Lepas banyak jumpa kes orang nak masuk rumah baru tapi
terkejut dengan bajet permulaan untuk masuk rumah, jadi saya ambil keputusan
untuk berkongsi serba sedikit knowledge yang saya ada. Saya faham, kebanyakan
yang beli rumah baru ni anak-anak muda yang tak boleh expect gaji mereka tinggi
untuk mempunyai segedebuk terus wang yang besar lebih-lebih lagi kalau makan
gaji.
Saya bahagikan keperluan ni ikut kategori dan berdasarkan
rumah apartment/kondo bersaiz 850 kaki persegi. Harga yang saya sertakan ialah
harga yang quite reasonable. Maybe ada certain case boleh dapat murah sikit,
mahupun mahal sedikit. Ikut material & spesifikasi barang. Plus minus la
gittew.
1. SAFETY : Grill. Memang perlu. Untuk semua
tingkap, sliding door, entrance door, yard. = RM3800
2. WIRING : Beli lampu & Kipas serta kos
pemasangannya.
Cara kira : Anggaran 1 kipas siling RM200 ,
1 lampu downlight : RM15. Kos pemasangan kipas sebiji : RM40, lampu downlight
satu RM25. Let say 5 fan point with hook & point lampu sebanyak 22.
Jadi :
Kipas : (RM200+RM40) x 5 = RM1,200
Lampu downlight : (RM15 + RM25) x 22 =
RM880
Total : RM2,080
(p/s: kipas siling putih yang macam rumah
lama tu dalam RM160 boleh dapat. Lampu downlight pula kalau bilik tak sesuai letak lampu downlight, tukar kepada lampu lebih besar & terang. Harga akan lebih mahal ya.)
kalau ada ruang yang takde hook kipas, boleh tambah berserta wiring point yang baharu ya. Tapi kosnya haruslah akan meningkat. Wiring ni memang cantik kalau kita embed/tanam dalam dinding. Tapi untuk maintenance, pasang luar dinding pun okay. Atau nak jimat sebab nak sewakan pada orang aje bukan nak duduk sendiri. So sakit mata tu bukan kat owner tapi penyewa. Haha.
Contoh bilik ni yang tiada hook kipas, kena buat fan point dan pasang hook kipas, kemudian wiring dia sebabkan owner nak jimat, dia tak hack dinding. Wiring kita cover pakai PVC casing kasi lalu di luar dinding ya. Pilihan di tangan anda.
3. BUILT IN FURNITURE : Kitchen Cabinet, Wardrobe,
TV Console.
A) Untuk kitchen cabinet, antara RM6,000-10,000 tu
dah kira okay la boleh dapat full set dengan accessories depend pada material
dan brand accessories yang korang nak. Accessories tu termasuk water tap, sink,
hob & hood, hanging dishrack .Ni jenis yang linear la, dengan table top
jenis HPL,solid surface atau Quartz. Kalau berangan nak L shape la, bar table,
island, sila letak budget yang tinggi sedikit. Jadi let say, saya letak
RM10,000 untuk kitchen cabinet lengkap dengan accessories ya.
B) Wardrobe. Ini terpulang. Nak pakai almari jenis
beli kat kedai perabot pun boleh. Tapi saya kongsi untuk kalau nak buat jenis
built in ya. Lebih kemas, tinggi boleh sampai siling dan tak trap di ruang
atas. Banyak barang boleh dimuatkan termasuk luggage.
Master bedroom : RM4,500
Bedroom 2 : RM2,000
Bedroom 3 : RM2,000
Total RM8,500
C) TV Console. Sama juga, kalau taknak built in
boleh beli kat IKEA ke mana-mana. Cuma TV Console jenis built in you boleh
customize design dan material. Design simple boleh dapat dalam RM1,500.
Anggaran dalam RM1500-3000. Let say saya ambil yang kos tengah2, dalam RM2500
*Image from Google* |
4. TINGKAP DI YARD. Biasanya, orang tutup ruangan
terbuka tu dan jadikan dapur basah atau tempat laundry. Jadi saya kira sekali
anggaran untuk pasang tingkap kaca : RM2000
Jadi setakat ni kos keseluruhan dari item 1-3 dah jadi :
RM28,880
Dah hampir 30k bukan, tanpa perabot?
Jom kita tengok tambahan Mengada-ngada. Maksudnya,kalau tak
buat pun takpe. Kalau feeling-feeling best, ada budget then rasa nak buat boleh
consider la.
5. LANTAI VINYL. Kemasan kayu ada banyak jenis, different method of installation, so yang saya cakap ni vinyl, antara kemasan yang murah kalau nak consider kemasan nampak macam kayu.
Untuk satu rumah tak termasuk bilik air,
dalam RM5000 sekali skirting.
*Image from Google* |
6. PLASTER CEILING L-Box dengan lampu T5. RM10,000.
Kalau plaster ceiling rata lebih murah. Tapi kalau nak rata saya suggest lebih
baik guna je dulu siling yang ada ya.
Jadi kos setakat ni dari no 1-6 dah jadi RM43,880
Bagaimana pula dengan perabot? Atau kelengkapan lain? Ini
adalah budget yang saya rasa, saya sendiri willing nak keluarkan kalau rumah
yang saya cerita ni rumah saya. Haha. Maksudnya, kualiti yang masih reasonable
untuk orang yang nak mulakan hidup di rumah baru.
PERABOT
7. Meja makan 4 seater : RM800
8. Sofa 3 seater dengan meja depan TV: RM1800 (tak
suggest sangat perabot yang ada 3 unit sofa sebab rumah ni tak besar sangat, L
shape still okay. )
9. Set katil Queen bedframe dengan mattress =
RM1000
10 . Curtain railing & curtain = RM1000
Sekarang kos dari No.1-10 dah jadi = RM48,480
Breakdown yang saya bagi ni pun, kalau nak ikutkan, macam
saya cakap tadi, plus minus la. Of course banyak lagi nak kena beli kan macam
kitchen utensils, bed mattress, bantal apa semua, karpet, bilik 2 & 3 punya
katil lagi..Lepastu, contohnya harga sofa saya letak sini dalam RM1800 sekali dengan meja padahal kalau pergi IKEA sofa saja pun ada yang 2, 3 ribu kan.
So betullah rakan saya yang merupakan seorang senior
interior designer dia kata kalau orang nak hire dia, dia akan telus je.
Anggaran nak masuk rumah kalau setingkat (standard apartment/kondo) bermula
dari RM50,000 ke atas. Rumah landed 2 tingkat, anggaran dalam RM100,000 keatas.
Ada juga ID yang ambil ikut kaki persegi. Contohnya, bermula
RM90 per kaki persegi. Jadi, anda darablah dengan 850 kaki persegi tadi, ada
dalam RM76,600. Jadi janganlah merungut ya. Kumpul duit dari sekarang mana yang
lagi 2, 3 tahun nak dapat kunci tu.
Untuk yang belum ada rumah, anggap lah ni sedikit info saya
kongsi untuk anda. Ada juga orang yang sanggup ambil personal loan untuk
dapatkan interior design idaman, which of course la saya tak galakkan sahabat2
twitter untuk berhutang ye. Cukuplah rumah dah loan. Ikutlah kemampuan.
Jadi terpulang, nak buat semua ni sendiri ke nak hire kontraktor. Kelemahan buat sendiri, ada kebarangkalian nak kena tipu. Lagipun, sanggup ke nak ambil cuti selalu untuk jaga rumah anda waktu installer atau wiring man apa semua tengah buat kerja?
Jadi pilihan yang bijak ialah hire kontraktor yang manage semua benda. Kalau confuse nak cari siapa, carilah saya. Telus dan jujur, cuba memahami anda dan budget anda, selalu on time dari segi kerja, tak suka delay kerja, no hanky panky, rumah selamat. Sekian, terima kasih bagi peluang saya up diri sendiri. Haha. =)
* Kadang-kadang perlu meriangkan diri di tempat kerja.*
Nak tahu ni projek yang mana? Nantikan update dari saya. Cewah. *kalau rajin tulis entry* haha..