Thursday, February 24, 2011

Dinner Bersama Student di Hotel UiTM

*wahaha tajuk macam apa je bajet aku pensyarah ke apa*

Okeh. Assalamualaikum para pembaca. Sebelum baca pastikan perut anda dah kenyang okey. Untuk makluman, malam semalam aku telah makan malam bersama pelajar aku di Hotel UiTM Shah Alam.Mereka gelar ni makan malam graduasi (sempena lulus belajar berenang dengan aku) haha.. Comel sungguh. Kalau nak ikutkan, selama aku mengajar kelas renang ni, aku banyak mengajar wanita dewasa golongan akak-akak, mak-mak, pensyarah-pensyarah ataupun budak-budak yang masih kecil dan budak sekolah. Cuma kali ni patutlah aku rasa macam boleh ngam lebih . Sebab student aku bagi group ni semuanya umur lebih kurang aku je. Dan mereka juga merupakan pelajar UiTM Shah Alam jugak.

So inilah diaaaa.. Makan malam di Hotel UiTM. Bayaran RM18. Ada 4 hidangan. Memang berpatutan sebab aku makan lamb grill.heh heh. Siapa tak makan kambing tu rugi satu nikmat dunia. Kahkah.
*ini baru appertizer . Macam pasta tuna ke apa aku tak sure. Yang aku pasti ada rasa tuna*

 *haaa nampak tak? aku selaku bos duduk di hujung dan tengah-tengah. muahaha.. Bukti gila kuasa ke apa.*


 *Ini besday girl taw*

*memandangkan si Ain tadi tu birthday girl, maka setiap 4 hidangan tu kan, kat pinggan dia ada tulisan "Happy Birthday"  best kan?* 


*ini pula hidangan kedua.Bun dan butter dan ohya, takde gambar pula. Ada soup cauliflower. First time makan sup kobis kot. Tapi sup tu memang sedap.Rich & creamy rasa dia.

 *Ni hidangan ketiga. Untuk main course boleh pilih nak ayam ke kambing. Tapi aku datang lambat sikit makanya waiter tu kata tinggal lamb aje. Aku pun takdelah sedih sebab makan ayam pun dah muak kan. Jadi makan lamb la kitew*

*lamb nyum..nyum.Sedap giler. Sauce boleh mintak banjir.Huahua..kau ingat ni mamak? (-_-') *

 *dessert pun ada 3 pilihan, cheese cake, blueberry tart dan fruits. Oh aku dapat buah. Elok sangat lah tu. Dah makan lamb tu kena lah redakan sikit perut aku nih.*

 *ini pula cheese cake. Food presentation sangatlah cun*
*waiter nih malu-malu pula nak bergambar.hahahaha. Tak, itu bukan penyerahan plak penghargaan. Tetapi adalah penyerahan BIL. ingat makan free ke? Muka Ain macam muka melayang RM180 ajeee..hahahaha..  Btw, yang jaga jadi waiter segala ni adalah student UiTM. Course Culinary ke apa aku tak sure tapi bidang masak-masak la. Dan mereka tengah praktikal lah ni sebenarnya.

 *ecececeee..malu aku diorang nih asyik panggil aku cikgu. Uhuhu..*



 *ni gambar bersama chef dan lecturer budak-budak hotel nih.Hee.*


 *pencarian Covergirl majalah Renang (memang tak wujud)*

 *favourite picture of them =)  *



Special thanks to Ain, Ain (ada dua orang bernama Ain), Anim, Tiqah, Mai, Asyiraf, Kak Long, Mira & Afzan.Lepas ni kata nak buat pot luck pula kan? hehee..jangan lupa yeee.. Nak makan masakan Ain sebab dia budak hotel, mesti pandai masak. heheh.

Masa tengah makan tu, aku hampir tersedak bila Afzan cakap pasal blog. Then pasal contest "Owh So Wonderful" la Aku macam "weyh, mana korang tahu? I tak pernah bagitahu korang pun I ada blog" (masa tu rasa cam nak menyorok bawah meja je)  Sebab biasanya aku memang tak bagitahu students aku la yang aku ni berblog. Kantoi pula.huhu. (-_-') Ooo..siot aje, dari awal kelas diorang dah tahu aku ni blogger tapi bila dah habis kelas dan buat dinner ni baru diorang bagitahu. Isk3..  Semenjak dua menjak ni selalu orang tegur di pool cakap baca blog aku. Oh serius sepertinya mahu menyelam dalam air dalam-dalam. Honestly aku rasa malu aku pun tak tahu kenapa. hukhuk.

 *Bila dah balik rumah kan, baru terfikir. Alaaaa, lupa nak try tudung ala-ala Hana Tajima feat Yuna ni . Huahua..

 Tapi, macam Ya habibi ya maulana baru balik tabligh ke nih?Hurmmm.. Ragu-ragu pula tapi memang senang lah nak pakai camni. Heeee.. =B


p/s: Ahaaa...bakal mengumumkan pemenang contest tak lama lagi. Harap bersabar. Peserta telah disenarai pendekkan kepada Top 20 supaya menyenangkan pemilihan pemenang. Aku sendiri pula terasa berdebar. Eheks. Over mak. Maka silalah bersabar ye para peserta. =)

Contest Pertama Sophie Al-Yahya! "Owh, So Wonderful!"

 PERHATIAN: ni sticky entry. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. Terima Kasih.

Salam sejahtera. Hari ini aku dengan rasminya ingin melancarkan *ehem-ehem* contest pertama aku. Tak susah pun.

*boleh copy paste terus code di bawah ni,ok.
letakkan di entry contest anda dan di sidebar.*






Tarikh tutup:
20 Februari 2011

"Hidup ini adakalanya bersinar umpama matahari. Tapi ada kalanya juga mendung dan gerimis. Tetapi tanpa kedua-duanya juga takkan wujudlah pelangi"  

-ayat yang ditranslate kepada BM. terlihat di pintu tandas Mydin.Hehe..

Syarat-syarat contest:

1. Tak wajib jadi follower. Tetapi saya tidak akan bertanggungjawab jika anda ketinggalan sebarang update contest ini.

2. Mestilah seorang blogger. Kalau menetap di luar negara pun boleh. 

3. Letakkan banner contest yang dilinkan terus ke entri ini di sidebar dan entri anda sepanjang contest ini berlangsung.

4.Tajuk entri anda haruslah : 
Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.


Cara penyertaan:

1. Letakkan satu gambar "owh, so wonderful" anda pada entry contest. Gambar bebas. Apa-apa ajelah yang berkaitan dengan number 2 di bawah.

2. Ceritakan pengalaman /moment anda yang wonderful yang haruslah berkaitan dengan gambar yang anda letakkan. Tak semestinya kena tulis panjang-panjang. Paling pendek satu perenggan. Paling panjang, bebas. Cerita lah pasal apaaaaa saja-keluarga, persahabatan, binatang peliharaan, percintaan etc.

3. Jika anda blogger anonymous, anda bebas meletakkan apa-apa gambar dari internet tetapi mestilah relate dan berkesan dengan cerita wonderful anda.

4. Jika pengalaman/moment anda yang wonderful itu tiada gambar, anda juga boleh buat seperti number 3.

5. Hanya entri berbahasa Melayu dan Inggeris sahaja diterima.


Contoh:
(Gambar owh so wonderful saya.)

(Pengalaman/ moment wonderful saat itu)

Contoh: Saat ini begitu indah dalam hidupku...(blaa..blaa..blaaa..)....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................




Cara Penilaian:
Pemenang akan dipilih berdasarkan keberkesanan gambar dengan cerita. Terkadang moment yang satu saat pun boleh jadi wonderful. So think out of the box. Berceritalah sehingga dapat membuatkan saya berkata "OWH, SO WONDERFUL!!" Saya memang suka  baca cerita-cerita yang wonderful. Heeee.. =) =) =)


Hadiah. JENG..JENG..JENG..

Pemenang pertama : 
RM 30 +  Chocolate Hershey's (nyum2..)

Pemenang Kedua:
RM20 + Chocolate Toblerone

Pemenang Ketiga:
RM10 + Chocolate Dairy Milk (Chocolate Mousse)

Perhatian: Pen bersaiz normal diletakkan disebelah chocolate supaya anda dapat mengagak berapa besar chocolate ni. Kalau bangunan kita pakai manusia sebagai skala. Jadi untuk chocolate ni saya pakai pen bersaiz biasa okeh.

*penganjur berhak menukar hadiah jika berlaku sebarang kerosakan dan hadiah wang tunai boleh ditukar kepada kredit top up mengikut kemahuan pemenang.*

*Jika penyertaan adalah banyak, insyaAllah pemenang saguhati akan diwujudkan*


Tarikh tutup:
20 Februari 2011
Dengan ini sebagai permulaan, aku mahu tag:
Sesiapa yang berminat nak join contest ni sila comment di entry ini dengan menyertakan.
1. Nama anda
2. Email anda
3. Url entri contest anda
 

Monday, February 21, 2011

Pengumuman: Contest Tamat!

Assalamualaikum.






Saya dengan ini mengisytiharkan. Contest ini tamat setelah hampir 3 minggu entri contest dipublish. Saya memang kalau boleh taknak lambat-lambat habis contest. Okey, saya harap semua peserta yang join bersabar ok. Bagi saya masa sikit nak baca balik entry anda sambil feeling habis lah kira. Saya tak berani nak letakkan tarikh tepat bila saya akan umumkan pemenang tetapi saya pun taknak lah melengah-lengahkan waktu. Sesiapa yang saya belum datang comment di entry contest dia sila bagitahu. Sebab kalau saya belum comment bermaksud saya belum datang terjah entri contest anda. Jadi, sila bersabar.Saya akan cuba sedaya upaya umumkan pemenang secepat mungkin. =) =) =)  Till then, selamat bergembiraaa (di hari Isnin?? erk!)

Sunday, February 20, 2011

Update Senarai Kedua Peserta Contest "Owh, So Wonderful"

Ok, harini merupakan hari terakhir untuk anda join contest ini ye. Masih ada 23 jam lagi barangkali. Hehe. Contest akan tamat exacly lepas habis tarikh 20 hb Februari 2011. Lepas dari tarikh ini tiada lagi penyertaan yang akan diterima jadi sesiapa yang masih nak join tu meh join cepat ok. Saya juga tidak bercadang untuk melanjutkan tarikh tamat contest ini. (giler strict penganjur.hekhek..) Sebenarnya takut tak mampu nak baca balik semua penyertaan peserta oleh itu yang mana yang ada tu akan saya baca kembali okeyh. Baiklah senarai kedua peserta yang join contest "Owh, So Wonderful" ialah seperti beikut:





Kalau saya ada tersalah link atau tertinggal nama anda sila bagitahu ok. Yang nak usha entri wonderful contestants yang ada tekan aje link yang ada okey. Terima kasih pada yang join dan yang belum join tu ingattt.. Hanya tinggal lebih kurang 23 jam barangkali.. =B

Friday, February 18, 2011

Tentang Amri (Part 2).. dan Cinta

Hye semua!!!!!! (^_^)  Mood ceria padahal penat.

*Ini Amri*

*Ini bukan Amri, tetapi kawannya Hafidz*

Barangkali masih ramai kot yang tak tahu bahawasanya aku pernah post entri Tentang Amri masa di awal aku berblogging. Siapa Amri? Siapakah? Mengapa dia? Haaa..seperti yang pernah aku post sebelum ini, beliau ialah pelajar Malaysia yang sedang study di Durham, United Kingdom. Dia selalu post video di Youtube. Video apa tuuuuw? *nada gedik sikit* Sebenarnya brader Amri ni walaupun dia study di UK nun jauh disana, tetapi beliau agak rajin lah menggubah lagu, dari lagu berbahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Dari Bahasa Melayu ke lagu berbahasa Inggeris pula.Kemudian buat video dengan setting di sana pula. Dan publish di Youtube pula. Hurm,memang harus jeles lagi dengki.. T_T

Sebenarnya kadang-kadang aku rasa nak tergelak juga dengan brader Amri ni. Sebab gaya dia sangat selumber. Tapi sangat confident. Macam tak kisah apa orang nak kata. Macam whatever lah, ni video aku, so what? ketupat? Maka sebab itu aku tergelak menonton video Down.hihi..Action Kamen pun adorable.  ;p
Nak tengo kena usha kat Youtube beliau laa..

Tetapi, itu semua bukan persoalannya. Sebab aku mahu membawa kamu semua menonton video terbaru Amri dan rakannya Hafidz iaitu Cinta. Walaupun bernama Cinta tetapi bukan lagu cinta. Hurm. Susah nak explain, korang kena layan video ni dan hayati lirik tu betul-betul. Ohya, lagu asal ialah dari group berasal dari Jerman tetapi telah digubah (bukan terjemah) bahasa menjadi lagu Melayu. Ohya lagi, dalam banyak-banyak video, video ni quality dia paling best. =) (Barangkali baru membeli video cam. hiuhiuhiu..) Lakonan juga nampak real. Kalau nak tahu cerita tentang susah payah mereka buat video ni nanti boleh pergi blog Amri yang akan aku linkan di hujung entri. Btw, effort itu sangat penting!! Tahniah pada team yang menghasilkan video ni. (aku faham proses dia macam mana sebab masa belajar tiap-tiap sem setiap batch kena buat short movie.hukhuk)
 




Lyrics: *copy from Amri's blog*

It’s Hafidz
Here’s Amri

Ini halku tak usah peduli
Itu katamu dah berulang kali
Individu itu aku
biarkan aku di sini duduk bersendiri
Inikah sudah terjadi  kita di dunia
Tidak mahu kisah pada sesama manusia
Kalau begini kita
Tak akan ke mana
Takkkan ke mana

Biarkan ku sendiri maju
takkan ku menunggu
Apa peduli kamu
Ke mana perginya cinta, cinta
Luntur seiring masa, semakin tiada
Cinta cinta
Di mana hilang dan perginya cinta

Peluang datang mencari
Takkan ku lepaskan lagi
Tolak semua ke tepi
Tipu palsu dah sebati
Indah fatamorgana
Aku mahu genggam dunia

Mata dipejam
Telinga ditutup
akan kau redah sahaja
Hilang kesedaran di minda
Tiada sirna-Nya
Asal tidak memberatkan kepala ku
ku tak perlu peduli
Tiada simpati
haa

Biarkan ku sendiri maju
takkan ku menunggu
Apa peduli kamu
Ke mana perginya cinta, cinta
Luntur seiring masa, semakin tiada
Cinta cinta
Di mana hilang dan perginya cinta

Hulurkan tanganmu, kinilah masanya
Ubah nasibmu, melangkah bersama

Dan di sini aku tertanya
Apa dah terjadi dunia
Mengejar materi menjadi punca
Mahu naik ke puncak
Mahu capai angkasa
Yang tertinggal di belakang entah apa kisahnya
Sejauh manakan kau berlari
Hilangkah dirimu semakin hari
Asal perut mu dipenuh senangnya rasa di hati
Tepuk dada kau tanya selera
Carilah kamu di dalam kepala
Jika masih kan punya dinamakan cinta

Biarkan ku sendiri maju
takkan ku menunggu
Apa peduli kamu
Ke mana perginya cinta, cinta
Luntur seiring masa, semakin tiada
Cinta cinta
Di mana hilang dan perginya cinta
Di mana hilangnya dan perginya
Di mana hilang dan perginya cinta


Okeh. Kalau nak mengenali brader Amri lebih dekat, aku telah linkan semua yang patut. Tinggal korang nak terjah je. Dan mungkin follow ke, share ke, stalk ke.. Klik link di bawah untuk:


Tuesday, February 15, 2011

TUDUNG. Antara Agama, Persepsi dan Keinginan

Hye! Salam Maulidur Rasul semua. Ada rasa macam sedikit kekok selepas hampir seminggu tak post entri kecuali entri update senarai peserta. Sedikit pelik sebab selalunya hampir setiap hari aku post entri kan.heheh. Ok abaikan aje tentang itu. Harini aku mahu membicarakan tentang tudung.

Kali ni aku akan bercakap dengan jujur sejujurnya okey. Bagi perempuan kan, aku ingin bertanya, jika menutup aurat ialah perkara yang tidak wajib, adakah kamu akan bertudung? Haa.. Ni kalau tak wajib je tau, korang janganlah cakap aku sesat pulak. T_T

 
*Jap, gambar yang first tu dibuat macam yang dalam entri INI. Makanya itu definitely bukan aku. Hanya muka sahaja.*


Macam aku ni, dah lama dah aku bertudung. Sejak zaman sekolah lagi aku memang bertudung. Tipu sangat lah kalau aku cakap takde satu saat pun dalam hidup ni aku rasa nak free hair. Bayangkan eh, Malaysia ni dah lah panas, baju di pasaran pulak makin lama makin kecik, makin singkat, paling tak pun nanti kena pakai cardigan pula kat luar. Nak pakai short sleeve tak boleh. Kena pakai long sleeve. Panas tahu tak? Dengan lifestyle aku yang selalu rush dan aktif,belajar architecture yang suka duduk di studio 24 jam, kadang-kadang kalau nak ikut hati, aku pun malas nak pakai tudung weh. Panas, berpeluh lagi. Arghhh!! kadang-kadang rasa rimas pun ada. Cuba tengok mat salleh datang Malaysia pakai apa? Singlet minglet dengan short aje kan. Kalau ikut hati, aku pun nak pakai macam mereka. berangin sikit kan.

TETAPI..

Aku sedar, aku ni dilahirkan sebagai Islam. Tujuan hidup manusia di muka bumi ni bukan untuk enjoy dan bersenang lenang sahaja. Ustaz kata, (aku tak habis-habis dengan ustaz kata.hiuhiuhiu..) Ustaz kata, umur dunia ini hanyalah singkat. Sesingkat dari waktu Asar ke Maghrib sahaja. Kenapa harus melakukan dosa untuk kehidupan yang dari waktu Asar ke Maghrib ni sedangkan kehidupan di akhirat adalah kekal sampai bila-bila? Ok jap, bayangkan dunia yang dah hidup berjuta-juta tahun ni sebenarnya waktunya  adalah sesingkat dari Asar ke Maghrib AJEEE??? Kalau di akhirat?? Fuiyooo..sangat jauh beza tuh.

Dan setiap kali terdetik nak free hair ke apa. Mula la terkenang.. Sehelai rambut siksaannya sama dengan 60 tahun di akhirat. 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Rambut di kepala ni bukan sehelai dua tapi ribu riban. Kehidupan dunia hanya umpama dari waktu Asar ke Maghrib tempohnya. Hurmmmmmmmm... terniang-ngiang semua ni terus tak jadi.


Makanya, aku kekal bertudung hingga hari ini walaupun aku sedar mungkin penutupan auratku masih belum sempurna T_T  Ustaz kata lagi zaman sekarang ramai wanita bertudung tetapi berbogel. Uhuks! (ni kalau ada sesiapa tak faham ni aku tak tahulah) Tapi aku nak bagitahu la terutamanya lelaki di luar sana. Janganlah cepat memandang buruk wanita yang free hair di luar.Apa ingat senang ke apa pakai tudung setiap masa bila diluar? Aku sebagai perempuan bertudung pun jujur ni nak bagitahu, kadang-kadang bila rushing tu mak aihh. memang la rasa macam nak whaterverkan je tudung. Tapi macam yang aku cakap, ayat ustaz yang selalu terngiang-ngiang tu buat aku kentalkan semangat. Ha yang lelaki tu, pakai kopiah @ songkok yang tak tutup semua rambut pun dah rimas kan? Apa lagi nak tutup seluruh rambut dengan leher kan? Cuba try pakai songkok (songkok jela paling senang korang nak rasa) Pakai setiap masa nak keluar dan ketika jumpa perempuan bukan muhrim. Ce try! Ce try tengok! Mampu tak.


Nota Kecil Hari Ini:


Oh, entri ni tak bermaksud nak mengguris hati mereka yang  free hair. Sebab aku percaya, manusia sentiasa ada peluang untuk bertaubat. Memang hakikat pun kadang-kadang yang tak bertudung ni perangai jauh lebih baik dari yang bertudung. Yang bertudung, kadang-kadang ada yang mulut macam cilake sikit kan. Kadang-kadang yang bertudung pun bila keluar pun tak solat kan. Sebabnya orang macam ni bertudung sebab nak berfesyen dan tak solat sebab malas nak tanggal mekap dan lilit selendang balik. So aku sentiasa ingatkan diri aku, zaman sekarang ni pemakaian tak dapat melambangkan keimanan. Kalau anda ikhlas dan niat anda baik, insyaAllah diredhai.

Monday, February 14, 2011

Update Senarai Peserta Contest "Owh So Wonderful!"

Haluuuu semua!!! Rasa macam hampir seminggu tak update.. Hehe.. Entri ni aku post untuk update senarai peserta yang join contest yang aku anjurkan iaitu contest "Owh, So Wonderful!". Kalau ada sesiapa yang aku tertinggal namanya sila bagitahu cepat-cepat yer. Kalau ada yang aku belum terjah entri contest dia juga diminta bagitahu cepat-cepat. Okeh berikut ialah senarai peserta. Kalau ada lagi yang nak join aku akan update di senarai akan datang. 


Kalau ada tersilap link tu bagitahu la. Sesiapa yang ada join contest ni tapi tak bagi link url tu jangan lupa post di entri ini yer. Haaaaa yang belum join tu tunggu apa lagi? Ada lebih kurang seminggu lagi. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20.Februari 2011. Jangan pandai-pandai hantar tahun depan pula ye. Peringatan: sila letakkan banner contest di sidebar anda, bagi url yang betul, jangan lupa bagi nama dan email.


Tuesday, February 8, 2011

Kalau Nak Up Traffic-Oops! Jangan Sentap-sentap.

Mula-mula, daftar di  http://www.outbrain.com/  
dan letakkan widget ini pada blog kamu.

website ni untuk tunjukkan thumbnail entri post yang kamu pernah post. Sejujurnya aku masih baru letak widget ni. Thanks a lot to MizzLullaby sebab tolong aku.hehe. Sebabnya lepas letak widget ni pageviews aku bertambah dengan mendadak. Sangat membantu yer. Jadi kamu pun bolehlah buat benda yang sama especially yang masih belum ada lagi benda alah ni.


Ni antara perkara yang aku buat la. Bila habis post entri, pergi ping post di comunity bloggers yang ada di facebook. Antara yang korang boleh join untuk ping blog ialah di:


Sekarang yang tengah top ialah group Sahabat Blogger. Ramai juga bloggers popular yang join group tu. Nak tahu siapa, korang join lah sendiri. Tetapi di group yang lain ni korang pun boleh join dan meriahkan lagi keadaan.Kalau korang ada group lain yang korang tahu bolehlah share juga yer dengan aku.Sesiapa belum join group di atas, boleh lah join.

Baru-baru ini aku post satu status di salah satu group ni mengatakan stop promote entri di post dan status orang lain. Mungkin ada nada tegas sebab tetibe terkeluar nada cikgu tu kan.huhu.  Kenapa aku advice jangan promote blog di status orang atau post orang lain? Ok, kalau kau terkena sekali dua mungkin ok takpelaaa. Try to be friendly.Best ada orang respon kan. Tapi bayangkan setiap kali kau post di group tersebut, be it your blog entry or your own status, ada yang akan promote blog sendiri. Contohnya:

Post: (aku ping post entri aku)
Orang lain comment: follow me back ok.    http://sophiealyahya.blogspot.com/

Post status: wah harini hari yang best. Hari korang macam mana?
Ada orang post : follow me back ok.    http://sophiealyahya.blogspot.com/ 

Post status: apa pendapat korang? bagaimana kita nak up kan lagi group kita ni.?
Ada orang post: follow me back ok.    http://sophiealyahya.blogspot.com/ 

Post status: Harini lauk best. Korang makan lauk apa?
Ada orang post: follow me back ok.    http://sophiealyahya.blogspot.com/

 (dan biasanya orang yang sama yang akan promote)

So faham tak SPAMMING begini , aku faham apabila group tu kecil, barangkali rasa syiok mungkin promote begini. Tapi apabila aku scroll, orang sama je yang suka promote, ada rasa annoying sikit di situ. Maaf kalau ada yang terasa tapi..Nak promote pun kena lah ada adab maah. Orang tanya benda lain, dijawabnya suruh follow blog dia. Faham tak maksud aku? Kalau comment berkaitan dengan post atau status kita takpela lagi. Ni semua/ setiap post orang dia letak link promote blog dia. At least cakap dengan lebih manis pun takpe ''hye, saya dah baca entry awak, jom la baca entry saya pulak di http://sophiealyahya.blogspot.com/'' pun bukankah lebih tertarik sikit kalau nak jenguk kembali.

Sahabat Blogger pernah menghadapi masalah yang sama. Ada satu masa tu aku rasa pening dah nak datang group Sahabat Blogger. Sebab kebanyakan yang join ada post lebih kurang macam ni:

Status post: bagi link korang, aku nak follow. 

Status post: Harini aku free, siapa nak aku follow blog  dia bagi link.

Siapa taknak orang follow kan, aku faham. Memang ramai la reply post orang tu sebab siapa taknak kan tambah follower. Dan Sahabat Blogger pernah dibanjiri dengan post-post yang lebih kurang macam tu sampai berscroll-scroll. Nak post status minta pendapat pun jauh ke belakang dah sebab post nak promote blog akan ada paling tinggi di page fb tu. Tapi fikir balik, kuantiti atau kualiti yang lebih penting?

Dan aku puji usaha admin Sahabat Blogger sebab dia usaha menghentikan post-post berbaur sedemikian. Tahniah la aku ucapkan..Mungkin ramai yang komplen ke apa aku tak tahu. Jadi sesiapa yang baca entri ni, aku minta maaf kalau ada yang sentap ke apa. Tapi fikir lah dalam-dalam balik. Bila aku kupas sesuatu isu tu, ada sebabnya. Bukan nak bagi orang terasa ke apa. Think wise. Think twice.



p/s: aku juga bermula dari bawah sebawah 0 follower. Tetapi aku tak pernah suruh orang follow blog aku. TAK PERNAH.  Jadi kalau kamu beranggapan "alaaa,dulu pun mesti Sophie ada buat macam ni.." aku nak bagitahu, yang kamu salah.    =)  =)  =)  

eh jap, sesiapa yang nak tanya pasal template blog ke header ke banner ke apa kalau boleh tanya di email sophiealyahya@gmail.com  sebab kadang-kadang terlepas pandang di shoutbox.

Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Sumber Inspirasi.

Dulu, sewaktu aku takde blog, aku selalu melawat blog Hanis Zalikha. Kemudian, aku rajin baca blog emak Hanis Zalikha. Puan Nani Rostam tu. Bagi aku, kehidupan Puan Nani Rostam agak memberi inspirasi bagi aku la. Sebab beliau ada bercerita bagaimana keadaan beliau ketika zaman beliau sebelum sekarang ni. Sekarang nampaknya macam rezeki dia murah la. Alhamdulillah. Tapi kalau baca entri dia yang lama-lama, serius, sangat tabik dengan dia. Penat lelah dia, pengorbanan dia sebagai seorang isteri dan ibu memang betul-betul buatkan aku rasa sangat respect dengan dia.

Sebenarnya kalau nak tahu, bermula dari Puan Nani Rostam ni lah keinginan aku untuk mempunyai blog agak menebal. Tambahan pula aku agak rajin nak post notes kat FB. Sebelum zaman post notes tu aku tak tahu blog tu apa (hehe..) Jadi tujuan aku berblog ni sebab utama aku ialah untuk share pasal life aku yang tak seberapa ni. Share apa yang aku fikir, share emosi aku ke. Kalau yang dah lama follow blog aku, mesti tahu kot perkara-perkara lalu yang pernah aku alami.

Jadi nak dijadikan cerita, selepas aku pulang dari Langkawi, aku rasa macam. Hurmmm.. Speechless kot sebab baca entri Cik Anis ni. Aku rasa macam, eh betul ke ni?? Eh aku ke? So, thanks sangat-sangat kepada Cik Anis. Sebenarnya aku tak pernah terfikir akan menjadi sumber inspirasi sesiapa pun. Cukup sekadar ada orang yang baca post aku, aku dah bersyukur. Aku lagi suka kalau ada orang komen entri-entri aku. hehe. Sebab tu akan sedaya upaya reply dan terjah kembali. Tapi kadang-kadang juga dah tak upaya sebab busy.huhu. 

Kepada yang rajin datang tu terima kasih banyak-banyak la walaupun kamu tak tinggalkan sebarang komen. Silent readers tu, please don't be silent anymore. =) Thanks kepada blogger lain juga yang ada buat post pasal aku ke, link kan aku dalam entri mereka ke. Oh dan juga kepada A.M . Dan juga kepada yang lain. Maaf, dah lost track. Huhu. Tapi SANGAT-SANGAT  berterima kasih pada semua. Dan ada juga yang buat entry bila aku follow blog mereka atau apa-apa perkara kecil sekali pun. Huhu,malu sebenarnya sebab kite bukannya femes pun. Tapi betul-betul terharu. Terima Kasih!

Ohya, lately aku menerima feedback yang agak positif la dari member-member aku. Sebenarnya aku tak sangka pun mereka nih ada baca blog aku especially yang lelaki la. Tapi semakin ramai yang mengaku nampaknya.Hihi. dan ada juga senior lelaki yang hantar message kata suka baca blog aku sebab honest dan kelakar. (kelakar tu aku kurang pasti tang mana sebab aku rasa aku tak buat lawak lah pulak)

Nota Kecil Hari Ini:

Thanks kepada yang add aku di facebook. Tapi aku akan lebih appreciate jika kamu bagitahu yang kamu adalah blogger atau pembaca blog aku. Sebab sebenarnya aku selalu ragu-ragu nak approve ke tak friend request dari orang tak dikenali. Facebook agak private bagi aku. Makanya aku tak letak gambar sendiri di profile picture. Sebab kononnya berharap letak gambar kolam renang ada belon warna warni mampu mengelakkan friend request dari orang tak dikenali.huhu.

Monday, February 7, 2011

Cinta Alam Maya. Berhasilkah?



CINTA
Cinta.Hanya satu perkataan yang simple. Tapi memahaminya terkadang boleh merobek hati orang. Kan?
Cinta indah ke? Kau tanya hati dan jiwa yang kau anggap mempunyai cinta dan sendiri jawab.

Cinta tu memerlukan pengorbanan. Itu orang yang kata. Tapi aku rasa memang betul pun. Untuk merasa cinta kau tak boleh pentingkan diri sendiri. Tak boleh cemburu buta tanpa usul periksa.

Cinta alam maya. Berhasilkah? Ada sesiapa pernah merasa? Kau terlihat profile fb/myspace/blog/video seseorang. Oh kacaknya. Oh cantiknya. Renungan matanya menusuk ke kalbu. Tiba-tiba jiwa ini bergetar. Eh jatuh cinta ke? Kau mengorak langkah mengenalinya. Berbalas komen, kemudian ym. Nah. Di situ kau terasa yakin yang perasaan kau benar.

"aku rasa dia soul mate aku. Walaupun tak pernah jumpa lagi dia seakan betul-betul memahami jiwa dan ragaku." -Kata kau dalam hati.

Kemudian kau bertukar number phone. Yes disitu hubungan kau semakin mekar bersama si dia. Pernah tak ada sesiapa melalui keadaan ni? Kemudian kau berjumpa. Berapa kali? 2,3 kali setahun maybe?

Okey meh la aku terus terang ok. Ni terpulang lah, mungkin aku salah, mungkin aku betul. Mungkin 50-50.

HIDUP INI ADALAH SATU REALITI. 

Fantasi hanya boleh diaplikasikan dalam lagu seperti nyanyian Taylor Swift. Kadang-kadang kamu rasa dia yang kamu kenal di alam maya adalah yang perfect untuk kamu jadikan teman hidup. Setiap kata-katanya, cara dia melayan kamu (yeah, through phones,ym etc tu) membuatkan kamu rasa He/She is the one. Tapi semua itu hanyalah satu bahagian dalam diri kamu yang mencari kesempurnaan. Sebab sebahagian dalam diri kamu itu kosong dan kamu rasa perlu diisi. Dan kamu terjumpa Si Dia dan beranggapan Si Dia telah mengisi kekosongan itu. Dan hati kamu terasa ada kesempurnaan apabila dilengkapi si Dia.

Sedangkan banyak lagi perkara yang kamu perlu tahu dalam perhubungan. Tanya ini dalam diri kamu.

Pernah kamu nampak Si Dia ketika baru bangun tidur? (boleh terima ke wajah ketika baru bangun tidur? baiklah ni ok lagi)

Pernah tengok cara dia layan kawan-kawan dia? Family? (dalam gambar? Gambar kan boleh menipu) Melalui cerita-cerita dia? Lidah lagiiilah pandai menipu.

Pernah tengok cara dia handle masalah? Pernah tengok apabila dia marah?

Selalu tengok cara dia makan? sekali dua berjumpa memanglah boleh cover-cover lagi. 

Pernah terfikir, entah-entah dia ambil dadah. Tapi nak tanya kawan-kawan dia, kamu tak berapa kenal. Entah-entah kawan-kawan dia juga 2x5 ambil dadah. Tapi sebab nak cover baik punya, mereka akan kata Si Dia tu memang baik.

Kamu jarang sangat jumpa dia. Kamu YAKIN dia tak keluar dengan lelaki/perempuan lain?  tambahan pula Si Dia tinggal di Selatan, kamu pula di utara. Kamu YAKIN?
"saya yakin dia tak buat semua tu-kata kamu." "Hahahaha!-kata aku. Mempercayai seseorang 100% tanpa berjumpa adalah satu crime untuk diri sendiri"

Tengok profile dia di fb? Kalau dia betul-betul ada 'life' sudah tentu banyak gambarnya akan ditag oleh rakan-rakan dan keluarga. Atau mungkin si Dia mempunyai profile lebih daripada satu? Lihat semua gambarnya di profile. adakah semua gambar hanya menunjukkan sisi wajah yang menarik? Semua gambar hensem-hensem cantik-cantiklah kira.Well-groomed gitu Takde cacat cela langsung bagi kamu. Lihat siapa yang selalu rajin komennya. Perempuan rawak/ lelaki rawak kah yang selalu datang dan komen sebab gambar yang menarik di profile picture. Atau kawan-kawan Si Dia sendiri yang selalu komen?

Kalau benar cinta biarlah Si Dia itu ialah seorang yang dapat menerima kamu seadanya. Kepada perempuan, carilah si Dia yang dapat menerima kamu apabila wajah kamu tiada secalit mekap pun, apabila tidak bergaya langsung, pendek kata dalam keadaan paling comot kamulah biarpun tak mandi lagi sekalipun. Begitu juga lelaki, kalau benarlah Si Dia cinta hati kamu, sebelum kamu yakin dia adalah cinta kamu, pastikan dia dapat menerima kamu di saat kamu paling serabai, tidak berpakaian branded sekalipun.

(added) Cuba bayangkan dalam environment kamu, ada seseorang bernama Ahmad. Ahmad ni ialah seseorang yang tak disukai ramai kerana bersifat annoying. Mungkin ada yang beranggapan dia adalah seorang loser. Atau apa-apa lah dan dia tak mempunyai ramai kawan dan suka buat hal sendiri. Cuba bayangkan pula, dalam konteks ini, lelaki yang kamu rasa dah terjatuh cinta itu sebenarnya adalah orang seperti Ahmad. Haaa.. Faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Kamu rasa dia best tapi dalam kehidupan sebenar lelaki itu, dia adalah seorang yang ..... (isi tempat kosong sendiri)

Cinta bukan sahaja memerlukan pengorbanan. Malah cinta adalah PENERIMAAN. 

Nota Kecil Hari Ini:


Khilaf masa lalu adalah kekuatan kita masa kini. Aku takkan berpaling. (never turn back orang kata) Tapi kadang-kadang kita perlu berpaling untuk melihat kembali kesilapan masa lalu. Dan pandang ke depan kembali untuk memastikan masa hadapan adalah lebih wonderful. Aku harap kamu bijak mengatur langkah kamu. Ingatlah, hidup ini suatu realiti. Maafkan aku kalau aku tersilap kata atau membuatkan sesiapa terasa. Kadang-kadang mata perlu dibuka seluas-luasnya sampai terjegil. Hati kena terima hakikat walau perit macam mana sekalipun. Tak dinafikan juga ada cinta alam maya yang berhasil. Kalau ada Alhamdulillah. Tapi aku rasa peratusannya adalah sangat rendah.

Baywatch Langkawi- Day 3 (Selamatkan Mangsa Lemas)


Hyeee...!!

Fiuh, kenapakah aku ambil masa seminggu nak update pasal Langkawi ni? Aku buat beberapa entri untuk cover semua cerita pasal Langkawi ni. Tujuan aku hanyalah nak share. So apa-apa ilmu yang aku dapat pun aku harap korang yang baca pun dapat. Lagipun aku punya blog ni macam visual diary aku la. Aku ingatkan mungkin ada yang tak minat nak baca kisah aku di Langkawi. Tapi rupanya ramai juga yang view yer. Terima Kasih Banyak-banyak tau!

Ohya, nak ingatkan, kami ni semua bukannya tentera laut atau udara atau kadet ke apa.Jadi mentang-mentanglah kami berkolaborasi dengan JPAM, janganlah ingat latihan dah ala-ala tentera aje kena ada helikopter bagai. Kami nih pool lifeguard je. Jadi latihan ni cuma nak dedahkan kami pada keadaan di laut, bagaimana rasanya menyelamatkan orang di laut. Fiuhhhhh~  rintangan dia BESAR.. (sampai tulisan pun kena dalam capital)

Ok aku mulakan cerita hari ketiga ok. Hari ketiga ni half day aje. Tapi kiranya macam test lah untuk kami. Sebab dua hari sebelum kan dah buat latihan. Makanya brader-brader JPAM kata hari last tu kena buat latihan tanpa memakai lifejacket. So yeahhhh!! Here comes the challenge!!

Maka seperti biasa, pagi-pagi lepas subuh kena jogging. Tapi suasana sangat nyaman. Jadi sangat best. 


 *Perlu ke seperti Gabannn???*  (-_-')

Selepas itu perbincangan sebab kena bahagi dua team. Nak tengok team sapa paling hebat dan tangkas. Cewah. 


Apa yang kami bincangkan ni? Sebenarnya akan ada latihan keselamatan menggunakan alat bantuan keselamatan, macam pelampung, bucket, rescue can, etc. Ada 5 benda la senang cerita. Jadi bincang la sapa nak jadi penyelamat, siapa yang jadi mangsa.

Lepas tu, kena berenang jauh sikit dari pantai, kira tak cecah pantai dahla..Memang kena float. Selepas tu kena berenang menyusur sepanjang pantai. Lebih kurang macam nak cek stamina laaaa..

 *berenang ke tempat dalam*

Klik "baca sampai habis!" untuk sambung baca ok!

Saturday, February 5, 2011

Baywatch Langkawi-Day 2 ( Belajar Pandu Jet Ski dan Bot Penyelamat )

Disebabkan aku taknak cerita di Langkawi jadi basi, aku pun post ajelah walaupun takde gambar aku. huhu. Sebab aku ambil dalam facebook kawan aku aje. Dan seperti yang pernah aku bagitahu, gambar-gambar masa hari kedua ni ada dalam camera member aku. So takpela, aku harap kamu semua dapatlah bayangkan aktiviti kami waktu tu.

Hari kedua ialah hari yang sangat penat kot bagi aku. Sebab tulah keesokannya bila aku bangun pagi bibir aku berdarah, pecah-pecah. Sebab dehydrate. Cuaca panas dan aktiviti sentiasa berjalan. Aku pula tak suka pakai lip balm di bibir. Jadi aku akan tahu yang aku dehydrate bila bibir aku terasa kering.

Okey back to my stories, pagi itu seperti biasa lah sebelum breakfast kena jogging. Tepat 7.30 kena berkumpul. Aku rasa aku lambat 2 minit aje tapi jam biro disiplin cepat sikit kot makanya aku dikira lambat. Huh, kena denda  =( 

Pagi tu simulasi kelemasan macam biasa. Tak begitu jauh dari pantai. Ada half yang jadi mangsa di tempat dalam. Ada half yang jadi penyelamat yang akan berenang dan selamatkan mangsa menggunakan alat bantuan kelemasan.

 
Kalau dah bajet David Hasselhoff  tuuuu.. I cannot say anything lah. I also can bajet like Pamela Anderson lah. *bluek!! Bluekkk!! Taknak boobs overweight euww!!*



Ohh, tak dilupakan juga, kat sini ramai giler mat salleh berbikini. Yeahh..kat Malaysia nih!!.. So lelaki memang suka lah kan nak cuci mata ni. So pakai taktik lapuk, pakai shades gelap, pandang bawah, tapi mata meliar.heh!

Klik "Baca sampai habis!" untuk sambung baca


Thursday, February 3, 2011

Baywatch Langkawi - Day 1

Salam semua. Tak jawap dosa,kalau jawab gatal. (ayat mat rempit yang pernah aku terima rasa macam nak belasah je kan.)

Okeh, memandangkan gambar macam banyak giler lah kan masa aku pergi Langkawi, jadi aku rasa aku kena bahagikan la. Ikut hari lah mungkin. Jadi untuk entri kali ni aku akan menceritakan permulaan perjalanan kami ke Langkawi la. Macam, relax-relax sikit lah first day ni. Untuk second day, aku tak tahu macam mana aku nak update sebab gambar ada pada camera kawan aku. Padahal hari kedua lah aktiviti paling banyak kami buat dari pagi sampai petang sampailah aku itam.huhu.

PERHATIAN: Memandangkan ni adalah ala-ala travel so korang janganlah berharap aku nak pakai santek-santek mekap bagai ni. Nehi heyy.. Takde masa.

Kami bertolak jam 12.30 a.m (lewat malam) dengan menaiki bas Rengit. Dalam dia bagi aku selesa la. Nampak agak cantik la. Perjalanan ada lah dalam hampir 7 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Perlis. Sampai di jeti dalam pukul 7 lebih. Tapi feri bertolak pukul 10.30 a.m.. Lama giler nak tunggu. So kami pi jalan-jalan dulu (cheh padahal takde apa sangat pun kat jeti tu.huhu.)

 *bas Rengit di belakang menanti. Haaa..semua pakai baju seragam warna biru, didesign khas untuk ke Langkawi.*

 *Macam ni la keadaan tenang dalam Bas Rengit ni sebelum diduduki monster-monster iaitu kami*

 * Yang dua kat depan duduk baik-baik. Yang kat belakang tu naughty.Hehe.. Takla, diorang semua best!!!*

 *heh, belah kiri tu Bash. Belah kanan tu Hannah. Baru balik dari Jepun. Program pertukaran pelajar.

 *chewahh! Macam ala-ala baru balik dari oberseas pulak*

Klik "baca sampai habis" untuk sambung baca okeh!

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...