Wednesday, June 30, 2010

Melayu Boleh!

Speechless dengan engine carian ini.huhu.. Kerja siapa semua ni? Kadang-kadang malu dengan bangsa sendiri. Tapi masih ramai yang hebat dan berguna, bukan semuanya sampah. Again, speechless. Sebab itu entry ini pendek.Sekian, Terima kasih.

Saya Comot ke?

Kawan-kawan selalu cakap aku comot. Bukan, bukan berpakaian comot atau berbaju compang-camping comot macam tu. Tapi berperangai comot. Aku rasa macam eiiii! Apasal pulak? Jadi bila aku pikir balik tentang perangai-perangai ku. Mungkin la, aku seorang yang comot. Ni lah dia antara perangaiku yang comot :

1. Bila cuci muka sebelum tidur, mesti kena tukar baju dulu. Sebab habis basah baju. Bilas muka ganas sangat macam nak siram pokok aje.Kalau kawan ada kat sinki sebelah nanti dia elak-elak juga takut terkena air. Kalau cuci muka kat dapur pulak mama mesti marah. Sebab habis basah lantai dapur. So sekarang taknak cuci muka kat dapur dah. Sebab nanti tak pasal-pasal kena mop lantai terus. Ish ! ish!

2. Kalau gosok gigi pun lebih kurang la. Buih-buih colgate tu mesti nak jatuh-jatuh dengan rakus kadang-kadang sampai kena baju. Kadang-kadang adik aku selalu sekodeng aku bila gosok gigi lepas tu dia gelak-gelakkan aku. Hampeh! Wonder kenapa dalam tv orang selalu gosok gigi macam takde buih. Musykilnyaaa..

3. Haritu handle pintu kereta ayah aku tercabut sebab aku terbuat. Terganas sedikit.huhu.terganas banyak la sebenarnya.Jadi kalau nak masuk kena pakai pintu sebelah sit driver la. Aku nak ke kedai. Aku parking depan kedai makan. Memang ramaila orang. Ada mamat-mamat tengah usha-usha (malu I kononnya..) Sekali masa nak masuk balik.. Shitteh, lupa pulak pintu tak boleh bukak. Aku dengan “bijaknya” berserta barang2 yang banyak pergi bukak pintu sebelah & mengengsot kat tempat driver. Dahla tengah ramai-ramai kat restoran tu dengan mamat-mamat yang usha-usha tu. Padahal sebenarnya aku boleh aje bukak pintu sebelah driver then bukak dari dalam pintu sebelahnya. Perlu ke aku mengengsot depan mamat-mamat yang usha-usha ituh??? MEMALUKAN LAGI JATUH SAHAM AKU.. T_T aku tak tahu nak sorok muka macam mana. Rasa macam nak sorok bawah stereng aje. Aku terus pecut meninggalkan tempat kejadian tanpa toleh-toleh lagi.


4. Aku ni tak la tua sangat tapi asyik lupa. Kalau aku nak keluar rumah, tak payah la babai-babai kat aku eh. Sebab mesti aku akan datang balik sebab ada je barang yang tertinggal. Paling aku suka tertinggal handphone. Lagi satu cerita yang agak memalukan aku tentang lupa : satu hari aku ke Watson dengan adik aku. Aku bayar kat kaunter. Dan aku berlalu pergi.. Abang kaunter panggil-panggil aku dan buat bunyi tikus tuh tapi aku tak pandang. Kononnya jual mahal la orang nak ngorat. Perghhh! Perasan bukan main! Bila adik aku masuk kereta dia bagi beg plastic barang yang aku beli sambil cakap “kak, abang tu panggil sebab akak tak ambil barang yang akak beli tadi. Boleh tahan la kau ni kak abang tu panggil kau buat bodoh aje..” Uhuks! Uhuks! Lagi sekali aku pecut meninggalkan tempat kejadian tanpa toleh-toleh belakang lagi.

5. Yang ni memang definisi comot yang tepat.Bila makan selalu ada sisa makanan kat bibir. Adehhh.. lebih-lebih lagi kalau makan eskrem. Mulut duk pot pet pot pet nak bercakap. Sambil tu orang gelakkan aje sebab mulut comot. Ada kawan yang baik dia tegur. Ada gak yang dah tak larat nak tegur dia biar je sambil sengih-sengih.uhuk..uhuk.. sekarang aku makan pakai tisu. Sambil makan tu sambil lap takut comot. Suka jatuhkan saham sendiri.

*ni dah melampau..aku takdelah makan asikrim sampai kena hidung..*


6. Entah kenapa kalau depan lelaki suka buat benda yang memalukan. Haritu kat faculty aku terselisih dengan dua student lelaki. Masa tu banyak betul barang aku bawak. Antaranya ialah pencil colour. Mamat tu pandang aku. Nak kata gemuruh tak pun.. aku pandang jela balik. Sekali time tu jugak lah pencil colour aku yang berpuluh-puluh batang tu nak jatuh...Aduiiii.. malu giler aku. Aku terdengar kawan budak tu tanya dia “ kau buat apa kat dia?” Ish3... malu giler la sebenarnyeeee... =(


7. Bila dalam studio selalu pakai headset sebab nak dengar lagu. Lepas tu tak perasan dah follow nyanyi lagu tu sama-sama. Maybe makin lama makin kuat. Sebab tak lama lepas tu kena sound. “weyh, kau boleh senyap tak?” uhuks..uhuks.. T_T dah ganggu orang nak dapat idea design..kalau suara sedap takpe gak kan..


8. Kalau orang buat lawak lepas tu gelak-gelak aku pun nak gelak. Pastu terdiam then cakap “weh, aku tak paham la sebenarnya” Lepas tu kena Boo~

9. Ada satu hari ni aku tak cukup tidur. Aku tidur dalam 2 jam sahaja malam tu. Lepas tu nak mandi. Mata separa buka.Masa gosok gigi aku letak ubat gigi kat berus. Sekali rasa macam tak sedap je ubat gigi ni. Aku cek balik, rupanya aku picit pencuci muka letak atas berus tu. Hurmm..tergelak aku sorang-sorang. Nasib baik tak pakai ubat gigi cuci muka pulak.hehehe..

Banyak lagi la perkara comot yang pastinya memalukan yang aku dah buat. Kawan-kawan aku lagi tahu. Yang ni seciput aje.huhu.. takkan nak jatuhkan saham banyak sangat kan..KUANG..KUANG..KUANG..

*tak kenal maka tak tahu*

*sekali nampak orang takkan ingat comot kan?*


Till then, syhhhh...

Monday, June 28, 2010

Water Confidence Programme!


*klik gambar untuk view yang lebih besar

PROGRAMME: WATER CONFIDENCE, WATER SAFETY & INRODUCTION TO DROWNING MANAGEMENT.

DATE : EVERY SATURDAY (UPON REQUEST)

FEES : RM 30

RM 25(UiTM STUDENTS)

Drowning cases have been increasingly reported nowadays. Avoid drowning in any situations and save victims while you still can. Do something to our society!

A one day programme brought to you by Lifeguards of UiTM Shah Alam to bring awareness of not getting drowned in any circumstances. Why do people got drowned even in shallow water? Because they got panicked & not sure of what to do. Let alone be in deep water. Build your water confidence!


Ada 2 bahagian program iaitu “ Water Confidence Building” dan “Water Safety and Drowning Management”. Jom review sedikit apa intipati program ni.

WATER CONFIDENCE BUILDING

1. Shallow Water Pool Wadding

-peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan (10 orang setiap kumpulan)

- peserta bergerak masuk seorang demi seorang ke dalam kawasan cetek kolam renang tanpa bantuan alat apungan.

-peserta bergerak ke kumpulan masing-masing dan “Blow Bubbles” di dalam air selama 5-10 minit.

-Peserta berpecah dan bergerak ke tepi kolam renang dan bergerak ke kawasan melebihi 2meter dalam.

-Peserta dikehendaki melepaskan tangan dan menjejakkan kaki ke dasar air.


2. Pool Crossing

-Peserta tidak dibenarkan memakai sebarang alat bantuan apungan.

-Perserta dikehendaki bergayut kepada tali yang direntang merentasi kawasan 2meter dalam.

-Peserta mengambil beberapa barang yang diletakkan sepanjang laluan.

-Peserta naik ke atas kolam.


3. Water Treading With Aid

- Peserta memakai Lifejacket

-Peserta terjun seorang demi seorang terjun ke dalam kolam dan bergerak ke tengah kolam.

-Peserta bergerak ke dalam kumpulan masing-masing dan membentuk bulatan.

-Peserta dikehendaki mengapungkan diri dengan dua cara :

i) Badan menghadap luar air

ii) Badan menghadap dalam air sambil “Blow Bubble”

-Peserta berpecah dan bergerak ke sisi pool.


WATER SAFETY AND DROWNING MANAGEMENT

Mengenalpasti Mangsa Lemas

i) Distressed Victim

ii) Active Victim

iii) Passive Victim


Menyelamat Mangsa Lemas

Jurulatih akan menerangkan dan menunjukkan demonstrasi teknik berikut dan peserta dikehendaki melakukannya.

i) Menyelamat tanpa berenang

- Menyelamat menggunakan alatan yang panjang dan tegar.

-Menyelamat menggunakan “throwing assist”

-Menyelamat dengan menghampiri mangsa jika air tenang dan cetek

-Menyelamat dengan berbaring dan berpaut ke sisi kolam


ii) Menyelamat dengan berenang ke mangsa

-mencampak alat bantuan apungan dan berenang ke alat bantuan apungan.

-berenang dengan alat bantuan apungan ke mangsa menggunakan teknik “arm cross” dan “chin tow”


iii) Menyelamat mangsa pasif

- Menyelamat mangsa menggunakan “Rescue Can/Tube”

-Menggunakan teknik “arm cross”


Kenapa agaknya program ini menarik dan lain dari yang lain? Selain kelas renang, cukup susah sekali atau jarang-jarang sangat kolam renang di mana-mana tempat akan anjurkan program sebegini ditambah pula yuran yang sangat! Sangat murah tak dapat di mana-mana tempat. Lagi :

Lifeguard terlatih akan membantu anda.

Lunch dan surau disediakan

Tak nak pakai swimming suit pun takpe, pakai baju T-shirt biasa aja

(tiada swimming pool public yang bersaiz olimpik akan membenarkan pemakaian selain baju renang tetapi kita bagi kelonggaran kerana memahami sensitivity sesetengah orang.)

Tetapi tinggi peserta kena lebih dari 130cm kerana yang paling cetek pun kawasan 4kaki.

Fiuh, fenat juga nak translate dan taip. Apa-apahal pun, jangan takut dan malu kerana program ni bukan untuk orang yang dah pandai berenang tetapi khas kepada yang tak pandai berenang, takut air, takut tempat dalam.. Jadikan program ini lebih menarik dan meriah dengan mengajak kawan-kawan dan keluarga. Mak, ayah, adik-adik,kakak-kakak, abang-abang. Atuk nenek pun boleh jugak.. =) Gambar akan diambil sebagai kenangan.. Photographer bertauliah dialu-alukan dan lifejacket akan diberikan untuk mengambil gambar sama level dengan peserta dalam air. Kalau ada yang nak bawa pendrive pun boleh. Bersama-samalah kita mengurangkan kadar kes lemas negara!




Sunday, June 27, 2010

One Day Out With Sisters

Tarikh : 26 June 2010 Yang giler kentang : Aku,adik-adik dan kawan adik, Nash.

Sebenarnya tujuan utama keluar ni nak beli baju renang. Sebab aku sememangnya memerlukan baju renang yang lebih dari satu.Huhu.. Banyak memang banyak la pilihan tapi budgetku cuma RM200 sahaja. So kena beli yang berpatutan. Ada satu design kawan aku beli kat Quicksilver tu cantik tapi bila pergi dah habis. Jadi masuk jusco ajelah.

tak dapat bayangkan orang tengok kami bergambar kat escalator. haha..

Hari merah kot. Tiba-tiba nak sama. Biasala..adik beradik..


sister


aik! merah lagi? Adk beradik gak eh? Meet Nash..

Muka semangat tak hingat dunia. Nak usha yang warna merah punya baju renang gak. Kenapa hari itu mesti hari merah?



So warna mana lebih best?



Ke Wendy's makan Shrimp Burger dan tak habis fries sebab beli shake.

Lepas tu I skating sebab nak bakar kalori minum shake tadi. Haha.. Tak, ni ada skate competition. Ramai betul orang tengok kat sekeliling.

Ha kalau perasan kat setiap level orang berderet tengok skating competition tu dengan semangat.


My comel mamarazzi =) Sebab tu pakai biru. To differentiate.

Kesimpulannya, aku beli yang warna merah hitam itu sebab warna grey macam dah ramai sangat orang pakai. Lagipun tak pernah ada warna merah lagi. Aku beli baju dan seluar asing-asing. Total RM180. okey? tak lari budget. Boleh la tu.. Ada duit lebih beli design lain pulak lain kali.

Thursday, June 24, 2010

Tell me! Siapakah aku?

Tell me! Siapakah aku?


Hai kawan-kawan sekalian alam. Mintak ampun mintak maaf sangat-sangat. Sebab masa awal-awal entry haritu aku langsung takda pembuka kata pemanis bicara.Cewah! jadi entry kali ni ialah untuk anda semua lebih mengenali siapa aku ataupun “who Am I?” macam dalam cerita Jackie Chan dulu-dulu.

Aku takkan mulakan dengan berkata “I’m just a simple and ordinary girl who leads a simple life” naahhh!! Aku tak percaya diri aku adalah sebegini. Sampaikan aku rasa kawan aku akan rasa menyampah kalau aku cakap.. “Well,aku kan supergirl..” lagi..

Okey! Aku akan start dengan asal usul. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sampai umur 6 tahun. Tapi pernah menetap sekejap di UK kerana ayahku menghabiskan pengajiannya disana. Aku ada seorang ayah yang comel gila dan ibu yang cantik sangat! Eh tak habis bagitahu. Sekarang aku menetap di Subang Jaya.

Cita-cita aku? Banyak sangat! Nanti aku muatkan dalam satu entry. Nampak sangat aku kuat berangan.hohoho.. Tapi sekarang misi utama aku adalah untuk menjadi seorang arkitek. Aku takla nak mintak jadi arkitek yang famous. Aku nak jadi arkitek yang kaya cukupla.hehe.. Walaupun aku tahu bukan senang untuk sampai tahap nak buat duit banyak tu, tapi aku takkan putus asa. Sebab apa? Antara motto hidup aku “No turning back!” Macam mana aku boleh minat nak jadi arkitek? Masa kecik-kecik dulu aku nak jadi doctor. Yela,dari kecik kuat berangan nak pakai lab coat putih tu dengan penuh gaya. Bila dah sekolah menengah & belajar bio.. angan-angan nak pakai lab coat putih tu makin jauh..sukar untuk aku gapai balik. Kesimpulannya, aku bengap bio la.tak paham lagi ke?.Fullstop. Waktu di sekolah menengah juga aku baru sedari yang aku ada bakat melukis. & entah bila aku mula jadi jakun entah bila naik kereta yang ayahku pandu aku akan tengok bangunan sekeliling.. aku semacam impress bila tengok pelbagai rupa bentuk bangunan,tinggi, rendah. Bila tengok rumah orang cantik-cantik aku akan berangan nak buat rumah sendiri siap ada enclosed garden & home theatre .Ish! berangan lagi.. Sumpah aku kuat berangan weh.. Jadi aku dapat masuk UiTM dalam bidang senibina lepas dua kali gi interview. Haaa amek kau! Jangan putus asa cepat sangat! Sementara tunggu masuk UiTM, dah beberapa kerja dah aku buat.Nampak gaya kene buat lagi satu entry untuk itu juga. Siapa arkitek yang aku sangat kagum? Santiago Calatrava. Sebab dia bukan sahaja seorang arkitek, tapi juga engineer dan sculptor.Sebab tu bangunan dia banyak lekuk-lekuk. Tapi ramai juga arkitek yang hebat-hebat tapi tak tersebut. Sekarang aku di tahun akhir pengajianku. Hujung tahun 2010 insyaAllah tamat.


Macam ni la kerja di studio.banyak kertas besar-besar ni.

Kalau lukis manually yang susah ni.Boleh menangis nih tak tidur. Kalau pakai pen bukan boleh main liquid-liquid.


Aku, seni dan lukisan?

Aku takla terer sangat melukis. Tapi bolehla melukis.Malula kalau budak arci tak pandai melukis kan.Aku selalu lambat sedar bakat yang aku ada. Aku mula sedar yang aku boleh melukis sewaktu di sekolah menengah. Masa tu cikgu mengajar.Aku bosan aku buatla lukisan. Tak sangka pulak kawan-kawan puji lukisan aku. Masa seni pulak..Ohya kat sekolah aku ada exam seni taw. Ha kalau waktu seni..aku lah yang paling excited tak hingat dunia. Orang lain tak start lagi aku dah pegang krayon dah.Padahal soalan pun tak baca lagi. Masa sekolah aku banyak pakai pensel warna dengan krayon aje.Ada satu masa cikgu puji lukisan aku siap angkat tunjuk kat satu class.hehe..kembang bonsot aku.nasib kerusi plastic. Erm, lagi..kalau cover folio dulu kan orang suka buat fancy-fancy tampal macam kolaj gitu.Kalau buat macam tu untuk hantar assignment sekarang,agak-agak lecturer kasi A tak? Selain tu buat kad ke.. Bila masuk UiTM, masa sem pertama, kami di ajar melukis pakai macam-macam media. Pen artline (banyak jenis,ada 0.1,0.2,0.3 sampai la 0.6 pun ada), pensel (2H,H,HB,2B..banyak B lah sampai yang paling pekat tuh),lukis pakai arang, lukis pakai soft pastel, dan paling aku suka ialah water colour. Kat UiTM la aku belajar buat painting pakai water colour. Tapi ramai kawan-kawan tak suka pakai water colour. Mereka kata leceh, tak pandai mix colour la. Hurm...tapi rasa macam dah lama tak sketch betul-betul dan buat painting. Sebab sekarang pakai software lebih.Autocadd, Sketch Up, Photoshop..


Ni hasil penat lelah kat UiTM masa sem 2. Ni kerja tak tidur malam tahu tak? Sila kuatkan semangat, fizikal & mental kalau nak jadi arkitek..



Aku dan sukan? Aku dan renang?


Masa sekolah rendah masuk larian.Lawan rumah sukan ajelah. Sekolah menengah badan makin berat.Huahua.. Jadi masuk bola lisut.Alaa..yang Nobita suka main tu. Yup,bola lisut wakil sekolah.Menang beb masa tournament,tak sangka.Masa tu peringkat daerah Petaling tak silap.Memang kenangan manisla sebab kat sekolah aku takla aktif sangat sukan. Aku juga pernah masuk silat. Seronok juga dapat belajar cara menumbuk & menendang. Lepas tu kat rumah aplikasi kat adik-adik..harharhar.. Okey, jadi sukan apa pula yang aku masuk di peringkat Universiti? Ni memang paling orang tak percaya kalau aku bagitahu. Yup! Aku ialah seorang perenang. Tapi taklah tahap gaban yang sampai wakil UiTM atau Malaysia tuh. Cukuplah wakil FSPU(faculty aku di UiTM) untuk SAF (Sukan Antara Faculty) Masa tournament aku minum banyak 100plus.ada dalam 3 botol.Penat dohh! Dahla beberapa hari sebelum tu aku kena asma dan tak sembuh sepenuhnya. Tapi bersyukur sangat sebab menang tiga-tiga acara yang aku masuk tapi semua number dua la. 200m freestyle,200m breastroke dengan 100 m freestyle. Hehe,atleast mengalahkan budak sukan. Tapi kalah dengan budak law. Huhuuuuuuuu...lagila takleh terima hakikat.Walaubagaimanapun tahun tu aku diangkat sebagai atlit wanita terbaik fakulti FSPU tahun 2008 tak silap aku.Aku lupa sikit kalau bab tahun.sebab dah biasa sebut sem.. Tahun ni bulan Julai ada SAF lagi. Tak tahu nak masuk ke tak..tak larat la.macam dah kurang aja stamina. Sekarang aku hanyalah lifeguard di kolam renang UiTM dan instructor swimming bagi wanita dan kanak-kanak yang nak masuk kelas renang. Ha kepada yang tak reti berenang tu janganla malu-malu amek class renang dengan I.. Kalau boleh nak semua orang pandai berenang & tak takut air. Sedih bila baca berita orang lemas yang semakin banyak keluar dalam berita dan surat khabar.
belajar jangan tak belajar..ni latihan untuk pasukan penyelamat.Belajar CPR.*sekali lagi aku tiada dalam gambar sebab aku jurugambarnye..tehehe..



Aku dan fashion?


Honestly aku rasa perempuan memang sukakan fashion kecuali kalau orang tu betol-betol tak kisah dengan penampilan diri dia. Aku suka tengok model berpakaian cantik & up to date. Aku beli majalah-majalah macam Cleo dll. Sebab aku nak tahu apa yang baru & fresh.Tapi memandangkan aku banyak habiskan masa dengan outdoor activity (bukan jalan-jalan yer), jadi aku biasakan diri dengan berpakaian sempoi. Tambah-tambah lagi dah aku ni kaki studio, memang seliper jepun @seliper jamban jadi wedges sejati aku la. Takda masa aku nak melaram gila babas. Kalau duduk studio, selendang pun dah takda nak lilit-lilit kemas. Samada pakai tudung bawal takpun selimpang jela selendang tuh.Memang..agak mak nenek la jugak..tapi nak buat macam mana.Sempoi itu aku. Tak larat aku nak control cun aja memanjang. Ha tapi once aku dah dress up..baik korang tutup mulut yang ternganga tu..lalalala.. (konon cantik macam bidadari..uweksss! uwekkss!!) Pendapat aku tentang fashion? Kalau pakai barang branded tapi diri sendiri takde gaya & takde aura..tak guna jugak.. Kadang-kadang penampilan diri, personality menarik,postur badan yang elok, &keyakinan tinggi akan buatkan seseorang tu nampak betul-betul Da BOmB!!! Bukan sinis, tapi terasa jelik sikit bila sesetengah orang suka bercakap pasal barang branded-branded beli itu beli ini.beg Guess, LV, Levi’s tapi bila tengok tuan empunya badan..Alahaaiiii..malas nak cakap.taknak bermulut jahat.hahaha.. I know..mutu tu penting tapi keep it low will ya?


kalau banyak duit bestnyaa dapat beli stylo-mylo macam ni.. Tapi perempuan ni sekali dua tiga kali pakai dah cepat boring..nafsu..nafsu.. (bebel macam mak-mak)





Aku dan perempuan.?


Chop tajuk ni bukan menggambarkan aku seorang lesbian. Cuma, kawan-kawan aku ramai cakap aku ni keras hati.Hati batu. Bukan degil macam tu..tapi bolehla..mungkin degil sikit. Macam, kalau perempuan lain mungkin suka merengek-rengek kat bf masing2 ke..suka all the time SMS dengan pakwe ke.. suka ke hulu ke hilir dengan pakwe ke. Tetapi aku bukan begitu. Mungkin bolehlaa..aku manja sedikit tapi aku tak tahu kenapa aku tak suka reply SMS banyak2.. makin besar aku makin tak suka. Aku tak Nampak relevennya bila sms yang masuk tu sama aja hari-hari macam “morning!, dah makan? Tak? Kenapa? Takde selera ke? Nanti makan kay..” Tapi bila perlu msg la..tak salah pun kalau dah rindu.. Malang tak sapa jadi bf aku?huhu.. Aku juga tak suka berkepit memanjang..aku perlukan masa untuk kawan-kawan jugak,girl talk girl time gitu, family, duty aku lagi ..dating sekali sekala takpela.. Tapi kalau aku kahwin,akan menjadi yang sebaliknya..Husband mesti top list! Lagi, aku seorang yang independent. Aku tak suka nyusahkan orang lain melainkan sangat desperade. Kalau pergi mana-mana juga aku tak harapkan orang nak hantar ambil aku. Kalau aku takda kenderaan aku akan naik kenderaan awam. Kalau kena pergi mana-mana juga aku dah biasa seorang diri. Aku takut susahkan orang kalau aku ajak teman. Gi KL sorang-sorang sampai sesat dan gamble cari jalan balik. Drive gi Melaka amek adik aku di MRSM masa parents aku gi haji. Jadi driver mak & adik-adik bila balik rumah. Perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan kan? Tapi aku tak suka shopping kalau takda banyak duit. Aku benci dengan rasa kempunan. Window shopping pun aku kurang gemar. Sebab tak suka rasa kempunan. Setakat tengok ? Hurmmmm..baik aku tengok Spongebob kat rumah.Terhibur pun terhibur. Lagi satu aku bukan jenis meminta kat mak ayah aku. Aku lebih senang pakai duit sendiri. Cari sendiri duit tu. Sebab aku tahu aku bukannya ade 2,3 adik beradik aja yang aku boleh dapat elaun bulanan banyak-banyak & sometimes ada juga orang yang dapat kad kredit dari ayah & boleh beli apa-apa limit RM10000 sebulan tu? Wow.. Aku taknak dimewahkan sebegitu rupa sampai bila satu hari nanti kalau aku hidup susah aku tak dapat nak berhidup.

Aku dan muzik?

Aku tak pandai main alat muzik kecuali recorder masa sekolah rendah.haha.. Tapi mungkinkah aku akan lambat nampak bakat terpendam aku pada muzik? Haaaa...JENG..JENG..JENG...mungkin aku akan pandai main alat muzik nanti. Yang aku paling nak belajar gitar dengan piano @ organ. Kalau tak dapat main aku akan paksa anak aku belajar nanti.huahuahua...gelak kejam.Walau macam manapun aku belajar jugakla sikit-sikit daripada kawan-kawan yang pro.Tapi dalam band aku selalu tertarik dengan lelaki yang main drum. Nampak mysterious dan comel.hehe..


Aku dan kawan-kawan.?


Aku suka berkawan. Aku pilih kawan. Tapi pilih dari segi apa? Aku akan berkawan dengan orang yang ikhlas nak kawan dengan aku. Aku jauhi orang-orang yang ambil dadah dll..Aku boleh kawan dengan golongan ini.Tapi bukan untuk dijadikan kawan rapat. Aku taknak kawan dengan perogol,pembunuh,penjahat dan yang seangkatan dengannya. Jangan kawan dengan aku jugak! Oh! Tapi dari segi pilih kawan? Percayalah dalam dunia ni ada orang yang pilih kawan berdasarkan rupa paras..nak kawan dengan yang cantik, hensem, hot-hot gituw aja.. Tapi value yang ada as friend? HABUK! Kawan tinggal kawan.Kawan bila bergembira aja. Jangan nak perasan hot sangat..tak kemana rupa paras tu..bila-bila masa Tuhan boloeh tarik balik. Jangan nak kena simbah asid kat muka baru nak insaf.. TAPI..tapi.. aku sangat! sangat! sangat! appreciate semua kawan-kawan aku..kawan waktu susah dan senang & kawan membesar sama-sama tak kira di sekolah,University..sayannng sume!


Ni kawan-kawan seperjuangan masa di UiTM. Banyak memori kami bersama.Suka & duka, gelak tawa..menangis sama-sama bila tensyen.. Aku appreciate friendship yang kita ada selama ni.*btw,gambar ni sebenarnya kami belum tidur malam sebab ada presentation pagi tu. Ceria itu kami laaa.. ;)


Entry ni dah sangat panjang aku rasa. Kalau nak cerita memang panjang. Jadi untuk mengenali aku mungkin korang kena rajin-rajin blogwalking page aku la kot. & aku pun kena rajin post entry la kan?
Ok sambung lagi next time..aku tention sbb keyboard ni keras sangat nak taip. Sakit jiwa~sakit jiwa~
Bila tekan bunyi “ketak!” ketak!

Tuesday, June 22, 2010

Adik-beradik Rebut PC.

Kat rumah ni ada 1 PC. Tapi aku bawak ke studio untuk buat kerja. Aku tukarkan dengan laptop aku sebab buat kerja dgn laptop sangat slow.. PC lak dah upgrade macam-macam.. Bila cuti sem aku pun bawak la balik PC letak kat rumah. Bila PC dah ada kat rumah..adik-beradik pun suka guna.skrin pun lebih besar.. syok sgt lah tu kan naik main Farmville ke apa.. siap leh buat Guest note lagi.. nyampah I!! Nanti aku diet laaa..ingat senang ke nak kuruskan muscle2 I? hahaha..


*ditaip adik2 dan abang..dah besar pun 2x5 gak..

Tuesday, June 15, 2010

Aku Seorang Mak Guard UiTM!



Mungkin ada yang tahu, dan ada juga yang tak tahu. Aku ialah seorang mak guard UiTM. Hehe.. sebenarnya lifeguard UiTM. Aku mula berkhidmat lepas aku lulus test lifesaver April 2009. Sepanjang aku bertugas sewaktu orang ramai berenang, ada saja perkara-perkara yang aku rasakan macam nak luruh jantung pun ada, macam nak sepak orang pun ada, macam nak gelakkan orang pun ada-yer, sorry,aku memang jahat sedikit. Perkara yang sering terjadi di swimming pool UiTM:


1.Tak pakai baju renang ( swimming suit). Dekat depan kaunter pun rasanya dah ada kat papan kenyataan bahasawanya nak masuk swim kena pakai baju renang. Tapi ada juga yang degil yang pakai T-shirt biasa ataupun inner sahaja. Yang pakai inner tu aku pandang sebelah mata jela selalunya.. Bila dah tegur yang pakai T-shirt dan seluat biasa dia cakap...


“tapi haritu saya pakai macam ni lifeguard lain bagi aje..” (sambil buat muka tak puas hati nak nangis)


Aku : yer, mungkin dia tak perasan. Harini saya duty, kalau saya nampak saya memang tegur. Berambus kau cepat! (dalam hati nak cakap kasar)


“tapi haritu boleh.kenapa pulak harini tak boleh”


Aku : *&%$#@*&%$ (dalam hati.kadang-kadang memang susah nak buat orang paham) saya minta maaf, awak kene keluar. Tak boleh macam ni. Kalau saya benarkn awak, nanti ramai orang lain nak ikut pakai macam awak. Kita ada rules and regulation. Bukannya kolam ni campur laki perempuan pun.


“ala,haritu cakap lain..”(sambil buat muke menyampah & nak nangis.) entah bila aku cakap dengan kau eh..


Itu dengan budak dari Malaysia. Belum lagi dengan orang-orang dari Timur Tengah(arab). Sampai pening kepala dibuatnya.. dengan cerita dia dari Midvalley la datang susah payah, dah jalan kaki jauh-jauh laa.. cuba cakap, macam mana nak buat dengan orang-orang macam ni?kalau tak tegur aku yang kena marah. Kalau kolam aku lain cerita la. Nak pakai apa-apa pun sukahati kau lah labuuu...



2.Orang yang suka main tahan nafas dalam air.

Haaaa.. ni memang laa.. aku tak tahu la dah berapa banyak kali aku jumpa orang macam ni. Memang aku tak kisah. Ha nak main, main lah.. tapi dia buat macam tu kat tempat dalam. Benam kepala dalam air. Jantung aku dup dap dup dap...kemudian kepala timbul balik. Fiuhhhhh!!! Aku takut orang tu lemas aje. Kalau kejap tak pe jugak. Ni lama betul dia tahan nafas. Memang kalau bertugas jantung aku akan berdegup lebih kencang dari biasa sebab hal-hal sebegini. Kalau tak jaga & orang betul-betul lemas,aku jugak dipersalahkan. Sama jugak lah dengan orang yang suka test-test keapungan badan dalam air yang tak bergerak-gerak sampai aku punya kecuakan sampai tahap maksima dah mak oiii..



3. Suka dive dari tempat tinggi tapi salah dive.

Aku tak bermaksud nak pandang rendah pun.Aku suka kalau orang belajar. Cuma aku nasihatkan kalau masih nak belajar-belajar dive pergilah berdiri kat tempat yang rendah sikit. Bukan dari step tinggi tu. Baru-baru ni ada seorang berbadan besar bersama rakan-rakan dia cuba-cuba dive. Memang betul sangkaan aku. “kelepekkkk!!!” bunyinya bila dia dive. Aku dengar bunyi air kena hentam tu pun dah boleh rasa sakit. Sekali dengar dia menjerit sampai satu kolam boleh dengar “SAKITLAAAA!!!!” Yer, anda dah ekspresskan apa yang saya pun rasa dari bunyi kocakan tersebut. Tahniah, cuba lagi.don’t give up. Uhuh.. kesian dia taw.


Ha macam-macam sebenarnya. Tapi macam esei la pulak nanti entry ni. Takpelah, lain kali aku story lagi tentang perihal di kolam renang. Hehe.. siapa dari UiTm rajin-rajin lah datang swim especially yang duduk studio tu keluar la kejap dari kepompong anda tu. Relax kejap tengok dunia luar ni haaa..


p/s : Tak payah susah2 nak cari mana aku.Aku tiada dalam gambar. Sebab aku photographernya. hehe..

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...