Saturday, September 24, 2011

Tips Putus Cinta





THE BEST advice from a mother:
"Tuhan dah sediakan yang lebih baik tu sebenarnya."

Mum also said:
"It's not a matter of who ended it. When a relationship ends, it's an agreement between both sides."

Because I've noticed this one scenario. When a person breaks up, the one question that would be asked was:
"Who breaks it off?" or "Siapa yang minta putus dulu?" - Of Love And Break Ups, by Bashtiah 



Dalam situasi putus cinta, samada yang meninggalkan atau ditinggalkan, itu bukanlah penyebab untuk menuding jari pada mana-mana pihak.Setuju? Sebab betul cakap mak Bash, bila perpisahan itu terjadi, ia sebenarnya adalah persetujuan daripada dua-dua belah pihak. Kalau tak, mestilah salah sorang akan cuba cantum balik hubungan yang hampir putus tu bila yang lagi sorang mintak putus. Putus cinta itu memang satu feeling yang hurmm.. seperti ada Tsunami dalam hati kot. haha.

So, ini adalah tips pada  yang baru putus cinta macam saya. Baru tak baru sangatlah..

1. Menangis sampai dah tak boleh nangis.
Kalau kau sedih nangis jelah tak payah tahan-tahan. Tapi tak payah lah sampai hari-hari nak uwek,uwek nangis. Cukup menangis dalam selimut je dahla. Pastu tahu-tahu dah tertidur.Tak payah tunjuk satu dunia yang kita tengah sedih. Tapi yang dah kerja macam aku janganlah nangis masa tengah buat kerja pulak. Plus, jangan nangis lama-lama. Paling lama 3 hari dahla wei. Lepas tu bagitahu diri kau "ok, cukuplah tu nangis. Mari berdepan dengan dunia!  Aja! Aja Fighting!!"

2. Buang contact number, buang semua gambar memori Winter Sonata dan unfriend di Facebook?
Naah, ini terpulang pada kamu. Kalau kamu putus dengan cara yang tak baik, adalah bagus kamu buang semuanya dan unfriend di Facebook. Tapi aku nasihatkan, bagi yang putus cara baik, tak payahlah sampai unfriend. Cukup kau hide je dia dari pandangan mata kau di wall facebook cukuplah kot-kot dia menggatal dengan perempuan lain lepas kau ke apa ke at least kau tak rasa annoyed sebab tak keluar di news feed. Unless kau tak dapat menahan nafsu nak stalk ex kau, baik kau unfriend jelah. Kalau nak lagi enak hide sekali sesiapa yang rapat dengan dia. At least kau takdelah unfriend. You know, you got to be professional at this age. *cakap macam dah tua sangat pulak*

3. Sibukkan diri sendiri 
Nasib baik lah aku bekerja. Hari-hari mengadap komputer buat drawings, dengan harapan taknak ingat langsung tentang perkara  tu. Tapi gua salah. Di peringkat awal tu, memang jiwa kacau. Tak dapat fokus sangat walaupun mata pandang computer. Walaupun masa buat drawings ni, otak memang taknak fikir, tapi.. hati pulak yang tiba-tiba rasa sebak. Huuuu. Parah doh. Tapi muka, harus slumber, buat muka stone takde feeling je ok. Tak payah buat drama di tempat kerja. Nanti balik, again..dalam selimut buat apa? Just cry your heart out like a baby. T__T sob..sob..sob.. 

4. Berjumpa kawan
Kalau dah namanya perempuan, memang tak dapat lari daripada menceritakan masalah pada teman baik. Kalau rasa nak cerita, cerita jelah. Tapi ada satu point tu kau kena berhenti terus daripada bercerita tentang hubungan yang dah tamat tu. Get a new life. Move on. Refresh and energize!

5. Dengar lagu sedih?
Yup, time-time ni lah baru kau nak faham apa tiap maksud patah perkataan dalam lirik lagu yang sedih-sedih yang selama ni dengar macam takde feeling je. Lebih-lebih lagi lagu dari Indonesia. Kertas-Kasih Yang Tak Dianggap. Pergh!. Tapi, tapi, tapi.. Haisyh, kenapa nak sedihkan lagi hati yang tengah sedih? Hati yang tengah sedih ialah hati yang tengah lemah. Tahu tak macam Ultramen bila dia dah lemah nanti hati dia ada lampu warna merah lip lap lip lap ada bunyi macam siren tu.*serius takde kena mengena* Jangan begitu. Kadang-kadang walaupun kita perempuan, kita patut dengar lagu-lagu rock sikit. Hardcore Metal ke, Punkrock ke yang Screamo ke hape ke. Layan jugak sebenarnya boleh hangguk-hangguk kepala kan walaupun sepatah haram tak dapat catch up apekebenda lah yang diorang ni nyanyi eh.


6. Biasakan Diri Dengan Rutin Baru.
Kalau dulu asyik SMS, hari-hari nak bergayut cakap dalam talipon nak guling-guling atas katil sambil pintal-pintal rambut  *euw gelinyaaa~*, sekarang dah tak boleh dah macam tu. Maka handphone pun boleh campak mana-mana. Mungkin pada awalnya rasa macam tak biasa. Macam, duhhh takde orang pun sudi nak msg. hiuhiu sedihh.. But look at the brighter side bebeh! kau tak perlu habiskan duit beli topup atau bayar bil hp. Jimat banyak tuuuu.. Sekarang hp aku RM10 je untuk sebulan. hebat tak hebat? Hp pun letak merata. Kadang-kadang tertinggal dalam kereta semalaman. Kawan pun hangin je SMS tak reply. kikiki.. & aku pun memang bukan kaki SMS lebih-lebih lagi bila takde hal penting sangat pun.

7. Bersedia Jumpa Orang Baru.
Yang dah lepas tu lepas lah. Don't look back, don't walk backward. Jangan hadkan peluang anda untuk mengenali orang baru. Choii! pandai je aku nasihatkan orang. Padahal aku sendiri tak rajin berkenal-kenal dengan orang. Haih! Tak semestinya bila kenal kena jatuh cinta. Just, kenal-kenal jela. Kalau tak suka jangan bagi harapan. Kalau suka,jangan gedik-gedik, paham?


8. Bersedia Dengan Hiprokasi dan Provokasi
Kadang-kadang orang memang tahu kau dah break up tapi nak buat-buat tanya pulak konon nak korek rahsia KENAPA WEH? KENAPA?. Tapi kalau orang tanya "eh kau dengan dia macam mana?ok?" cakap je ok.Pastu blah. Kadang-kadang orang tengok kita macam happy je "huh, Sophie tu macam bergembira jek kat fesbuk dia dengan blog. Siap boleh pergi Perhentian bagai.Macam tak sedih je dengan itu perpisahan terasing" Well, macam yang aku katakan tadi, bila sedih tak perlu tunjukkan satu dunia. Biar wajah mampu tersenyum walau dalam hati ada Tsunami, Irene Hurricane, Volcano bagai. Perghh ayat~

9. Elak Merisaukan Orang Lain.
Kelakar bila fikirkan dalam ramai-ramai orang, Mama aku sangat risau masa aku putus cintan. Haha. Siap suruh adik-adik aku spy aku ok ke tak, tengah bersedih ke apa. Takut tak boleh fokus di tempat kerja.Haha. Lawak. Tapi adik-adik aku selalu bagitahu Mama aku "alaaa, kakak ok punyaa..don't worry" Terbaik punya adik-adik.

10. Remove virus in your heart and mind.
Yang dah sudah tu sudah lah. Tak payah benci-benci tak puas hati dah. Pikir banyak pun hubungan tu takkan bersambung pun. Melainkan dua-dua macam teringat memori Winter Sonata dan nak sambung balik hubungan tu.Tak perlu salahkan satu sama lain bila obviously setiap orang pun buat silap. Dan bila hubungan tu dah tak berhasil, mesti ada silapnya di mana-mana yakni lagi tepat lagi, kamu berdua tidak serasi sebenarnya untuk bersama. Mungkin background berbeza, cara pemikiran dan pergaulan berbeza. Semuanya serba berbeza so why go on? Tepuk dada tanya nak apa. Aku nak Arjun Rampal, boleh?
*tiba-tiba rasa macam dah lama betul tak tengok Hindustan*



Rock band with emo influence.


p/s: Ok apa jadi single. Not bad.. 


Bila kita jatuh,kita kena bangun sendiri. Luka sembuhkan sendiri. Seluar koyak jahit sendiri. Memang berbekas tapi samar-samar je bekas jahitan tu. Hanya orang tertentu je yang nampak. Hanya yang concern.

Thursday, September 22, 2011

My [Random] Honest Thoughts #2

Agak enjoy buat sesi My [Random] Honest Thoughts ni. Sebab aku boleh berkata apa-apa secara rawak tanpa perlu mengupas sesuatu isu. So here's My [Random] Honest Thoughts No.2:

1) Aku menulis menggunakan tangan kanan. Kiranya aku bukanlah kidal. Tapi, banyak juga perkara yang aku buat pakai tangan kiri. Macam sapu sampah, gosok gigi dan main badminton. Kiranya sangat kekok lah kalau gosok gigi dan main badminton pakai tangan kanan. Pernah baca fakta tak kalau kita menulis pakai tangan kanan, maksudnya kita menggunakan otak kiri untuk berfikir begitu jugalah sebaliknya. Tapi kalau kes macam aku ni? Adakah menggunakan dua-dua otak? Yakni kenapakah aku tak genius-genius pun lagi?? (-_-')

2) Hamster kat rumah aku agak baru beranak lah masa awal raya. Tapi, kelima-lima ekor anaknya warna bulu ikut mak dia. Padahal kami lagi suka kalau ada ikut bulu ayah dia. Sebab warna lebih comel. Tapi bak kata adik aku kat hamster jantan tulah.. "hang ni, harap teloq ja besaq!"


3) Kadang-kadang hujung minggu aku selalunya pergi jogging kat taman perumahan aku. Biasalah, jogging akan lebih bersemangat kalau sambil tu dengar lagu atau radio pagi. Memandangkan aku bertudung makanya aku selitkan earphone dalam tudung. Tapi DJ radio yang kelakar buatkan aku selalu tergelak sorang-sorang. Aku selalu jogging sorang-sorang. Bila joggers lain terselisih dengan aku, diorang selalu pandang aku pelik seolah-olah aku ni kurang siuman. Sebab aku sambil jogging sambil gelak "hikhikhikhik.."

4) Kat rumah, kalau kitorang satu family nak keluar makan malam-malam, Mama aku kadang-kadang ada symptom malas nak ikut. Bengang aku, ada ke patut mak aku nak tinggal sorang-sorang kat rumah.. Aku cakap kat Mama aku " Ma, betul ke taknak ikut ni? *kening terangkat* Haritu kan kita tengok cerita hantu Ju-On kat wayang kan.. eeee~ nanti kan hantu Ju-On tu merangkak turun kat tangga rumah kita ni haaa.. habislaa Mama. Ok,bye. Jaga diri." Lepas tu  Mama aku cakap " Heee jahatlah Kakak ni, yela-yela, Mama ikutlaaaa.." *penakut sama macam aku pulak tu.hihi*

5) Anak buah aku panggil aku Amati Copi. (as in Aunty la maksudnya dalam Arab) Tapi kadang-kadang selamba badak dia je jerit nama aku dari bawah..Sofiya~ oooOOo Sofiya~  Takpun Copi~ ooOO Copi~ Hampeh kan? (-____-)

Tak ke rasa macam nak tarik je muncung si joyah ni?


6) Sekarang bila dah makin dewasa kawan seorang demi seorang dah kahwin. Bila aku bagitahu parents aku yang aku nak pergi kenduri kawan @ akad nikah, nanti mulalaaa start conversation begini:

Walid: eh! Eh!, kawan kamu dah berapa orang dah kahwin. Kamu punya turn bila lagi? *sambil senyum sarcastic giler* (serius shit dah boleh agak dah soalan tajam menusuk kalbu begini)

Mama: Eleh, kahwin mende.. boypren pun takdak. *muka sarcastic kuasa dua,tiga, empat* (juga jawapan sentap yang boleh diagak)

Aku: Err.. *pegang perut* Alamak, sakitnya perut!! Nak terberak lah pulak. Sorry, nak pi jamban. OkBai!.

7) Haritu kan, masa aku nak pergi surau di basement tempat aku kerja, ada lah satu kereta Porche ni lalu. Aku pun macam "waaaa~ machonya kereta. Siapalah gerangan jejaka yang memandunya..?" sekali bila terselisih jejaka tu senyum pada aku. *pengsan* Oh, rupanya bos besar company aku yang umurnya hampir 60 tahun yang interview aku dulu.. "jejaka" sangat! Baru berangan nak bangga diri bila balik rumah "Mama! Mama! tadi ada jejaka hensem bawak Porche senyum kat Ofie!" Harapan palsu semata-mata.Haih ~

8 ) Layan tak bila rasa sejuk minum hot chocolate? Kalau kat ofis petang-petang selalu sejuk. Sejak bertukar tempat duduk kena bawah aircond ni, selalu selubung badan dengan pashmina tebal. Lepas tu layan Milo panas ala-ala layan hot chocolate. Bajet overseas. Walaupun sejuk giler, tapi sebab dulu tempat duduk aku ni arkitek  yang smart dan ohsem yang duduk, amek berkat lah nak jadi smart dan ohsem macam dia. Chewah~

9) Kawan baik aku nak fly UK lah dalam masa terdekat ni. Geng lain ajak apply sambung studies overseas.Tapi, aku pun tak tahu kenapa, dulu aku nak study oversea. Sekarang rasa itu tidak ada. Macam naluri aku suruh aku stay.Misteri. *bayangkan background lagu X-Files* Sepertinya berat hati. Eleh mengaku jelah nak duduk bawah celah ketiak Mama ngan Walid. Nak bermisteri X-Files pulak. Hampes.

10) Harini aku macam happy bila pergi kerja. Sebab cukup tidur kot semalam. Aku tidur pukul 9pm semalam. Awal kan? Bila balik ada benda lain yang buatkan aku happy. Entri Dani "Sejenak Bersama Sophie Al-Yahya" ni.

*thanks a lot dear Dani! *


p/s: lagi sekali menyampah dengan diri sendiri. Sebab asalnya nak update cerita hari sabtu. End up Random Honest Thoughts pulak. Haih. Cuba korang try buat My [Random] Honest Thoughts jugak. Layan gak la sebenarnya. Haha.

Sunday, September 18, 2011

My [Random] Honest Thoughts #1

Hari ini aku akan bercakap pasal apa-apa yang rawak yang terlintas di minda aku.

1) Aku menulis blog bukan untuk kejar populariti. Kalau aku nak glemer mungkin aku boleh tepek banyak sikit gambar bajet comel mekap tebal bercontact lens mata besau ala-ala anak patung huih, mungkin juga akan letak banyak gambar aku dress up to kill like a fashionista which I am obviously not. Mungkin juga boleh kecoh buat entry setiap kali terjumpa artis atau artis reply tweet ke apa.Mesti orang semangat nak baca kan. Oh twitter pun aku takde sebenarnya. 

2)  Aku menulis blog tak sangka sampai 1800+ dah follower aku. Kadang-kadang bila terjumpa junior atau senior fakulti ada yang menegur "eh, you yang blogger tu kan?" hiuhiu.. sebenarnya I malu. Kadang-kadang pergi mana-mana banyak kali terselisih orang pandang semacam. Tiba-tiba dengar. "eh, macam familiar giler lah dia tu" hurm, takkanlah gua nak cakap "eh I Sophie Al-Yahya laaa..adik Scha Al-Yahya takkan tak kenal kot~" memang mintak penampar entah-entah muka aku macam makcik jual cendol kat kolej dia je kot. Tapi ada juga yang tegur bila kenal aku. Adoii, sebenarnya malu tahap gaban. 

3) Aku juga tak menulis blog untuk dapat duit. Seriously aku tak gila traffic. Aku menulis ikut mood. Aku letak je Nuffnang, tapi memang running slow lah. Tambahan pula semenjak bekerja bila penat mood tu macam kureng sikit nak menulis entri baru. Padahal banyak je benda nak diceritakan. Dah susah nak terjah balik mereka yang datang blog aku. Sorry yaa.. 

4) Sebenarnya aku tak paham dengan kawan-kawan rapat aku. Baik kawan UiTM, kawan sekolah.. Diorang selalu tiba-tiba pecah gelak bila aku cakap something. Then aku macam.. Huh? wuttahell? Aku ada buat lawak ke masalahnya?Did I said anything wrong? Then bila aku buat muka blurr lagi tambah kuat gelaknya. Demm ah. Pastu kawan sekolah aku Nisa kata "Pia..kau ni adorable lah.." (Huhhh???) Then kawan UiTM aku Laida akan cakap "Copi, kau ni comot lahhh!!"  (adorable+comot= ????)

5) Sebenarnya aku benci lelaki yang gatal. Dan lelaki yang gatal selalu tak handsome. Sentap tak baca statement aku wahai lelaki gatal yang tak handsome? Annoying tau perangai lelaki gatal macam ni. Aku kadang-kadang even diganggu laki orang. Benci kan?? Dah kahwin atau ada gf tak payah lah nak gatal sangat. Aku rela sedekahkan Mopiko untuk golongan begini.

6) Orang yang tak berapa kenal aku biasanya anggap aku seorang yang berperwatakan cool. kikikiki.. Sumpah lawak dan omaigod macam perasan giler aku ni. Orang yang betul-betul kenal aku akan tahu sebenarnya aku seorang yang..errr..errrr.. Tettt!!! iya, selenga je sebenarnya. 

7) Aku ada banyak nama panggilan. Abang-abang aku panggil aku Girl. Mama aku panggil aku kakak. Kawan sekolah ramai panggil Pia. Kawan MRSM ramai panggil Piah. Kawan UiTM ramai panggil Sophie. Kawan UiTM yang agak rapat panggil aku Copi. Setelah hampir 10 tahun, barulah dengar orang panggil nama aku dengan nama sebenar. Sofiya, iaitu di tempat kerja. How sweet. Tahu tak masud Sofiya tu apa? Sofiya= MENAWAN Jadi, motif nak bagitahu maksud nama dalam capital ber-ink merah? kahkahkah..  ;D  eii gedik jugak aku nih rupanya tiba-tiba rasa nak tampar muka sendiri.

8) Untuk setiap entri yang aku publish, pembaca terawal dari overseas mesti dari US.Dah lama aku buat kajian. aku rasa ada pembaca setia dari US yang aku tak kenal siapa tapi Hai~  *saya senyum kat awak sebab nak cakap Thank You jadi pembaca setia. Err, kalau awak lelaki awak nak dating dengan saya tak?*  Pergh baru cakap benci lelaki gatal. Ni kenapa entah aku nak jadi perempuan gatal pulak ni? Adoiii.. Jatuh standard gua!

9) Sebenarnya aku suka giler makan cendol tapi dah lama jugak aku batuk maka banyak benda kena pantang makan, jadi aku tengah kempunan nak makan cendol sebenarnya ni.Aku nak cendol pulut laa.. T___T  sob..sob..sob..

10) Sebenarnya aku nak buat post share apa yang aku buat harini, dari pagi sampai malam. Teman kawan shopping, jumpa kawan dari Iran, pergi Open house En.Salmizi, pergi Openhouse family, pergi Dengkil jumpa adik. Tapi disebabkan banyak gambar dan mesti aku akan merepek berjela-jela, makanya end up tulis entry ni. Urghh. Geram dengan diri sendiri.

*gambar yang sepatutnya ada dalam entri yang aku kata aku nak cerita tentang apa yang aku dah buat seharian tadi. Ah, terlalu menyimpang. Gara-gara kempunan cendol. Haih! salahkan cendol seperti beliau tiada perasaan. *


p/s: soalan menarik di Formspring yang belum dijawab. Soalan yang sangat cepumas. Susah betul nak jawab ni.Haih.Macam kena buat entri terus. Amacam? 

*kalau kecik sangat boleh klik kasi jelas*




Wednesday, September 7, 2011

#2 Wordless Wednesday- Crush or Crash?

Anak Halal VS Anak Haram

Assalamualaikum.

Seperti biasa, setiap hari aku harus pergi kerja.
Di tempat kerja, dalam team aku, boleh dikatakan aku antara yang termuda la. Bekerja dengan mereka yang lebih tua secara tak langsung buatkan aku pun boleh terjoin conversation mereka walaupun hal rumahtangga.(bukan masalah rumahtangga, hal aje..ingat aku busybody apa)

Pengalaman orang buatkan aku terfikir sejenak.

Ada rakan sekerja aku, dah kahwin dalam 7 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak. Sedih juga bila dengar dia cerita dah macam-macam ikhtiar dia dan pasangannya buat. Padahal dua-dua takda masalah, subur je. Cuma yela, mungkin belum ada rezeki.

Ada rakan sekerja aku, isterinya mengandung, tapi keguguran.
Dan tadi aku ada dengar siapa entah. Kawan kepada rakan sekerja aku ke apa, keguguran.anak kembar.

Sentap. Tersentuh hati aku. Walaupun aku belum kahwin. Tapi berada dalam environment orang-orang dah kahwin, dengar masalah susah nak dapat anak, keguguran semua ni. Aduhai.Aku pun rasa sedih ya amat. T__T lepas tu tengok diorang ni sangat suka budak-budak. Lagilah aku tersentuh hati. Betapa aku pun sangat berharap diorang nih akan dikurniakan anak cepat-cepat. Sob.sob..sob.. *kesat hingus dah meleleh ni*

Kemudian aku terfikir..
Kenapa?
Kenapa orang yang sangat nak anak, sangat deserve dapat anak, begitu sukar nak dapatkan zuriat? Sedangkan hubungan suami isteri tu sah. HALAL.

Tapi kenapa..
Pasangan durjana yang tanpa ikatan sah, sangat senang dapat anak.
Malah sangat senang buang anak. Pandai buat tak berani tanggung.
Ingat baby tu apa? Macam soft toy ke kalau taknak boleh buang-buang.

KENAPA TERGAMAK?  T_T

KENAPA TERGAMAK?  T_T

KENAPA TERGAMAK?  T_T

OH KEJAMNYAAAA!!!
*boleh pengsan aku kalau tengok depan mata betul-betul*


Baru-baru ni juga senior aku dapat baby. Baby sulung. Kelakar juga baca status dia jadi seorang ayah. Kelam kabut jadinya nak basuh berak anak la, anak demam la. Memang boleh rasa lah dia punya excited tuh.

*picture courtesy: Facebook Abang Max*
Ya Allah, kudusnya muka baby ni. Comel sangat-sangat!
Putih pulak tuh.
Fiuuu~ 
Macam mana lah orang tergamak buang bayi eh? Sesaat pun aku tak boleh faham macam mana orang boleh tergamak buang bayi. Baby comel tahu tak? Beliau dahlah innocent. Belum boleh jalan, belum boleh faham apa tengah jadi. 

Disebalik kebahagiaan orang lain menerima anak, masih ada lagi yang berterusan berusaha supaya dapat anak. Aku fikir punya fikir..

Kenapa hubungan yang HALAL susah nak dapat anak..?
Kenapa hubungan yang HARAM sangat mudah nak dapat anak..?

Kenapa Tuhan jadikan macam ni keadaannya?
Mesti ada sebab. 
Tapi aku buntu kalau nak fikir jawapannya.

Fikir.
Buntu.
Fikir.
Buntu.

Ah, call Mama terus masa  kat ofis sebab rindu Mama stay kat kampung dari hari raya haritu sebab nak jaga Opah.. Seperti biasa belum sempat aku tanya khabar dia, dia dah berleter panjang suruh jaga kesihatan, makan ikut waktu, solat jangan tinggal. Bunyi risau sebab dari sebelum raya aku tak berapa sihat. Batuk tak hilang-hilang.Suruh jumpa doktor lagi sebab antibiotik dah habis.

Dalam hati aku masa tengah dengar Mama berleter: Thanks Mama sebab tak buang Ofie masa dulu-dulu I masih baby.hiuhiu.. (walaupun Mama kata aku macam ugly duckling ah sebab paling tak comel masa baby.wakaka..hampes je)  ;p


p/s:
- Gua harap gua subur la. kekeke..
- Tunggu lagi 2 bulan, cukup 9 bulan dari Valentine's Day, aku pasti kes buang bayi akan bercambah balik di dada akhbar dan berita. 

Thursday, September 1, 2011

Nasihat Untuk Adik-adik Yang Bakal Melanjutkan Pelajaran ke IPTA/IPTS

Ehem, ehem..

Sebenarnya hati terasa macam heheh, layak ke I nak bagi nasihat ni? Tapi takpelah, sebab aku fikir, memandangkan pernah menjadi penuntut di IPTA dan merasakan oh kenapa dulu masa aku nak masuk U takde orang bagi aku nasihat kaw-kaw?Sekadar suruh jaga diri dan belajar rajin-rajin aje. Makanya hati telah terpanggil untuk menulis entri khas untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kalaulah aku boleh putar balik masa, ada beberapa perkara yang aku harap aku dapat ubah. Tapi ini bukan kartun Doraemon ada pintu sukahati. Oleh itu, saya dengan ini ingin menasihatkan adik-adik supaya:

1) Tetapkan MATLAMAT




Oh, ini yang paling utama. Sebelum masuk belajar, tulis lah kat kertas ke diari ke apa matlamat kamu masuk U. Nak grad on time ke, nak dapat anugerah dekan setiap sem ke. Tapi siapalah taknak berjaya kan? Sebab sepanjang kamu belajar 3,4,5,6, tahun, MESTI ada waktu yang kamu akan rasa down. Oleh itu, kertas yang kamu tulis tu akan jadi pemangkin lah untuk teruskan usaha walau susah tahap gaban sekalipun! Simpan lah dalam dompet ke apa. Jangan dibuat lap hingus sudah.

2) JANGAN PONTENG KELAS
Aku mengaku lah aku ni takde lah skema sangat. Pernah je ponteng kelas. Uhuks. Tapi, tapi, tapi.. Sistem kedatangan kat universiti tak sama dengan sekolah dik oi. Kat U, lebih bebas. Kau taknak datang sudah. Tapi kalau lecturer tu strict, markah exam semester nanti ada lah beberapa peratus diambil dari peratus kedatangan kamu. Waktu ni lah akan ada member-member yang akan mintak kau sign-kan kedatangan untuk diorang. Huh! Tapi, harap-harap kamu janganlah jadi lahabau begini yer. Kadang-kadang sedih juga memikirkan ramai betul budak suka ponteng sampai lah test tak datang, ketinggalan pelajaran, sampai hampir dismiss. Kalau kamu ponteng pun, catch up lah balik pelajaran dengan kawan-kawan ok. Sayang tau, bukan senang nak dapat masuk IPTA.

3) Dekatkan Apa Yang Terasa Jauh
Fuh, bunyi macam lain macam jekk.. Sebenarnya ini adalah berkaitan studies. Bila belajar, haruslah ada banyak subjek. Kadang-kadang ada subjek yang kita rasa macam menyampah betul nak mengahadap! Sampailah kita rasa ketinggalan. Tapi, tak elok macam ni. Sebenarnya, bila kita rasa left out, kita kena kejar balik. Cari lah kawan-kawan yang tak kedekut ilmu, mintak ajar. Rajin-rajinkan diri cari notes kat senior. Pendek kata, bila rasa jauh dari pelajaran, jangan biarkan diri terus hanyut sampai kita rasa ngeri nak menghadap subjek tu.

4) Pandai Pilih Kawan.


*kawan bermain cekik mencekik harus ada*


Ohhh ini SANGATLAH PENTING!!!!! Bila kamu baru keluar dari sekolah, akan ada satu fasa, macam fasa "baru nak up" gitu. Harap jangan ada yang terasa tapi tak dinafikan pelajar dari luar bandar adalah berkecenderungan tinggi untuk 'culture shock'. Masa di kampus lah, kamu akan jumpa pelbagai jenis orang, makhluk,alien. Susah nak digambarkan. Contoh:

a) golongan yang suka mengambil kesempatan. Kalau kau lelaki yang berkereta gerenti ada gegurls nak merapatkan diri dengan kau.

b) golongan yang pentingkan diri sendiri. Kalau dia dapat info dari lecturer tentang tips exam, dia taknak share.. Tapi kalau dia tak tahu apa-apa, sampai ke lubang cacing dia sanggup buru kau sebab nak info. Annoyed? Totally~ dah biasa. 8 sem beb..

c) Mungkin lelaki dari all boys school kelihatan sangat desperate nak dapat perhatian dari hot setap girls dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya lawak tengok gelagat orang. kah kah. =B hiburan mata. hihi..

*15 September 2009- hari terakhir puasa. Masa ni kat studio. Tertidur atas drawing. Habis basah drawing air liur meleleh. Dahlah ada masking tape terlekat kat baju aku. Aku yang baju merah ler*


Kalau orang kata kawan masa di U ialah kawan yang kekal dengan kau sampai kau tua, aku rasa aku percaya kot  =) Mungkin akan ada golongan yang pergi clubbing ke apa. Aku tak kata diorang jahat. Tapi hati kena kuatlah. Ada je kawan aku ajak pergi clubbing tapi sebab aku terkenang wajah mak ayah yang dah didik aku dengan agama, & sebab aku fikir kita ni boleh mati di mana-mana je, aku rasa takut kalau tiba-tiba nyawa aku dicabut masa tengah clubbing. Haaa, cuak tak? kau nak mati masa tengah terkinja-kinja menari ke? kalau aku, mintak dijauhkan.

*19 Mei 2011-My Convocation day. Tak sia-sia mencekik. Berjaya juga kita. (^_^)



5) Bercinta?
Fuh! berpeluh nak jawab. Ni sendiri punya investment lah, gua tak nak banyak cakap. Cewah~ Hurm,sebenarnya, terpulang pada kamu lah. Kalau kamu rasa bercinta takkan membuatkan kamu hilang fokus kat pelajaran, then takpe kot. Tapi, kalau dengan bercinta akan membuatkan kamu lupa pelajaran, alpa, hilang kawan sebab pakwe @ makwe kamu jenis yang clingy, tak paham bahasa orang nak spend time dengan geng, asyik nak perhatian ajeee, & asyik gaduh sebab perkara kecil yang tak munasabah,perghh parah tu. Eloknya baik tak payah. Sebab kamu akan kehilangan banyak perkara menarik hanya sebab seorang pakwe @ makwe yang belum tentu jadi suami @ isteri kamu. Tapi kalau perempuan kan orang selalu pesan, cari bf time belajar, sebab nanti dah kerja orang takut nak dekat pula sebab belajar dah tinggi. Entah boleh pakai ke tak nasihat ni. Jodoh, susah nak cakap. Dr. Mashitah kan cakap, sekarang zaman dah lain. Perempuan boleh ngorat lelaki. Perghh!!!! *rasa macam nak lempang diri sendiri* Kalau ada kelas bagaimana nak mengorat lelaki boleh juga nak join eh.kikikiki..

6) Jaga Kesihatan!
Ini pun penting. Aku ni sebenarnya ada asthma. Ada waktunya, kena dengan sangat teruk. Biasalah, tidur tak cukup, over worked but keep on pushing.Kalau kena asthma pula, lengkap satu set.Demam,selsema,batuk sekali. Siapa yang ada lelah tu tahulah macam mana sengsaranya kena serang. Memang akan mengucap banyak kali sebab ingatkan dah nak mati. huhuh. So aku harap adik-adik silalah jaga kesihatan. Jangan buatkan orang tersayang risau. Aku sangat appreciate mereka yang banyak membantu aku waktu aku sakit. Really, I appreciate a lot =)  Aku ni bukannye tak kenang budi oii. Kalau korang ada masa untuk work out, jogging ke, jadikanlah sebagai rutin. Makanlah makanan yang sihat.  Minum air suam banyak-banyak. Bila badan sihat, otak cerdas. Senang sikit nak terima pelajaran.

7) Study smart. Real smart!
Entah kenapa, aku selalu rasa aku ni tak pandai. Huahua. Aku rasa aku lebih kepada study hard instead of study smart. Kalau ada pintu sukahati, aku nak kembali pada waktu aku belajar supaya aku study smart. Study smart means real smart, bukan omong kosong je. Macam mana aku nak bagi adik-adik paham yeh? Macam ni, kau study 6 jam untuk satu subjek. Kawan kau study 2 jam je untuk subjek yang sama. Tapi dia score lebih untuk exam. Kenapa? Sebab dia flip through soalan exam sem-sem lepas, sebab dia study ikut tips yang lecturer bagi. Kau? kau study semua chapter. tapi satu hapak pun tak ingat. Soalan exam sem lepas pun kau tak buat. Haaa gitulaa.. Exam ni, kau kena juga paham pattern paper tu macam mana.

8 ) Belajar, belajar juga, Enjoy Pun Jangan Lupa.
Waktu aku tahun pertama dan kedua, aku terlalu asyik dengan pelajaran. Aku jarang sangat keluar atau enjoy ke apa. Plus sebab sayang duit pun. Aku takde dapat PTPTN ke scholar. Tapi ada satu tahap tu aku rasa macam "huh, asyik-asyik duduk studio, buat design. Tapi design tak gempak jugak. Pointer pun tak hebak mana jugak." So aku rasa macam menyampah dengan diri sendiri. So aku loosen up sikit diri aku. Aku kena cari entertainment jugak walaupun aku belajar. Dari situ lah aku bergiat aktif dengan kolam renang. Best woo, kenal ramai budak course lain. Secara tak langsung kau akan bersosial cara sihat. Seronok kenal budak course lain. Banyak ilmu kau dapat. Otak kau takdelah fikir pasal course kau ajee. Tambahan pula lagi seronok bila ada trip pergi pulau. Bertambah-tambah best bila trip tu tak payah bayar atau bayar murah giler.
So, adik-adik, bila kamu masuk IPTA/IPTS, masuklah mana-mana kelab kembara ke apa-apa kelab berunsurkan riadah la (advisable) supaya otak kau dapat berkembang. Nanti bolehlah buang sikit kemaluan rasa malu untuk bergaul dengan orang ramai.

*dapat pergi Tioman. =D suka sangatlah!!!*

*mencari waktu untuk memanjakan diri dengan aktiviti yang kita suka itu perlu*


Teringat kawan aku macam bagi komen negatif "eh, kenapa kau nak join benda-benda kat kolam tu? kau tahu kan kita banyak kerja, busy dengan project, assignment, kau still ada masa nak join benda-benda ni apesal?" Tapi sebab aku fikir kalau nak fikir pasal kerja dan menuntut ilmu, sampai mati pun takkan habis. Masa memang kena cari untuk sesuatu yang kita suka. Nah, sekarang kawan yang sama kata jeles dengan aku sebab aku ada kelebihan lain selain architecture & boleh buat duit dengan kelebihan tu. =) tralalalala~





9) Bersedia Dengan Zaman Kejatuhan




Biasanya setiap orang mesti akan ada waktu dia rasa sangat down. Mungkin tiba-tiba rasa macam "oh, aku rasa macam nak quit je course ni" atau pointer jatuh teruk ke apa ke. Orang-orang yang tak pernah rasa down waktu dia belajar tu samada memang hebak giler atau terlalu tak ambil kisah nak jadi apa dengan diri dia lantak pi lah. Dismiss ke dismoss ke i'm still alive bebeh!!! So, yes, kalau ada waktunya kamu rasa down. Hurmm, percayalah, keadaannya memang menyedihkan. TAPI!!! silalah bangkit secepat mungkin. Jangan down lama-lama. Buat solat sunat hajat mintak hati cekal, rajin-rajin baca Al-Quran supaya hati tenang. Mintak petunjuk dari Allah. Ustaz kata, orang yang tak berdoa pada-Nya ialah orang-orang yang sombong. Plus, Allah malu untuk tidak makbulkan doa hambaNya (selagi hambaNya meninggalkan apa yang terlarang lah)

10) Sentiasa berfikiran positif.




Kan aku pernah cakap. Kita kena anggap diri kita ni adalah survivor. Mestilah akan selalu rasa macam banyak benda kita tak boleh @ tak mampu buat. Tapi ni semua mind set! Kita kena bagitahu otak yang kita boleh! Go! go! go! Macam ada satu buku motivasi yang aku baca kan. Contoh lah macam keadaan aku sekarang bila bekerja:

Apa yang aku rasa sekarang: Gila ahh! hari-hari buat salah kat drawings. Macam mana nak jadi arkitek ni? sob..sob..sob. ;(  *sedih*   Dahlah buat kerja lembap! <---suka kutuk diri sendiri

Bagaimana aku harus tukar pemikiran negatif aku kepada positif (menurut buku tu): Sophie, common lah, kau baru 4 bulan kerja. Fresh graduate lagi. Projek besar lagi, siap pelan senget benget. Kau nak compare dengan arkitek yang dah puluh-puluh tahun bekerja. It's ok to make mistakes, as long as you learn something from it, and to never repeat the same mistakes.

So, hari-hari aku akan mulakan dengan seyuman dan gelak-gelak dengar DJ radio Fly.fm  dan nekad untuk mengurangkan buat salah, untuk hasilkan kerja yang lebih productive & quality. Walaupun aku dah nekad macam tu pun aku still buat silap kat drawings. Tapi takpe, life must go on bebeh  T_T  gua bisa bro..


Hurmmm..
Dengan ini diharapkan 10 tips di atas dapat membantu adik-adik membentuk diri sendiri ketika di kampus. Ingat lah harapan mak ayah, jangan lupa diri, jangan membazir mentang-mentang dapat full PTPTN kau terus nak beli Iphone. Jangan buat perkara-perkara yang tak senonoh.

Plus, setiap course adalah berbeza. Kau tak boleh compare kawan kau belajar Business atau Art setiap sem dapat Anugerah Dekan, lepas tu kau nak emo kau tak dapat Anugerah Dekan setiap sem padahal kau study medic ke engineering ke Geology ke Law ke. Ada course yang separa tough subject dia.Ada course yang memang tough subject dia. So tak perlu nak compare nanti balik kampung malu lah nak share dengan member sekolah ai tak dapat dekan. You see, dapat anugerah dekan bukanlah segala-galanya. Bila kau dah kerja, kalau kau tak reti buat kerja, memalukan aje kau punya anugerah dekan tu. Paham tak?

Oh lagi satu!! *tiba-tiba I jadi macam hakak-hakak yang kuat membebel* Seboleh-bolehnya, cuba elakkan daripada fail subject & kena extend. Sebab nanti terasa sedikit lost, you don't know which batch you belong to. Sedih juga kadang-kadang dengar keluh kesah repeaters.

*tapi tak bermaksud nak kata Business atau Art adalah mudah. Sekadar perbandingan*

Till then, kepada hakak-hakak dan abang-abang, makcik pakcik yang nak menambah nasihat ni bolehlah comment di entri ni. Kita kasi semangat sikit kat hadik-hadik yang nak masuk belajar. Kasi kembang kempis sikit hidung diorang nak masuk sem tanda semangat tinggi. kah kah.  =D

Tanpa doa dari ibu bapa juga, siapalah aku ini. Chewah!! yeah, itu Mama saya. Dan Walid saya yang sangat kelakar. (tengok gaya cheeky dah boleh agak kot.kah kah)
So glad to have them, and still have them in my life =,)


Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...