Wednesday, October 26, 2011

Pengalaman Macam Ni, Siapa Nak Bagi?

Life aku agak hectic sekarang ni. Sebab tulah aku dah jarang update. Semoga takde yang kecil hati kalau aku tak reply comment atau terjahan dari kamu semua. Walaupun lama juga aku tak update, tapi masih ada juga orang yang singgah blog nih. Terima kasih.

Hurmm.. sebenarnya, kali ni, aku menulis sebab aku rasa sangat down. Dalam banyak-banyak fasa kehidupan aku, aku dapat rasa sekarang adalah fasa yang SANGAT tough untuk aku hadapi, iaitu alam pekerjaan. Huwaaaaaa T__T

Aku bekerja dalam firm architecture yang besar,projek pun besar.Kebanyakan masa aku kena buat drawings, ammend ke apa, ada sedikit design. Setiap hari, aku akan belajar perkara baru.Hampir setiap hari juga, aku akan buat kesalahan walaupun kesalahan kecil mahupun besar.. Kadang-kadang aku rasa macam huwaaaa~ kenapa bengap sangat ni??  T__T  Aku selalunya tak takut belajar benda baru. Even benda yang bukan bidang aku pun aku enjoy belajar.Tapi bila fokus on bidang sendiri ni aku rasa macam oh menakutkanlah sebenarnyaaaa. Korang bayangkan tandas rumah korang tu pun detail drawings dia sangat detail setiap lekuk, lubang ke apa siap dengan saiz tiles etc kena tunjuk padahal realitinya boleh aje suruh buruh Indon bina terus siap..Tapi tak, semuanya ada lukisan yang sangat detail.

Setiap kali aku rasa down, aku akan fikir.. kalau rakan sekerja aku kat sini dah bertahun-tahun kerja, & masih stay, kenapa aku tak boleh? diorang semua mesti ada fasa permulaan yang sangat tough dulu-dulu. Kadang-kadang mengenangkan arkitek-arkitek aku, aku rasa diorang lagi lah pening, masuk meeting pung pang pung pang bincang dengan engineer lah client, etc, pergi jumpa authority, nak check drawings lagi. Oh gila. Mesti dulu-dulu diorang pernah lalui fasa yang sangat susah barulah boleh sampai ke tahap sekarang yang masih juga susah..

So,terpaksa lah gua pujuk hati sendiri. Nak cerita dengan ayah, dia dalam bidang berbeza, susah nak buat dia paham. Amek handphone nak call pakwe? eh lupa sekarang dah solo.Huahuaa.. Nak call member, rasa macam "takpeeelah, gua masih bisa bro~!"

Sebab tulah aku suka mengajar berenang. Sebab aktiviti tu macam terapi. Aku rasa happy sangat-sangat bila mengajar. Aku happy dapat jumpa orang baru. Student aku pun bukan calang-calang orang. So far aku banyak mengajar pensyarah, ada doktor, engineer, macam-macam lagi lah.Ada yang umur 60 tahun pun ada.& kebanyakan student memang lagi tua dari aku. Ni peluang baik untuk keluar sekejap dari kepompong architecture. Currently salah seorang student aku ialah seorang yang istimewa, dia kerdil. Jadi memang kaki dia tak cecah lantai pool  and aku kena bagi extra care kat dia. Aku tak tahulah mana aku dapat kesabaran untuk mengajar tapi bila aku mengajar orang, tak kisahlah mengajar apa pun, aku akan letakkan hati aku pada apa yang aku ajar. Aku tak pernah marah student(kecuali budak-budak sebab diorang nakal). Sebab bila mengajar, pada aku kita kena letakkan diri kita di tempat dia. Faham apa yang dia rasa. Tak pandang rendah pada kemampuan orang lain. Jangan sekali-kali ketawakan kelemahan orang lain. Kita takkan tahu orang yang kita ketawakan tu mungkin akan jadi seseorang yang hebat suatu hari nanti.

So hari ini, walau selemah mana pun aku,walau mungkin diketawakan, walau dipandang rendah aku yang memang rendah ni. Hiuhiu (gelak kurang pasti yang menyedihkan).. Tapi takpe, sebab bila jatuh kena bangun sendiri tak boleh harapkan orang lain. Sebab sekarang aku berada di bawah. So aku akan mula perlahan-lahan dari bawah. Ilmu terbaik adalah pengalaman kan. Pengalaman macam ni siapa nak bagi? Simpan dalam hati. Satu hari nanti akan tersenyum balik mengenangkan semua yang aku lalui sekarang ni.

Tak jemu mengajar dan belajar. 

kadang-kadang teringat ayat anak buah aku Ajen. Kalau aku sakit ke macam sakit perut ke apa dia pujuk sambil tepuk-tepuk belakang kata "Amati Copi kan strong.." terngiang-ngiang.. =')

Nak share satu lagu agak dah lama tapi kadang-kadang teringat lagu ni bila rasa down.



Forget about the reasons why you can't in life,
And start to try..



And when you're down and feel alone,
Just want to run away,
Trust yourself and don't give up,
You know you better than anyone else.. (perasan.kikiki..)

Tuesday, October 11, 2011

Kenapa Malu Nak Tunjukkan Kasih Sayang?

Aku..
Kamu..
Dia..
Mereka..
Kita..

Semuanya dilahirkan oleh seorang ibu. Kita juga mempunyai seorang bapa. Iya, kita mempunyai ibu dan bapa. Tak dinafikan, ada yang ibu atau bapanya telahpun kembali ke rehmatullah. Innalillah. 

Sepanjang aku meningkat dewasa, mestilah kan, akan menemui pelbagai jenis orang. Biasanya kawan-kawan rapat,aku selalu bawa pulang ke rumah terutamanya kawan-kawan UiTM. Sebab aku jenis yang suka kalau parents aku tahu dengan siapa aku berkawan, supaya mereka tak risau dengan siapa aku berkawan. Eh, lari tajuk. Err, aku ni walaupun rumah dengan UiTM tu dekat, tapi jarang juga balik sebab course architecture membuatkan aku sangat busy.

Bila aku pulang rumah, mestilah aku akan bersalam dengan Mama dan Walid aku. Lepas tu peluk-peluk sebab huwaaaa rindunyaaa.. T_T sob..sob..  Yer, adegan begitu dihadapan kawan-kawan. Tapi I tak malu pun. (^_^)V  Walaupun diorang kata aku anak manja. Walaupun adik-adik aku claim aku sebagai "yelaaa, kakak kan anak manja Mama."hiuhiu..  tapi aku okeyh jek. Peace!!

Sebab..
Bagi aku..

Kita cuma ada seorang ayah, dan seorang ibu. Kenapa malu nak peluk cium ayah dan ibu selagi mereka masih ada? Manja tu tak semestinya mengada-ngada merengek-rengek begitu, tak. Kalau orang kata aku manja, yeah mungkin la. Ada part tu manja sebab manja bagi aku= menunjukkan/mempamerkan kasih sayang. In a way, aku tak malu berkelakuan begitu sebab aku sangat-sangat menghargai mereka yang aku sayang. Sebab aku taknak satu hari nanti aku rasa terkilan @ menyesal tak peluk cium mereka puas-puas selagi mereka masih ada. Siapa tahu kalau satu hari nanti samada mereka, atau aku yang akan 'pergi' dulu. 

Masa belajar dah memang tak duduk dengan family, rasa ralat juga bila lama tak jumpa & spend time together. Tapi bila dah bekerja, lebih ralat perasaannya bila nama je duduk rumah, tapi kerja asyik balik malam. Weekend pun busy. Tak selalu lekat di rumah.Huhu. So kalau ada masa balik kerja tengok Mama baru lepas solat pergi baring kat Mama lentok kepala kat peha Mama, aww~ feeling yang sangat menenangkan sambil berborak-borak. Kalau Walid dah tidur pula aku suka tengok muka dia tidur. Comel gila muka ayah aku tidur nampak sangat menenangkan & aku akan cakap kat Mama "Ma, tengok Walid tidur. Comel macam baby besar.Haha.." 

Peluk baby besar.Hiuhiuhiu..

Aku sangat suka bila nak pergi kerja salam Mama aku, dia akan pandang aku dengan penuh kasih sayang. Hanya seorang ibu mampu pandang anaknya begitu. Pandangan yang begitu menenangkan dan mendamaikan. Haih. Bukan susah nak membezakan pandangan kosong dengan pandangan yang ada kasih sayang.

So, adik-adik, kawan-kawan, lepas ni, buanglah rasa malu tu. Kalau pergi sekolah atau kerja, kalau parents masih ada, jangan lupa salam, peluk, cium mereka. Kalau tak biasa buat, then tiba-tiba kamu buat, mesti tiba-tiba ibu macam terharu pastu nak mengalirkan air mata *macam hindustan tiba-tiba* Hey, membuatkan ibu bapa senang hati dengan kelakuan kita amatlah penting ok supaya hidup ni diberkati. Mungkin rasa kekok mula-mula. Tapi apa nak malu? Kita kan anak mereka? Masa baby tak payah suruh peluk, mesti terus cari ibu kan dalam apa-apa situasi pun. Kenapa entah dah besar nak rasa malu dan kekok pula. Kalau lelaki lain la kot. Tapi kenapa nak create boundaries sebegini? huhu.

Walaupun mungkin kamu ada masalah keluarga, walaupun kamu rasa ibu atau bapa kamu bukanlah orang yang baik, ingatlah bahawa kamu terhasil dari benih mereka. Walau seburuk-buruk perilaku mereka, mereka masih ibu dan bapa kamu, sentiasalah berdoa supaya mereka berubah. Buanglah benci dalam hati ok.

p/s: kepada yang telah kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya, sorry ler kalau entri ni termenyentuh hati pula & membuatkan rasa rindu tu datang balik..huhu. Al-Fatihah.


-pelik orang sekarang peluk cium pakwe makwe tak malu langsung. Peluk cium parents malu pula? (-_-') 

sisters.

dengan kengkawan pun nak bermanja.hihi.Over mak~







Sunday, October 9, 2011

My [Random] Honest Thoughts #3


1) Harini rasa sangat penat. Sebab pagi pergi jogging. Lepas tu pergi pool UiTM Shah Alam sebab ada latihan lifeguard macam sem lepas dari pagi sampai petang. In between latihan aku terpaksa bergegas ke kelas muzik. Huahua. Aku dah join kelas muzik wehhh. (^__^)V Seronoknyeeee. Lepas kelas sambung latihan balik. Giler kan? Nasib baik boleh minta excuse. Eh gua kan senior. ;p  Balik rumah terus terlentang tidur atas katil seperti dugong terdampar.



2) Lately aku terasa macam banyak pikir doh. Pikir macam mana aku nak kumpul duit. At least bermula dari sekarang aku kena buat RM1000 extra income per month.Tak termasuk gaji sendiri. Gila ah. Itu target jela. Sebab korang tengok eh planning insyaAllah jadi yang agak cramp nih.

Nov @ Dec- Nak amek scuba lisence bersama geng lifeguard 
Nov @ Dec- Pergi Singapore bersama geng lifeguard
Dec- Pergi Bangkok dengan family
Feb- Backpacking in Indonesia for like 10 days? OMG.. 
Within 2 years: Pergi UK.

Penting: Nak beli Iphone. T_T sob..sob..

Mama kata: Sila kumpul duit juga untuk sambung belajar nanti dan untuk kahwin walaupun belum ada calon. Cheese!

(kalau terpaksa mungkin kena let go ke Singapore, amek lesen scuba dan Iphone yang dah lama diidam-idamkan.Isk!! )
Nampaknya penatlah weekend aku macam ni huhu. Tengah consider mengajar private ni boleh charge lebih.huahua. Nak harap gaji kerja di firm memang celah taik gigi jelaaaa.Nak bayar kereta bulan-bulan pun dah menggelupur. Terasa paling teruja dengan backpacking. (^__^)V  Banyak betul nak amek cuti ni.Takutnyaaa bos marah. Itupun kalau aku masih bekerja di situ bulan Februari. Ada jugak kawan nasihatkan "dah tahu mengajar lagi masyuk apesal kau tak berhenti kerja je?"
"Sebab aku nak jadi arkitek la bukan nak jadi cikgu renang".Walaupun susah betul nak jadi arkitek.. Takpe, ada hikmah kot.


3) Oh, berkenaan kelas muzik, aku dari zaman sekolah memang nak belajar piano tapi disebabkan adik beradik 6 orang, rasa unfair pula nak minta parents aku hantar. Nanti adik-beradik yang lain ada nak belajar gitar, drum, nanti mahal la. So aku dah kerja ni aku bayar jela sendiri. Huhu. Semoga tak la hangat-hangat tahi ayam je belajar.(eh tadi taip peribahasa ni begini pula: semoga tak la tahi-tahi ayam je belajar. Lupa peribahasa doh)  Nanti boleh nyanyikan lagu untuk yang tersayang. Bermotif sangatlah tu. Hiuhiu.. (-__-')


4) Sebenarnya seperti dilema dengan planning hidup aku nih. Huwaaaa~ Aku tak tahu bila aku patut sambung belajar, bila patut berhenti kerja, patut tukar tempat kerja lain kah untuk dapatkan exposure berbeza sebab company sekarang ni memang bagus, cuma exposurenya bukanlah seperti yang aku harapkan. Tapi juga tak patut banyak cekadak kan? Tapi working environment memang best. Rakan sekerja best. Ramai yang kelakar. Beban kerja? Boleh adapt, insyaAllah. Target aku paling minimum pun setahun di firm sekarang. Sekarang dah 6 bulan kerja situ. Tapi tak mustahil juga tiba-tiba berhenti awal eh? atau terlama pula. Entahlah. Macam yang aku kata, dilema dengan planning hidup. Huahua. Patheticnya bila dah makin dewasa.

kadang-kadang datang kerja on weekends.

Project Architect projek lain belanja makan Domino's Pizza. Project Architect projek aku belanja makan goreng pisang aje. (-__-') tapi takpelah, rejeki..

Pemangkin semangat. Tension pun kena sneyum. Eh tapi jangan jelir lidah kat orang.huhu.


5) Aku baru sedar. Aku dah lama betul tak melukis.Yang betul-betul lukisan lah macam lukisan lama aku kat entri nih:


Tak termasuk lukisan cakar ayam semasa bekerja. Mesti dah kekok tangan ni nak melukis. Aku pernah bercita-cita untuk memiliki galeri lukisan sendiri. Wahaha tak boleh blah angan-angan. Cuma satu aje aku tak pernah lukis. Potrait. Aku rasa macam tak pandai lukis orang. Tapi tak tahulah sebab tak pernah cuba. 

Lukisan tahun 2008. Poor dari segi shadow dan macam-macam lagi. Ahh pedulik.

6) Sekarang kalau aku ada entri baru aku dah tak post dah di Facebook profile aku. Sebab dah mula ada kawan-kawan sekerja dalam friend list. Tetiba rasa malu pula kalau ada yang baca blog picisan ini. Huahua.. *gigit jari* Kebanyakannya lagi tua dari aku so tak tahu wajarkah merasa malu sebab taknak rakan sekerja tahu banyak pasal aku. Tiba-tiba aku rasa macam ada dua personaliti. haha. Tengok header dah boleh nampak dua personaliti berbeza itu. =)





Saturday, October 8, 2011

Tips Pergi Pulau

Haluuuuuu everybody!!!

Ni apa kes ni mood macam nak pergi bercuti je buat entri tips pergi pulau. Heheh. Sebenarnya sekadar nak share pengalaman memandangkan dah pergi beberapa buah pulau. Sebab aku tahu ramai juga yang tak pernah pergi pulau. Tak termasuk Pulau Pinang dan Singapura ok. Jangan nak loyar buruk disini.

So here we go!!!

Oh sebelum tu, pulau yang aku maksudkan adalah betul-betul pulau, bukan pulau maju jaya seperti Langkawi tetapi pulau yang nak dapat elektrik pun susah. & memang betul-betul macam kampung nelayan punya stail lah!!

Paling UTAMA sebelum bermula No.1: BE PRACTICAL!

Ok boleh masuk No.1 dah:

1)Pakaian
 Bawa barang yang perlu sahaja. Kalau duduk di pulau tak perlu berpakaian macam nak pergi dinner atau dating atau bling-bling kalah mak datin. Kalau nak kelihatan seperti alien boleh sahaja nak pakai sebegitu. Nak pergi pantai biasanya orang feeling ala-ala pantai gitu. Pakai pakaian yang selesa. Takde motif nak pakai sweater siang-siang. Panas doh.


yeah! silalah berseliper jepun/ flip flop aje. Girls, tolonglah jangan pakai heels di pantai. Kerana anda akan berjalan seperti penguin bila berjalan atas pasir dengan memakai heels. Eh!tapi comel juga berjalan seperti penguin kan?


2) Beg/bagasi
Kalau boleh pakai beg ala-ala backpacking. Sebab kita sedang bercakap tentang pantai. Pasir halus. Kalau kamu bawa beg ala-ala nak duduk hotel, beg beroda itu macam mana nak tarik ala-ala Easy-bag (beg sekolah zaman dulu yang famous tu) ? Melainkan korang memang check in hotel yang ada tukang angkut barang tu takpela, silakanlah angkut bag ala-ala easy bag tu. Tapi aku maksudkan macam budget travel gitu la.

aku kurang gemar bawa beg begini pergi pulau.

lebih gemar bag pack dan dry bag.

Ini pula dry bag. Biasanya mereka yang terlibat dengan sukan air selalu bawa dry bag sebab kalis air. Aku pun ada warna hijau. Senang nak bawa di tepian pantai, takdelah basah barang-barang dalam beg ni.


3) Toiletries
Barang mandi tak perlu bawak semua botol. Berat giler kot kalau nak bawa botol shampu, botol shower gel, botol conditioner, apa-apa jenis botol lah termasuk botol kicap ke. Kalau dah perempuan tu kalau boleh dengan toilet rumah sekali nak bawak. Konon nak selesa aje.hiuhiu..So belilah travel kit (kat Mydin murah giler). Then korang isi lah, satu botol satu produk. Dengan cara ini, korang dapat meringankan beban beg korang.


4) Duit
Biasanya kat pulau takde mesin ATM. Maka sebelum sampai pulau, sediakanlah cash secukupnya ok. Tambahan pula, kat pulau makanan lebih mahal. Plus, kot-kot lah korang nak kena sewa snorkeling gear ke, sewa naik bot ke apa, dah extra charge pula. 

5) Sun Block
Weyh ini penting!!!!!!!!!!!!!!!  Aku pernah pergi pulau tak pakai sunblock langsung. huhuh. Balik rumah je terus gelap giler siap berkilat cukup. Dah macam orang minyak. So, aku suggest pakai lah Sun Block jenama Sun Play ni. SPF 130. Haritu pakai kat Perhentian. Masa balik tak ramai perasan aku burn. Diorang kata macam takde beza sangat. Fiuuu~ lega. Semangat tu apply setiap kali keluar dari air laut, sapu, then mandi laut lagi, naik, sapu lagi. Kena rajin apply la. Tapi aku suka texture jenama ni. Macam air, senang serap.

Kalau tak pakai sun block sia-sia aje usaha dah berapa bulan setiap malam  sebelum tidur pakai krim Safi Balqis. Ish!! Nanti dengan hanya dua hari dah jadi hitam. Sia-sia usaha beberapa bulan tepek krim walaupun mata ngantuk separa tertutup tangan masih mampu tepek krim. *oooh, kerana diriku begitu berharga~*

6) Keselamatan
Oh ini sangat penting! Bila nak pergi pulau biasanya kena naik feri atau bot. Tapi aku tak faham lah kenapa walaupun ada lifejacket kat dalam feri/bot, tapi pemandu tak mewajibkan pakai. Siap elok berbungkus lagi dalam plastik .Malang tu kan tak berbau. Nanti tiba-tiba karam bila masa pulak nak buka bungkusan plastik tu? Gila hapa.Paling tak pun, korang alertlah kat mana kedudukan lifejacket tu. kalau apa-apa jadi, at least korang sempat grab lifejacket tu. Aku yang boleh berenang pun selalu alert dengan keselamatan ok. Sebab laut bukan boleh buat main. Kalau ombak kuat haru juga.



Diharapkan dengan tips yang tak seberapa ni dapatlah membantu korang untuk pergi pulau dengan berjaya ye. Heheh. 
Last but not least, kalau pergi pulau mestilah dengan niat bercuti kan?  So, segala apa permasalahan haruslah dibuang jauh-jauh. Hati haruslah excited maka boleh ekspresikan diri seperti dalam gambar-gambar di bawah. Haih. Muka jatuh saham aje.kikiki..




PEACE!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...