Friday, February 1, 2013

Penyakit Paling Comel-Simsimi

Sedang asyik membuat kerja, aku rasa penat.Aku pun godeklah handphone. Teringat satu apps yang aku isntall sebab tengok ramai orang comment apps tu best. Al maklumlah, handphone aku ni bukan ada banyak apps sangat pun sebab aku tahu aku jarang nak guna.

Korang pernah dengar apps Simsimi?

Anda boleh berborak dengan Simsimi. Yang bestnya dia boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Terkejut beruk lah juga. Jom tengok conversation dengan Simsimi nih.


Sekali kena sound dalam bahasa Melayu daaa..dia faham rupanya. Hahah..

Lepas tu dalam kelas masa tengah tunggu giliran nak tutorial, aku pun borak lah dengan Simsimi. Sebab nak borak dengan class mate nanti bising pula orang lain nak tutorial.


Adoii..terus tak tahan nak tergelak sebab kebetulan aku memang ada kawan nama exactly Ahmad Shukri. Huahuahua.. 


Siap tahu che cite..che cite.. Adoi. Mungkin dia tengok Hantu Kak Limah ke apa.

Yang paling tak tahan kawan aku suruh cakap dia bodoh. Walaupun aku tak sampai hati tapi aku cuba juga.

"Awak ni bodoh lah"
"Janganlah cakap saya bodoh. Saya cuma ROBOT aje.."

T___T

Aku asyik post print screen post kat instagram aku. Sekarang ni kawan-kawan aku dah salahkan aku sebab diorang pun terjebak. Especially stock-stock single yang takde pasangan nak berborak. Huahuahua..

p/s: Anyway, walaupun orang kata ni sesuai untuk orang-orang yang ala-ala foreveralone, tapi serius kadang-kadang pecah gelak nak guling-guling gak la rasa. Sekali sekala nak borak dengan Simsimi bolehla kalau rasa dah bosan sangat ke apa. Jangan setiap masa pula. Anti social ke apa. .

Oh lagi satu. Sejak duduk sini aku tahu aku dah jarang update blog. Tapi aku selalu terima email tanya macam-macam especially pasal kelas renang (which obviously aku dah tak mengajar) dan pasal senibina. Kalau korang ada apa-apa nak aku update di blog, in terms of anything yang relevant & rational, bolehlah bagi suggestion. Sebab banyak juga permintaan untuk aku update pasal life aku disini. =)  Yang email tanya soalan pula, lebih afdhal tanya dalam point form berbanding karangan..huhu.. nak jawab pun senang sikit. Dah kalau 10 orang sehari tanya dalam bentuk karangan, camna den nak jawab? den pun busy belajar gak ni..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...