Pages

Thursday, December 27, 2018

Tragis di Gunung Ledang, Gunung Pertama Kudaki.

Okay. Harini aku nak cerita sesuatu yang mengujakan aku. *gelak jap*. Sebenarnya takde apa yang funny pun. Cuma aku nak cerita la pengalaman pertama aku mendaki gunung untuk tahun 2018. Aktiviti hiking ni, asalnya satu aktiviti yang aku dulu tak faham kenapa orang nak buat aktiviti yang memenatkan dan membahayakan nyawa ni. Even ada dua dari bestfriends aku pun suka buat aktiviti ni. Sampai lah diorang cakap kat aku,  "kau akan faham bila kau dah sampai puncak."


Hello. Tepuk tangan. I sampai okay. 


Jadi tahun 2018, aku cuba berjinak-jinak dengan aktiviti hiking. Aku mulakan dengan jungle trekking je dulu. Pergi Sungai Chilling, trekking kat Kemensah, Bukit Gasing, Denai Tiga Puteri, Bukit Kutu.Bukit Kutu tu pun aku tertipu dengan namanya yang ada 'Bukit' padahal tinggi macam gunung. Jadi lepas aku berjaya naik Bukit Kutu, ada lah seorang member ni dia ajak pulak naik Gunung Ledang. Katanya, kalau dah berjaya naik Bukit Kutu, mesti boleh naik Gunung Ledang punya. Beza dalam hampir 200meter je. Gunung Ledang dalam 1276m, Bukit Kutu dalam 1090m.


*thanks Kak Ekin sebab ajak saya*

Aku pun menyahut la ajakan tanpa study pasal Gunung Ledang. Tau jela perangai aku ni, ah-redah-jela punya perangai tu.  Bestfriends aku yang hikers tak dapat join jadi aku rasa macam alone jela walaupun aku join trip yang kumpulannya ramai hampir 30 orang. Bff aku kelihatan risau bila aku nak pergi. Sebab aku belum padu weh. Lagipun aku tak pernah daki gunung. Macam aku cakap, aku naik bukit je sebelum ni. Tiba masa yang dijanjikan, aku pun memulakan ekspedisi. Sebelum ekspedisi, guide gunung ni bagi briefing sikit. Satu fakta yang aku asyik terngiang-ngiang sebelum mula mendaki ialah katanya, Gunung Ledang disenaraikan dalam 10 gunung yang paling mencabar untuk didaki di Malaysia. Aku pun.. Gulp~ (telan air liur) Ya Allah.. Aku rasa cuak pulak weh.


Abam guide bagi explanation. Gunung Ledang via Sagil. Orang kata via Sagil lagi mencabar berbanding via Asahan. 

Sebelum pendakian, kita kena declare kalau kita ada apa-apa penyakit. Aku pun declare jela aku ada asthma. Tapi terkawal. Sikit punya confident tak bawak ubat /inhaler. Seminggu sebelum naik Ledang ni aku ada buat training naik Denai 3 Puteri tapi aku rasa agak penat. 😅  Pelik pulak sebab masa naik Bukit Kutu sebulan sebelum macam okay aje. Jadi untuk seminggu tu aku beriadah termasuklah swimming buat lap. Walaupun masa buat lap tu aku rasa tak penat dan aku kononnya yakin aku ada stamina untuk naik Ledang, tapi aku rasa aku sengal. Tanpa aku sedari aku in denial yang trek Ledang mencabar. Tak sampai sejam naik, aku dah mula rasa macam nak patah balik. Trek dia memang asyik memacak. Guide kata perjalanan total dalam 10 jam. 5 jam naik 5 jam turun. Tapi 10jam ni ialah untuk orang yang padu. So please, sedar diri sikit sebelum korang taubat taknak naik dah. 😔 Berbeza dengan Bukit Kutu, masa naik tu aku rasa macam aku layankan aje. Ledang ni macam entahlah. Maybe aku tak cukup fit. Maybe trek dia mencabar. Maybe kedua-duanya sekali.


Masa kat Checkpoint 3. 

Tak ingat checkpoint berapa, rasa macam dah jalan jauh dah. Berada pada ketinggian 695 meter. Weh ada dalam separuh perjalanan lagi weh.. T__T tak kelakar...


So masa naik tu, ada seorang adik ni, dia sebenarnya tanker. Dia teman aku, terus jadi sweeper tak berbayar la. 2 in 1. Sebab aku takut jalan sorang-sorang. Aku nak air, dia hulur air. Nak biskut dihulurkan biskut. Baiknya budak ni. Untungnya aku sebab tak kena jalan sorang-sorang. Bukan tak pernah orang hilang kan kat sini. Pemandangan semakin cantik bila makin tinggi mendaki. Jenis tumbuhan pun berbeza. Subhanallah. Dalam letih mendaki perlu menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Tu salah satu sebab la kenapa aku nak hiking. Sebab view dia memang tak boleh dapat pada aras laut. Bau hutan, udara segar, bunyi unggas..Semua ni tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

*kalau tak silap, ni macam pokok periuk kera. Ye tak?*

Tak dilupakan juga, trek dia banyak akar-akar pokok. Mungkin itu yang buatkan aku rasa cepat letih. Bukan tanah semata-mata.

Sekali sekala ada tali untuk berpaut sambil memanjat.


Adik Asna dengan abang guide yang tunggu aku. T__T rasa macam dah menyusahkan diorang tapi terima kasih lah sebab sabar.  Sabar tu separuh dari iman bang. 


Exactly sebelum sampai puncak, kita kena lalui trek berbatu yang agak mencabar. Aku tak tahulah kan. Aku memang dah nak give up. Mata aku berair-air. Aku penat. Aku pandang atas. Huwaaa...apesal mencuram ni batu-batu ni. Aku serius tak larat dah nak daki. Tengah mata bergenang tu aku cakap kat adik yang teman aku.."Dik, boleh tak akak taknak teruskan? Boleh tak akak ikut je korang balik bila nak turun, tapi akak dah taknak naik." Padahal, masa tu tinggal dalam 15 minit je lagi sebelum sampai puncak. Tergamak aku nak bazirkan hampir 6 jam mendaki begitu saja? Budak tu pun cakap.."Tak boleh kak, akak kena teruskan jugak..". Me=mata semakin bergenang. Serius mental block gila aku rasa. Tak pernah rasa seteruk ni buat outdoor activity. Aku pun cuba menghabiskan pendakian yang aku rasa, kat batu tu aku bukan mendaki lagi dah tapi merangkak macam Ju-On. Tahap kaki menggigil-gigil. Aku cuba lawan mental block aku tu. 

*gambar ihsan Google. Sebab kan kaki dah menggigil, mana sempat nak keluarkan handphone ambil gambar* Tapi camni lah detik-detik terakhir sebelum sampai puncak. Mencanak tinggi juga batu-batu ni nak kena panjat. 

Akhirnya aku berjaya sampai puncak. Walaupun akulah orang terakhir dalam group aku tu tapi aku bersyukur aku sampai (dengan mata bergenang hampir tobat nasuha taknak naik ledang). Ada orang lain pun ucapkan tahniah. Sebab ramai gak concern sebab health condition aku. Syabas bete.


Aku ingat lagi Guide yang conduct trip ni, aku rasa asyik-asyik dia tanya..

Pia okay Pia?....Okay *masih ceria*
Pia okay Pia..?...okay..*suara makin slow*
Pia okay Pia..?.....hmmmmm  =(    *tu je mampu menyahut*
Pia okay Pia..?..................  *takde suara dah*
ciri-ciri pewai camtula.

So masa sampai puncak tu dah 2.30pm. Aku difahamkan kena turun 2.30pm. Tapi sebab aku lambat sampai, diorang bagi lah turun 2.35pm. Orang lain dah sampai lagi awal barangkali setengah jam hingga sejam awal. So kiranya aku cuma ada masa 5 minit je kat puncak. Apakah?? katakan ini tidak benerr dong!! Aku naik 6 jam pastu dapat berada di puncak 5 minit je? Kesedihan apakah ini? Macam lagi sedih dari putus cinta je. Lagi sekali mata bergenang. (dalam hati, akan ada ke lagi next time untuk sampai puncak Ledang ni dan lepak lama sikit?)

*with adik Asna. I owe him a lot.* 



"kau akan faham bila kau dah sampai puncak."-ayat bestfriends aku.
Camne aku nak faham dalam masa 5 minit. Aku tak sempat faham.
Isk isk!

So mengenangkan belum habis lepas penat nak kena sambung turun gunung pula, memang betul-betul lah lagi sekali sis mental block. Turun bukit ni sakit kaki tau. Sebab kau kena tahan berat beban badan kau. Memang terasa la lutut makin longlai. Mula-mula laju je aku turun. Cuba ikut pace orang depan lah katakan. Pastu makin lama..entahlah..macam tetiba harapkan ada Doraemon dengan pintu sukahati beliau. Atau ada flying fox terus sampai ke bawah ke. Aku taktahu la maybe ni feeling yang normal masa orang hiking tapi memang aku rasa macam menyumpah diri sendiri apesal la..apesal la kau naik gunung ni sopiah oii.. Kaki makin longlai. Masa turun pun ada sorang abang ni, Abang Din namanya..jagakan aku. Memang kami sampai kena stop kejap waktu Maghrib dalam hutan sebelum sambung perjalanan dalam gelap untuk turun. Nasib baik memang bawak headlamp. 

Ohya, sebelum puncak gunung ni, ada satu check point. Check point ni ada ruang solat dan boleh berhenti makan (bukan macam RnR la macam just stop untuk makan bekalan kau). Dia dekat dengan anak sungai. Boleh buang air & isi air, top up botol air minuman kita. 


Memang menggigil-gigil kaki ni menahan lenguh. Tak tahula apa nak rasa. Aku enjoy trek dia. Memang cantik nature ni. Tapi tula, kaki sakit pun berhari juga nak hilang. Tobat nak hiking? Eh tidaklaa... Cuma naik gunung tu maybe setahun sekali dua je kot. Kalau nak beriadah aku hiking jela bukit-bukit yang rendah yang tak sampai 1000 meter. Tula kau Sopi, kau ingat ni macam lompat PTS ke, kau tak naik bukit-bukit lain dulu pun kau main redah je gunung terus kan. Ini lah makannya. 




p/s: Sebenarnya aku dari zaman student lagi suka outdoor activity. Kalau zaman UiTM dulu mostly aku buat aqua activity. Kan budak klorin jaga kolam. Pastu selalu pergi pulau buat aktiviti open water. Then masa kat UK aku fokus study tak dapek sangat nak ber outdoor activity (plus sebab sejuk jadi travel je). Jadi bila kat Malaysia ni cuaca memang terbaik lah kalau nak buat outdoor activity. Sebab tu aku mula balik. Cuma aku kalini pilih hutan. Dulu aqua. Tukar la hobi pulak kan. Aku fikir scuba diving lesen dah mahal, setahun sekali pun belum tentu aku akan dapat buat scuba diving. Jadi better aku pilih hobi yang tak mahal. Trekking & hiking ni so far kena la dengan jiwa. Sebab memang nature lover pun. Siapa sama? High five sikit!

Wednesday, December 26, 2018

Rumah Banglo Bawah RM200,000

Bismillahirrahmanirrahiim.

Fuh, sedikit debar nak bercerita haha.. Sekitar awal bulan Januari tahun 2018, aku manage satu projek banglo ni. Client ni berurusan secara terus dengan aku sebab kenal. Jadi bila aku kata manage tu maksudnya, dari advice on his budget, dari pemilihan bahan binaan apa yang sesuai dengan budget dia, keluasan rumah yang sesuai dengan budget dia, layout ruang dalam rumah yang functional untuk dia. Dulu aku memang ada impian nak buat rumah orang. Sejujurnya aku minat projek kecil-kecil berbanding buat projek besar. Aku pernah merasa involve dalam projek besar. Rasanya, buat masa ni, aku enjoy buat projek skala kecil.Aku pun tak tahu macam mana nak explain perasaan tu. Hmm..nanti kita cerita lain. =)

Bila siap dan client dah mula duduk, rasa terharu T__T  macam tak percaya mampu manage walaupun rumah banglo atas tanah sendiri aje. I mean, dari tapak ni takde apa-apa, cuma rumput hingga siap rumah ni, I was there witnessing.


Jadi untuk rumah banglo ni, building built up area sekitar 1200 kaki persegi. 4 bilik tidur dua bilik air, ruang makan, ruang tamu, dapur. Client ni, dia punya concern ialah dia nak bumbung tu nampak bertingkat-tingkat dan dia nak bumbung tu nampak tinggi. Jadi bahagian bumbung tinggi tu ialah bahagian ruang keluarga. Ruang dalam bangunan ni, kalau siling dia tinggi, secara automatic ruang tu kita rasa luas. Jadi bila masuk rumah ni agak terasa lapang. 

Design dari Lighthouse Studio.Bekerjasama dengan Faw & Faiz. Hai adik-adik.. haha.. =)
So kiranya aku bekerjasama dengan designer & aku kena bincang dengan client, menjadi orang yang coordinate.

Cabaran jugak sebab bila kau perempuan & construction workers semua lelaki. Bila ada benda salah kena betulkan, tegur diorang, material kena make sure tak putus on site dan macam-macam lagi lah. Mostly jaga bahagian teknikal. Dalam erti kata lain, sis jadi site supervisor. haha. Kebetulan site agak dekat dengan rumah family.  Lepastu perkara yang agak menggerunkan aku ialah pemilihan warna cat di bahagian luar. Aku serius takut tak sama dengan 3D. Sebab cat kan kadang dalam katalog macam tu, bila dah cat nampak lain sikit. Tapi bila dah siap, Alhamdulillah.. amacam? macam sama tak? Cat brand Jotun.



Touch up cat.



 Bahagian yang ada sliding door ni ialah bahagian dapur. Client ni request nak ada sliding door untuk dapur. Dia taknak pintu biasa. Sebab nak nampak view dari dalam. Wife dia baker dan berniaga kuih. Jadi dia taknak rasa terperap je dalam dapur. Sinki pun nak mengadap view luar, sebab nak feeling2 katanya sambil basuh pinggan mangkuk. Jadi, kita hormati lah apa yang client mahu ya.



Untuk kemasan lantai, kita gunakan Vinyl dengan ketebalan 3mm (brand Inovar). Ok harap maaf ye dalam gambar-gambar ni lantai masih berdebu sebab belum clean up. Masih ada kerja-kerja touch up perlu dibuat ketika gambar diambil.


Ruang makan dengan linear skylight. Skylight ni membantu untuk bagi natural lighting pada ruang ni. Sebenarnya boleh letak tingkap pada ruang batu angin (ventilation block), cuma kami nak elak dari kelihatan view belakang rumah yang sedikit menyakitkan mata. (view serabut di belakang). Batu angin membantu pengudaraan secara natural.



Ruang tamu

Family area. 
Oh, kenangan masa selepas plaster dan skim coat lapisan pertama.

Gambar-gambar lain sewaktu dalam pembinaan:



Proses membuat groove line pada dinding rumah.


Sebenarnya, agak normal untuk para client mempunyai budget yang tak berapa tinggi, tapi kemahuannya bukan main tinggi. Kami nasihatkan, untuk buat rumah, kalau boleh jangan letakkan budget yang terlalu rendah sampai tak masuk akal kerana dikhuatiri bahan binaan yang digunakan kurang baik dari segi kualiti. Selain tu, banyak juga kes penipuan kontraktor bina rumah, bukan? Mula-mula setuju, nanti kang tak boleh siapkan, dia lari pula. Bagi kami pula, kami akan cuba untuk bina rumah ikut bajet client walaupun bajetnya rendah. Bermaksud, kami akan sesuaikan,berfikir apa binaan bangunan yang sesuai mengikut bajet client.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504


P/S: Haaa, kita juga bagi komisen kepada sesiapa yang dapat datangkan client yang nak buat rumah dengan kami. Peluang yang best & senang terutama sekali untuk yang nak buat duit poket lebih dan juga para pelajar.



Wednesday, December 19, 2018

KItchen Cabinet Bawah RM10,000

Sebagai seorang dari background architecture, orang selalu salah anggap beranggapan kami arkitek juga adalah sama bidang dengan interior designer. Sebenarnya, walaupun asas kami macam lebih kurang sama iaitu 'design', tapi architecture punya job scope berbeza dengan interior design.

Semenjak berjinak menjadi kontraktor buat rumah ni, kenalan selalu menghubungi aku untuk buat kitchen cabinet. Jadi, mula dari kawan request, ia jadi sesuatu yang aku willing nak explore. Seperti biasa, benda yang aku tak plan nak buat pun tapi ku redah juga. Masa mula-mula, agak tricky juga lah. Dia tak susah , cuma tricky dari segi teknikal. Kena faham paip air masuk kat mana, air keluar kat mana. Soket elektrik kat mana. Menjadi seorang yang hard to say no (which is not that good haha) dan suka belajar serta suka belajar dari kesilapan juga, aku cuba sampai menjadi. Kepuasan aku ialah bila client appreciate & happy dengan apa yang kita buat. Rasa macam nak nangis walaupun projek kecik je. T__T sis sentimental I know.

Jadi, aku nak share projek sambil-sambil yang aku buat sepanjang tahun 2018. Yang bajet client tak tinggi. Semua bawah 10k. 

Ada yang nak buat sebab nak masuk rumah baru, ada yang sebab nak sewakan rumah sendiri pada penyewa, makanya kitchen cabinet dapat la menaikkan value harga sewa tu sikit. Ada juga yang nak buat Air BnB.

 TTDI Adina, Shah Alam
Table top : Solid Surface
Season Garden Residence, Wangsamaju
 



  PPA1M Kepong

 TTDI Adina , Shah Alam
Table top: Quartz
 

 Krubong, Melaka

Pangsapuri Seksyen 10 Wangsamaju

 Pangsapuri Seksyen 10 Wangsamaju

 BSP 21, Bandar Saujana Putra

Basically semua kitchen cabinet ni guna body melamine. Table top pula ada yang guna jenis HPL (paling murah), solid surface dan quartz. Jenis batu sudah tentulah lebih mahal. Biasanya aku tak galakkan sangat client guna HPL sebab tak tahan air. Senang kembang. Tapi tula, kalau budget tight dan yakin boleh jaga table top anda, maka silakanlah. 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504


p/s: Memang berangan berharap ada client yang ada budget 20k keatas untuk dapur sebab suka juga explore better material & accessories kan. Guna nyatuh ke. You all tahu tak, kitchen cabinet harga cecah 100k pun ada ok. Tapi tula, bila orang minta tolong, nak yang murah-murah kalau tak renyah sangat okay aje. Kadang orang nak lagi murah, kita bukan apa, kerja carpentry work ni kalau silap hire orang, boleh jadi tak lawa kemasannya. So tu benda yang kena jaga la. 'Workmanship'


Antara design (dari Google) yang sis suka untuk dapur :
 *kalau nak buat boleh roger sis*