Pages

Thursday, November 28, 2013

Random UK #2 Melawat Perpustakaan Terbesar Di Eropah

Kadang-kadang kan, aku suka jalan sorang-sorang kat bandar bila aku rasa free sikit dan bila aku tengok cuaca macam cantik jer..macam comel jer kalau nak jalan-jalan kan. Kat sini, salah satu iconic building di Birmingham ni ialah Birmingham Central Library. Perpustakaan terbesar di Europe. Maka aku pun rasa berbangga lah juga jadi warga sementara Birmingham sebab ada iconic building camni kat sini. Bangunan ni masih baru dibuka. Sebelum ni library ni dah ada cuma dia renovate bagi nampak moden. Jadi tujuan aku pusing-pusing library ni sebab nak ambil gambar bangunan ni sikit sebab kena present masa kelas international student haritu. 

Kadang-kadang happy tau amek feeling jalan sorang-sorang kat bandar waktu siang. Sebab proses nak berjalan tu, akan berdepan dengan banyak perkara menarik. So aku suka & agak enjoy. Kadang ada orang main music. Macam-macamlah. Siapa follow instagram aku mesti perasan video yang aku post sepanjang jalan.


Nampak bangunan belakang aku? Haa itulah dia library tu. Pada dasarnya bentuk dia cuma kotak je. 
Yang nampak menarik tu facade treatment dia. gegelung besi gituh. 

Ha ni dalam library tu. Macam futuristik kan? Macam e ehhh..ada ke orang nak study dalam library nih? Ramai yang tercengang macam aku je tengok interior library ni.

Aku suka ruang ni. Ada ruang untuk kanak-kanak ataupun bahagian rileks-rileks siap ada kusyen. Nak tidur pun takpe kot.

Aku suka ruang ni macam sangat rileks. Lepas tu aku suka sebab ramai mak ayah bawa anak diorang datang sini. Jadi aku rasa tempat ni, walaupun library, tapi ia tidaklah berada dalam keadaan senyap. Tambahan pula memang jadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong datang. Perpustakaan ni ada beberapa zone yang berbeza. Kalau rasa nak study, zon senyap pun ada jadi tak payahlah nak mengamuk macam aku kalau orang bising di library ya. Oh ya satu benda yang aku suka pasal library kat UK ni termasuklah library di faculty aku, kita boleh bawa makanan dan minuman masuk. Tapi makanan berat dan basah tu tak digalakkan la. Beg pun boleh bawa masuk. Jadi tak payahlah nak simpan bag dalam loker pastu angkut semua barang bawa masuk library serupa takyah bawa bag kan?
Kiranya kalau takut buku kena curi kan ada scanner nak masuk dan keluar. 

Ruang dia sangat besar. Aku rasa lebih dari triple volume dah ni. 

Kat tingkat paling atas ada ruang lanskap. Cantiklah, menenangkan je rasa. Kat sini kalau rasa nak picnic ke dating pun boleh. Anak meragam nak tukar lampin kat sini pun takde hal!


Sebenarnya, aku dah bersemangat pergi library ni sebab nak observe sendiri, aku dah buat slide untuk present, sekali time aku dah bersedia tuh tutor cakap "masa dah habis, orang selebihnya yang tak sempat present simpan sahaja presentation tu untuk kenangan" aku macam "Whattt??" kau buat aku tidur lewat sebab slide ni lepas tu tak payah present? Kesedihan apakah ini che'gu?

Soooo..aku present jelah kat korang. Okay lah tu kan. Ada modal lah nak tulis entri kan?
Cakap thank you kat Cik Sophie! Cepat!!

Nah la, untuk uolls yang selalu merindui iolls yang selalu suruh iolls rajin-rajin post entri & gambar di perantauan. Awww~

(Gunakanlah camera360 untuk dapatkan efek kulit halus mulus. Lol. Thank you sunshine)

Waktu ni masih panas ada mentari. Tu yang silau-silau je mata.  Sekarang nak masuk winter. Matahari dah tak nampak. Menggigil jer kalau keluar rumah. But anyway, aku menanti snow penuh sabar sebab aku memang suka tengok snow pastu berangan. Dah macam takde kerja lain ke kau ni Sophie! 


Oh ya, ni waktu lain aku datang waktu malam. Lighting dia cantik. :)



Monday, November 25, 2013

Random UK #1 Meredah Malam di England

Menunggu bas berseorangan ketika jam menunjukkan pukul 10 malam bukanlah sesuatu yang baik ketika anda berada di UK. Ditambah pula dengan cuaca yang begitu sejuk. Nak winter kan. Ditambah pula dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan ketika waktu sejuk macam ni. Aku memang ada lelah dari kecil cuma sekarang jarang sangat kena.

Selepas menunggu dalam kesejukan hampir 30 minit, bas yang aku nak naik pun sampai. Tapi bas no 51. Aku nak no lain yang akan berhenti betul-betul dekat dengan rumah. Tapi disebabkan taknak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran (hebatnya peribahasa I) maka aku pun naik jelah bas 51. Dah tak tahan sangat sejuk. Dan iya, aku keseorangan waktu itu.

Seperti dijangka. Hujung minggu, malam pula tu, memang la akan bertemu dengan ramai orang yang pelik-pelik. Aku punya favourite spot dalam double decker samada paling depan ataupun tepi tingkap. Jadi aku naik tangga dalam bas. Tempat duduk paling depan ada orang duduk. Ish! Tempat aku kot! Lepas tu di hujung belakang ada sekumpulan orang kulit hitam memandang tepat ke arahku. Okay takutnya. Aku pun wat lek wat peace duduk tengah-tengah, masih di tepi tingkap. Bas berjalan dan berhenti di city center. Standardlah ramai yang ada di city center, malam-malam mesti nak balik rumah punya.

Jadi aku yang di tingkat atas ni pun hanya memerhati seorang demi seorang yang naik ke tingkat atas. Waktu malam macam ni memang selalunya ramai orang pelik ataupun mabuk. Sah. Dua orang lelaki mabuk warga European (aku kurang pasti dari negara mana) datang duduk betul-betul depan aku.
-_-'  Aku stress. Sebab aku benci orang mabuk.  Seorang demi seorang lagi naik dan setiap orang tu aku harapkan ada lah samada perempuan atau lelaki yang berperwatakan baik sikit duduk sebelah aku. Supaya aku rasa selamat sikit. Waktu ni, dalam bas dua tingkat di bahagian atas ni, dipenuhi dengan orang-orang yang macam ala-ala hoppers (hiphop) ada yang sumbat telinga dengan headphone, ada group of girls yang gaya macam baru balik dari clubbing, ada lelaki yang berambut punk yang mana hujung rambut beliau hampir saja mencecah bumbung bas. Wow, impress pulak aku macam mana rambut dia boleh jadi keras.

Tuhan mendengar doa aku yang keseorangan. Seorang lelaki mat saleh berperwatakan baik, sedikit kacak duduk di tepi aku. Fiuhh.. Ni kalau mamat mabuk dua orang depan aku buat apa-apa kat aku bolehlah konon nak grab lengan abam sedikit kacak sebelah aku "Please help me abam mat salleh!!"

Sepanjang perjalanan bas, memang bising. Bising dengan si mabuk dua orang depan aku ni. Dahlah bercakap dalam bahasa diorang. Tak sure bahasa German ke apa tapi macam Dutch. Lepas tu pasang lagu bahasa diorang kuat-kuat. Aku rasa annoyed. Aku rasa abam mat salleh sebelah aku ni pun rasa apa yang aku rasa walaupun kami tak berborak pun antara satu sama lain. Wey aku rasa macam nak pasang lagu Cindai jelah kuat-kuat! Urgh!

Sampai satu stop ni, abam mat salleh sebelah berdiri tanda dah sampai stop dia. Aku rasa macam T_T don't leave me please.. Sewaktu dia turun tangga, dia sempat mengerling ke arah aku. Mata bertentang mata gituh. *berdebar* aku seolah paham isyarat yang dia nak sampaikan. Macam dia nak kata "take care, girl.." ke sebenarnya dia nak kata "nasib kau lah labu.."? Takpe aku redha. Dan si mabuk dua orang ni masih bising di depan aku. Dalam 15 minit naik bas dalam keadaan tak selesa dan sentiasa bersedia takut diorang ni buat apa-apa. Nak tukar tempat pun seat penuh.

Tak lama lepas tu sampai di destinasi aku. Bas no 51 kan. Nak tunggu lagi bas no lain yang akan sampai rumah aku ke nak jalan kaki laju-laju? Aku tengok keadaan bus stop. Sunyi. Gelap. Aku tak sanggup menunggu lagi dalam kesejukan. Aku nak balik cepat. Maka aku meneruskan langkah berjalan berseorangan. Meredah gelap di sesetengah tempat dan melintas jalan.

Aku sentiasa memandang ke kiri dan kanan, kadang di belakang. Sentiasa membaca doa dan ayat Qursi semoga dilindungi Tuhan. Ternyata aku lebih takutkan manusia jahat berbanding hantu waktu ni. Aku pasrah jela. Ada dalam 15 minit juga lah nak berjalan sampai rumah. Di satu jalan ni, aku nampak seorang lelaki dalam 10 meter depan aku. Dia pegang kotak pizza. Dia makan tapi jalan terhuyung-hayang. Sah, orang mabuk lagi. Patut ke aku jalan laju potong dia? tapi macam takut je..sebab lorong pejalan kaki tu sempit.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti 5 meter depan aku. Bertambah debaran jantung aku. Okay, kenapa orang ni nak berhenti kat jalan yang takde apa-apa? bukannya ada rumah pun kat tepi jalan ni? Aku macam nak nangis. Mohon ini bukan penculik (sebab memang ada kes orang hilang disini) mahupun perogol? (okay sebagai anak dara mestilah I takut gila dengan perogol kan). Aku pandang orang mabuk yang 10 meter kat depan "boleh ke aku harapkan dia kalau apa-apa jadi kat aku?" ke dia pun akan cederakan aku ke nanti? Macam-macam pemikiran negatif. Aku pandang tepat kat kereta tu.

Aku nak tengok berapa orang dalam tu. Ada dua orang lelaki. Okey. Aku jalan laju-laju sambil hujung mata memerhati orang dalam tu. Waktu tu aku dah set otak, ni kalau aku nampak diorang turun je dari kereta ni aku lari pecut ni walaupun kaki I tak berapa nak panjang. Walau aku dah berjalan ke depan, aku masih sesekali berpaling ke belakang sebab kereta tu ada lagi. Ternyata mereka tak turun dari kereta. Fiuh, buat suspen je. Aku pun meneruskan perjalanan. Orang mabuk depan aku lepas habis makan pizza dia lempar je kotak kat tepi jalan. Patutlah Birm kotor!

Lepas jalan laju-laju dan sampai rumah.. Fuhhh kelegaannya.. sampai urut dada sebab jantung berdebar laju sangat. Alhamdulillah takda apa perkara buruk berlaku. Aku jarang keluar malam. Tambah lagi sorang-sorang. Tapi sebab aku pergi jumpa kawan kat London yang datang dari Malaysia tu yang aku sorang-sorang tu meredah malam. Ni bukan first time benda camni jadi. Kat sini bukan macam Malaysia. Kalau pukul 9,10 malam tu dah sunyi tambah pula sekarang nak winter malam makin awal. Pukul 5 dah gelap. Selalu la waktu-waktu camni banyak orang mabuk, orang nak gi night club ke apa biasanya diorang minum arak dulu untuk panaskan badan. Pastu hot camne pun perempuan tuh tetap nampak buruk bila kau mabuk. Ah samalah dengan lelaki. Aku tak suka sebab diorang kat sini suka cursing. Bukan cursing Malay (yang blogger tuh) tapi cursing merepek-repek lah.

p/s-Orang selalu ingat budak-budak study oversea ni best la boleh travel-travel selalu, etc. Iya memang la travel tu best, gambar yang kitorang selalu post pun cambest kan? Tapi hakikatnya, banyak juga masanya kami kena lalui hari-hari yang sukar, jauh dari family, jatuh bangun sendiri, sakit rawat sendiri. Nak gi mana sorang-sorang.Yang dah kahwin tu takpela ada pasangan boleh jaga. Cam haku ni sapa pula nak jaga kan? Jaga diri sendiri sudehh. Nak bagitahu mak kita tak sihat pun tak sanggup sebab taknak dia terlebih risau. Lagi rela tak bagitau walau dalam hati "Ma, I wish I can have your bubur ayam with soup.." T__T