhatian orang lah tu.."

Aku bukan seorang pendendam.Kalau aku pendendam dari awal lagi aku dah rompak korang punya laptop segala sebab sampai sekarang aku masih ada kunci rumah dan bilik tu. Cuma aku bukan jenis yang suka aniaya orang.Jadi bila orang aniaya aku,aku terkilan.Tambah lagi dalam portfolio aku,takde gambar hasil kerja projek yang korang dah buang tu.Aku dah nak grad nih.Nak cari kerja nanti.

Jadi untuk itu,aku mahu ingatkan bahawa doa orang-orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan. Aku takkan berdoa yang pelik-pelik untuk korang. Tapi kalau satu hari nanti korang rasa teraniaya,terima kesusahan ingatlah balik dari mana kesusahan itu datang.Kerana Allah itu Maha Adil.

Hari Aku Menjadi Staff UiTM Shah Alam!

Haaa..korang baca betul-betul ehh tajuk di atas. Ada rasa macam tipu tak? Sumpah aku tak tipu. Aku benar-benar nih jadi staf. Kalau jadi staf UiTM korang tahu tak apa maknanya? kad staf tu boleh lepas masuk mana-mana palang oii..Dengan keluasan UiTM Shah Alam yang merangkumi seluruh seksyen 1 ni, dengan siap berbukit bukaunya..aku dah tak payah risau nak parking kat mana. Aku tak perlu naik tangga kat Blok D FSPU yang sama tinggi dengan bangunan 5 tingkat,lepas tu kena naik lagi tangga dan bukit untuk sampai ke kelas di Tingkat 5 atau studio.Aku tak perlu parking kat padang kawad lepas tu jalan pergi fakulti.Aku tak perlu melalui pak guard kerek yang selalu tak bagi naik walaupun sekejap SEBAB NAK AMEK FILE AJE OKEYYY..
Aku tak perlu risau pak guard akan clamp atau saman kereta aku kalau nak parking mana-mana..

Ceritanya begini..

Aku terima number staff dua minggu lepas,baru berkesempatan nak buat sticker kereta staf semalam. Oh bila jadi staf aku dilayan jauh lebih baik berbanding student.Nak buat sticker tu serahkan surat yang aku ada number staf,lepas tu terus dapat sticker & tak payah bayar.Pekerja pun cakap baik-baik,takde nak kerek-kerek.

Masa nak tampal sticker kat kereta hati  penuh riang nyanyi "lalalalalalalala.." sambil rasa nak menitik air mata. tsk..tsk..

Lepas tu kena pergi menara buat kad staf. Lif nak pergi tingkat 6 rosak? aku nak sampai tingkat 1 pun kena panjat bukit (owh UiTM kenapa lah kau ni terletak kat atas bukit..) Lagi nak naik tangga sampai tingkat 6? puasa pulak tu.. tapi aku bersyukur.Sekali pergi terus siap kad staff aku tu.Muka siap berminyak-minyak,tudung comot momot.Abang tu siap tanya lepas amek gambar..

"nak amek lagi sekali ke ni dik?"

"eh takpelaa..tak payah susah-susah bang.." (dalam hati: huh! buruk sangat ke gambar aku tadi?)

Bila dah siap aku teruja gilaaaa ahhh dapat kad staff tuh.Turun tangga siap nyanyi-nyanyi lagi.."lalalalalaaa..." tengah jalan siap senyum sorang-sorang pulak tuh sekali "kecepekkkkk~!!!" aku tergelincir! (aaaaaAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaa~ malunyaaa akuuuu!!!) tulaa,suka sangat pergi mana-mana pakai seliper Jepun.Nasib tak ramai orang waktu tuh.Lantai basah & seliper aku dah haus.

Lepas tu aku ke Pejabat Fasiliti pulak nak validate kad staff aku tu supaya aku boleh melepasi mana-mana palang. Bapak senang lah..isi borang ajeee.. (-_-") lepas 2 hari dah boleh guna. 

*huahuahuaaaa....jangan jeles yer tawan-tawan semuaaaa..*



Nota Kecil Hari Ini:
1.Kalau ada yang tertanya-tanya macam mana aku boleh dapat number staf,tidak..aku tak rasuah sesiapa. Aku bekerja part time untuk UiTM .
2.Hati lebih lega dan sangat lega sebab aku boleh parking mana-mana yang aku suka tanpa perlu risau.
3.Aku sangat sengal kerana kad dan stiker  ini sebenarnya aku boleh dapat 2 tahun lepas.Sekarang aku di sem akhir pengajian.Sekian,terima kasih.. T_T  (hidup ini memang indah kan..)

Thursday, August 26, 2010

Tiru Macam Saya-Minumlah Banyak Air Untuk Kurangkan Jerawat!

CROMPROOF
Minum lah banyak air untuk kurangkan jerawat!
Dulu muka aku teruk.Banyak sangat jerawat.Siap merah-merah lagi  jerawat tu.Memang ketara nampak la jerawat tu. Kalau kat sekolah,siap kena perli dengan kawan-kawan.Kawan lelaki pulak tu.Macam-macam pencuci muka aku cuba,tapi jerawat masih sama. Bila masuk university tu ade lah kurang.Tapi still merah-merah lagi. Sekarang jerawat tu macam dah tak tumbuh sangat.Yang tinggal cuma parut-parut.(yer aku berani mengaku kulitku tidak flawless dan aku tak edit gambar nak pudarkan parut ke apa keh) Ramai kawan sekolah yang tegur.
“Eh, kau nampak lain la sekarang,lagi berseri,jerawat pun macam dah hilang” (fuhh kembang kempis hidung kena puji)
Ada jugak yang tanya macam nih..
“wehh!! Mana jerawat kau pergi?” (rasa macam nak jawab..”dia pergi Bangla..” aje..)
Aku pun jenuh pikir kenapa eh jerawat aku boleh kurang dan kulit jadi lebih bermaya padahal terang-terang selalu tak cukup tidur. Pencuci muka?bukan kot..sebab dari dulu pun aku cuci muka tapi muka masih banyak jerawat batu.Bila aku tengah dahaga ni baru aku teringat.
AIR !!!!!!!
Aku tak sedar sejak bila aku mula rajin minum air.Yang penting sejak masuk U la. Mungkin sebab penat naik turun tangga,kehulur-kehilir,jadi air tu memang peneman setia la. Sekarang air putih memang bestfriend.Tapi aku tak minat yang sejuk.suka yang biasa aje. Bangun tidur terus minum at least 2 gelas.Sebelum tidur at least segelas. Kalau pergi kelas harus bawak botol air 1.5 liter tuh.Setiap hari mesti habis lak tuh.Kadang-kadang sampai  tak cukup.
Kita sedia maklum air bagus untuk badan.Tapi kali ni aku nak kaitkan dengan kulit. Air bagus untuk buang toksin dalam badan.Dengan mengeluarkan toksin dari badan,air boleh membuatkan kulit kita  lebih cantik, halus dan awet muda.Haaaa,jangan tak percaya! Ada orang ingat aku 2,3 tahun lebih muda.Dulu 2,3 tahun lebih tua.Haaa,penangan minum banyak air. Percayalah, tiada apa yang dapat menjadikan kulit anda lebih cantik dengan cara paling murah selain minum air yang cukup.
Sekarang bila kurang minum air aje bibir cepat kering lebih-lebih lagi bulan puasa ni.Sebab badan dah biasa terima kuantiti air yang cukup setiap hari.Jadi aku kena top up dengan meminum sebotol air 1.5 liter selepas berbuka. Bila air cukup,bibir lembab dan merah,kau tak payah susah-susah nak pakai lipstik.Cuba ingat balik muka sesiapa yang agak-agak macam kusam,tak bermaya, dan banyak jerawat.try tanya dia kuat minum air tak? Rata-rata selalunya tak.
Mula-mula susah nak buat,lama-lama susah kalau tak buat. Air masak sendiri lebih bagus.Elakkan air water cooler yang penapisnya dah berarat @ berlumut kay.

Maka dengan ini tanpa segan silunya aku akan reveal gambar lama aku.Semoga gambar-gambar ni dapat jadi pedoman buat anda. 
 
Ni gambar di tahun pertama kat Universiti. Haaaa..teruk kan jerawat aku..dahla jerawat banyak,gelap pulak tu.

*background tu hasil kerja Sem 2 taw.penat wooo.* (iklan tiba-tiba)

Ni sewaktu sem 6. Ni muka tanpa pakai apa-apa walaupun bedak.


 Ni gambar masa sem 7. Ni gambar mekap sikit laaa..sebab nak keluar jalan-jalan maah..
Haaa,tipu lah kalau korang tak nampak perbezaannya kan. Pokoknya ada masalah kulit atau tak, kita memang kena minum air yang banyak. Cuma aku mau habaq mai la nehh..yang ayaq memang boleh mensantekkan kulit.Ada paham?

Nota Kecil Hari Ini :

I don’t want to look pretty all the time because I am normal and humble  =)  

Majlis Berbuka Puasa Di Kolam Renang.

Hye! Harini aku mahu share cerita tentang berbuka puasa di kolam renang UiTM.Majlis dianjurkan oleh lifeguard UiTM. Hurm,agak jarang-jarang sekali la dengar orang berbuka di kolam renang kan. Aku rasa terhibur tengok setting pool ni.Meriah ada belon warna-warni.Makanan pun sangat sedap. Malas nak cakap banyak sebab sedang batuk teruk *takde kena mengena. Jadi marilah usha gambar sekejap.
 
Yeahhh! rasa macam raya pun ada.Semua kena pakai baju Melayu dan berbaju kurung.
 

Tuesday, August 24, 2010

Lagu buat yang putus cinta.

Chop! First of all,lagu ni tiada kena mengena dengan life aku. My life is not yet miserable. =) tapi, aku tiba-tiba tersentuh hati bila dengar lagu ni.Sampai nak kena ulang-ulang dan cari lirik. Aku rasa lagu ni sesuai untuk mereka yang putus cinta atau yang berstatus It's Complicated tu. Aku bagi kat kawan-kawan yang ada masalah cinta.Suruh layan -tak patut betul aku ni,sepatutnya bagi moral support lah kan.. (-_-') Tapi mereka layan jugak sampai ulang banyak kali jugak, lpas tu lebih emo.

Artist : Automatic Loveletter (sering dibandingkan dengan Paramore tapi aku rasa lagu AL lagi best cuma suara dia kasar sikit compared to Haylie William)
 

Lagu : Make Up Smeared Eyes

Tadaaaaaaaaaaa!!! Sila layan (sambil nak berjoget-joget gaya Sin Chan)



Friday, August 20, 2010

Siapa Kata Kawan Menangis Susah Nak Cari?Ada je Depan Mata.

Entri ni sebenanya aku nak buat ketika 1 Ogos haritu bersamaan dengan Friendship Day.Tapi memandangkan aku banyak kerja nak buat jadi terpaksa lah tangguh. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang sahabat. Ada juga aku terbaca di blog orang lain tentang sahabat. Ramai juga yang rasa susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas zaman sekarang, ada yang suka berkawan dengan ramai orang tapi taknak terlalu rapat.Lebih kepada untuk bersosial. Ada yang suka bergerak solo kerana rasa lebih senang begitu.

Aku ada bestfriend sendiri dari sekolah.Sampai sekarang masih bestfriend dan aku hargai sangat mereka.Kali ni aku mahu ceritakan tentang kawan di universiti.

Di universiti ni aku ada geng aku sendiri. Aku kenal mereka sejak aku masuk Sem 1 lagi. Hari demi hari, sem demi sem,tahun demi tahun.Aku mula sedar dan merasai ukhwah yang kami bina. Aku tak tahulah kenapa,dalam ramai-ramai budak dalam kelas,aku boleh rapat dengan mereka,inilah yang dinamakan jodoh dan takdir kot. Aku juga rasa, kami sangat rapat kerana siang dan malam kami bersama.Faktor jurusan senibina ni pun boleh jadi sebab kenapa kami rapat. Sebab kebanyakan masa akan dhabiskan di dalam studio.Buat kerja pun sama-sama. Tidur pun kadang-kadang sebelah-sebelah aje,kongsi bantal yang sama. Tapi walaupun kami rapat, tak bermaksud kami tidak bergaul dengan orang lain. Kami bergaul aje dengan orang lain, boleh aje lepak sekali cuma bila dengan geng sendiri, ada satu perasaan sayang dan alert dengan perasaan antara satu sama lain,tengah okey ke,sedih ke,marah ke,rasa nak belasah orang ke.


Jadi entri kali ni aku beri peluang kepada diri aku untuk mengekspresikan perasaan aku tentang kawan  selama aku  masuk universiti ni. 

Aku rasa ....

Ada orang yang merasakan dirinya cantik dan hot, maka nak cari kawan pun yang hot-hot. (golongan ni aku rasakan perasan,macam bagus, & boleh berambus)

Ada juga yang tak kacak/lawa tapi nak berkawan dengan yang cantik-cantik aje, taknak berkawan dengan orang biasa-biasa tambah-tambah lagi yang bertudung macam aku ni. (ni lagiiii lah perasan nak mampuih lagi menjengkelkan)

Ada orang baik dengan kita sebab nakkan sesuatu, ade jelah udang di sebalik mee dia tu. Tapi bila nak minta tolong dia bukan main berkira.

Ada kawan yang makan kawan.Tak boleh kawan tu  lebih dari dia.Buat fitnah tentang kawan.Jadi ni bukan lah kawan namanya.

*kami tak hot..kami cool ajeee.. =) *

Tapi bagi aku...

Pengalaman ke Pulau Tioman yang Sangat Bermakna

Baru-baru ini aku telah post entri berupa gambar-gambar sewaktu aku ke Tioman. Seperti yang aku katakan, aku ke sana kerana menyertai sebuah program berbentuk latihan keselamatan di laut terbuka. Program ini khas dianjurkan untuk Lifeguard UiTM. Aku ucapkan tahniah kepada June kerana berjaya menjayakan program ini. Ini memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku di UiTM. Thanks!! Sangat seronok kerana pergi bersama kawan-kawan yang terdiri daripada pelajar UiTM yang berbeza aliran. Ada pelajar law, engineering, sportrec, education, masscom dan lain-lain lagi. Secara tak langsung otak pun dapat berkembang kerana takkanlah selama-lamanya aku nak hidup dan berkawan dengan pelajar architecture sahaja hanya kerana aku sibuk.

Kami bertolak malam 15 Julai hari Khamis. Bertolak malam kerana mahu sampai jeti pagi-pagi. Bas UiTM sangatlah laju seperti menaiki roller coaster. Sekurang-kurangnya roller coaster ada tali pinggang keselamatan. Tapi bas ni tiada. Dengar cerita pemandu bas UiTM kebanyakannya terdiri daripada pemandu bas ekspress. Patutlah aku yang selalu tidur mati ni pun boleh terjaga sewaktu perjalanan. Sangat dahsyat sampai aku mengucap banyak kali.hihihi.. Rel langsir juga kedengaran bergerak kekiri dan kekanan dengan rakusnya.Semakin ramai orang yang terjaga dan memandang ke kanan dan kekiri. Aku anggarkan mereka juga sedang mengucap seperti aku.

Thursday, August 12, 2010

Jom Buat Kalender Sendiri Pakai Microsoft Office Publisher!

Hye semua! Aku sedang menunggu waktu untuk ke kelas.Sementara ada masa ni aku mahu kongsi sesuatu dengan kamu semua.Bendanya simple aje.Sangat ringkas tetapi aku rasa agak menarik untuk dikongsi.Okey, entri kali ni tentang bagaimana mahu mendapatkan kalendar yang memang hak mutlak kamu? Kadang-kadang kita tak tahu software apa yang ada dalam komputer.Jadi setelah digodek-godek,aku dapat idea untuk personalize kalender bulan August  untuk diletakkan di cubicle aku. Jom aku bagi tutorial paling ringkas di alam semesta!! Yeayyyy!!

Mula-mula, buka Microsoft Office Publisher.

 
Ok bila dah masuk kita akan nampak banyak pilihan.Lain kali boleh cuba benda lain tapi kali ni kita buat kalender okeh?

Seterusnya,sila klik di "calendar"

 

Pilihlah template mana yang anda mahu. Memang,memang agak skema templatenya.tapi takkan jadi skema kalau anda letak gambar anda sendiri atau apa-apalah gambar yang anda suka.

 

Contoh pertama, aku jadikan gambar-gambar aku di Tioman sebagai tema.Sebab aku rindu feeling di Tioman.Ala-ala layan blues gitu.  Ok,nah!! I know,simple tapi okey maah..

Aku print saiz A3.Sedang nak menepek di partitionku, ada la suara kawan "wehh,macam best je..aku nak jugak.Copi tolong buatkan" (sambil buat suara manja bajet aku nak kesian tapi memang aku kesian,plus bestfriend yang ku sayang.)Ok laa,aku buatkan. Laida minta satu .Tapi dia demand nak warna ceria gitu.Hasilnyaaa..Tadaaa! Tema pergi Genting Highland haritu..


Lepas tu lagi sorang pulak bestfriend mahu, tak kisahlah sebab bukan susah pun nak buat. Jadi kawanku lai seorang si Sakira mahu tema ala-ala anime.Sebab dia memang peminat setia anime.Nak Samurai X pulak tu.Dia kata kena character lelaki,barulah bagi sumber inspirasi nak belajar.Hambooiiiii!!! Ok,ni Sakira punya calender. Dia punya tulisan pun ala-ala tulisan Jepun.

 

Ok itu jelah yang aku dah buat.Bulan lain kalender lain pulak.Lepas ni ada lagi satu request pulak nak kalender personalized sendiri. Kenapa aku tak guna Adobe Photoshop? Sebab agak ambil masa.Kalau pakai Microsoft Office Publisher ni, template dah ada.Tinggal edit la,ikut cita rasa masing-masing. Tapi nak buat efek-efek menarik tu tak boleh la. Tak segempak Photoshop la. Bentuk kotak pun tajam-tajam.Pakai Publisher ni sekejap je dah siap.Boleh buat dalam masa 5-10 minit. Nak pilih gambar yang ambil masa sikit. 
Nama pun kalender, yang penting nak tulis agenda setiap hari kan. =) jadi kotak untuk catatan harian tu biar besar sikit.

Nota Kecil Hari Ini :

Dalam hati nak buat kalender sendiri tahun 2011 nanti. Setiap bulan gambar-gambar dari desktop aku. Supaya aku ingat memori indah selama aku hidup.Gambar dengan kawan-kawan, ahli keluarga dan macam-macam lah!! Perghh! Angan-angan bukan main,nak buatnya nanti menggelupur malas.hihi..Berangan memang kuat!!

ohyaaa! dah siap lagi satu.Yang ni lain sikit sebab dah mula godek-godek tambah border lah apa lah. Yang ni warna agak keperempuanan la sebab Teha ni suka pinky-pinky gitu.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.


Kepada semua rakan-rakan dan sesiapa saja yang singgah, selamat menyambut bulan Ramadhan saya ucapkan. Pada yang lelaki tu sila lah puasa penuh. ;p

Thursday, August 5, 2010

Mari Melawat 'Cubicle'ku di Studio!

Hye! Hari ini aku mahu membawa korang melawat sekitar cubicle ku atau meja ku di dalam studio. Mungkin masih ada yang tidak dapat menggambarkan keadaan studio tu macam mana. Tak, studio yang aku maksudkan bukanlah studio jamming ataupun studio Sri Pentas tetapi studio untuk pelajar Studio-base seperti aku. Aku sangat sayangkan suasana studio belajar sebab aku rasa suasana ini lebih unik dan rasa macam rumah.Patutlah aku jarang balik rumah sewa..Suka melepak di studio.

Sekarang aku mahu tunjukkan bagaimana untuk menjadi inovatif dan kreatif secara ringkas. Aku akan tunjukkan maksud sebenar pencil box (kotak pensil)


Ni kotak biskut Famous Amos yang diberikan Saliza masa sem 6. Dah setahun tapi masih gagah berdiri.

Monday, August 2, 2010

Kenapa Saya Suka Ladybird?

Setiap orang mesti ada suka binatang. Aku sememangnya sukakan binatang lebih-lebih lagi kucing. Walaupun kucing itu tua aku masih mahu panggil beliau "baby,baby" Tapi ada sesiapa suka serangga tak? Kalau ada pun selalunya rama-rama lah kot kan? Itu pun dikalangan perempuan. Lelaki suka rama-rama? Hurm,tak salah (dalam nada kurang pasti)



Serangga apa yang aku suka?
Sejak kecil lagi aku tak tahu lah kenapa aku suka dengan ladybird. Suka main dengan ladybird. Kalau terjumpa aku akan angkat dan belai dia macam kawan. Mungkin sebab masa kecil aku ni pemalu. Tapi sekarang tak tahu malu lah pulak. Eh sambung,aku pemalu makanya tak ramai kawan bermain. Jadi aku suka cari ladybird untuk dibuat main.

Sekarang susah nak jumpa ladybird. Aku pun tak tahulah kenapa. Jadi aku terfikir alangkah seronoknya ada barang-barang dibawah sebagai penyeri hidup aku.

kalau ada anak nak dia pakai baju costume ladybird. Comel kan?
okey, memang sangat kanak-kanak. Tapi takpelah, anggap ajelah aku sedang bernostalgia zaman kanak-kanak aku.



Wow!!! Best kot kalau ada kasut macam ni. 

Teruja sangat tengok cadar tilam ni. Meriah dan comel.


Aku teringin nak ada Wolkswagon Beetle warna merah dan berbintik hitam. Sesuai dengan kereta tu. Kalau kereta lain macam kurang sesuai kot. Cuba kalau kereta Toyota Hilux warna merah berbintik hitam? hahahahaha.. Ok shadap Sophie.. Hah tula, kesimpulannya aku suka ladybird a.k.a ladybug. Dalam Bahasa Melayu pelik juga bunyinya. Cubalah cari dalam kamus. ;p

Yang Aku Inginkan Sekarang

Ada sesiapa yang kaya, banyak duit tapi tak tahu nak buat apa dengan duit anda? Sila lah belanja aku pergi spa. Aku sangat mahu pergi spa sekarang.

Nada: menyedihkan dan penuh mengharap. (sila kasihan dan belanja cepat!)

Penat.Sakit.Tapi tak Ingin Lepaskan.


Penat.
Bukan bosan, kerana  aku masih mencintai.
Tiada niat ingin lepaskan pergi.
Lelah. Namun aku masih disini.
Tak mungkin lepaskan pergi, bila aku sudah  berdiri disini,
dan bila kau aku sematkan dihati.
Sakit. 
Memang aku kau sakiti.hingga kebas sudah rasa ini.
Jauh. 
Masih jauh kau,semakin  ingin  ku dekati.
Sebelah kaki, separuh nyawa aku korbankan hingga kini.
Penat. Masih penat. Sampai bila-bila akan kurasa kepenatan  ini.

Kerana kau.
Aku sekuat ini. Tiada apa bisa menembusi.
Air mata? Kering .Tak ingin berganti.

Oh kerana kau.
Kerana kau architecture.
Di saat ini aku sudah  boleh lena tidur walau beralas tikar getah di lantai konkrit,
walau di atas meja berbantalkan lengan ketika duduk.
Lena dibuai mimpi  seolah-olah sedang tidur di katil yang empuk. Sungguh aku hairan ibarat tilam itu tidak wujud.

Hari ini crit session. Aku sedar,mungkinkah aku semakin hilang minat? Aku rasa kerana aku semakin penat. Sem terakhir pula tu. Bukannya makin senang. Aku perlu lebih gigih, kerana benda kecil macam basic drafting pun aku boleh salah? Damn. Penat bila kau tak cukup tidur, berjaga berhari-hari untuk berfikir, perah otak untuk sediakan concept dan planning yang akan dibentangkan hanya 15 minit .Dan hasil dan respon dari pensyarah adalah tidak memuaskan atau menyedihkan.. Nak nangis? Tiada perasaan. Penat melebihi segalanya. Akhirnya aku tertidur di meja berbantalkan lengan sambil duduk. Lena. 3 jam aku tidur dengan posisi begitu di cubicle aku.

Nota kecil hari ini :

Walaupun aku penat tapi aku berbesar hati. Hari ini ramai memuji aku comel sebab berbaju kebaya biru. Padahal aku sudah tiada baju untuk dipakai. Aku hantar dobi. hihihi.. Kalau tak memang susah sangat nak tengok aku berbaju kurung mahupun kebaya.

Walaubgaimanapun, aku selalu terjebak dalam situasi yang memalukan. Memandangkan aku berbaju kebaya,aku pakai lah wedges yang maha tinggi. Tapi nak naik tangga dari Blok D (hanya pelajar FSPU yang akan paham kesengsaraan ini). Aku spare seliper jepun leper.Alaaaa, yang beli kat Tesco RM2.90 tu.Yang ala-ala menggerutu permukaan dia tu untuk tujuan refleksologi. Amek kau! Baju dah macam nak pergi kenduri. Pandang bawah, hancusss.. seliper warna hijau striking pulak tu.yang warna hijau epal terang tuh.Macam mak minah mana aje. Lantaklah, aku pakai aje seliper jepun sampai ke studio. Dah sampai baru pakai wedges tu.Sepanjang perjalanan orang yang selisih dengan aku akan pandang aku dua kali.Tapi pandang kat seliper lah.