Sunday, October 31, 2010

Lecturer Kesayangan Kami Baru Meninggal.Tolong sedekahkan Al-Fatihah.

Beliau meninggal semalam. Alhamdulillah telah dikuburkan pagi tadi. Kawan-kawan,tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, beliau seorang pensyarah yang sangat baik, kebapaan dan sangat sporting. Pemergian arwah merupakan satu kejutan buat kami satu fakulti. Beliau merupakan Ketua Program Bsc.Architecture.

p/s: Maaf tak dapat nak review banyak. Esok exam. Sedekahkan Al-Fatihah yer kawan-kawan.. =(

Friday, October 29, 2010

QUICK UPDATE : SILA TEKAN INI KALAU MAHU HIDUP!

Yerp,bukankah aku sudah menyatakan yang aku cuti mengandung? cewah. Memang tipu. Tapi ni entri pendek je. Kalau tak entah apa aku bakal bebelkan. Aku harus tidur awal sebab esok first paper Architectural Practice pukul 8.30 a.m. Tak pasal-pasal kena jadi budak law sekejap hafal akta. Jawab paper kena letak Clause berapa subparagraph berapa. Ciss! seperti belajar berenang dengan membaca buku. Macam mana tu? Ini kan practicality. Sem lepas tak silap aku 31 budak fail subjek ni. Kena amek balik time cuti.uhuhu. Jadi aku stress.

Aku nak bagitahu perkara penting dalam hidup aku yang tak penting langsung dalam hidup kamu. Tadi pertama kali dalam tempoh 4 tahun kat uitm ni aku makan laksa sebab tension belajar.Huahua.Baru aku tahu laksa penang tu sedap. Sebab aku tak suka laksa. Bila aku umumkan kat kawan aku tadi yang aku makan laksa, satu studio tepuk tangan. Hampess! (-_-') memalukaaaaan... ibarat tak pernah makan laksa seumur hidup. Ok,bukan ke tadi aku kata ni entri pendek ke? Nampak sangat aku termembebel. Sebenarnya nak bagitahu aku baru letak plugin page kat  Facebook. Jadi kalau tak keberatan silalah tekan like. (^_^)


p/s: Tergerak hati untuk buat sebab dah berapa orang suruh buat.Sebab mereka takde blog untuk update entri. Jadi ni semacam khas untuk pembaca yang selalu berkunjung tapi malu nak tegur I.ahaks! kepada silent readers dari dalam dan luar negara. Aku sedar aku bukan artis mahupun Hanis Zalikha yang layak ada fan page ke hape. Kalau suka tekan.Kalau tak suka abaikan.Ok? till then..Good Night and thanks for your time.

p/s/s: Eh jap!!! Thanks pada yang komen dan shout. Aku ada masa nanti aku terjah kamu balik ok.

Monday, October 25, 2010

Maaf. Cuti Mengandung.

Hehe..Jangan terkejut tengok tajuk.Saja bikin gempak. Bila masa pulak aku kahwin kan. Erm,tujuan entri ni dipost ialah untuk memberitahu bahawasanya aku ada final exam.Jadi akan bercuti seketika dari berblogging. Aku kena puasa blogging ni.Tak boleh. Mengganggu fokus aku ni. Kalau aku online pun sekadar approve komen kot. Nak blogwalking lagiiilah tak mampu. So kalau rasa aku tak balas apa-apa tu,paham-pahamlaaa..Janganlah terasa macam I sombong pulak okey.

Ohya, exam aku start 29 Oktober - 10 November. Ada 4 paper.Ada report Research Paper yang kena hantar, ada detail drawings. Ada lagi satu assignment nak buat.  Tolong doakan aku dimudahkan perjalanan menjawab exam dan perjalanan untuk sudies ok. Doakan aku habis belajar sem 8 ni tanpa ada gagal kat mana-mana paper. Penat aku pertahankan selama ni tak repeat pape.huhu.. I heart u followers setia! I heart u silent readers! bye-byee..jumpe esok.Eh! Ok,bye-bye.. T_T

p/s: coming soon-pembukaan kelas renang wanita di UiTM Shah Alam sesi December. Nanti aku update.Yer,sayalah swimming instructor nanti.. =B  =B  =B   nak join bagitau awal-awal ok.Jangan risau,saya bertauliah, selalu ajar pensyarah UiTM (^_^)V peaceee!!

Lukisan Saya Dulu-dulu -Black & White (Part 1)(EGBB)



(sila klik gambar untuk review contest ni)


Baiklah,aku tahu entri ni telah dipost sebelum ini. Tapi aku post kembali kerana telah dijemput oleh Hiro untuk join contest beliau.

Aku rasa entry ni best.Bukan sebab niat menunjuk.Aku sedar siapalah daku..huhu.. Tapi aku rasa puas! Sebab untuk menghasilkan entry ni, banyak waktu telah dihabiskan untuk melukis satu lukisan.Bayangkan berapa lukisan ada?huhu.darab 4 jam camtu? or maybe 5,6 jam. Jadi aku rasa puas.Sebab entri ni mengingatkan aku tentang zaman masa sem 1.Bila aku post niat aku adalah untuk share. Tapi tak sangka ramai yang bagi respon positive. Dan sebenarnya entri ni adalah post yang aku terima paling banyak komen setakat ni. (tak la banyak gila tapi banyak la jugak bagi blogger tak femes cam aku nih..) (-_-) Jadi kerana itu aku rasa puas dan girang.


Aku nak tag:
Fahmie
DyLa
Bash

Ok,sila baca dan layannnn!!!!

Sunday, October 24, 2010

Mari Menonton Filem Pendek Kelas Saya!

Hye semua! Hari ni aku mahu berkongsi movie video ni dengan kamu semua.Ini adalah filem pendek dari Archifest (Architectural Festival) di fakulti aku masa sebelum puasa. Pada setiap sem, setiap batch dikehendaki mempertaruhkan short movie mereka berdasarkan genre yang telah diundi. Sem ini studio aku mendapat genre thriller. Memandangkan tema Movie Archifest sem ini adalah Isi tempat Kosong, jadi syarat movie ni haruslah ada adegan telur pecah. Terpulang bagaimana nak olah dan isi tempat kosong  mengikut genre masing-masing.Di awal atau akhir cerita. Jadi movie ni adalah usaha budak kelas untuk berlakon,jadi camera man,pengarah. Tapi I tak berlakon laaa.. hehe..

Sebenarnya movie ni buah hati kite edit sama..(hehe..malu-malu kucing.) Sila biar loading dulu baru play supaya tak sakit jiwa menunggu.Ohh! Pakai head set juga supaya jelas sikit nak dengar setiap pertuturan.huhu..

Ramai juga kawan-kawan course lain yang tanya kenapa budak Archi ada short movie.Macam takde kena mengena dengan course.Aku pun tak dapat jawab tapi kalau kamu mahu tahu antara pelakon-pelakon yang pernah ambil course ni di sini ialah Azhar Sulaiman dan Afdlin Shauki,Ashraf Sinclair.(cuma Afdlin & Ashraf Sinclair kecundang di tengah jalan..syhhh..) Siapa tahu mungkin muka-muka dalam short movie ni bakal jadi pelakon.hehe..
Ok,sila menonton.Tak gempak macam Hollywood pun..Sekadar movie pelajar universitas gitu. Selamat menonton!! (^_^)V

p/s: Pekerja mamak tu pun bagi support tolong berlakon sama part terlanggar Shan.haha. 

Wednesday, October 20, 2010

Mama kata biar muka buruk tapi hati biar cantik, Tapi kau dahlah muka buruk, hati lagi buruk.

Ish tengok tajuk macam gampang je nak cakap muka orang buruk.Tak,semua kejadian Allah adalah cantik.Dari kecik Mama aku pesan, kalau tak cantik takpe, janji hati baik. Bila dah makin besar ni dan semakin pandai menilai perilaku orang sekeliling dan dah belajar subject Human Behaviour aku pun suka lah nak buat pemerhatian sendiri. Kadang-kadang..

1)Ada orang cantik.Tapi hati busuk.
2)Ada orang tak cantik tapi hati baik.
3) Ada orang cantik, hati pun baik.
4)Ada orang dahlah tak cantik tapi hati giler buruk (ni kes parah,serius!!) 


(diingatkan,cantik tu adalah sesuatu yang subjektif. Cantik bagi aku mungkin tak cantik bagi kamu.)

Tujuan aku post entri ni bukan untuk menilai siapa cantik siapa tak.Siapalah aku ini..(mak aku kata masa baby aku paling buruk sebab botak.huwaaaaa! sampai hati) takpe-takpe,Cuma masalahnya disini,huh! Aku tension! (ceh,apesal tiba-tiba aku nak tension ni??) Sebab dah banyak kes lah aku dengar.Kisah dengki mendengki ni. Kisah busuk membusukkan orang lain,fitnah orang dengan cerita yang teruk-teruk.

Dah beberapa kes aku dengar. Kawan-kawan aku la. Contoh: (bukan nama sebenar)

Monday, October 18, 2010

Ditag serentak.Maka harus dikerjakan.

Disebabkan aku telah ditag oleh D_La & Dani, maka aku haruslah menyelesaikan tag ini supaya aku dapat award.hehe. Minta maaflah aku terlalu busy untuk buat awal-awal. Jadi sekarang curi-curi masa untuk selesaikan tag. Kalau tak siapkan tak boleh dapat award ni:



Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.
dLa
1. Kami dari bidang yang sama.Architecture.
2.Sebab tu template blog pun kebetulan sama.hehe.
3. Dia kerja draughtman sekarang.Kagum.Sebab aku sendiri tak mampu mengadap autocadd lama-lama.
4. Dia rajin betul update blog.
5.Suka sukan badminton.& ada crush kat seseorang yang main badminton tuh.

Dani.
1.Mempunyai minat yang hampir sama macam aku.Bidang seni kreatif & senibina.
2. Kurus walaupun makan banyak.
3. Sempoi
4.Gilerr korea.
5.Merasakan dirinya unik sebab dia pelik.hihihi..


.Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

1.Aku tulis pakai tangan kanan tapi banyak benda jugak aku buat pakai tangan kiri macam berus gigi,main badminton,sapu sampah.

2. Aku tak terer melukis. Aku sekadar boleh-boleh aje. Tapi aku seriously tak pandai lukis orang.Susah giler doh. Lukis alien lagi senang.

3. Minat course masak-masak tapi taknak amek sebab takut gemuk.Badan aku senang naik susah turun.Benci giler kan. Wey siapa nak transfer lemak amek lah dari aku ni. Free of Charge nieee..Siapa kata sekarang takde barang free maah.

4.Suka swim tapi takut nak swim banyak-banyak.Sebab taknak bahu  jadi bidang sangat. Sekarang pun dah cukup bidang.huhu.Kalau aku ni tinggi takpela jugak.

5. Aku tak suka makan jagung.Tapi suka giler ais krim jagung.

6.Dalam family aku takde sorang pun ambil course yang sama atau iras-iras. Dari abang hingga adik -Engineering Mechatronic,Business,Automotive,Architecture,Pharmacy.Adik kecik PMR. Ayah Chemist. Mak suri rumah.Kan sangat beza.

7.Aku dah berpunya.Nanti aku nak paksa dia kawin dengan aku.Harharhar..nak gelak keji lagi tak tahu malu.

8. Aku suka membaca dan berfikir tidak hanya pada permukaan (surface)

9.Aku tak tahu aku minat warna apa sebenarnya. Semua warna pun cantik. Kalau aku nak kahwin aku punya baju pengantin warna ice cream paddle pop kot. Malang bakal suamiku nanti eh.

10. Aku pernah pancitkan tayar kereta student lelaki kat UiTM ni .muahahaha.. Sapa suruh cari pasal dengan aku.huahua..

3.Pick the most 10 deserving recipients and describe them.

Fahmie: Kawan blogger pertama. Banyak bagi tunjuk ajar kat aku.
cEro: dia budak biology yang suka karbon.
Echah Mashuri: mek kelate hok molek ni.. (hehe..buruk i kecek..)
Bash: Member seperjuangan lifesaver.
eeSyaheera: aku buat facial free kat Cres sebab baca blog dia. =)
Sheil: housemate rumah sewa lama yang seperti kakak-kakak,suka bermanja dengan beliau..
Ila: Entry dia selalu berunsur nasihat dan motivasi & tips2 berguna.
Poet: Happy Birthday Poet! =)
Shara: dia cikgu tadika & suka bunga & kapel dengan Hamzah Ian..




Saturday, October 16, 2010

10 Aktress Hollywood Kegemaranku.

Harini nak post list 10 aktress hollywood yang aku minat.Haritu selebriti Malaysia bertudung yang aku rasakan menawan. Sebenarnya entri ni ada dalam draft aku.Standby untuk tekan post aje.Aku sangat busy sekarang.Jadi aku tak dapat nak update entri baru selalu.huhu..Minta maaf laa kalau aku tak respon pada tag ke,shoutbox atau comment.huhu..Bila aku free aku akan respon pada semua,InsyaAllah. Ok,ni entri tak pening kepala.Boleh usha awek cantek.. huahua..

1.Hayden Penittiere. Aku suka tengok lakonan beliau. Walaupun dia petite,kecil molek berbanding aktress hollywood lain yang rata-rata tinggi slim tetapi beliau tetap diberikan kepercayaan untuk melakonkan pelbagai jenis watak dalam filem dan tv. Macam bagi inspirasi lah jugak kat aku, kecil tetapi boleh nampak cantik jelita auww.. Kalau ada mana-mana movie yang Hayden ni berlakon aku mesti nak tengok punyalah! Erm,kadang-kadang aku rasa muka dia macam aku *muntah* Britney Spears dari stail dia bercakap.


2.Jessica Alba.Aku rasa memang ramai lelaki lah yang minat kat dia ni. Muka dia ayu aje lebih-lebih lagi mata dia yang redup aje tu tapi watak yang beliau lakonkan? Macam Dark Angel dan Fantastic Four. Memang superb lah Jessica Alba ni. Nampak aje lemah lembut.Selain tu, aku suka lah rambut dia.Cantik.

Thursday, October 7, 2010

Lukisan Saya Dulu-dulu -Colour (Part 2)

Hye semua! Entri lepas aku dah post lukisan lama aku yang black and white. Kali ni aku nak post lukisan lama-lama aku yang colourful. Ada lukisan yang memang first time lah aku melukis dan mewarna pakai water colour. Ni semua lukisan masa aku Sem 1. Jadi janganlah high expectation sangat.huhuhu..Lagipun student achitecture diajar buat quick sketch,bukan drawings yang sangat detail tu..

 *ni lukisan pertama aku memakai water colour*


*dua drawings kat atas ni saje2 lukis je*

*drawing corak ni paling leceh nak lukis sebab setiap line adalah warna berbeza & disebabkan taknak comot,terpaksa memakai masking tape.Leceh sikit.sebab tu tak tidur satu malam buat benda alah ni*

 
*Lukisan di atas adalah test.Kena bawak tin kosong.Lepas tukemekkan dan kena lukis.Huhuhu..*

 
*ni drawing pakai poster colour .Siza drawing A1.Bangunan Telekom*


Nota kecil hari ini:
Seriously tengah rushing sekarang. Aku tak tahulah apa nasib blog ni sebab aku agak busy sekarang.Boleh rujuk ruang "my journal" kat belah kanan.Itu upcoming submissions. Huahuaaaa................Bye2.aku kena uruskan sesuatu.

Friday, October 1, 2010

Lukisan Saya Dulu-dulu -Black & White (Part 1)

Hye semua! Harini aku terasa mahu bernostalgia pulak. Memandangkan aku dah nak habis belajar ni.(InsyaAllah kalau tak repeat apa-apa paper), aku teringat pula sewaktu aku baru masuk belajar di UiTM. Yup! Masa awal-awal belajar senibina,kami diajar perkara asas la dalam senibina iaitu melukis. Aku sebenarnya tak sedar yang aku boleh melukis.Nak kata hebat sangat tu taklah sebab strokes pun ada keras sikit kan. Jadi takpelah,ni lukisan masa sem 1.Sekarang dah sem 8. Tapi dah lama tak lukis begini sebab sekarang asyik pakai software aje..*rindu ohh* ;(  Part 1 entry ni ialah lukisan hitam putih. Part 2 nanti ialah lukisan berwarna. Lukisan berwarna yang first time aku melukis dan mewarna pakai water colour ohh. Tunggu~ ok jom zass lukisan hitam putih dulu!!

Sorrylah gambar tak berapa nak clear.Sebab ni bukan scan.Ni tangkap gambar pakai camera.Kat bawah ni baru pakai scanner.

Gambar atas ni lukis pakai pensel biasa yang berlainan gred.

Gambar diatas ialah rumah kedai.
 
Gambar atas ni ialah gambar bangunan di KL.Siapa dapat teka?hihi.
(entah-entah lukisan ni tak dapat sampaikan gambaran bangunan sebenar kot.huahua..) Sebenarnya aku tanya sebab aku sendiri tak sure ni bangunan apa.huahua.Gambar ni ialah test tau.Lecturer bagi gambar on the spot kena lukis dalam masa sejam ke dua jam entah tak ingat pulak.

Seriously gambar di atas ni aku sendiri tak paham tulisan Cina ni.Aku main amik je gambar then lukis balik. Kalau bangunan lama ni tingi sikit nilai estetikanya. Sebab yang buruk-buruk tula yang menarik untuk dilukis dan diambil gambar. Hurm,tapi yang aku peliknya ada orang tak percaya aku yang lukis.Lantak kau lah labuuu..

p/s: Penat tau nak render lebih.huhu.Kena bagi nampak shadow lah,texture lah..apa-apa ajelah. Untuk subjek ni aku dapat A- masa dulu. Susah lah nak dapat A.ramai yang hebat-hebat.  So macam mana? kalau aku start melukis balik agak-agak boleh dijual tak? hihihihihihihiiii..(kenapakah aku harus gelak seperti puntianak ini..?) Mata aku dah tekeluar huruf RM.ngaaaa!!!! Haa,nak tanya,kamu suka lukisan yang mana eh? Sebab bila sendiri yang lukis tak tahu mana satu yang paling best.Tolong bagitahu pendapat kamu ok.Itu sangat membantu.Trimas bos!

p/s: kalau nak tengok image yang lebih besar boleh klik kat image tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...